18.4.12

Fokus Jangan Tak Fokus


Sebagai seorang Mat Penanggah berkelulusan dan bergaji besar. Sebagai ahli sukan bina badan yang gagah perkasa (perut buat aku stress!). Sebagai nelayan part-time yang selalu turun memancing. Sebagai calon yang bakal menduduki peperiksaan besar. Hmmm... Hari-hari aku kian sibuk dengan hal-hal yang memerlukan aku fokus. Maaf kalau tulisan aku kian hampeh baik dari segi isi mahupun sentuhannya. Hahahahhaahahha.

15.4.12

Berani Kerana Benar


...Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku...

kredit : google image

13.4.12

Mersing Omnibus

Ape yang menarik tentang Mersing Omnibus ni? Berkali-kali aku sebut-sebut dalam entry-entry yang lepas-lepas. Hakikatnya, syarikat pengangkutan bas awam yang old school ni, memang dekat di hati. Mersing Omnibus, ade cerita....

Gambar-gambar ni sempat aku rakamkan sewaktu dalam perjalanan balik ke Felda Nitar baru-baru ni. Lokasi, di Perhentian Bas Kluang. Tersilap mencatur perjalanan, menyebabkan aku sampai terlalu awal di sini. Tiket bas terus ke Mersing, kebetulan habis. Alternatifnya, terpaksalah naik bas sambung-sambung ni. Seeloknya dari Kuala Lumpur aku naik bas jam 11.00 am. Bermakna, tiba di bandar Kluang dalam jam 3.00 pm. Tidak lah terlalu lama menunggu bas Kluang - Nitar yang bertolak pada 3.45 pm tu. 

Tapi, kate orang, biar kite tiba awal, maka tidaklah terlalu terkejar-kejar atau mengelak sebarang risiko lain pulak. Manalah tau, tayar bas meletup ke. Jalan jem ke. Kan...?



Mersing Omnibus. Sekitar tahun-tahun 1990 an, bas ni menjadi pengangkutan rasmi kami sekeluarga untuk balik kampung Mak di Batu Pahat Johor (Kampung Peserai). Bas ni jugak lah yang membawak kami pulang ke Kampung Sawah Datok, Mersing Johor, untuk balik ke kampung sebelah abah pula. Jauhnye perjalanan, tuhan sahaja yang tahu. Keluar pagi-pagi seawal jam 7.30 am untuk mengejar bas pertama. Kalau terlewat, tunggu la trip seterusnya pada jam 11.00 am. Bergegaslah kami sekeluarga dengan beg balik kampung yang sarat tu.   



Mula-mula naik bas, hati girang. Maklumlah nak balik kampung untuk bertemu arwah nenek dan sepupu-sepupu sebaya. Tapi makin laju bas bergerak. Dengan jalan Mersing-Kluang yang macam ular kene palu dan tak rata tu, aku pun mulalah pening-pening. Ditambah lagi dengan bau asap diesel dari ekzos bas yang kadang-kadang menusuk ke hidung. Mulalah aku rasa nak muntah. Mujur abah dan mak dah stanby beg plastik dalam poket seluar aku. Paham-paham je la fungsi beg plastik tu.  



Dari kecik aku dah diajar survive sendiri. Aku pernah dilepas balik ke Batu Pahat sorang-sorang. Kalau tak silap aku, waktu tu, umur aku dalam lingkungan 11 tahun. Darjah 5. Mak dan Abah hanya bagi direction pada aku sebelum naik bas pertama. Kata abah "turun di Kluang nanti terus naik bas ke Batu Pahat. Sampai Batu Pahat, naik bas warna kuning. Bas ke Muar. Jangan tidur dalam bas ke Muar tu. Lepas jambatan pertama, tunggu sampai bas lalu depan Petronas. Kat situ, tekan loceng. Nanti bas berenti kat simpang. Sampai la tu kat Peserai" abah memberi direction secara lisan. Mak angguk meyakinkan yang aku boleh lakukan. Aku pulak, dalam takut-takut, terus menanam keyakinan yang aku boleh lakukan. 


"Sampai nanti jangan lupa talifon" tambah mak pula.

