15.5.12

"Menggelitat"



"Tidak cukup cantikkah aku ini sehingga gagal menundukkan jantan yang sorang ni" Munah berbicara sendirian di dalam hati. 


Mengapa sekali ini Badrol gagal ditewaskan seperti mana mudahnya menewaskan Jonet, Sahak serta beberapa lagi lelaki hidung belang yang hanya dengan 'selentik' pinggang dan 'selenggok' punggung sahaja, sudah mampu membuat Jonet, Sahak serta beberapa lelaki hidung belang itu berjejes air liur, umpama anjing terhidu tulang di tepian jalan. 

Rambutnya diusai-usai lagi dan lagi. Sesekali kedua-dua keningnya diangkat-angkat. "Ahhh" keluhnya lagi. Tak terlindung lagi garis-garis kasar pada dahinya tatkala kening diangkat ke atas. Garis-garis yang dahulunya tiada. Garis-garis yang terbit sekadar baru-baru ini. Garis-garis melintang yang tak upaya dilindungkan lagi. Sejak kejadian malam itu. Sejak dibawa Manaf untuk menginap sama di bilik hotel murah itu. 

Dengan Manaf sudah dalam dua tiga kali. Barangkali Manaf akan minta lagi. Dan lagi. Dan lagi. Oh... Dan lagi. Terpaksa diberi dalam rela dan tidak. Kadangkala, Munah itu sendiri yang ber'signal-signal', mengumpan-ngumpan dan menyerahkan. Kata orang, 'kerana sayang'. Mula-mula rasa kesal terbit. Tapi rasa kesal itu, lama-lama terhakis. Dan bertukar menjadi keperluan serta keasyikan yang kian dilupa akan hukum serta balasanya.

Mahu ditinggal Manaf sudah terlewat. Biarpun jantan itu membawak sial ke dalam hidupnya. Kadang-kadang terbit benci yang mengatasi segalanya. Kadang-kadang terbit risau yang serisaunya kalau Manaf itu sendiri yang meninggalkannya. Kadang-kadang, rasa kesal muncul kembali. Tetapi kata orang, terlajak perahu bisa undur, terlajak perbuatan padah menimpa. Samalah seperti, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Dalam pada kesal itu, Munah tetap ligat. Manaf tidak lebih dari sekadar penyesalan buatnya. Ditelan mati emak. Diluah mati bapak. Segalanya serba tidak kena buat mereka pada Munah. "Memang sial!" hamun Munah terhadap takdir. 

Terus-terus Munah ligat menghayun punggung yang kian jatuh itu. Seboleh-boleh dipakai yang sendat-sendat. Bila berjalan dilentikkan punggung. 'Perasan'nya agar lebih menarik, walhal disekeliling orang memandang, Munah berjalan bagaikan nak tersungkur langkahnya. Bila bercakap sengaja dilentok-lentokkan leher serta diusai-usai rambut agar dirasakan tampak manja. 

Bagi yang 'celik', tersingkap gediknya Munah. Tapi bagi yang 'buta' seperti Jonet dan Sahak, Munah masih ade 'value' yang mahu di'try' walau sekali. Sangup bermodal masa dan wang ringgit buat Munah. "Kata lah apa sahaja Munah, akan abang turutkan" pelawa Sahak. Apa lagi. Ditunjuk itu dan ini. Bukan yang murah-murah, bukan yang kecil-kecil harganya. Sahak pula terus melabur dan melabur. Sambil menanti-nanti akan pulangan pada pelaburan itu.

Tunggu punya tunggu. Punya tunggu. Bermodal sudah. Melabur sudah. Memuja sudah. Memuji pun sudah. Pulangan tidak juga kunjung tiba. Pelaburan apa jika tiada pulangan? Merugikan. Membuang masa serta mendatangkan marah. "Tak guna punya Munah!" hamun Sahak pula. Munah tidak ambil peduli. Datang mu tak diundang, jika ragu, sila pulang. Padanya, lelaki hidung belang ini bukan sukar ditewaskan. Tak perlu bermodal, tetapi pulangannya lumayan...

