29.2.12

Kian Melayu

Sajak - Kian Melayu

Melayu sekarang...
Baik di desa mahupun di kota...
Moden...
Dari sekecil-kecil Melayu...
Sampai sebangka-bangkanya...
Dihujung jemari, ada aksara rahsia...
Talifon tangan... 
Tak punyai itu... 
Pelik...
Bahasa orang putih... 
Dari kecil lagi, ramai yang fasih...
Bukan sekadar bahasa...
Budaya...
Gaya hidup...
Mula-mula diperhati...
Dicuba-cuba...
Terus-terus diadaptasi...
Moden...

Melayu sekarang...
Menegur dari Twitter...
Menyindir dengan Facebook...
Berbahasa di Blogspot...
Bukan seperti Melayu dulu-dulu...
Kawan tersilap, ditepukkan bahu, menegur...

24.2.12

Ye.. Ini Blog Aku

Ye... 
Ni blog aku... 
Aku yang tulis... 
Titik peluh aku.. 
Idea aku...
Mana yang aku pinjam, aku pinjamlah.... 
Segala content yang ada di dalam blog ni, adalah atas tanggungjawab aku...

Blogger Boy?
Bukan perkataan tu datang dari drama TV di channel 8 atau 9 tu ke?
Tu die punye kisah..
Kisah aku lain..
Tak semua aku kisahkan...
Nanti jadi cerita hebahan pulak...
Al-maklum lah...
Tak de pulak pen highlighter untuk aku highlight kan ungkapan 'al-maklum lah' tu...

19.2.12

Mudik Ke Sungai Linggi

Pak Abu menebar jala,
Jala ditebar di Sungai Linggi,
Walau ilmu penuh di dada,
Jangan suka menyombong diri

Itu die, sambil berpantun, sambil membuka entry baru ni. Dengan Label baru 'Trip Memancing' yang akan mengongsikan kepada korang, cerita-cerita aktiviti kegemaran aku, selain aktiviti bloging. Tidak lain dan tidak bukan, aktiviti sukan memancing. Jadi, kepada rakan-rakan di luar sana yang turut meminati aktiviti memancing ni, jangan malu atau segan untuk bersama-sama 'joint the club'. Tinggal-tinggalkanlah serangkap dua ulasan kat bawah nun, kalau berminat untuk berkongsi. Adat sebagai pemancing 'sharing is caring'. Ade tips, bagi tau. Ade rahsia, bisik-bisik. Ade hasil, insyaallah, kongsi ramai-ramai. Tak de hasil, kite cube lagi. Jangan putus ase.

Pantun di atas sana tu, elok-elok kalau dikongsikan. Moralnya, contohilah Pak Abu dengan jalanya. Rajin berusaha untuk menuai laba. Ikan atau udang yang duduk di dasar sungai atau laut tu, tak akan menyerah diri. Kene lah pancing atau jala dan sebagainya. Esok-esok, bila dah hebat dan berpengalaman (memancing) jangan pula sombong diri. Dan jangan juga, kedekut ilmu. Tak rugi mengajar, tak rugi berkongsi. Amal jariah tu. Nak rahsia-rahsia pun buat ape, cerita je, tips ke, nombor tekong ke, hingga nak kene pakai spender kaler ape sekali pun ketika memancing, kalaulah itu pun termasuk dalam kategori 'petua', kongsikan aje.

"Jala ditebar di Sungai Linggi"... Sebut sahaja Sungai Linggi, kepada kaki-kaki mengudang, tentu bingkas bangun. Dikalangan peminat udang galah di sekitar negeri-negeri sebelah pantai barat ni, Sungai Linggi tentu tersenarai antara port pilihan yang mesti dikunjungi. Bila sampai musim, berduyun-duyunlah pemancing-pemancing udang galah akan bermudik ke sungai yang menjadi sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka ini. Bak kate tekong yang membawa kami,

Selamat Harijadi Sohabat

Maka bertebaranlah penduduk Negeri Sanggar Suragas bagi menyambut keputraan Putera Marwan Jarum Emas Dibawa Berlayar Patah Nan Sebatang Belilah Yang Baru... Betapalah kemuliaan yang lahir bersama Putera Marwan Jarum Emas Dibawa Berlayar Patah Nan Sebatang Belilah Yang Baru sehingga dinamai dengan gelar-gelaran yang sebegitu hebat, kebal lagi mulia al-maulai... Maka dengan kemuliaan serta kekebalan itu, terbentuklah keperkasaan pada diri baginda mahupun negara jajahan takluknya...

