26.1.17

Kursus Trainer Mindset


Simpan nota di sini sambil teringat 5 perkara yang perlu dibawa ke mana pergi:

1. Ego Must Go
2. Rubbish Must Go
3. Control Situation
4. Tuhan Tahu
5. Do What We Can Do

Syukur atas kurniaan ilmu yang dipinjamkan. 
"At the end we just human, And we really need someone to 'knock-knock' us"

Sekitar Malam

Assalamualaikum Buddies! 1:22am mata suam-suam mengantuknya. Diluar masih memekak dengan bunyi salak anjing. Anjing tu mengejar kucing-kucing comel yang terbiar di bawah sana.

Randomly writing. Sama macam berbual kosong dengan kalian semua. Apa yang terlintas ye? Kosong. Tak tahu. Cuma melayan mata.

Oh ye. Aku hilang sentuhan since macam-macam berlaku. Tapi tak perlulah terlalu serious memikirkan. Mungkin sebab terlalu lama tak menulis apatah lagi membaca.

Cuma baru-baru ni ada terbaca satu statement di Fb. 2017 ni aku perlu lebih kreatif. Gi mana ya? Cuba melegar-legarkan apa makna kreatif tu.

Perlu berkreatif di sini kah? Atau gaya hidup kah? Penampilankah? Gi mana ya? Cuma ada terlintas beberapa perkara untuk menambah pendapatan... Itu sudah menjadi keutamaan...

Hmmmm... Aduh berat keluhnya tu... Sambil terpejam-pejam mata ni dalam kelam malam. Menaip nota andriod..

Esok?? Doa sahaja yang baik-baik...

24.1.17

Haruan Hunter


Assalamualaikum Buddies! Musim hujan melanda 2017. Januari, agak lewat musim hujan tahun ni. Kebiasaannya dalam bulan 10-12. Tapi tahun ni lebatnya penghujung Januari. Tapi tidak lah terlalu jauh dan masih dalam lingkaran monsoon. Kat TV kawasan sebelah pantai timur tu sudah mula dinaiki air.

Sebelah pantai barat sini juga tak lepas dari tempiasnya. Hujan lebat sehari-hari. Sudah tentulah merencatkan sedikit kegiatan memancing. Bukan haruan je, malahan kebanyakan ikan air tawar lain. Tapi kalau ade jaring, menahan jarring adalah idea yang baik musim2 air bah ni.

Harap-harap, lekas lah musim hujan ni reda. Bole memburu lagi. Sementara tak kemana-mana ni, cuti kerja, memancing pun membangau je. Fikir elok juga kongsi gambar-gambar kenangan bersama hasil tangkapan yang tak seberapa ni.

Sebelum tu, berkenalanlah dulu dengan si ikan haruan ni. Nama saintifik Channa striatus. Habitat, air tawar especially kawasan berpaya. Haruan ni memiliki survivor skill yang tinggi. Bole survive 2-3 jam lamanya tanpa air. Nak cari lubuk pun tidak lah susah. Asal ade kawasan tadahan air, berpaya cetek, berarus static mahupun perlahan, redup, cubalah duga. Tentu ade kak wan ni.

Ikan haruan ni bersifat karnivor. Makan secara memburu. Selain itu ia juga bersikap territorial. Kira abang dan akak kawasan la. Dietnya tentulah ikan-ikan kecil mahupun haiwan-haiwan kecil yang mendiami habitatnya seperti anak-anak ikan (bapak ikan dan mak ikan pun turut dipelahapnya tanpa segan silu). Selain tu, katak, cicak, serangga turut menjadi makanan ikan haruan ini.

Kepada pemancing macam aku, pelbagai teknik untuk memancing haruan ni. Bagi aku, teknik kegemaran ialah teknik casting atau teknik menggayakan umpan hidup atau tipu untuk memerangkap kak wan. Kenapa aku suka teknik ni, sudah tentulah kecintaan terhadap debaran ketika memujuk ikan menghentam umpan disamping nikmat 'strike' yang hanya pemancing sahaja yang tahu.

Memancing ni mengajar erti sabar. Tak mesti kau turun hari ni confirm-confirm dapat ikan. Tak mesti ikan dah sambar umpan confirm-cinfirm kau bole naikkan ikan tu. Dan tak mesti kau rasa nak turun mancing esok, maka esok kau dapat turun, tahu-tahu hujan. Tahu-tahu kau sampai kat port, port dah kena jala. Dah ada pemancing lain. Ertinya, kena sabar la. Faktor rezeki yang menjadi penentu.

