31.7.13

Mersing Most Wanted? Nice Try Bro

"Because Rembau Most Wanted is too mainstream" katanya. Okey mula-mula aku didengarkan dengan lagu ni di FB bila nama aku ditag oleh kakak aku. Bila aku klik link yang diberi, terus masuk ke soundcloud.com dan kedengaran music intro yang amat familiar bagi aku. Okeyyy. Apa lagi. Harus la terus sceptical. Mersing Most Wanted?

Baru-baru ni ketika drive ke Le Meridian KL untuk undangan berbuka puasa, ditanya seorang kawan. Orang Negeri Sembilan lagi. Soalnya "Weh, ko ada dengar lagu Mersing Most Wanted?". "Ohh, ade" jawab aku ringkas. "Sorry la, as orang Mersing, aku tak impressed" sambung aku lagi. "Apsal plak?" tanya member aku tu. "Apsal nak ciplak lagu Rombau Most Wanted tu. Plagiat!" jawab aku telus. "Yup terdapat unsur-unsur plagiarism di situ heheh" balas member aku tu.

Cons. Tapi disebalik cons tu, yang pros nya. Bait-bait puasinya agak bermesej. Memang sebagai anak Johor, anak jati Mersing aku senang dengan penceritaan tuan penulis. Mengangkat martabat anak Johor, especially anak-anak Mersing. Cuma, tu la... Sayang akan melodinya tu. Berdesing telingo orang Rombau mendonga e.


"Muda muda dari jauh nampak bijak betul
Tua tua dari seberang tahu sangat matang
Kerja amanah diberi dibuat sungguh betul
Hasil nanti jangan pening kalau bersepah dulang"

Mersing Most Wanted? Huh! Nice Try Bro   

26.7.13

Diari Lelaki: Tolong Jangan


Setelah sekian lama, apa perlu muncul semula wataknya. Persoalan. Mengapa aku tegar memilih untuk membuka ruang? Atau, dia sememangnya berada di situ dan tidak ke mana-mana. Sudah... Aku mahu melupakan. Meneruskan hidup. Yang aku ada ini. Yang aku bina dalam sakit-sakit jiwa aku melupakan. 

Setelah sekian lama, apa perlu pertemuan sia-sia yang keras-keras aku hindari dahulunya. Persoalan. Petunjuk apakah ini? Atau,  dia sememangnya berada di situ dan tidak ke mana-mana. Sudah... Aku tak mahu fikir. Sudah lama aku tidak fikir, berfikir, terfikir apatah lagi memikirkan. 

Sudah ku buang jauh-jauh. Tidak aku larat. Tidak mahu harap, mengharap biar berharap. Tolong jangan datang. Tolong jangan dekat. Jika datang kamu hanya untuk takdir kecewa aku lagi. Jika dekat mu melukakan kembali. Tolong jangan... Sebab aku... Serik... Kesal... Silap... dan... Luka... Aku tak mahu ulangi semua itu lagi... 

25.7.13

Me"nuit" 24 Jam

Sekarang kalian boleh la menuit Sam Banjamin bila-bila masuk ke blog ni. Mudah je... Yang penting Twitter jgn 'Sign Off' (sign out la!) dan yang paling penting sekali, kena la ada account twitter.... Bhahahhaaha...
(Ntah-ntah, orang dah tak pakai widget ni. Aku je yang baru nak test, try, eemmmm cuba!)

24.7.13

Bila Dah Tak Sudi

“Kemisah… Sudikah kamu menjadi yang halal buat ku?” Syafik menyoal dengan wajah yang penuh pengharapan. Hidungnya kembang kuncup menahan reaksi muka agar senyumnya tidak berlebih-lebih. Agar seriousnya pun tidak berlebih-lebih. Begitu perkasa sekali wajah Syafik malam itu. Tenang tak tenang, dalam merenung dan menanti jawapan geprennya… Kemisah.

“Tak! Tak sudi… Huh!” Kemisah menjengkel…

“Apa? Tak sudi?????!!!” Jeng… Jeng… Jeng…

Hmm… Udah-udah la berdrama… Mari baca… Entry hangat… 
Bila dah tak sudi…


Orang Perempuan… Bila dah tak sudi...

Kalau cakap nanti, risau terasa hati. Layan dulu la, tunggu masa nanti. Sambil-sambil tu, terhibur juga rasa sunyi. Boyfriend yang betul-betul, ada jauh kat luar negeri. Tak pon, boyfriend yang betul-betul tak mampu berkorban macam mamat ni. Rela tunggu sampai ke mati. Boleh la jadi galang ganti. Tapi, kalau-kalau dia tanya lagi. Bila dia tanya banyak kali. Jawab je la “maaf saya tak tahu lagi”. Tak pun “maaf saya tak pasti”. Paling best “saya tak suka awak push-push saya begini”. Lepas tu buat-buat diam beberapa hari. Kemudian buat-buat tercari-cari. Buat-buat tanya “awak masih marah kat saya lagi?”. Kalau jumpa pattern yang macam ni. Baik lekas angkat kaki. Memang jenis tamak dan tak de pendirian jugak harga diri. Phuiiii!


Orang Lelaki… Bila dah tak sudi...

