29.11.13

The 'TH Filem'


Assalam Buddies. Mode nak kongsikan sesuatu yang berfaedah melanda diri. Aku mencadangkan Page 
TH Filem ni buat kalian. Aku suka. Banyak pengisian buat jiwa-jiwa yang sakit cinta dunia ni. Apa kata kalian 'like' page ni. Atau subscribe channelnya di Youtube ni aku bagi link: 

Facebook:

Youtube:

Renung-renung. Fikir dengan akal dan iman. Mari apply...

26.11.13

Tak Bercakap Rabu

Hmmm... Kongsi-kongsi...

Dear Mr. Perfection


“Who are you to judge the life I live?

I know I'm not perfect

-and I don't live to be-

but before you start pointing fingers...

make sure you hands are clean!” 


Saya tahu scandal kamu... Kamu jangan fikir kamu itu Mr Perfection... Saya tahu scandal kamu... Tapi saya pura-pura relaks-relaks macam tak tahu... Bagaimana saya tahu? Yet, kamu laki orang yang biasa-biasa juga pada pandangan mata saya... Jadi, dengan saya, kamu jangan terlalu angkat muka... Saya tahu apa kamu sudah buat... Ada orang bilang sama saya, kamu pun tak boleh 'pakai'... Tak bole percaya... Jadi, sama saya, jangan coba-coba angkat muka... Jangan terlalu mahu jadi Mr. Perfection!      

20.11.13

Berpesan Rabu

Disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

"Roh seseorang mukmin itu tergantung gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutanngnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu "umar Radiallahuanhu SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Di antara risikonya lagi, suatu perisitiwa pernah terjadi di mana Rasulullah SAW enggan menyembahyangkan jenazah apabila Baginda mengetahui orang yang meninggal itu masih mempunyai tanggungan hutang.

Tindakan Baginda itu jelas menunukkan tentang ketidaksukaan Baginda terhadap orang-orang yang berhutang. Tindakan sedemikian memberi pengajaran kepada orang lain tentang akibat berhutang.

Jika si pehutang benar-benar tidak berkeupayaan untuk membayar hutangnya dalam jangka atau tempoh yang dijanjikan atau dientukan, berterus-teranglah kepada pemiutang dan berundinglah bagaimana cara
yang patut dan munasabah untuk membayar hutangnya.

Dari itu kikislah sifat dan tabiat suka berhutang kecuali dalam perkara-perkara yang benar-benar perlu dan mendesak. Bebaskanlah diri daripada hutang-hutang agar hidup dalam keadaan riang gembira dan
selesa di dunia dan di akhirat kelak.

19.11.13

Tak Bercakap Rabu

Apa yang aku mahu dalam hidup aku sebenarnya.......?
Allah, its painfull inside...

Segmen Tanya Allah


Assalam Buddies. Hari Selasa yang pendek barangkali. Masanya sama. Jamnya tetap 24 jam. Cuma ia akan bakal menjadi pendek dengan kesibukan. Positif. Its positif. Aku gemar challenge yang macam ni. Kesibukan!

Bila sibuk, tengok jam pun sebab mengharap agar putaran jam tu lengah-lengah. Biarlah lambat sedikit masa tu berjalan. Sebab terkocoh kacah menyiapkan kerja mengikut sasaran masa yang nak dicapai. Ah! Kalau acapkali duk menengok jam pun, kerja tak jalan juga.

Bila sibuk, banyak perkara perlu diputuskan segera. Otak mau cargas dalam membuat keputusan. Orang tunggu kita buka mulut. Orang tunggu kita angguk. Orang tunggu kita geleng. Sebab tu perlu cepat. Kritikal (Padahal tak de ape sangat pon... Hahaha). Walau pun its a simple desicion!

Bercakap tentang membuat keputusan. Mari sandarkan kepada dia Ya Rab. Mohon restu tuhan agar setiap kata putus tu dirahmatinya. Istikharah!.

Silap persepsi aku selama ni. Istkharah tu hanya ketika kita mau memilih sahaja. Ramai yang berfikir demikian. Tak dinafikan, bila buntu membuat pilihan dalam hidup, solat sunat istikharah adalah salah satu jalan ikhtiarnya. Tapi, adakah solat sunat dua rakaat tu hanya dilakukan ketika buntu membuat pilihan semata-mata.