Seluruh negara berpesta ria. Habis segala warung-warung, kebun-kebun, ladang-ladang dan jugak estet-estet, factory-factory dan kelang-kelang, rumah-rumah sewa dan juga stable lumba kuda, harta esmet ulam raja di dalam dan di luar negara, diberikan cuti seminggu gaji jalan sempena meraikan keraian keputraan beginda yang mulia ini. Selamat Hari Keputraan Sahabat. Mogak dipanjangin umurnya bersama keberkatan hidupnya. Dimurahin Rejekiknya. Dipertemuin Jodohnya ya. Jugak mogak-mogak suksis dalam segalan lapangin (lapangan) yang dikeceburin... Sampaikan salamin hambe kepada yang mulia Bapak Hazri jugak ibuk Awi serta kakanda juga adinda-adinda kandung jugak iparnya. Semuga kalian mendapat perlindungan insurans jugak perlindungan dari Allah swt.. Selamat Harijadi Sahabat...

Entry keluaran khas sempena hari keputraan Putera Marwan Jarum Emas Dibawa Berlayar Patah Nan Sebatang Belilah Yang Baru

15.2.12

Ala La La Latuk Jangan Saman

Kebanjiran Rakyat Malaysia mahupun rakyat asing yang menerima kurniaan gelaran Dato' bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Acapkali tiba sambutan hari keputraan Beginda Raja Raja Melayu, tentu sahaja akan hebah satu Malaya dengan penganugerahan-penganugerahan gelaran Dato'-Dato' disampaikan. Tentu sahaja individu-individu yang menerima penganugerahan ini terdiri daripada golongan yang mempunyai latar belakang yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Untuk mencapai tahap penganugerahan yang dikurniakan atas perkenan Baginda Raja-Raja ini bukanlah sesuatu yang mudah. Dari segi cafeteria-cafeteria yang melayakkan seseorang itu mendapat gelaran Dato' ialah... Jap-jap. Cafeteria? Cafeteria tu bukan tempat makan ke? Ops... Maaf... Dari segi kriteria-kriteria yang melayakkan seseorang itu mendapat gelaran Dato' biasanya dapat dilihat dan diukur melalui kejayaan dan pencapaian, selain sumbangan beliau terhadap negeri mahupun negara. Perlu ada sumbangan. Perlu ada kejayaan dan pencapaian, bukan kipas-kipas dan coba-coba membodek Raja-Raja. 

Ada juga gelaran Datuk yang tak perlukan penganugerahan dari Raja-Raja. Datuk yang tidak semestinya perlu menyumbang terhadap kebanggaan nusa bangsa. Datuk yang tidak pun memerlukan pencapaian yang terlalu tinggi melangit. Datuk ini, insyaallah, semua orang boleh memiliki titlenya. Dirikanlah rumah tangga. Beranak pinaklah. Bila anak dah besar kelak, kahwinkanlah anak itu. Insyaallah, apabila anak-anak sudah berumah tangga, anak-anak itu akan beranak pinak lagi. Dan tatkala itu, bercuculah kalian semua.

12.2.12

Isu Bertumbuk di KFC; Dari Perspektif Orang F&B

Ketika tumpuan masyarakat masih belum reda dengan kontroversi Video Pekerja Pengotor sekitar Julai 2011 yang lalu, timbul satu lagi kontroversi yang melibatkan kakitangan Restoran Makanan Segera, Kentucky Fried Chicken (KFC). Kali ini restoran ayam goreng ini 'berkokok' lagi dengan Video Pekerja KFC Tumbuk Pelanggan. Insiden yang berlaku di KFC Cawangan ICT Shah Alam ini, dikatakan membabitkan seorang pelanggan dengan salah seorang kakitangan yang bertugas pada waktu itu. Kejadian dikatakan berpunca akibat rasa tidak berpuas hati pelanggan tersebut terhadap mutu servis  di cawangan itu. Berikut adalah paparan 28 saat yang sempat dirakamkan oleh salah seorang pengunjung ketika kejadian tersebut berlaku:



Wujud pelbagai spekulasi setelah klip video ini didedahkan di laman Youtube. Tidak kurang juga yang membuat penilaian serta kesimpulan. Bagi sesetengah pihak yang menangguk di air yang keruh, isu ini dimainkan sebagai isu perkauam. Apatah lagi, insiden ini melibatkan seorang pelanggan berbangsa Cina dengan seorang pekerja berbangsa Melayu. Pelbagai komen serta maklum balas berhubung isu ini didebatkan. Ada yang menyalahkan pelanggan, tidak kurang juga yang mempersoalkan tindakan pekerja yang bertindak menyerang pelanggan berkenaan. Namun, sebagai warga yang bertanggungjawab, spekulasi-spekulasi berbaur negatif seperti isu perkauman yang dimainkan ini seharusnya dielakkan. 