Cukup la sebagai kawan. Elok dari tak de ape-ape, kan? Padahal mula-mula dulu, duk pi melayan. Bagi-bagi ayat manis sebagai harapan. Sampai la si gadis tertawan. Maklum la, muka tampan macam Salman Khan. Gaya macam anak hartawan hartawan.  Kau mengayat just untuk gadis tu kau ‘makan’. Lepas tu, kau buat-buat macam tak de ape-ape berlaku kan? Menyorok di balik rakan-rakan. “Weh… Kalau kau Minah tu datang cari aku, kau cakap aku pi pekan”. Perangai tak ubah macam haiwan. Baik anu kau tu, kau kerat dan buang kat tepi jalan. Tak pun buang ke lombong bagi makan si ikan Toman. Ye la kan. Ade pun buat menyusahkan.  Tak guna punya jantan.


Bakal Mertua… Bila dah tak sudi...

Tanya gaji berapa? Tanya kerjayanya apa? Pangkat setara mana? Tu belum diselongkar susur galur keturunan datang dari keturunan apa. Semua perlu ambil kira. Maklumlah, anak perempuannya cantik mengalahkan puteri raja. Belajarnya pula, semua ada. Sijil ada. Diploma ada. Ijazah ada. Master ada. PHD je belum ada masa. Semua ilmu dunia. Ilmu agama? Ilmu rumah tangga? Mampu ke nanti jadi isteri yang hormat suaminya. Takkan setakat tahu jerang air dan goreng telor semata. Setakat  telor, suami pun ada. Anak-anak nanti nak juga rasa berkat air tangan ibunya.  Letak pula hantaran dekat setengah juta. Layak ke? Silap-silap hal begini la yang menjurus perbuatan tak diduga.   Siapa punya angkara? Boy friend lama dia. Mana tahu ini semua? Bakal menantu tu pun, dia dah bagi rasa, pasal nak bukti setia. Silapnya di mana?


Orang Melayu Kita… Bila dah tak sudi...

Tak kira la, baik pembangkang mahupun kerajaan. Bersungguh mereka datang dengan pelbagai pelan. Pelan Pembangunan. Pelan Keselamatan. Pelan Kemajuan. Pelan holistic dan keagamaan. Berbagai pelan la mahu pun cadangan. Semua tu baik dan berwawasan. Semua tu baik untuk anak cucu serta generasi masa depan. Tapi pasal yang datang tu bukan anak tempatan. Yang mencadang tu tak masukkan nama-nama sahabat taulan. Sebagai pemegang amanah mahupun pemungut keuntungan. Terpaksa lah dicipta pelbagai alasan. Biar tak jadi segala rancangan. Alang-alang tak dapat, biar tergadai masa hadapan. Bila bangsa lain mula maju ke depan. Mula la kononnya tercari-cari di mana kesilapan. Tuding jari tutup kesalahan. Bukan kembali bersatu, tapi dipilih perpecahan. Adakah bangsa ku mempunyai genetic atau pun dibelenggu sumpahan? Memilih menjadi bangsa jajahan. Masa itu, kita ramai-ramai duduk di jalanan. Menadah tangan, meminta ihsan. Bangsa lain bertepuk tangan.


Bangsa “Lain”… Bila dah tak sudi...

Come on la. Kita 1 Malaysia. Tanah yang kita pijak ni tanah yang sama. Tak boleh ke kita duduk dalam satu rukun damai dan kerjasama. Macam dulu-dulu maaa… Lu punya latuk sama wa punya latuk kawan-kawan juga. Mereka sama-sama sembunyi lari masa Jepun datang Malaya. Bila Komunis nak rampas kuasa. Mereka sama-sama kawal kampung siang malam bersengkang mata. Mereka semua sorak masa itu Bendera Union Jack turun di Stadium Merdeka. Semua untuk kita. Sampai la Merdeka. Tak kan silap sikit-sikit kita sudah mula tempik “hey Melayu cilaka!”… “Hey Cina!”… “Hey India!”… Ingat masa kecil-kecil kita sekolah sama-sama. Nyanyi lagu Negara Ku sama-sama. Ikrar Rukun Negara sama-sama. Main bola sama-sama. Makan di kantin sama-sama… Kena rotan sama cikgu pasal lu bagi I tiru u punya Matematik dan I bagi u tiru Bahasa Malaysia.  Kenapa masa kecil dulu kita boleh maa… Bila sudah tua kita mau gaduh-gaduh sahaja. Malu la pada anak-anak generasi kita. Kita saudara! Mesti Hormat semua!  


Blogger… Bila dah tak sudi...

Tak sudi jenguk dah. Tak sudi baca dah. Tak sudi comment dah. Lebih teruk, tak sudi update entry dah… Kawan tu penat buat muka comel sampai ke sudah. Taip entry bersusah-susah. Menyampai cerita suka, duka, ketawa dan gundah. Say hye, kat  ruangan comment atau di shout box pun dah okey dah. Baru la rasa dunia bloging ni terasa indah. Tapi, kalau dah kate tak sudi, tak nak sudahhhhh….. Apek berak kau tadah… Hahahahahahahah….


Sam Banjamin… Bila dah tak sudi..
.
Mudah tak mudah la. Maklum la, bila dah tak sudi tu maknanya sama macam “mengecewakan” kan?. Bila aku tak sudi. Aku memilih untuk diam.  

*****


Boleh jugak membaca koleksi "Bila Dah..." ni di bawah ni... 
Klik je... 

