8.5.17

Kuatkan Semangat

Hello buddies. Aku ada satu persoalan. Ah lupakan lah. Kau anggap la tulisan ni bagai berlalunya angin berhembus. Seperti mencurahnya hujan. Yang lenyap menyerap ke bumi.

Aku lelaki separuh jalan. Suam-suam suku. Perlukah aku tuliskan keaiban ini? Banyak yang separuh jalan tak berkesudahan. Bukanlah pada setiap hal, tetapi banyaknya yang sedemikian.

Berbuat itu, jemu aku berhenti. Beralih arah lelah aku betah. Tersalah menelah aku mengalah. Silap langkah aku berpatah. Separuh jalan tak mampu bertahan.

Berilah sedikit tenaga. Naikkan semangat seperti mula-mula bertekad. Buanglah rasa penat. Terlalu lama berehat. Mahu lekas bergerak...

Aku tak mahu lama-lama begini... Aku cuma mahu berkayuh semula...

2.5.17

Why Try So Hard: Pangkah Siapa Besar

Hello buddies. Sedikit catatan malam. Kenapa mencuba sehabis daya dalam konteks hal-hal yang tak best.

Pernah tak kalian berhadapan dengan situasi "pangkah siapa lebih besar"? Nak aku bagi contoh ke?

"Kau ni macam bagus la!"
"Macam kau dah bagus sangat"
"Jangan sampai aku sound kau!"

Emmm. Susah juga nak bagi contoh ni. Sekejap bagi aku pikir. Ok, macam ni.

Leman tak puas hati, lalu berkata "kau ni lalu sini ada hal apa?!"
Latip jawab "kenapa? Kena tanya kau dulu ke nak lalu sini?!"
"Kalau setakat lalu tak buat apa, baik jangan lalu" balas Leman pulak
"Kau sebok sangat hal orang kenapa ye?" soal Latip.

Hmmm pangkah siapa besar? Lagi orang tu tak sakit hati lagi tu dia provoke. Kirenya kau suka la bila buat orang menderam rasa?

Mungkin kepuasan tu akan hadir bila lihat orang tu rasa jatuh ya? Dalam banyak-banyak hal yang bole dicari, kenapa ye konflik juga yang kita mahu?

Seronok ya? Pangkah siapa lebih besar... Why try so hard??

1.5.17

Lelaki Ke Dapur: Tempeh Goreng Kunyit

Hei Buddies. Semua sibuk kebelakangan ni kan? Terkejar-kejar dengan urusan harian. Betul kata Edry Abdul Halim "umur 30an ni adalah masa usia yang terkejar-kejar". Betul la tu. Moga cepat la yang terkejar-kejar ni settle down. Ape pun chill. Tak thrill la kalau tak de cabaran. 

Dalam pada sibuk-sibuk tu, sempat juga ke dapur. Apa menu nak makan untuk dinner ni? Yang panas-panas. Yang mudah-mudah. Ade pedas-pedas sikit. Cuma tekak ni ada rasa nak makan tempe. Yang sama macam di masak oleh Abang Shauqi and the gang tempoh hari. Tempeh Goreng Kunyit. Cuba la bawa sendiri. Ala-ala sendiri. 

Bahan-bahan:
Tempeh sekeping (potong dadu)
Kacang panjang 4 batang (seinchi-seinchi)
Cili merah sebatang (sliced)
Cili padi 3 batang (sliced)
Bawang putih 2 ulas (chopped)
Bawang besar 3 biji (sliced / wedges)
Serbuk kunyit
Sos tiram 
Garam

Caranya. Tempeh tu dimarinate dengan serbuk kunyit. Kemudian goreng sampai colour keemasan. Siap! Angkat tempeh. Minyak dalam kuali tu, luakkan sampai tinggal dalam 2 sudu besar sahaja. 

Mulalah menumis. Bawang putih dengan cili padi tu. Lepas naik bau. Masuk semua bahan-bahan lain seperti kacang panjang, bawang besar, cili merah dah jugak tempeh yang telah digoreng tadi. Sambil gaul tu, masukkan juga sos tiram dalam 2 camca teh. Boh garam sikit. 

Cikgu masak aku ajar, kalau nak bagi effect kilat pada masakan sayur, jangan lupa masukkan air sikit (sikit je) masa menumis bahan-bahan tu. Siap! dan bole dihidang bersama nasi panas-panas. Nasi tu buh pulak kicap... 

Aduiiii... Lapar pulak malam-malam ni...