Isu pergaduhan kecil dan terpencil di antara seorang anak muda Melayu yang gagal membendung emosi amarahnya dengan seorang lelaki Cina yang mungkin mahu haknya sebagai pelanggan ditegakkan ini, menjadi sebegitu besar apabila wujud banyak campur tangan dari pelbagai pihak yang kononnya mahu membela. Adalah lebih baik sekiranya isu ini diserahkan kepada undang-undang serta pihak-pihak yang berkenaan sahaja. Serahkan sahaja kepada kebijaksanaan mereka dalam menentukan siapa yang bersalah serta perlu dipertanggungjawabkan.

10.2.12

Blog Aku Bukan Blog Bapak Kau

Malam-malam buta ni aku terjumpa satu Page di Facebook. 




Terpulang la nak like ke tak. Aku? Aku mengaku... Aku 'like' page ni. 

8.2.12

Mawar Putih Buat Tasha Manshahar

Tasha Manshahar. Nama baru. Bakat baru yang muncul dicelah-celah jutaan klip video di laman Youtube. Selain Najwa Latif dan Ainan Tasneem yang kian mencipta nama, Tasha Manshahar aku kire satu lagi potensi baru yang diketengahkan bakatnya dari laman Youtube ni. 




First time mendengar nyanyian Tasha menerusi cover version lagu Mr Sexobeat  di laman sosial Facebook buat aku ternganga. Lagu yang dinyanyikan bersame partnernye (Syed Shahmim) dalam video klip tu, dipersembahkan penuh kelainan. Seriously, persembahan diorang ni menjadi alternative kepada yang tak berapa minat versi asal yang dinyanyikan oleh Alexandra Stan.


Kemudian satu lagi lagu yang begitu pesona buat aku. 'Be Mine'. Single nyanyian Tasha yang boleh juga korang tonton di Youtube. Klip video ni diupload oleh Clora Studio pada 2 Februari lepas, dan kini dan menjangkau 145,000 lebih capaian. Lagu sempoi dengan iringan gitar. Tapi pade pandangan aku lebih segar melodinya berbanding lagu cinta pesbuk yang ke AJL baru-baru ni. Meh dengar-dengarkan. Pedulikan je bahasa campur-campur dalam lagu ni. Sebab pada aku

7.2.12

Aku Terima Nikahnya

Tiada apa yang lebih meyakinkan 
Selain akad yang dilafazkan bagi mengikat kekasih kurniaan Tuhan
Cinta buat pasangan
Adalah buat isteri yang telah sah dinikahi
Bukan mereka yang bergelar awek... mak we... endut... dan yang seerti dengannya

Janji tuhan, setiap makhluk dijanjikan berpasang-pasangan. Buat aku, kalau pun tidak ketemu pasangan ku di dunia. Biarlah aku temuinya di Jannah. Menanti aku, dengan senyum. Bersama duduknya yang berteleku. 

Amin

Perempuan Mengada-ngada

"Salam Taipusam kepada yang meraikannya. Salam 1 Malaysia buat semua. Salam lebaran, lambat lagi. Sampaikan salam rinduku padanya. Tu ayat dalam lagu. Salam Terakhir. Tu lagu Pak Sudir. Salammm.. Emmm.. Emmm..."


"Ni berapa banyak salam ni? Salam tu, salam ni, nak tulis entry ke, nak salam?!" tempik Salamiah Hasan dari kejauhan. Pun salam jugak. Keh keh keh.