Bile Dah Benci


   

23.7.13

Catatan Malam

Assalamualaikum buddies.. Dah separuh jalan kita berpuasa bukan? Separuh bulan kian berlalu... Ada rasa apa-apa perubahan pada diri? Jasmani juga rohani... Walau macam mana pun, masih berbaki lagi Ramadhan yang ada... Masih sempat diperelok mana yang bole... Azam!

Malam terakhir bercuti di kampung tercinta. Tercapai hajat. Betul kata sahabat "kau balik je, kalau niat kau utk mak bapak kau, tak kira la, kau nak demam ke, tak sehat ke, janji kau balik. Insya Allah tuhan permudahkan jalan".


...Balik Membawak Virus...

Betul masa aku bertolak dari Shah Alam kelmarin, deman teruk 3 hari ni bagai ditangguh dulu untuk bagi aku selesa drive solo Shah Alam - Mersing. Elok aku sampai jam 6 petang Jumaat tu. Lepas waktu berbuka, terus-terus terkolap. Dengan bersin yang tak putus-putus, berselang 'batuk kering' berkokol tak berkahak tu.
Mak siap stanby sekotak kertas tissue dengan plastic bag kosong. Mak cakap "Tu tissue-tissue yang dah pakai tu buang kat plastik tu"... Sekotak habis. Bayangkan lah...


...Nasi Baryani Abah & Pantang Jumpa Mangga...

Gagah kan jugak diri untuk drive mak dan abah ke bazar Ramadhan di Bandar Mersing. Membeli la apa yang patut untuk berbuka sekadar kami bertiga. Teringat abah ade bagi hint yang dia nak makan nasi baryani special yang ada dijual di situ. Abah kate "Tak berani nak beli, entah berape ringgit agaknya...".

Sebenarnya bukan mahal pun. Bukan tak mampu pun. Cuma abah dah terbiasa kalau berbuka, mesti nak mak yang masak. Biar pun sesimple-simple nasik putih berlauk ikan goreng berkunyit. Maka jarang sangat membeli bungkus-bungkus selain mee goreng dan jugak kuih-kuih...

Dapat jugak merasa nasi baryani special tu... Abah pesan ayam, mak pulak tak nak kalah dengan baryani kambingnya.. Aku? Petang tu aku bagai tak 'bertekak' untuk makan apa. Dalam pada tu, satay ayam jadi pilihan. Sempat jugak melabur RM 10 untuk 3 kilo mangga. Kan.. Aku dah cakap, jangan tunjuk kat aku buah mangga... Aku memang tak boleh tahan...

Dalam perjalanan balik tu, singgah ke farmasi. Minta ubat selesema sama ubat batuk. Kakak farmasi tu cakap "Jaga ye, mengantuk".."Okey kak, boleh je" bukan nak ke mana-mana pun selain di rumah dalam keadaan demam begini.

Berbukalah kami bertiga beranak, buat malam yang kedua tu. Satey tak berapa nak jadi kata mak. Abah pun setuju dengan komen Chep Mariam, Masterchef Felda Nitar tu. Aku buat donno je. Lepas tu mak bagi lagi statement "Raya tahun ni macam mana?. Nak buat satay tak?".

Perkhh aku dah agak dah. Sebab tu la aku buat donno bila mak dan abah comment pasal satey tu. "Malas la mak... Nanti la orang order je. Tak larat la nak menyocok..." agak-agak mak bapak korang frust tak, kalau korang jawab mcm tu. "Berapa nak order. 1000 cucuk cukup?" abah menyumbang idea. 1000 cucuk... Hmmm... Apa macam...?


...Nikmatnya Menjamu Mangga...

Sambil duduk-duduk tu, abah tiba-tiba cakap "mangga tu berapa ringgit?" tersurat sebijik-sebijik perkataan tu dari mulutnya. Okey yang ni aku faham. Sebijik-sebijik jugak mangga aku keluarkan mangga tu dari bakul atas meja makan.

Cukup la starting 2 biji untuk buah mangga yang besar-besar ni. "3 kilo sepuluh ringgit" jawab aku dah terus bangkit ke dapur. Kupas-kupas mangga tu. Cuci-cuci dan sliced ala-ala budak-budak dapur pastry buat tiap-tiap kali majlis orang-orang besar di Hotel UiTM tu.

Layan jugak manisnya mangga ni. Besar dan tebal isinya. 2 biji makan 3 orang pun, macam berlebih-lebih jugak. Maklumlah. Regu makannya hanya mak dan abah. Manalah diorang nak makan sangat. Sekadar merasa-rasa tu cukuplah. Lebihnya, aku la yang perlu menghabiskan. Lepas tu dalam jam 11 malam, mak kupas lagi sebijik. Sehiris besar mak bagi kat aku. Telan je... Sekejap lagi kita tengok kesan dia...


...Ohhh Padahnya Terlebih Mangga...

Pukul 1 pagi mata tak mahu tidur. Berselang dengan batuk dan crot-cret hidung. Pukul 2 pagi pun macam tu. Makin menjadi-jadi. Makin kuat dan kerap batuk aku. Kering tak berkahak.

Masuk pukul 3 pagi, mak keluar dari bilik menjengah aku yang berbaring depan tv di ruang tamu. Port baring biasa aku tiap-tiap kali balik kampung.

Mak ngan abah pun tak boleh tido rupenye since aku memekak dengan batuk pagi-pagi buta ni. "Cuba tidur tinggi sikit" abah bersuara dari dalam bilik.

Aku berkalih duduk di sofa. Dah 3-4 kali sebenarnya aku bangun duduk-bangun duduk tu. "Ni banyak sangat makan mangga tadi agaknya..." mak pula cakap.