Ilmu ni, sekadar perkongsian. Aku dapat pun sewaktu kebetulan (bukan kebetulan, Allah yang aturkan. Tak ada kebetulan dalam hidup selain atas kehendak Allah) mengikuti kuliah Subuh sempena sambutan Awal Muharrram baru-baru ni.

Istikharah adalah amalan solat sunat yang rutin yang dikerjai oleh baginda Rasulullah saw. Solat sunat yang dilakukan baginda pada setiap malam selain solat Tahajjud, solat Taubat dan lain-lain amalan sunnat.
Mengapa perlu dilakukan sebagai amalan rutin? Maklum kita mengetahui fadhilat solat sunat ini dalam meleraikan persoalan memilih, ia sememangnya wajar diamalkan sebagai amalan yang rutin agar kita mendapat petunjuk dalam apa sahaja tindakan kita lakukan.

Mahu makan apa hari ini? Tak tahu jalan dan risau tersesat. Mahu pilih jalan persimpangan kanan atau kiri? Mahu buat apa hari ini. Segala-galanya. Kita berdoa disepertiga malam, minta setiap tindakan kita itu terpelihara berlandaskan ilham yang Allah berikan. Allah kan ada membantu. Yakinlah!

Andai keputusan itu baik dan menggembirakan. Anggap ia satu rahmat yang Allah berikan kepada kita hambaNya. Bersyukurlah semahu-mahunya. Dan diserahkan semula perasaan kesukaan itu kembali kepadaNya dan terus-terus bersyukur atas nikmat kesukaan itu.

Tapi, andai keputusan itu mengecewakan kita, bersukur juga. Fikir tujuan Allah itu adalah untuk mendidik hati kita. Akur seakurnya, yang kita hanya merancang. Yang menentukan, Allah!. Anggap yang dia ada perancangan yang lebih baik buat kita.

Ingat dan pesan kepada diri sendiri. Allah menguji kita dalam keadaan kita suka dan duka. Masa bila kita selalu ingat dia? Masa suka kah? Atau masa duka kah?. Kita kena ingat dia bila-bila ketika as Allah ingat kita setiap masa.

Kebelakangan ni aku banyak redah kalau nak ke mana-mana. Aku redah je. Yakin Allah akan guide aku melalui signboard-signboars yang ada di tepi-tepi jalan tu. Dalam hati aku berbisik "tak pe, Allah ada membantu"

Dulu takut-takut nak bergerak jauh-jauh. Takut sesat dan sebagainya. Sekarang ni aku redah je. Kalau sesat pun, aku yakin Allah nak tunjuk jalan yang betul sebenarnya. Alhamdulillah, sampai jugak aku ke tempat yang aku nak pergi tu.

Istkharah. Jangan hanya tunggu mimpi di malam hari. Allah sendiri yang akan menggerakkan hati. Yakinlah, Allah ada membantu sebab pertolongan Allah sentiasa dekat.

18.11.13

Merakam Hujan

Lebat hujan di luar sana...
Berat tak peduli...
Habis disimbah segenap warganya bumi tak peduli...
Membasah segenap ceruk tak terlindung tak peduli...
Hujan...
Turunlah lagi...
Jangan peduli...
Bawalah turun apa yang di langit...
Basuh luka ku...
Hanyutkan darah luka jauh ke perut bumi...
Bilas dosa ku...
Dan benamkan jauh bersama kesal...

Here alone inside my car...
Bersama rasa tak peduli apa berlaku di luar sana...
Hujan...
Leave me alone...