Dengan tubuh kecil aku waktu tu, bersama backpack yang aku rase dekat sama besar dengan badan aku, aku redah je perjalanan tu sorang-sorang. Anak bujang kecik sedang belajar survive. Jangan siapa menghalang. Naik bas, turun bas dengan yakin. Pesan abah selalu bermain dalam kepala. Ikut je. Insyaallah selamat. Mujur jugak tak de ape-ape masalah sepanjang jalan. 

Bila sampai di Peserai, terus bagi salam di muka pintu. Menjengah mak cik saudara. Terperanjat bile yang terjegat di depan pintu, si bujang kecik ni. "Mak ko mana?" soalnya. "Mak suruh balik dulu" jawab aku. Mak Cik saudare aku tu terkejut besar. Lepas salam semua, terus aku pi main dengan sepupu, terlupa telefon mak. (tengok tu, cepat lupa kat mak die kan...)

"Kringggg.. Kringggg... Kringgg"

Bunyi telefon. Aku buat tak tau sebab leka bermain. "Hahh... Die dah sampai dah. Tu ade kat luar tu" macam tu la lebih kurang kedengaran suara Mak Cik aku tu. Pun aku buat tak peduli. Sebab dah seronok bermain. Misi berjaya disahut dan dijayakan. Cume kalau diikut peraturan sebenar, aku dikire disqualified sebab gagal menelifon mak sesudah sampai di Batu Pahat lantas membiarkan mak aku kerisauan di Mersing tu. 

Bile termenung sorang-sorang sekarang ni, aku fikir, macam tu rupanya mak dan abah mendidik. Mengajar aku untuk berdikari dan survive. Memang berkesan. Sampai sekarang, aku rasa, diri aku ni tak la terlalu bergantung kepada orang lain untuk hidup. Aku tak kisah 'sendiri-sendiri' selagi aku mampu lakukan. 'Berteman' pada aku bila perlu. Sebab, selagi mana aku boleh lakukan sendiri, untuk apa susah-susahkan orang lain? Kesusahan tu, pada aku bukan lah sesuatu yang tak boleh ditempuh. Yang penting hati kene banyak sabar.



Habis cerita balik kampung dan cerita survivor yang dah lapuk tu. Ade satu kisah yang sebenarnya berlaku lebih awal dari kisah balik kampung tu. Kisah yang aku namakan sebagai 'Trajedi Penculikan Yang Gagal'. Bila teringat kisah ni, langsung aku terkenang trajedi-trajedi malang yang menimpa mangsa-mangsa penculikan yang berleluasa sekarang ni. Percaya tak korang? Aku pernah cuba dilarikan oleh seorang Mat Pet di dalam bas sambung-sambung ni. Serious.


Umur aku dalam 7 ke 8 tahun masa tu. Kisah berlaku sewaktu aku ikut mak balik ke Batu Pahat. Untuk ke sana, seperti biasa, kami perlu menaiki bas ke Muar. Sewaktu bersesak-sesak menaiki bas, tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali terus menarik aku untuk duduk disebelahnya di seat paling depan. Terpisahlah aku dengan Mak yang masa tu sibuk dengan beg serta adik beradik yang lain. Bas terus bergerak. 


Aku cuba bangun untuk pergi mendapatkan mak. Masa aku jengahkan kepala, aku perasan, masa tu mak tengah tercari-cari aku. Terus brother tu desak aku supaya duduk diam-diam. Memang borther tu tak ubah macam Mat Pet dari cara percakapan yang macam orang tengah 'high' tu. "Lek le dik. Duduk dengan pak cik ye" brother tu pujuk aku. "Tak nak. Nak pegi dekat mak" jawab aku. "Tak pe, mak ade kat belakang je tu" balas brother tu lagi. Die start pegang tangan aku waktu tu dan cuba pujuk aku dalam gayanya yang macam despread tu.


Aku tarik tangan aku kuat-kuat dan mujur, mak muncul dari belakang dan terus tarik aku. Brother tu pulak terus tekan loceng dan bergegas turun dari bas. Aku punye la cuak tak hingat masa tu. Trauma aku sekejap. Satu malam jugak aku tak boleh tidur. Dalam fikiran aku, kalau lah Mat Pet tu berjaya larikan aku, entah ape jadi ntah. Agak-agaknye, sure aku dah dijual ke Siam. Anggota badan aku ni, dah dikecai-kecai agaknye untuk dijual dipasaran gelap. Tak pun, kepala aku ni sure akan dibotakkan dan dipaksa menjadi pengemis di tepi-tepi jalan. Huh! Na'uzubillah... 