My passion for fishing. Hobi yang dipupuk sejak kecil. Orang tak faham. Kadang tu ade juga yang bertanya, ape la kau buang masa melangut tepi tasik tu. Baik buat benda lain. Tau-tau orang yang bertanya tu, hobinya kumpul setem. Tak pulak aku bertanya, nak buat apa kumpul setem ni banyak-banyak. Ni soal minat. Hobi. Lain orang lain gayanya.. Yang penting.... Hobi aku tidak lah melukakan hati siapa-siapa.. kah kah kah kah...









22.1.17

Lelaki Ke Dapur: Ragu atau Ragout



Sos Ragù adalah sos ala Itali yang diperbuat daripada daging dan sayur-sayuran. Kebiasaanya ia digunakan bersama hidangan pasta. Terdapat beberapa resipi klasik berlainan dan di Italian Culinary Institute (sebuah badan yang menjaga khazanah pemakanan di Itali) sendiri telah mengenal pasti lebih dari 14 jenis recepi yang berlainan. Walau bagaimanapun disebabkan konsep asasnya amat mudah, ianya telah membuka peluang kepada tukang masak untuk membuat inovasi dan menambah baik resepi hidangan tersebut.

Sos biasanya pekat dan sentiasa mengandungi daging. Apa sahaja jenis daging dan kepelbagaian tambahan sayur-sayuran yang biasanya berubah-ubah mengikut kawasan-kawasan tertentu. Di Itali yang kaya dengan sos tradisional ini, resepi adalah berbeza-beza mengikut keluarga. Boleh dikatakan setiap keluarga mempunyai resipi mereka sendiri yang dan telah diwarisi dari generasi ke generasi.
Bahan paling penting di dalam sos ini adalah daging, tidak kira sama ada daging yang dikisar atau dalam potongan kecil; daging akan ditumis perlahan-lahan bersama bahan-bahan aromatik seperti bawang merah dan bawang putih. Selepas itu, sedikit demi sedikit pes tomato mahupun tomato yang segar akan dimasukkan; dalam kebanyakan kes daging adalah bahan utama. Pelbagai jenis sayur-sayuran lain boleh ditambah. Kebiasanya sayur-sayuran akan dipotong dadu atau dicincang halus. Sos ini akan direneh perlahan-lahan selama beberapa jam. Renehan selama berjam-jam ini akan menjadikan bahan-bahan menjadi sebati disamping memekatkan sos tersebut.

Di peringkat terakhir memasak, susu juga boleh ditambah untuk memjadikan tekstur sos lebih berkrim. Terdapat pelbagai jenis kegunaan  sos ragù walaupun ia sering 'digandingkan' dengan pasta. Ia boleh dituang di atas spageti atau linguini, ia juga sering digunakan sebagai lapisan hidangan lasagna bahkan turut digunakan untuk hidangan pizza. Terdapat pelbagai lagi kegunaan sos ini seperti dijadijan ini kepada puff pastry, calzones dan sebagainya.

Asal usul perkataan ragù ini adalah dari perkataan 'ragout' iaitu perkataan Perancis, yang membawa maksud rebus. Lagenda mengatakan bahawa Napoleon telah membawa konsep ragout ini ke Itali semasa penaklukan beliau. Asal-usul sos ragù moden boleh dikesan di Bologna, yang sering dianggap sebagai asas masakan Itali. "Gaya Bolognese" sos tradisional telah menjadi salah satu yang begitu popular! Gaya ragù Bolognese yang terkenal ini adalah salah satu 'gaya' telah mendapat pengiktirafan oleh Italian Culinary Institute.

Kebiasaanya perbuat dengan daging lembu yang dikisar, namun bagi Neapolitan Ragu, dari Naples serta Ragu ala Barese adalah variasi lain bagu sos ragu, dan biasanya diperbuat dengan daging kuda. Inovasi sos ragu oleh tukang masak dari seluruh dunia telah mencipta versi mereka yang tersendiri. Hampir apa sahaja jenis daging boleh digunakan, termasuk kambing, ikan, daging babi, anak lembu; sosej juga menjadi tambahan yang biasa digunakan.

Untuk menambah rempah untuk sos, cili merah, lada benggala dan jintan putih boleh ditambah. Terdapat juga resepi yang menambah kacang, sos Worcester dan tarragon. Kunci kepada kelazatan ragù sebenar adalah penggunaan daging. Dalam beberapa variasi, daging tersebut diasingkan dari sos setelah sos menggelegak, dan dihidangkan sebagai hidangan yang berasingan.


Dan untuk malam ni, dinner aku  'Spaghetti with Shrimp and Homemade Parmesaned Cream Sauce'. Ragu bole, ragout pun bole.
 

