21.5.14

HSI

Esok hantar mak check mata... Selepas operation awal bulan lepas... 12.30 am dah... Aku telan 10ml ubat batuk sejam yang lepas... Tidak balas masih di tahap awal... Jemari mula menggigil-gigil... Kiri dan kanan... Ketika menaip ni pun, nampak gigilnya jari pada skrin phone ni...

Fuhhh... Jam 5.00am esok nak drive Mersing-JB... Jangan tindak balas ubat batuk ni lama... Atau tindak balasnya jam 5 nanti.... Fuhhhh...

Tidur la mata... Tidur laaa

20.5.14

The Nebulizer


"Lepas ni tak boleh main kucing ye, habuk dari badan kucing tu bole buat awak semput..."

Okey... Kantoi jumpa bulu kucing di baju... Terus doktor sound tepat... Cam ne ni... Cam mana kalau ketagih nak main kucing jugak... Tak bole la... Doktor tu mesti salah buat tu... Ahhh tak pedulik la... Nak main jugak...

****

Berlelah aku cari doktor... Tunggu turn punya la lama... Bila dah jumpa dibaginya nebulizer ni... Fuhhh... Lega bila dapat nyawa... 

Betul la mak cakap, aku memang 'rajin' batuk... Ni la padahnya...

Tu topeng Nebulaizer tu pun dibaginya bawak balik... "Lain kali kalau nak buat lagi, bawak je benda ni" kata abang jururawat tu...

Nak buat lagi??? 

Tak pe la bang... Serik..

18.5.14

Sampah


Hai Buddies! Selamat berkhabar semua. Live (eja life ke, live?) Okey life kot? Owh my english. Gasaklahkan..? Nak cakap life good je... Mood okey sempanjang 2014... Dah masuk separuh tahun dah... 

Sampah? Blog ni macam sampah je dah... Banyak perkara yang aku 'sampah'kan sepanjang 2014 ni je... Pengajaran 2013, membuatkan aku banyak membuang hal-hal yang tak membahgiakan hati aku... Dah memasuki 30 tahun... Dan tak mahulah membazirkan sisa usia dengan 'sampah' yang memberatkan perjalanan.

Banyak yang aku buang. Serious! Sebab apa? Sebab tak perlu. Dan sure la aku ambil kira, aku ni diperlukan or tidak. 

Sampah... Ada di mana-mana... Di sini... Situ... Alam nyata... Cyber... Banyak sampah terperap... Aku buang saje... Aku tak simpan sampah... Keras hati aku... Keras sungguh... Sebab aku memilih bahagiakan hati... Dari simpan sampah yang buat aku sesak...