Begitulah gamaknye... 


Zaman sekolah menengah, sebelum mendaftar masuk ke Asrama Putera Seri Mersing, aku terpaksa berulang ke sekolah yang letaknya di Bandar Mersing dari rumah arwah nenek di Kampung Sawah Datok. Naik bas, bukan suatu yang pelik di zaman sekolah. Walaupun bukanlah selalu, di mana ada ketikanya pak cik aku tak dapat menjemput. Tunggu bas untuk balik ke Sawah Datok memang azab! 

Bayangkan balik sekolah pukul 1 lebih. Tengah-tengah hari buta tu. Perlu menapak ke Stesen Bas Mersing dalam 1 kilometer jauhnya. Kalau sempat, dapat kejar bas trip 1.30 pm. Kalau lambat, tunggu la bas jam 3.30 nanti. Itu pun kalau bas tu sampai on time. Dibuatnya bas lambat. Pukul 5 petang baru sampai rumah. Dah macam kerja opis pulak. Azab! Memang zaman-zaman sekolah menengah dulu, masa aku banyak terbuang di Stesen Bas Mersing tu.



Oh ye. Ade satu kenangan yang masih segar. Zulfikar, ko ingat lagi tak? Aku dengan engkau? Time kite teman abah ko pi Kluang untuk tengok kereta Mercedes abah ko yang tersadai kat bengkel di Kluang tu. Tu pun azab. Sampai Kluang, kereta tak siap lagi. Padahal dah menapak jauh nak ke bengkel tu. Lepas tu kite pi makan kat restoran nasi padang kat bandar Kluang tu. Weh... Aku ingat la. Salah satu menu yang ko makan kat situ. Masak Lemak Siput Sedut. Ehhh... Eh... Masih kuat ingatan aku ni... Hahahaha... 


Membesar bersama Mersing Omnibus. Masakan aku boleh lupa, lantai logamnya. Tingkap besarnya. Kertas tiketnya. Bunyi enjennye. Malah, sesekali kalau terjumpa abang drebar dan pak cik konduktor bas tu, aku rasa, aku masih cam muka diorang semua tu. Nak aje aku goncang bahu diorang dan cakap "Pak Cik! Pak Cik tak kenal saye ke?! Pak Cik ingat tak kat saye?!" dengan nada terujanya. Aku tak tau la ape respond diorang. Mesti diorang akan offer diri untuk jadi bapak mertua agaknye. Hahahaha....   

12.4.12

Azam Bulan Empat

Hahaha. Biasenye orang azam tiap-tiap tahun baru. Aku nak ubah la. Nak azam tiap-tiap bulan. Jadi, untuk azam bulan empat ni, aku berazam untuk mengutamakan kepentingan organisasi. Pendek kata, kerja jalan tanpa ade keluh kesah mak esah. Makanya, bermula bulan empat ni jugak, aku bakal menjadi someone yang kalis sok sek-sok sek yang sebenarnya tak perlu ade pun dalam sesebuah organisasi. Dah la aku ni 'negatif', ditambah lagi kenegetifan yang di bawa oleh pengaruh-pengaruh luar yang sebenarnya hanya menunjukkan diri masing-masing betul dan bagus. Heh. Kalau bagus, dah lama dah kite semua ni di puncak dunia. Ni tidak... Aku tengok macam tu jugak. 


Huh! Jangan pelik la kalau aku jadi macam orang Jepun. Jepun macam mana? Orang Jepun tu mengasingkan kehidupan kerja diorang dengan kehidupan peribadi. Makanya, time kerja, diorang kerja macam robot. Habis keje, habis. Balik rumah dan tumpukan pula pada keluarga dan masyarakat sekeliling diorang pulak. Tak de bawak balik kehidupan 'robot' tu ke rumah. Mind pun dah buang jauh pasal hal-hal keje. Sebab balik rumah, nak rehat. 


Nak lepak dan bincang pasal keje? Lepas keje tak payah la. Penat! Baik kite setel masalah keje kat tempat keje. Alah. Bukan masalah besar mana sangat pun. Cuma hal-hal berkaitan Si Abu rehat-rehat tak buat kerja. Setakat Rokiah hari ni pakai baju baru. Cuma pasal Leman tersilap cakap masa meeting. Tu je. Semuanya boleh diperbaiki kalau semua pihak mendahulukan kepentingan organisasi terlebih dahulu berbanding nak bersentimen tak tentu pasal tu. 