"Hmm" aku tak boleh cakap apa dah selain hmm dan batuk sahaja. Gila! Naik lelah nafas aku. "Mak sapu minyak kat blakang la" mak terus ambil minyak angin dan sapu di belakang badan aku. Tang dada pun disapu juga. Aku hanya batuk dan batuk lagi.


...Overdose! Macam Mat Gian...

Ubat dah di makan. Seingat aku mengikut dos yang dinyatakan. Ubat batuk tu 4 kali sehari. Lepas dari berbuka tadi seingat aku aku dah togak 3 kali. Ubat selesema pulak kena makan 1 sehari. Tapi macam tak jalan je. Katanya mengantuk. Tapi macam gitu jugak. Mungkin tak cukup power agaknya.

Ahh! Peduli la, aku telan sebijik lagi ubat selesema. Disusuli meneguk ubat batuk. Kali ni dia punya high ada sikit terasa berdengungnya... Mata mcm pejam tak pejam.. Suara keliling macam tangkap tak tangkap ke telinga...

Ohh ini pasal la some people boleh jadik addict pada ubat-ubat ni.. Lepas tu baru aku padam diam. Tidur. Sedar-sedar mak kejut aku untuk bangun bersahur jam 5:00 pagi. Lepas sahur tu, dek pengaruh dadah, aku terlajak membuta sampai jam 2 petang.


...Dapat 'Bonus' Cuti Sehari Bersama 'Pakej Cendol Pak Akob'...

"Bro, esok kau cuti lagi. Jadual baru je keluar ni" ada icon smiling kat hujung sms tu. Aku pun turut smiling mendapat SMS tu. Bertuah betul rasanya badan ni. Bagaikan mengantuk bukan saja disorongkan bantal, ni siap disuap ubat batuk lagi. Macam tu la perumpamaan yang sesuai.

Bermakna aku boleh diam lebih lama di kampung ni. Nak balik dalam keadaan demam ni pun memang 'bercinta' la. Cancel balik pagi Isnin. Fikir-fikir semula. Ni la hikmah bila aku balik kampung bulan-bulan puasa ni.

So far, ubat yang aku telan overdose semalam mula menunjukkan kesan, petang tu batuk berkokol-kokol sudah mula berkahak. Kahak pekat! Hijau! Dan tentunya sarat dengan penyakit yang ditolak keluar bersamanya.

Mudah mudahan. Selesema pun sama. Beringus pekat. Tak ubah macam Cendol Pak Akob, Seksyen 16, Shah Alam tu. Yarkhhh! Memang penat la. Dengan batuknya. Tambah lagi tak cukup nafas dengan selesemanya. Tapi, kata orang, bila dah sampai tahap keluar 'cendol' tu, maknanya nak baik la tu...

...Hari Last; Layan Movie Terlarang & Mengotori Cik Puteh!...

Hari last. Luangkan masa melayan movie. Bat man versi Christoper Nolan. Batman Begins... The Dark Knight... Dan bila masuk yang movie ke 3 tu, memang spoiled mood aku betul... Macam mana la aku boleh silap download.. Rupenye, cartoon Batman pulak. Aku ingat siri ke 3. Hampeh! Padan muka salah download!

Dek kerana bosan. Baik berpeluh sikit. Mandikan 'Bini' aku, Cik Puteh (amboi, Sam Banjamim, mandikan bini di bulan Ramadhan. siang-siang hari pulak tu. tak takut kena kifarah ke?)... Suke aku la. Bini aku. Kan Cik Puteh kan. Mari kita romen-romen ngan sabun basuh ni.

Agak-agak la statement bulan-bulan puasa ni. Bab basuh kereta pun hampir jadi trajedi. Shampoo aku tertinggal kat Shah Alam. Nak beli baru ternyatalah tak efficient utk save cost. Nak paw shampoo kereta abah, aku rasa abah punya pun dah habis...

Selamba, Sabun Daiya. Kalau jenis liquid tu tak pe. Ni yang jenis powder.. Nampak berkesan menanggalkan kesan degil pada tubuh sexy Cik Putih ni. Jap lagi... Selang beberapa minit lepas bilas....

Tu diaaaaa!!! Dia punya belak-belak sudah naik... Alamak apa aku dah buat ni. Bijak sangat pi basuh kereta dengan sabun basuh baju... Hahaaha.. Gelabah aku menyiram air banyak-banyak untuk kasi belak tu hilang. Nasib baik la bila bilas dengan air tu dia boleh hilang.. Memang serik la aku nak buat perangai Mr Bean lagi...

Elok siap membilas dan mengelap Cik Puteh, abah memetik "Pi bazar jom..". "Iye-iye Chip!" terus masuk mandi, bersiap dan terus ke bazar Ramadhan bersama Cik Puteh yang wangi dengan "Cucian Sabun Daiya"!...


...Ke Bazar Jom! Apa Menu Menarik?...

Abah nak makan mee goreng. Tu je la yang abah suka sangat. Mee goreng, mee goreng... Stall nasi bariyani kelmarin tak pandang dah bila dia fikir nak makan mee goreng dia...

Mak pulak just tapaw nasi goreng kampung. Sambil-sambil membeli beberapa jenis kuih, bubur manis and so on.

