17.12.13

Big Boy Toys

Assalam Buddies! Mata tak mau lelap. Teringat blog. Mari ke mari. Tak tahu mahu tulis apa. "Mudik Ke Sungai Linggi II"?. Nanti dulu la. Sibuk la. Idea tak keluar. Bahan sudah ada. Syok weyy mancing udang baru-baru ni. Linggi lagi. Tapi nanti la. Ade mood aku update. 

Lable baru. Big Boy Toys. Ape kes? Kes lepak sama gang PreveC. 
Hmmm... Mahu jadi orang bujang yang 'HIDUP'...

Ape kes?
Dulunya BUTA

Ape kes?
Sudah CELIK

Ape kes?
Kena TIPU

Ape kes?
Sama spesis Maikel

Ape kes?
Nate beruk!







8.12.13

Itu Macam La

Okey, you talk to Maikel... Maikel akan brief apa yang patut... Maikel akan menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Okey Maikel, kau tolong brief la apa yang patut. Kang settle semua, aku blanje kau makan pisang. Maikel, sila beri penerangan. Yang ringkas-ringkas je. Padat. Ringkas. dan jelas. Oh ye. Tak de sessi soal jawab serta surat menyurat. Cerita sudah habis!

Maikel.... Teruskan....

"Okey Bos!" jawab Maikel...


"Well done Maikel! Well done Maikel..."

Somehow manusia ni nak kena ketuk, nak kena kerah, nak kena cakap macam bercakap dengan 'Maikel' baru diorang boleh paham! Moralnya...

JANGAN!!! 



6.12.13

Praktikal

Budak praktikal. Budak trainee. Budak pelatih. Tempat kerja korang ade golongan ni? Golongan yg datang ke tempat kerja korang atas sebab OJT atau on job training. Kebanyakkannya dihantar oleh institusi pendidikan, tak kiralah IPTA mahupun IPTS, pusat-pusat kemahiran dan sebagainya.

Innocent. Lurus, tak tahu ape. Blur dan sebagainya. Kebiasaannyalah! Melainkan budak-budak ni dah terbiasa dengan persekitaran bekerja tu lain. Bagi yang sebelum ni tak pernah kerja, sure janggal. Bagi yang datang dengan niat mencari ilmu, syabas! Aku suka berurusan dengan budak-budak yang macam ni.

Walau bagaimanapun ade jugak dikalangan budak-budak ni yang berniat serong. Datang dengan niat selain mencari pengalaman serta ilmu yang berguna. Datang dengan niat nak main-main, sekadar memenuhi jadual semester praktikal tu sahaja. Tak kurang juga ada yang datang dengan niat nak 'gesek-gesek' dengan kakitangan di tempat bekerja tu. MENGGATAL!

Bab menggatal ni, aku tak boleh blah. Sebab bab gatal ni, feelnya bila digaru. Lagi gatal, lagi digaruk lagi best, katanya. Maknanya, kena ada tempat gatal. Kena ada tangan atau device menggaru tu. Maksudnya kena ada dua pihak yang sama-sama melayan la. Betul tak? Kan? Kan? Kan? Kan laaaa... (nampak gatal ayat tu? rasa tak?)

So aku ade cipta satu formula gatal kuasa dua yang mana GATAL tu berkadar rata dengan miang, curang, kurang kasih sayang dan pastilah tak takut dosa dan tak tahu malu dengan tuhan. Okey formulanya macam ni (Budak praktikal gatal + kakitangan 'LAPAR' - MALU - TUHAN - ANAK BINI - MAK AYAH KAT RUMAH = MENJADI-JADI la kuasa dua)

Lagi best. Yang nampak alim (kucing) pun tewas...

"En Majid (bukan nama sebenar) tu boleh tahan jugak kan En Zul?" soal 'sumber'

"En Majid?" soal aku.

"Ye la dia bersms bagai dengan kawan saya Lenny (bukan nama sebenar)" 

"SMS pasal kerja agaknya" tak kan la Majid yang skema dan alim (kucing) tu nak buat macam tu.

"Ye la. Mula-mula pasal kerja. Saya pun ada SMS dia pasal kerja. Lepas tu meleret-leret pasal hal lain" balas sumber tu.

"SMS pasal apa?" soal. Nak tahu jugak.

"Ye la pasal ajak-ajak kuar makan la" 

"La... Ajak kuar makan je kot? Mana awak tahu ni?" balas aku.

"Lenny sendiri tunjuk message-message dia dengan En Majid..."

"Owwhhh"

"Tak sangka lah En Majid pun respond. Kan dia dah kawen" ujar sumber.

"Hmmm. Alahhh dia treat as kawan-kawan je kot" bukan back up Majid, cuma aku malas pikir bukan-bukan. Walaupun hakikatnya tak pelik lah. Bukan tak pelik apa, typical malay guy. 

"Yang kelakar kan, dia siap cakap kat Lenny..." 

"Cakap apa?" soal aku, berminat nak tahu.

"Dia SMS kat Lenny, okey dah, saya nak balik dah, jangan SMS saya lagi. Wife saya ada" jawab sumber. Tercengang aku sekejap. Betul ke cerita sumber ni. Hmm, lantak kau la Majid yang bukan nama sebenar. Tu hal kau. Tak ramai yang tahu selain Aku, Sumber, Lenny yang bukan nama sebenar tu, dan for sure la kau, Majid!"

Majid. Relaks-relaks sudah. Sebagai manusia aku faham kau tak sempurna walau kau macam nak pretend to be perfect. Dengan aku, kau tak payah angkat muka la. MALU!

*******

Gambar zaman praktikal dulu. Syukur, dek kerana kami semua fokus dan de yang GATAL. Semua jadi 'benih hanyut' yang bercambah baik. Campak ke mana pun, in sha allah jadi. Aminnn....