Aku jugak sekarang cuba sedaya upaya membuang pemikiran "kalau aku buat tu, ape aku dapat?". Aku rase mentality tu dah sebati dalam diri segelintir kakitangan kerajaan. Jadi, buat aje lah kerja sepertimana yang telah diamanahkan. Betul jugak kate seorang rakan yang jugak kakitangan bawahan je. Katanya,


"Apelah sangat nak dikeluhkan. Kite ni pun bukan organisasi besar mana pun. Cukup bulan, gaji dibayar. Bukan takat gaji, tengah-tengah bulan overtime masuk. Elaun lagi. Ape lagi nak? Nak senang macam mana lagi? Kite semua ni, jadi berpecah pun pasal kite semua tak sebuk dengan kerja. Sebab tu la kite banyak nampak dan banyak sebok pasal hal-hal yang tak perlu"
Nah kau... Kene sekolah dengan staff. Hahahahaha (gelakkan kebodohan diri sendiri)...


Aku nak renung kata-kata hikmah ni sampai juling. Ehh... Korang nak renung jugak ke? Alahhh. Tak yah la... Aku nak renung sorang-sorang... Hahahah


Rajin Kerja + Rajin Cakap = Berjaya 


Rajin Kerja + Malas Cakap = Kena Buli 


Malas Kerja+ Malas Cakap = Tak Guna


Malas Kerja + Suka Mengadu = Nyanyuk 



Malas Kerja + Suka Ponteng = Baik Berhenti



Malas Kerja + Suka Menyibuk = Baik Mati 



10.4.12

Boleh Caye Ke?

Kasim berjumpa Dollah untuk menceritakan satu rahsia besar. Besar mana tu, tak tahu lah. Cume nampak macam sarat je gayenye. Kasim pun berkata kepada Dolah...
Beberapa hari kemudian, melepaklah Dollah bersama Jamel. Lepak punya lepak, punya lepak. Terceritalah oleh Dollah akan rahsia yang diceritakan kepadanya itu kepada Jamel pula. Beginilah bunyinya Dollah 
membuka ceritanya. 

Si Jamel ni pulak, memang ape-ape hal, die akan bercerita kepada Si Abu. Walaupun perkara tu dianggap rahsia. Kire Si Abu ni dah macam orang kepercayaan Jamel lah. Yakin betul Jamel yang Abu akan diam-diam je. Maka dengan kompiden Jamel bercerita. 
Siap ber'insyallah' lagi Si Abu, cover line. Tapi, dek kerana gatal mulut sangat, 'insyaallah' tu entah ke mana ntah... Berpindah lagi rahsia besar tu.. Kali ni, Abu pulak bukak mulut kepada Salem. Dan macam biasa lah. Abu pun berpesan.... 
Berapa percent kite boleh percaya kat Salem ni? Agak-agak pecah tembelang tak?


Pernah berlaku? Jawab sendiri. Pernah dilakukan? Pun jawab sendiri. Entry ni tidak merujuk kepada sesiapa. Sekadar berpesan kepada diri sendiri... Sejauh mana kite meletakkan diri kita sebagai orang yang amanah dan boleh dipercayai? 

Entry ni habis kat sini... Boleh aku amanahkan kat korang...?

9.4.12

'Facesebok'


"Ade orang tak gemar untuk update status di facebook. Tapi lebih sebok untuk 'update' status facebook orang lain. Kadang-kadang aku rase FB ni sucks jugak. Yup. Memang sucks. Selalu-selalu, bukan kadang-kadang" hak ah, aku yang reka quote ni. 

Ke, segelintir friend-friend dalam friends list tu yang sucks?! 