Aku plak tapau karipap gergasi dan jugak kebab. Again, tak bernasi untuk berbuka. Untuk meringankan kerja di dapur, tapau sekali lauk untuk bersahur. Asam pedas ikan pari dan ade la lauk-lauk tepi-tepi yang lain.

On the way nak ke kereta, singgah sekejap membeli buah-buahan untuk dijadikan buah tangan untuk adik beradik dan teman-teman di Shah Alam. Tak sedap pulak. Hilang dua tiga hari, muncul-muncul tangan kosong.

...Esok (Hari Ni) Nak Balik Dahhh...

Last berbuka sempena bercuti di kampung. Esok lepas sahur, lepas subuh, nak gerak balik Shah Alam dah. Anggaran, gerak jam 6:30 lebih kurang, 4 or 5 jam perjalanan, sampai Shah Alam ade la dalam pukul 11 lebih macam tu la... Pukul 1 pm, punch in kerja. Hmmm... Alhamdulillah... Misi solo balik kampung bulan puasa berjaya walaupun serba serbi tak kena... Syukur dapat berbuka puasa dengan Mak & Abah tercinta... Doakan aku selamat sampai esok... Insya Allah...

21.7.13

Tanpa Huruf "T"


Huruf  "T" susah nak tekan. Kalau tak tekan dua kali maka ak keluar lah huruf "t". Yang mana ada tu maknanya aku ekan dua kali. Mana ejaan yang bunyinya pelik u, maknanya aku tekan sekali atau aku ekan dua kali, api, huruf "T" ak mahu keluar juga.

Susah bila keyboard anpa huruf ""... Nampak kan.. Susah kan? Sama la macam hidup aku anpa kau... 

19.7.13

Balik Kampung Membawa Teman


Assalamualaikum buddies. Now aku sudah berada di kampung. Felda Nitar 1, Mersing Johor. Gerak jam 2:00pm dan sampai jam 6:00. Balik kampung bertemankan virus selesema yang makin berat ni. Macam trend sekarang ni, rata-rata mengupdate berita tentang demam di bulan-bulan puasa ni. 

Kepada yang demam, especially selesema, yuk minum air kosong dengan banyaknya malam ni. Sebab esok, makin kerap kite ber"crot-cret-crot-cret", makin banyak badan kehilangan air. Hmmm. Elok la telan banyak-banyak limau atau buah oren. Kalau perlu, pergi klinik. Nanti doktor bagi pil selesema yang super sleepy bila ditelan tu..

Okeh la... Aku tak larat nak tulis panjang-panjang dalam keadaan hidung tersumbat dengan hingus ni. Nak blogwalk dan tidur... Bye.. Haccummmmm!!!!

****

Mari Baca... Fakta tentang

Info diperoleh dari PanduanPercuma.Info 

Sakit Kapla...


Dui dui dui... Sakitnya kepala... Rasanya mau pecah... Luar biasa sungguh sakitnya kepala malam ni. Berdenyut-denyut rasanya. Masuk angin sudah. Berbuka minum-minum dan makan cuit-cuit semata-mata. Semuanya gara-gara mahu memberi kenyang kerabat-kerabat di raja itu terlebih dahulu. 

Ini lah bahananya dibiarkan perut kosong. Jam 11:00 setelah selesai kerja baru menjamah 'main course'nya. Itu pun bukan nasi putih, tapi Magee Goreng di kedai mamak. Adui... Sakitnya kepala... Minta Panadol Soluble sebijik, mamak tu geleng kepala. Tak ada. Panadol biasa-biasa, ada. Aku pula menggeleng. 

Kepala pusing, tambah tekak di bawah langit-langit ni, mula rasa perit. Symptom-symptom menjangkit demam selesema. Ni siapa punya membawaklah ni. Tak tahu, mungkin rakan di sebelah. Mungkin tetamu di tempat kerja. Kan aku kerja jumpa orang yang ramai. Bukan je penyakit, silap-silap saka pun boleh ikot menenggek!

Esok, cuti 3 hari. Cadang nak balik Mersing. Aduh, kepala pusing-pusing gini laratkah memandu Cik Puteh esok. Nak tangguh balik kampung mungkin tidak. Ni je la lapang-lapangnya. Lagi pun, menyambut puasa kelmarin tak balik. Kesian orang tua. Mesti rindu anak-anaknya. Tak pe la.. Demi Mak... Demi Abah.. Aku nak balik jugak esok... Harap demam ni tangguh dulu sampai settle urusan melepas rindu aku kat mak bapak aku. 

Sekian... Abang gagah masuk tidur dulu... Kalau larat, blogwalk sekejap (tetap nak bersengkang mata jugak dah tau kepala pusing... Degil yang amat!) 

17.7.13

Tak Bercakap Rabu: Gambar Lama

11:48 pm. Masih hari Rabu. Jadi masih sempat untuk label "Tak Bercakap Rabu"... Terjumpa blog kawan lama ketika menuntut di Jalan Kuchai Lama dahulu. Teringat zaman kecil dulu. Maka update gambar zaman-aman tu. 

Kecil... Tapi jiwa aku selalu besar...

Abang Gagah Dengan Kucing Kesayangannya

As-salam buddies! Apa khabar kalian? Bagaimana dengan puasa hari ini? Harap-harap segalanya lancar. Esok 18 Julai 2013. Genaplah setahun usianya aku menulis sebuah entry tentang kucing peliharaan aku ni. Entrynya bertajuk El Fira Loy. Eh! Silap. El Gato Berrone.  Dalam entry tu, aku ada menceritakan kisah bagaimana aku bertemu dengan kucing kesayangan aku ni.  Kepada yang tak pernah baca, boleh klik pada link yang aku dah highlightkan tu.