Tetapi sekali ini. Dengan Badrol ini, mengapa kalis yang amat dirinya. Tahan digoda. Tak pernah memuji dan mengisyaratkan "meminta". Melabur pun tidak!. "Ahhhh... Sial!" menghamun lagi Munah. Munah tidak tahu yang setiap malam Badrol meratap tangis bermohon kepada tuhannya:

"Ya Tuhan kami, janganlah engkau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami rahmat Mu kerana Engkau adalah yang Maha pemberi. Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpesongnya iman dan berilah petunjuk dari kemungkinan kesesatan. Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antara aku dan syaitan serta perbuatannya. Ya Allah aku mohon pada Mu jiwa yang tenang tenteram yang percaya pada pertemuan dengan Mu dan redha atas keputusan Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian Mu... Amin Ya Allah"

'Like' serta 'Share' buat pedoman....

12.5.12

Lesson Hari Ini



Hari yang panjang dan memenatkan. Belum lagi bertemu esok yang pasti perlahan. Walau macam manapun, hari ni adalah hari yang banyak mengajar, antaranya:
  1. Aku belajar 'cakap' hari ini. Walaupun tak selancar menulis, setidak-tidaknya aku belajar. Tidak mempedulikan apa tanggapan orang, atas niat 'belajar'. 
  2. Aku belajar memimpin. Dari 10 markah, aku kurniai 3 markah ditambah 1 markah bonus untuk diri sendiri. Memimpin bukan mudah. Dalam usia yang 'semuda' aku dan perlu memimpin orang-orang yang lebih dewasa, pada aku satu rahmat. Hari ini aku belajar...
  3. Hari ini aku belajar, bila berhadapan gadis idaman, perlu relaks dan tak kelam kabut. Yang paling best hari ni, aku dapat tatap mata dia, senyum serta bonus kenyit mata sebagai isyarat 'sama-sama' ketika membalas ucapan terima kasih darinya. Aku sibuk hari ini, bercakap pun main isyarat sahaja.
  4. Aku belajar hari ini, bila sahabat sikapnya biadap, aku hanya perlu senyum sahaja. Dalam bersahabat, aku kadang kala terpaksa menelan, ada juga di antara mereka yang minta 'disembah' bagaikan Tuhan. Tapi maaf. Tuhan aku satu sahaja. 
  5. Hari ini aku belajar, pendirian aku sudah okey... Kadangkala, aku hanya perlu fokus agar tak tergoyah pendirian. Yang ini, aku perlu perbaiki. Bagaimana menjadi insan yang 'kuat karaktor'nya. Yang tidak perlu terikut-ikut pada yang lain. Aku harus kuat dan terus belajar...
  6. Hari ini aku belajar lagi. Seandainya orang lain bercakap tentang rahsia yang pernah kita ceritakan kepada 'someone'. Bermakna 'someone' itulah yang memecahkan rahsia itu. Bukan orang lain. Jadi, jangan mudah percaya kepada 'someone' walaupun mereka hadir ke dalam hidup ini dan kononnya mengaku 'bestfriend!'
  7. Aku belajar hari ini. When ever I felt down, aku seharusnya lekas-lekas memikirkan apakah kebaikan, kejayaan serta kenikmatan yang telah aku kecapi sepanjang hari ini. Nikmat paling best 'dia' pandang aku. Aku pandang 'dia'. Dan aku rasa nak pandang lagi dan lagi...
  8. Aku belajar hari ini, aku mempunyai Bos, rakan sejawat, kakitangan yang sebenarnya boleh support aku serta bertimbang rasa buat aku. Cuma aku harus abaikan sebenarnya cakap-cakap insan-insan yang menjunjung keegoan mereka. Apa yang harus aku lakukan jika mereka-mereka yang aku maksudkan itu cukup rapat di sisi aku...?
  9. Aku belajar hari ini, senyum dan bertenang adalah penawar serta senjata paling berguna.
  10. Aku belajar hari ini, mak... Anak mak jatuh cinta... Tapi segan, sebab cinta pade 'dia' yang besar darjatnya. Relaks la. Kene rasional. Bile syok kat 'dia' maknanya aku normal. Masih punyai rasa. Relaks la. Terus-terus meminati 'dia'. Bukan ke meminati tu lebih baik dari perasaan yang tidak elok. Bukankah begitu...?
Lesson... Lesson Hari Ini...