21.1.17

Majlis Sembah Santap


Assalamualaikum, Telah berlangsungnya Majlis Sembah Santap bersama SBP Yang Dipertuan Agung Sultan Muhammad V. Syukur majlis berlangsung dengan jayanya.

Satu tanda aras baru. Team work is power. Aku suka team malam ni. Seriously semua main peranan dengan baik. From the back house, kakitangan dapur, steward, sampailah team serving yang mantap.

Barangkali aura Sultan Muhammad V yang berangkat malam tadi yang buat kami semua berkobar-kobar. Aku yakin bukan aku sorang sahaja yang rasa macam tu.

Yup. Again, Team work is power. Tolak tambah apa yang terlebih dan terkurang, aku puas hati, kami satu hati mau lihat event ni success. Guys let us get this job done! And its was really done!

20.1.17

Borang 1/09


Assalamualaikum Buddies! Belum terlewat rasanya untuk wish  selamat tahun baru 2017 untuk semua. Tahun baru 2017 dibuka dengan berita gembira bila kami sekeluarga dapat berkumpul untuk stay di Shah Alam. Usaha untuk bawa mak dan abah tinggal di sini alhamdulillah dikabulkan. Puas memujuk dengan macam-macam alasan.

Untuk tukar abah ke sini juga bukan usaha yang mudah. Maklumlah abah perlu jalani rawatan dialisis di Hospital Mersing 3 kali seminggu. Pejam celik, 9 tahun juga abah cuci darah di sana. 9 tahun tu juga lah abah perlu memandu sendiri sejauh 23km dari rumah ke hospital seawal jam 6 pagi. Umur abah menjangkau 67 tahun, kejam la kalau aku buat tak peduli kondisi tu. 

Orang kata mujur kerja kerajaan. Kemudahan banyak. Stabil dan macam-macam kelebihan lain. Borang 1/09 ni salah satu darinya. Mula-mula aku tak sedar akan kewujudan borang ni. Setelah difahamkan oleh Pak Cik sedare yang kemudahan ni ada. Syukur Allah bagi jalan.

Borang 1/09? Apa guna borang ni? Ok.. Disebabkan aku ade masalah penyampaian, cuba korang baca di link ni. Borang Perubatan 1/09. Atau korang bole layari portal Jabatan Perkhidmatan Awam ni. Segala maklumat ada tertera di sana.

Kalau nak dijelaskan mengikut bahasa atau pemahaman aku. Fungsi Borang 1/09 ni adalah bertujuan untuk memohon tanggungan bayaran perubatan oleh kerajaan Malaysia bagi bekalan ubat-ubatan dan rawatan penyakit penyakit kronik seperti sakit buah pinggang, jantung dan lain-lain. 

Ok yang berikut ni aku ambil petikan dari portal JPA sendiri. Credit to JPA:

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON?
  • "Pesara Awam Persekutuan, ahli keluarga yang layak iaitu suami/ isteri dan anak yang berumur dibawah 18 tahun atau yang masih bersekolah dibawah umur 21 tahun atau anak-anak daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani"
ADAKAH PESARA PIHAK BERKUASA BERKANUN LAYAK MEMOHON?
  • "Peraturan permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan kepada pesara & ahli tanggungan yang layak adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 berkuatkuasa 1/11/2009. Walau bagaimanapun, pemakaian pekeliling tersebut kepada Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan adalah tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing"
APAKAH KEMUDAHAN RAWATAN YANG BOLEH DITUNTUT?
  • "Pembekalan ubat, pembekalan alat perubatan, rawatan buah pinggang, rawatan kepakaran di hospital swasta, rawatan kecemasan di hospital swasta, rawatan kemandulan, rawatan di IJN dan rawatan di luar negeri"
BAGAIMANA TUNTUTAN DIBUAT?
  • Pesara perlu mendapatkan rawatan dan kemudahan perubatan di hospital/klinik kerajaan dan mendapat perakuan/pengesahan oleh Pegawai/ Pakar Peruabatan. Borang yang perlu diisi ialah Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya).
APAKAI KELAYAKAN TUNTUTAN PERJALANAN BAGI TUJUAN MENDAPATKAN RAWATAN?
  • Sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang Pesara itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun yang layak dituntut oleh pegawai yang sedang berkhidmat kerana menjalankan tugas rasmi seolah-olah dia atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan rasmi.

Hope entry ni berguna untuk korang. Bukan apa, kos untuk rawatan penyakit-penyakit kronik ni memang kasar-kasar. Na'uzubillahh... Oleh itu, ikhtiar la untuk jaga kesihatan dari sekarang. Kepada budies-budies yang dah terkena harap la bersabar dengan dugaan ni... Ok la. Jumpa lagi next entry.. Tq atas kunjungan!