Malas baca??? Tak mengapalah, biar aku ceritakan secara ringkas, bagaimana aku menemui si jantan sekor ni. Okey, mula-mula dulu-dulu, aku namakan si jantan ni Berrone. Boleh bace pada entry lama tu, akan kisah nama Berrone ni. Tapi dek kerana, adik-adik aku duk memanggilnya dengan panggilan Gemok, maka nama Berrone tu seolah tak terpakai pada hewan kesayangan aku ni. Jadi, fakta sebenar, nama betulnya ialah Berrone. Atau El Gato Berrone a.k.a Gemok. 

Kat tempat kerja aku tu, selalu sahaja orang membuang kucing. Dari setua-tua kucing, sampailah sebaby-baby anak kucing. Masa aku terjumpa Gemok, beginilah keadaan rupanya. Boleh tengoklah pada gambar pertama dan kedua ni. Melepek kesejukan dan kelaparan. Ditinggalkan di tepi longkang di tempat kerja aku. Kesian aku tengok. Aku hulur cebisan ayam goreng. Laju Gemok menyambar. Dimakan ayam goreng tu dengan lahapnya. Lepas habis cebisan tu, mengiau lagi, meminta lagi. Secebis lagi aku hulur. Makanlah si Gemok sehingga kekenyangan.

Petang tu, aku nekad seludup Gemok untuk dibawak balik. Tanpa berbincang pun dengan adik aku. Kesian yang amat. Masa tu, aku belum pakai kereta. Semangat aku start motor untuk ke Mesra Pet Shop seksyen 7, untuk beli kelengkapan Gemok. Mula-mula aku beli sangkar, pasir berak dan jugak makanan untuk Gemok. Tak pasti makanan yang sesuai, aku refer pada penjaga kedai tu. Gambar ni la yang aku tunjuk pada penjaga kedai tu untuk tentukan umur Gemok masa tu. Menurutnya Gemok waktu tu, dalam lingkungan 1 bulan ke 2 bulan lebih kurang. Terus makanan untuk baby kucing direcommendkan. Aku menurut sahaja.

Masa nak seludup Gemok untuk dibawak balik tu paling tak boleh aku lupa. Maklumlah masa tu, pengangkutan aku hanyalah sebijik motor kriss. Nak minta tolong kawan-kawan yang berkereta, tak kan la semata-mata kerana seekor kucing koreng ni aku nak susah-susahkan diorang. Ape lagi. Kotak cartun air mineral aku alter semuat-muat Gemok. Tebuk lubang, bagi Gemok bernafas. Lapas tu seal Gemok siap-siap dalam tu. Ape lagi. Rempit la! Nasib baik la Gemok diam bodo je dalam kotak tu tanpa meronta mahupun mengiau-ngiau. Heheheh...  

Masa mula-mula aku mandikan Gemok, mak aih kotornya. Berdaki yang amat. Air suam-suam suku yang aku jirus ke badannya berkeladak dengan warna hitam. Just after one week. Gemok mula cergas. Dah mula ligat bermain. Seronok gile. Makan bukan main kuat. Yang paling best, adik aku yang duk serumah dengan aku pun consider suka jugak dengan si Gemok ni. Hmm... Adik aku la yang mula-mula memanggil si comel ni Gemok. Terus lekat! Habis nama glamournya El Gato Berrone tu.

Masa kecik-kecik, Gemok ni aku bagi dia mainan loceng. Ia  amat sensitif dengan bunyi loceng tu. Senang je kalau aku nak panggil Gemok ni. Bila aku bunyikan loceng tu, ligat Gemok akan datang dengan berlari-lari. Seboleh-boleh nak digampasnya loceng tu dari aku.

Sampailah pada satu malam tu, waktu bulan-bulan puasa macam ni la, seingat aku. Lepas aku habis kerja, aku tak terus balik, sebaliknya pergi lepak-lepak minum dengan kawan-kawan. Tiba-tiba satu sms masuk ke phone aku "Wei, kucing kau hilang..." dari adik aku Seha. Remuknya hati. Bergegas aku balik. Sampai rumah terus campak beg dan terus mencari Gemok. Kata Seha, pintu rumah terbuka sebelum tu. Masa tu la agaknya Gemok keluar.

Aku terus turun dan mencari-cari Gemok, namun gagal. Rasa dah frust gile dah masa tu. Last-last aku terpikir akan loceng mainan Gemok tu. Aku naik ke rumah dan terus ambil loceng tu. Sampai di bawah blok rumah aku, terus loceng tu aku 'kecing-kecing'kan. Merata lah mencari. Turun naik flat number 42 tu, dua tiga kali. Last-last "Miawwwww" bila aku paling ke belakang, Gemok ada di hujung tangga sebelah sana. Macam takut-takut atau trauma. Badan penuh dengan sawang. Ntah ke mana-mana la Gemok ni sesat.

Lega hati aku bila jumpa semula. Dalam kepala otak aku sebelum jumpa Gemok, terfikir yang entah-entah Gemok ni dah disembelih Myanmar. Dah jadi nasi goreng kucing agaknya. Nasib baik sangat-sangat. Lepas dari hari tu. Gemok sendiri trauma untuk keluar dari rumah. Cuma sejak dua menjak ni la. Bila dah mula gatal nak berbini. Asyik la menjenguk ke luar tingkap. Tengok kot-kot ada awek-awek betina (kucing la) yang lalu lalang. Ape lagi, usha la....