Moralnye:

1. Facebook die, die punya pasal.
2. Guna dengan bijak.
3. Aku suka sebok 'update' status FB Dato' VC aku, berbanding yang lain-lain. Sebab, update die lebih berbentuk ilmiah serta pesanan. Secara tak langsung memberi motivasi.
4. Hanya kerana 'Facesebok', perlu ke kite berpecah belah?
5. Kalau duk lepak ngan aku, start hari ni, pi mampus la pasal status FB orang lain. Aku malas jadi kaki-kaki 'facesebok'. Biar la die nak update ape pun. Ko touching apehal? Kadang-kadang ape yang die update tu tak de kene mengene dengan korang.
6. Aku berazam untuk tidak mengupdate status berbaur rungutan, cinte sayang serta yang berunsur negative di FB. Sebab, kelak disalah tafsir pulak.
7. Berazam untuk menjalani kehidupan se-pro yang mampu. Dengan mengenepikan isu-isu bodoh yang tak perlu diperbesarkan. Yang paling penting sekali, hidup dengan hati senang. Kalau kerja tu, kerja jalan dan objektif tercapai. Kalau berkawan, salah sikit, setel kat situ. Tak payah nak bawak balik dan terus-terus menghentam di FB.
8. Sebokkan diri dengan perkara yang berfaedah. Disebabkan tidak sebok itulah, maka terlalu banyak perkara-perkara remeh diperbesarkan. Kalau tak tau nak buat ape, pi la bace paper ke. Bace novel ke. Ape-ape je la... 

Mari renungkan phrase-phrase ni:

"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya 
masa ketiadaannya" 
(Riwayat Abu Daud)


Masihkah Tuhan Itu Memandang Aku?


Aku pernah miliki naskah yang semacam ini. Aku juga pernah miliki rantaian yang semacam ini. Dulu aku rajin membukanya. Basah lidah ku dengan kumat kamit ayat ayat suci dan zikir. Hari ini, aku masih miliki naskah yang semacam ini. Aku juga masih miliki rantaian yang semacam ini. Tapi hati aku berat membukanya. Bukan sekadar lidah, jiwa serta fikiran aku juga kering tandus tanpa alunannya. 

Aku tak nampak tuhan... Jauh dari hati aku. Langkah aku berat dengan beban dosa. Bagai terkambus dalam-dalam. Masih kah tuhan itu memandang aku?...... 

8.4.12

Tik Tok Tik Tok Tik Tok



Sungguh. Dalam pada mencari diri, aku kian hilang rentak. Momentum semakin hilang. Sering sahaja hanyut di dalam perasaan sendiri. Memandang sekeliling, akulah yang paling demotivated. Persekitaran tidak membena. Potensi diri kian hilang satu persatu. Esok, dan esok. Terus-terus celaka. Sebab, tidak ada apa yang lebih baik dari hari ini dan semalam. 

Apa yang dirungutkan? Ya, memang aku sedang merungut. Kalau lah boleh aku singkap masa hadapan atau apa yang bakal berlaku sehari dua ini, nescaya mahu sahaja aku lari dari masa hadapan yang mungkin celaka itu. Ya, aku bodoh dan tersilap langkah dalam memilih jalan ini. Tapi, wajarkah aku memilih untuk memutuskan segala asa yang masih tertinggal? Aku sendiri ada jawapannya...

2.4.12

Memori Pohon Ceri

Pusing-pusing keliling rumah di petang hari. Melihat-lihat pokok-pokok yang rajin ditanam oleh Mak. Tertarik aku dengan pokok ceri ni. Galak membesar. Mengingatkan aku  zaman kecik-kecik ketika tinggal di Kampung Sawah Datok dulu. Zaman-zaman ketika aku mula kenal dengan tumbuhan rendang ini. Pokok ceri ni memang tumbuh melata di sana. Baik ditanam, mahupun tumbuh sendiri. Lebih-lebih lagi di kawasan persisir pantai di daerah Mersing ni. 



Dulu... Petang-petang, masa duduk di Sawah Datok. Kerjanya tiada lain. Balik sekolah Ugama. Lekas-lekas tanggal baju dan seluar. Bersalin pakaian basahan dan terus menyambar basikal. Kalau tak ke padang bola, berkayuh aku ke Kampung Makam. Di sana ada Pantai Mahkota yang nyaman udaranya. Tongkatkan basikal dan lepak-lepak di sana. Ade gerai menjual keropok lekor serta makanan ringan yang lain. Berbekalkan seringgit zaman-zaman tu, dapatlah menjamah 5 ketul (ketul ke keping ye?) keropok yang dijual pada harga satu seposen. Baki tu, buat beli air sirap. Lima posen. Ikat tepi.