20.1.17

Borang 1/09


Assalamualaikum Buddies! Belum terlewat rasanya untuk wish  selamat tahun baru 2017 untuk semua. Tahun baru 2017 dibuka dengan berita gembira bila kami sekeluarga dapat berkumpul untuk stay di Shah Alam. Usaha untuk bawa mak dan abah tinggal di sini alhamdulillah dikabulkan. Puas memujuk dengan macam-macam alasan.

Untuk tukar abah ke sini juga bukan usaha yang mudah. Maklumlah abah perlu jalani rawatan dialisis di Hospital Mersing 3 kali seminggu. Pejam celik, 9 tahun juga abah cuci darah di sana. 9 tahun tu juga lah abah perlu memandu sendiri sejauh 23km dari rumah ke hospital seawal jam 6 pagi. Umur abah menjangkau 67 tahun, kejam la kalau aku buat tak peduli kondisi tu. 

Orang kata mujur kerja kerajaan. Kemudahan banyak. Stabil dan macam-macam kelebihan lain. Borang 1/09 ni salah satu darinya. Mula-mula aku tak sedar akan kewujudan borang ni. Setelah difahamkan oleh Pak Cik sedare yang kemudahan ni ada. Syukur Allah bagi jalan.

Borang 1/09? Apa guna borang ni? Ok.. Disebabkan aku ade masalah penyampaian, cuba korang baca di link ni. Borang Perubatan 1/09. Atau korang bole layari portal Jabatan Perkhidmatan Awam ni. Segala maklumat ada tertera di sana.

Kalau nak dijelaskan mengikut bahasa atau pemahaman aku. Fungsi Borang 1/09 ni adalah bertujuan untuk memohon tanggungan bayaran perubatan oleh kerajaan Malaysia bagi bekalan ubat-ubatan dan rawatan penyakit penyakit kronik seperti sakit buah pinggang, jantung dan lain-lain. 

Ok yang berikut ni aku ambil petikan dari portal JPA sendiri. Credit to JPA:

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON?
  • "Pesara Awam Persekutuan, ahli keluarga yang layak iaitu suami/ isteri dan anak yang berumur dibawah 18 tahun atau yang masih bersekolah dibawah umur 21 tahun atau anak-anak daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani"
ADAKAH PESARA PIHAK BERKUASA BERKANUN LAYAK MEMOHON?
  • "Peraturan permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan kepada pesara & ahli tanggungan yang layak adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 berkuatkuasa 1/11/2009. Walau bagaimanapun, pemakaian pekeliling tersebut kepada Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan adalah tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing"
APAKAH KEMUDAHAN RAWATAN YANG BOLEH DITUNTUT?
  • "Pembekalan ubat, pembekalan alat perubatan, rawatan buah pinggang, rawatan kepakaran di hospital swasta, rawatan kecemasan di hospital swasta, rawatan kemandulan, rawatan di IJN dan rawatan di luar negeri"
BAGAIMANA TUNTUTAN DIBUAT?
  • Pesara perlu mendapatkan rawatan dan kemudahan perubatan di hospital/klinik kerajaan dan mendapat perakuan/pengesahan oleh Pegawai/ Pakar Peruabatan. Borang yang perlu diisi ialah Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya).
APAKAI KELAYAKAN TUNTUTAN PERJALANAN BAGI TUJUAN MENDAPATKAN RAWATAN?
  • Sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang Pesara itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun yang layak dituntut oleh pegawai yang sedang berkhidmat kerana menjalankan tugas rasmi seolah-olah dia atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan rasmi.

Hope entry ni berguna untuk korang. Bukan apa, kos untuk rawatan penyakit-penyakit kronik ni memang kasar-kasar. Na'uzubillahh... Oleh itu, ikhtiar la untuk jaga kesihatan dari sekarang. Kepada budies-budies yang dah terkena harap la bersabar dengan dugaan ni... Ok la. Jumpa lagi next entry.. Tq atas kunjungan! 

No comments:

Post a Comment