Gambar ni di ambil lepas beberapa bulan. Makin gemok. Bulu makin kembang. Tak sangka jugak. Mula-mula aku ingat, Gemok ni baka kucing kampung je. Rupa-rupanya jenis yang kembang ekornya. Bertuah gile!


Sudah pandai pose ala-ala iklan dalam TV tu

Ade jugak la sekali dua gemok ni terlepas keluar dari rumah. Turun ke bawah dan belasah seekor kucing jantan yang selalu duk ejek-ejek dia dari bawah rumah agaknya. Ade sekali tu, sempat adik aku tangkap dia ketika sedang 'berpantun' nak mula bergaduh. Memang Gemok tengah stress masa tu. Waktu adik aku rampas dia. Badan dia macam kejang. Bulu kembang. Bila dilepaskan kat dalam rumah. Tak dapat belasah kucing kat bawah tu, aku yang diserangnya. 

Dalam juga luka pada peha aku digigitnya. Adik aku pun kena bantai dekat kaki. Memang betul-betul marah. Tuan dia pun dia tak kenal. Lebam peha aku kena gigit. Nasib baik la waktu tu aku pakai kait pelikat. Kalau tak, mahu tersiat jugak daging peha aku. Gila!

Gemok ni bersikap territorial. Jangan harap la sebarang-sebarang kucing nak masuk rumah aku ni. Memang nak kena belasah. Agaknya dia jeles, kalau-kalau tuan dia sayang kucing lain. Hehehe

Part of our family. Kami balik kampung, Gemok pun ikut balik. Tapi nak tunggu dia hilang mabuk, punyalah lama. Maklumlah, tak biasa naik kereta. Dah tu jalan jauh plak tu. Mau tak mabok.

Satu perkara yang menarik tentang Gemok ni, even aku tengok dia dengan sikap territorialnya, Gemok kalau dengan kucing-kucing lain yang ada kena mengena dengan family aku, Gemok respect! Tengok gambar ni. Yang hitam putih tu kucing Mak Abah aku. Elok pulak tak de nak gaduh-gaduh. Sampai kampung, mula-mula aku takut jugak. Takut dibelasahnya kucing-kucing mak abah aku. Rupanya tak, elok je dibuat kawan. Siap main kejar-kejar lagi.

Now di rumah aku di seksyen 7 ni pun, dah tambah sekor lagi kucing. Kemik namanya. Kucing kakak aku. Minta dijagakan. Boleh jugak dikawan-kawankan dengan Gemok ni. Pun mula-mula aku cuak. Cuak kucing tu kena belasah. Tapi, waktu mula-mula kucing tu sampai, Gemok relaks je. Tak de marah-marah. Agaknya dia kenal bau famili aku kot. Bagus la Gemok nih!

Gambar terbaru. Malu-malu

Tutup muka...

Malu-malu kucing namanya... Huhuhu..

******
Okey. Kesimpulannya... 
1) Sayangi haiwan. Mereka juga makhluk Allah. Amanah kepada kita manusia untuk menjaga dan melindungi mereka. 
2) Diriwayatkan, Rasulullah pun ada Mueeza, kucing 
kesayangan baginda. 
3) Aku suka kucing, sejak ghazali lagi (azali lah!). Puas mak abah aku tegah masa kecik-kecik dulu. 
Aku tetap suka peluk kucing.
4) Biaselah, aku kan lelaki penyayang & manja. 

16.7.13

Cerita Kawen-kawen


Assalamualaikum buddies. Hari ni tak mahu coret panjang-panjang. Sekadar mengajak semua yang membaca berfikir sejenak. Tentang kenyataan di atas sana. Ternyata perkahwinan itu bukan satu perkara yang mudah-mudah. Sampai kini aku sendiri tertanya-tanya, Aku? Berkahwin? Seakan masih jauh dari perkara itu, dikala usia kian menghampiri istilah "3 series" ni. Sedang di sekeliling, rakan-rakan seangkatan, sejawatan, malah yang lebih muda pun sudah berderet anak-anaknya. 

Petang tadi diusik seorang rakan wanita ketika aku ralit memandang seorang baby comel lagi montel bermain-main di ruang legar tempat aku bekerja. Katanya "Hah. Tu pandang-pandang budak tu, tak teringin ke nak beranak bini...?" soalan spontan dalam nada bergurau aku kira. Aku hanya senyum dan menjawab, "Teringin jugak..." pun dalam nada spontan. "Hmmm... Tu la. Memilih sangat. Nak yang vouge-vouge. Nak yang dah ada kerja. Pilih yang dah ada kereta sendiri. Tu nampak tu, student punya lah ramai. Tackel la sorang. Kang bile dah habis blaja, pinang je. Senang, macam I ni, umur kite sama, tapi I dah nak masuk 2 anak taw" panjang leternya sambil dituding-tuding selamba jarinya ke arah pelatih-pelatih wanita yang lalu lalang di sekitar kawasan itu. Pun aku anggap bergurau. Kalau dia serious pun, aku tak ambil pusing. Cuma, berkata aku di dalam hati...