8.5.12

Mengejar Hidayah


Ketika penat berlari mengejar Hidayah
Diri buas diburu dosa 
Datang menghambat 
Merantai bagai sauh
Menghalang umpama gaung
Menikam hati
Menutup jalan

Diri
Jangan pernah penat mengejar Hidayah
Tak mampu berlari
Berjalanlah...
Lumpuh upaya
Berkesotlah...
Jangan berputus asa
Usah berputus harap
Allah...
Tunjukkan aku jalan...
Berikah aku kekuatan...
Aku pinta perlindungan...
Aku mengejar...
Hidayah Mu...
Hingga aku dapat...

(Mohon mengaminkan di dalam hati... 
Siapa tahu, berkat ke-aminan itu...
Bertemu aku dengan Hidayah
Amin...)

6.5.12

Aku Mahu "Keunggulan"


Nota untuk diri sendiri. Sengaja aku konsikan untuk semua. Sebabnya, ia amat berguna buat orang yang selalu 'stress' masam aku. Dipetik dari ceramah Membina Personaliti Unggul oleh En Nasruddin Ab. Aziz (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)


1. Pengurusan Stres Membina Modal Insan Cemerlang

Kebanyakan masalah berpunca dari stres. Nisbah 1 daripada 4 rakyat malaysia mengalami ketidakseimbangan mental. Daripada 2.6 juta rakyat yang menghadapi masalah mental, 90% daripadanya tidak mendapatkan rawatan. Itu adalah statistiknya. Reaksi mental dan fizikal terhadap semua cabaran di sekeliling kita dapat dikawal jika kita mampu mengawal stres.

Kenalilah punca-punca stres.

Stres boleh disebabkan oleh :

1. Sifat semulajadi manusia.
·         Terlalu sensitif
·         Bercita-cita tinggi
·         Terlampau teliti dan cerewet
·         Pendesak
·         Perisau
·         Kaki gaduh
·         Buruk sangka
·         Terlampau serius
·         Beban kerja berat
·         Banyak dateline
·         Bosan

2. Punca-punca dalaman
·         Hati kotor
·         Engkar perintah tuhan
·         Percaya kepada kepercayaan karut

Kenali juga tanda-tanda stres

Jika tanda-tanda ini kelihatan, bermakna orang ini perlu dibantu atau diberi nasihat agar menghindari stres.
·         Mudah marah
·         Mudah kecewa
·         Moody
·         Gangguan proses pemikiran – mudah lupa
·         Kurang kreatif
·         Sakit mulut (ulser) – tanda daya ketahanan penyakit kurang
·         Masalah penghadaman – sembelit, buasir
·         Rambut gugur (sebelum waktunya)
·         Sakit kulit
·         Susah hendak tidur
·         Masalah jantung

Ketahui juga cara-cara kendalikan stres

·         Nilai-nilai murni
·         Perancangan
·         Hapuskan “cari’. Amalkan 5S.
·         Kemahiran diri
·         Pengurusan masa
·         Pemaaf
·         Pengurusan emosi
·         Berbuat baik dengan ibu bapa
·         Berwuduk
·         Membaca al-quran
·         Bangun 2/3 malam dan beribadat
·         Pemakanan yang sihat
·         Melihat haiwan seperti ikan
·         Mendengar bunyi seperti ombak, angin, burung
·         Senyum selalu
·         Beri salam
·         Menangis jika perlu
·         Berdoa
·         Muhasabah diri
·         Jadilah insan pemurah

Kelebihan bersedekah

·         Menambahkan rezeki
·         Memudahkan hajat
·         Doa orang miskin, makbul
·         Kekuatan emosi
·         Mengikis sifat takabbur
·         Pahala sedekah berikan kepada ibu bapa yang telah tiada 

5.5.12

Tak Payah Bace....

(Masa aku mula menulis entry ni, diluar sana sudah mula 'gendram gendrum" guruh berbunyi. 
Wahh.. Lamanya tidur tidak berteman suasana hujan)

"Datang dan sambung bayar macam biase je...."