Saje je nak lari dari klise pembuka kata yang sering digunakan. Selalu aku bace, kepada yang jarang mengupdate, bile update entry je, masing-masing akan tulis "Dah lama aku tak update blog ni" atau "Alahai, lamenye tak menulis" tak pun "Dah 8 tahun aku tak update entry baru". Mesti perasan frasa-frasa yang biase digunakan ni bukan? Tak yah pakai la. Klise sangat la. Dah ramai yang pakai. Cube buka dengan ayat lain. Contohnye "Hai, dah lupe blog aku ni ke? Tak reti-reti jengok?" tak pun "Wah ramainya follower!!! Ni mesti sebab blog aku ni femeskan?". Ce try. Mesti akan ade kelainan.


Perempuan Mengada-ngada. Hah! Terus je masuk isi penting. Tak perlu pusing-pusing. Straight to the point. Tak perlu tulis "Hari ni sebenarnya aku nak tulis entry pasal perempuan mengada-ngada" atau "Pernah tak korang jumpa perempuan disekeliling korang yang mengada-ngada. Tentu pernahkan? Jadi, ape perasaan korang bile jumpe ngan perempuan yang macam ni?" Waa.. Tak perlu corner jauh-jauh. 


Pade aku perempuan ngade-ngade ni okey 'jer' (lihat, tambahan huruf 'r' dalam ejaan 'je' tu, menambah elemen mengada-ngada dalam ayat ni). Okey pada aku, sebab, kan perempuan tu terkenal dengan sikap manjanye. Selain tu, dengan adenye sikap ngade-ngade ni, akan menyerlahkan lagi kesan-kesan gegurl dalam diri perempuan tu. Selain akan membangkitkan sifat-sifat keanak-anakan yang tersangat lah cute. (Okey, ramai-ramai angkat tangan ke bahu dan pandang ke atas)

6.2.12

No Pain... No Gain


Prinsipnye... Hari ni workout, bukan esok, celik mata, pi depan cermin badan dah siap berketul.

Workout bukan semestinya untuk develop body jadi berketul-ketul. Setidak-tidaknya badan sentiasa cergas dan stamina meningkat. Kalau badan berketul-ketul pun, bukan boleh pergi ke 
mana-mana tak pakai baju.

Niat untuk kesihatan dulu. Bukan niat nak tayang body. Kalau nak tayang body, pi masuk pertandingan 'Miss' ter Univers macam Mr Sazalo tu.

Main sukan ape pun la. Kesan sakit kepada muscle tu tak akan dapat dielakkan. Layankan je. Selagi tak pitam tu, kire boleh la tu. Tapi jangan pakse pulak. Ikut kemampuan diri. 

Last sekali...

No Pain... No Gain la Beb!!!

5.2.12

Blogwalk

Harap Maaf... Tiada Di Rumah... Sebab Sedang Berblogwalk... Sila Tinggalkan Pesan Di Mana-mana...

Aktiviti Orang Bujang

Sebagai orang bujang lagi single, esok adalah hari yang baik untuk mengemas bilik, mencuci aquarium di sebelah pagi. Tengahari, memandangkan tak de awek yang nak di'dating'kan (mengabiskan duit je) adalah lebih baik masak sempoi-sempoi sahaja. Tak pun makan di kedai mamak berdekatan. Perkhh!! Nasi Kandar dihujung minggu, memang menu 'sehat'. Petang sikit, kalau tak ke gym, workout di rumah aje. Angkat la barang 5 ke 6 set besi-besi mampat nih. Lewat petang, jalan-jalan time. Ke mana arah tau ketahuan lagi. Mungkin survey port mancing agaknye. Tak pon, pi kompleks and usha-usha gajet-gajet terbaru. Kalau time jalan-jalan tu lapar, get set for dinner terus la. Than, balik rumah. Tengok TV. Kalau bosan layan PC, FB, Blog dan perkara-perkara yang sama waktu dengannya... Last, tido! Esoknya boleh fikir aktiviti lebih menarik...

Jadi jangan takut untuk single...
Penuhi rutin hidup sebagai seorang insan yang 'hidup'... 
Lebih fokus... 
Lebih bebas... 
Lebih tenang... 
Dan lebih senang...

1.2.12

Facebook dan Twitter

Dua menatang ni, kalau tersalah diletakkan status. Tersalah letak statement. Orang lain baca, kecil hati, jauh hati, rosak hati. Akhirnya perpecahan. Syaitan amat suka kepada hasil perpecahan itu. Sangka buruk. Iri hati. Benci. Fitnah. Tidak bertegur. Berpuak. Khianat. Mengumpat. Pemulauan. Serta banyak hal jahat lagi tidak elok. Jadi. Berbijaksanalah pada dua menatang ni...