"Aku memilih? Benarkah aku ini memilih? Aku pun tak tahu sama ada aku ini memilih atau tidak. Bila masa aku letakkan standart pada bakal suri hidup aku. Pada aku, tak timbul soal kesempurnaan dalam kamus hidup aku, sedang aku sendiri selalu sahaja tergelincir dari landasan hidup. Mujur tidak terbabas dan terjunam teruk. "Berkawan" bukan tidak pernah. Pernah bertemu dengan gadis semulia ustazah. Sopan santun, lembut budi bicara. Pernah juga bertemu dengan gadis yang tidak lagi 'gadis'. Elok diluarnya, "di dalamnya", habis rosak bak kata tuan punya diri. Aku terima sahaja. Soalnya, diakhir cerita, semua perhubungan itu tak jadi atas asbab yang ditakdirkan tuhan. Nak diapakan?

Aku selalu berpesan pada diri dengan kata-kata cliche yang amat keramat ini... 
Ajal... Maut... Jodoh... Pertemuan...
Di tangan Allah... 

15.7.13

Bersahur di PJ, tapi bukan PJ Hilton

Intro bagi entry malam ni ialah gambar 3 bungkus nasi lemak ni. Nasi Lemak Panas. Jaminan panasnye nasi lemak ni sehinggalah, kalau rase tak panas, boleh tukar. Order je yang baru. Panas-panas punya. Jangan risau, tuan kedai tak marah. Sempoi!

Haaa... Ni rupe isi di dalamnye. Menyelerakan tak? Kalau rase tak teruja tu, mungkin ade something wrong some where la ni... Hehehe... Bukak je bungkusan nasi lemak ni, terus-terus wap yang terperap bersama aroma nasik lemak, sambal tumis tu tangkap ke hidung. Masa tu automatik la kelenjar saliva akan merembeskan air liur tande isyarat terliuq sudah sampai ke kepala hotak yang berjambul. Hep.. Hep.. Hep.. Bismillah dulu...

"Lesen makan kat sini, 3 bungkus" itu katenye member yang bawak aku. Perkhh!! Ini bungkusan yang ke-2 oleh si pemakan di depan aku ni(member). Makan-makan, relaks... Sembang-sembang dan makan lagi... Masa ni, aku baru sahaja men'settle'kan bungkusan aku yang ke-2. Mampukah mendapat 'lesen' nasi lemak panas malam ni? Kita tengok kesudahannya nanti. Kalau dalam rancangan "Man versus Food" di Astro tu, kalau berjaya lepasi cabaran, gambar akan masuk "Wall of Fame". Tapi kat kedai ni, belum ade lagi. Patut dicadangkan kepada tuan kedai perkara ni. Hahaha

Untuk tempahan katering, boleh la ambik contact number ni (pandai-pandai aku je kan). Lokasi di Petaling Jaya. Selain nama dan alamat ni, sebagai rujukan, port ni nasi lemak ni jugak dikenali as 'Nasi Lemak Panas Jalan 223, PJ'. Boleh la serbu gerai ni. Malam-malam memang happening sampai aku yang first time datang ni naik pening. Pening pasal sampai-sampai, peniaga di situ semua duk serbu. Macam style ulat tiket kat pudu raya tu. Semua duk promote menu masing-masing. Pening, tapi okey la. Kire dah jadi style diorang meniaga macam tu. Tapi dek kerana fokus malam ni nak nasi lemak panas, maka, lain-lain menu tak dilayan. Lain kali boleh cuba lagi.  


Member yang membawak. Aku kalau tak diajak memang tak bergerak la. Maklum la, bukan kaki berjalan. Ade gang, aku on. Tak de gang, duk rumah je la. Huhu.. Tapi budak berdua ni, kalau tak ajak aku kali ni, memang aku punya merajuk akan membawak ke puasa tahun depan la... Hahahaha... Anyway, thanks a lot la. Merasa jugak aku Nasi Lemak Panas Jalan 223 ni. 

######

Kesudahannya. Hanya 2 bungkus. Tak dapat lesen. Memang aku dah tak larat nak sumbat. Kalau aku sumbat jugak, takot terbelahak kat situ jugak. Dah la berbuka tadi makan nasi. Selang berapa jam sahaja, masuk pulak nasi lemak panas ni. Huii la... Baru petang tadi timbang, berat sudah susut 5 kilo. Banyak tu. 5 kilo. Bukan main-main punya. Ahh.. Tak pe. Bulan puasa. Esok kerja berat, nak pakai jugak kalori nasik lemak ni. Bak kate member jugak "selagi boleh makan, makan je la..".. Betul tu!

Hmm. 3.06 am. Penangan nasi lemak panas sudah tangkap ke kepala. Rasa macam di awangan sekarang ni. Wahhh... Terbang... Terbang... Terbang... Tinggi lagi.. Lagi.. Ada sayap... Terbang.. Terbang... ZZzzzzzzzzzzzzzzzz... Krohhh... Krohhhh... Zzzzzzzz... Krohhh... ZzZZzzzzzz

14.7.13

Membina Bloglist

As-Salam readers... Sam Banjamin sedang membina Blog Listnya... Lebih mudah mencapai kalian dari sini... Sambil-sambil terus-terus memburu dan memburu blog-blog yang ohsem di luar sana. Setakat jam 12.59 am, ini adalah sekumpulan mereka-mereka yang berjaya dikumpulkan:

Sentuhan Memoir:  



Sekutu Rapat


Gerila Penulisan Kreatif


Pemburuan bagi mencari mereka-mereka yang istimewa di luar sana akan diteruskan.