Tu ungkapan yang paling best yang buat hari semalam. Secara automatik membakar semua motivasi aku. Beratus ringgit aku modalkan untuk pendaftaran sahaja. Lepas tu mula-mula je semangat. Hangat-hangat tahi ayam. Bile aku terpengaruh dengan ajakan kawan-kawan untuk sesuatu yang lebih mudah dan percuma, aku beralih dan meninggallkannye. 

Tak pe. Bermula esok, kembali semula. Iron Gym... Lupakan yang lain walaupun percuma... Aku nak workout sampai mampos dan lupakan yang 'lain-lain'... 

4.5.12

Renungan Jumaat

Manusia ni sama sahaja... Mulut cakap lain... Hati niat lain... Hati manusia tu pun semuanya sama sahaja... Berbolak balik... Hari ni rasa selesa, kecenderungan akan lebih kepada yang menyelesakan... Kalau esok rasa terancam sikit, dicarinya yang 'kuat-kuat' sebagai 'back up'... Bila takut atau tergoyah pendirian, akal panjang sahaja memusing pegangan... Takut... Takut... Kenapa takut? Sebab kebenaran tu kadang kala PAHIT untuk ditelan...

Renungan Jumaat...

"Ade Macam Tak De...?"

Ade macam tak de...?
Bukan tak de, tapi tak diberi peluang...
Kau sorang pandai... Orang lain?...
Kalau pun aku tak pandai... Tak salah aku belajar bukan?
Nampak macam kau nak 'kongker' semua...
Bukan tak de... Tapi 'makan sorang'...
Bukan tak de... Tapi bile 'banyak' idea sangat, lebih baik aku diam...
Bukan tak de... Bile tak dibawak berbincang elok-elok, "communication down"... Kat situ aku dah nampak... Pengagihan tugas yang tak jelas...
Bukan tak de... Aku tak nak jadi gile kuase... Bile ade sorang nak 'pegang', aku tak nak interupt...  Kalau aku interupt, aku risau kau 'tenggelam'...
Bukan tak de... Dalam istilah 'perkongsian' tu, perlu adil... Perlu sama rata...
Bukan tak de... Habis tu ade sentimen 'senior junior'... Kalau aku buka mulut sikit, kau kate aku mengajar kau pulak... Tampak macam aku ni memandai-mandai...
Bukan tak de... Banyak sentimen... Pendekatan aku, 'laksanakan kerja... Janji siap dan objektif tercapai'... Walaupun at the end, aku sedar, sikit 'credit' pun tak memihak pade aku... Tengok aje la 'markah' hujung tahun nanti... Jujur aku cakap... Memang aku makan hati jugak berkecil hati...  
Bukan tak de... Tak nak berkira... Aku bukan jenis pikul beban sikit, mata 'kerling' orang lain... Macam orang lain cume tengok aje kau buat kerja... Dah tu, aku fikir, kau nak buat semua benda... Tapi jangan label aku buat tak tahu...
Bukan tak de... Cuba tanya majoriti... Ape kate mereka? Semua orang dah bising... Aku tak cakap kosong... Mungkin selama ni tak de yang mahu menegur... Menjaga hati barangkali... Perlu tahu beza... Beban mana yang perlu dikongsi... Jugak perlu tahu beza... Yang mana perlu "diserah tugas"... Dan mana yang kau rase tugas tu tugas 'orang bawahan' yang tak sepatutnya kau buat... Aku tak kisah menggalasnya... Aku jenis tak berkira...

Aku pernah kerja dengan Bangsa Cina... Dari A sampai Z kalau boleh Cina tu nak aku master dengan kerja yang aku mohon tu. Dan dari A sampai Z tu la ilmu, Cina tu turunkan kat aku. Tak rase takut pun ilmu yang die ade tu surut. Ape tujuannya... Kelak bila aku master, ianya baik untuk tujuan membangunkan syarikat. Bukah sahaja syarikat, baik jugak untuk perkembangan kerjaya aku. Seburuk-buruk cina yang makan babi tu pun (bukan semua makan babi), tak kisah untuk bangunkan bangsa lain. Yang penting manfaatnye sama-sama rasa.

Aku kecewa la... Aku Melayu... Kau Melayu... Aku memang kecewa.... Cume, aku sentiasa berlapang dada untuk sentiasa berbincang dan bermuafakat kalau berpeluang...