24.1.17

Haruan Hunter


Assalamualaikum Buddies! Musim hujan melanda 2017. Januari, agak lewat musim hujan tahun ni. Kebiasaannya dalam bulan 10-12. Tapi tahun ni lebatnya penghujung Januari. Tapi tidak lah terlalu jauh dan masih dalam lingkaran monsoon. Kat TV kawasan sebelah pantai timur tu sudah mula dinaiki air.

Sebelah pantai barat sini juga tak lepas dari tempiasnya. Hujan lebat sehari-hari. Sudah tentulah merencatkan sedikit kegiatan memancing. Bukan haruan je, malahan kebanyakan ikan air tawar lain. Tapi kalau ade jaring, menahan jarring adalah idea yang baik musim2 air bah ni.

Harap-harap, lekas lah musim hujan ni reda. Bole memburu lagi. Sementara tak kemana-mana ni, cuti kerja, memancing pun membangau je. Fikir elok juga kongsi gambar-gambar kenangan bersama hasil tangkapan yang tak seberapa ni.

Sebelum tu, berkenalanlah dulu dengan si ikan haruan ni. Nama saintifik Channa striatus. Habitat, air tawar especially kawasan berpaya. Haruan ni memiliki survivor skill yang tinggi. Bole survive 2-3 jam lamanya tanpa air. Nak cari lubuk pun tidak lah susah. Asal ade kawasan tadahan air, berpaya cetek, berarus static mahupun perlahan, redup, cubalah duga. Tentu ade kak wan ni.

Ikan haruan ni bersifat karnivor. Makan secara memburu. Selain itu ia juga bersikap territorial. Kira abang dan akak kawasan la. Dietnya tentulah ikan-ikan kecil mahupun haiwan-haiwan kecil yang mendiami habitatnya seperti anak-anak ikan (bapak ikan dan mak ikan pun turut dipelahapnya tanpa segan silu). Selain tu, katak, cicak, serangga turut menjadi makanan ikan haruan ini.

Kepada pemancing macam aku, pelbagai teknik untuk memancing haruan ni. Bagi aku, teknik kegemaran ialah teknik casting atau teknik menggayakan umpan hidup atau tipu untuk memerangkap kak wan. Kenapa aku suka teknik ni, sudah tentulah kecintaan terhadap debaran ketika memujuk ikan menghentam umpan disamping nikmat 'strike' yang hanya pemancing sahaja yang tahu.

Memancing ni mengajar erti sabar. Tak mesti kau turun hari ni confirm-confirm dapat ikan. Tak mesti ikan dah sambar umpan confirm-cinfirm kau bole naikkan ikan tu. Dan tak mesti kau rasa nak turun mancing esok, maka esok kau dapat turun, tahu-tahu hujan. Tahu-tahu kau sampai kat port, port dah kena jala. Dah ada pemancing lain. Ertinya, kena sabar la. Faktor rezeki yang menjadi penentu.

My passion for fishing. Hobi yang dipupuk sejak kecil. Orang tak faham. Kadang tu ade juga yang bertanya, ape la kau buang masa melangut tepi tasik tu. Baik buat benda lain. Tau-tau orang yang bertanya tu, hobinya kumpul setem. Tak pulak aku bertanya, nak buat apa kumpul setem ni banyak-banyak. Ni soal minat. Hobi. Lain orang lain gayanya.. Yang penting.... Hobi aku tidak lah melukakan hati siapa-siapa.. kah kah kah kah...









2 comments:

  1. Replies
    1. Hobi dari kecik dah.. Tp bila jumpa blog nk jd bloger pula... Hheehe...

      Delete