8.5.17

Kuatkan Semangat

Hello buddies. Aku ada satu persoalan. Ah lupakan lah. Kau anggap la tulisan ni bagai berlalunya angin berhembus. Seperti mencurahnya hujan. Yang lenyap menyerap ke bumi.

Aku lelaki separuh jalan. Suam-suam suku. Perlukah aku tuliskan keaiban ini? Banyak yang separuh jalan tak berkesudahan. Bukanlah pada setiap hal, tetapi banyaknya yang sedemikian.

Berbuat itu, jemu aku berhenti. Beralih arah lelah aku betah. Tersalah menelah aku mengalah. Silap langkah aku berpatah. Separuh jalan tak mampu bertahan.

Berilah sedikit tenaga. Naikkan semangat seperti mula-mula bertekad. Buanglah rasa penat. Terlalu lama berehat. Mahu lekas bergerak...

Aku tak mahu lama-lama begini... Aku cuma mahu berkayuh semula...

3 comments:

  1. Kadang-kadang ada perkara yang kita perlu tamatkan untuk mulakan semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah mula berkayuh... Rasa ketagihan mulai menyelubung...

      Delete
    2. Dah mula berkayuh... Rasa ketagihan mulai menyelubung...

      Delete