Tak Mau Main Sama Kamu

Sudah ku bilang jangan
Kau buat juga
Sudah ku tegah usah
Kau tegah juga
Kan sudah roboh
Suka?!
Siapa yang mahu jawab ini
Bila ditanya ibu?
Kamu?!
Tidak
Kamu lari sembunyi di balik pintu
Aku juga
Kena sesah
Kamu lari sembunyi
Sampai hilang esakku
Baru kau keluar
Nyuruh aku bermain lagi
Sudah!
Aku tak mahu main sama kamu
Kamu bisa pergi
Usah masuk teritori ku lagi
Aku akan jadi lebih teritorial
Jadi lebih individual
Aku mahu bina kubu ku semula
Dan bermain perang-perang sendirian
Main sama kayu sebagai senapang ku
Main sama batu sebagai peluruku
Main sama botol sebagai berpanduku
Dan ku susun reja-reja papan itu sebagai musuh ku
Baling tumbang itulah yg mati
Baling kamu kelak kau yang sakit
Aku tak mahu main sama kamu
Kamu pergi bermain sama yang lain
Permainan kita tiada sama
Aku hanya mau main sama
Kayu
Batu
Botol dan
Reja kayu

Laki-laki Pathetic

The most pathetic person in the world is someone who has sight, but has no vision.
Tulisan ini buat laki-laki pathetic itu
Aduh, kasihan
Asal buleh sahaja
Asal dapat sahaja
Pathetic sungguh layaknya
Desperado yang hilang arah 
Buat kau laki-laki Pathetic 
Kau lihat sahaja lah
Tanpa dapat apa-apa
Pathetic sungguh
Teriak-teriak semahunya
Umpama anak kecil
Mahu di dukung ibunya
Mahu susu kopek ibunya
Tapi kau lebih Pattetic dari itu
Mahu dukung, patut kau yang mendukung
Mahu susu kopek?
Aduhai, tidak cukup susu kah kecil-kecil dahulu?
Apa contoh yang aku boleh lihat dari kau
Selain laki-laki Pathetic
Nyata kau kurang kaseh sayang
Malu aku sebagai lelaki melihat kau
Emmm, aku syorkan
Yang 'itu' tu dibuang saja
Walau 'aksinya' mengganas
Walau 'aksinya' beri asyik sampai ketagih
Tapi tiada guna
Buang sahaja lah
Andai dayus
Buang saja
Demi maruah
Bagi makan anjing...
Owh, anjing pun geli...


16.11.13

Just Another T.T Session


Kepada yg sempat baca, tadi sebenarnya tulisan ni lain isinya.. Tapi, tak sampai hati nak publish... Actually dah terpublish pun... Mujur boleh padam balik dan cover dengan isi yang baru... Pengajarannya... Terlajak perahu boleh diundur, terlajak post pun boleh dipadam...

Sekian...  

15.11.13

Its My First T.T Session

Assalam Buddies! Its mid nite. Seronok la bagi korang yg sedang bermalam-malam Jumaat tu. BERUSAHALAH!!! Maksud aku, dengan amal makruf nahi munkar.

Know what? It was my first T.T session yang baru sahaja berakhir jam 11:30 tadi. T.T session tu apa? Its "Tea Tarik Session". Sessi lepak-lepak di kalangan 'budak-budak kereta'. Berhajat nak joint PREVEC. Nak jadi part of the ohsem PREVECIAN!

Kebetulan. Bro yang namanya Ashraf tu menegur selepas solat Maghrib di masjid besar tempohari. Ramah tamah orangnya. Terus ajak aku joint the club. Aku fikir, why not. Why not. And why not.

Tuhan sekadar menunjuk satu lagi jalan. Jalan untuk apa? Itu biar tuhan sahaja yang tahu. As dia tahu apa yg aku fikirkan. Aku menurut sahaja 'jalan' yang dipandunya setelah 'borang istikharah' diserahkan. Pada aku, its a bless. Its a miracle. Thank god. The almighty.

Hmmm. Sakit kian pulih. Syukur. Raih segenap kekuatan dari segenap sumber yang ada. Satu- satu penawarnya aku jumpa. Asbab sokongan rakan-rakan pun ia. Ops bukan sekadar rakan. Suka menggelar mereka sebagai 'SAHABAT'.

Thanks Seri. Madan. Shah. Tak lupa Atiqah (kalau kamu baca la Tiqah). Thanks atas kelapangan masa, telinga, dan juga sokongan yang kalian beri. Aku terhutang kalian BUDI yang tak terbayar di dunia ini.

To Shah, if kau baca ni, aku just appreciate la masa dan ruang yang kau bagik selama aku biol kebelakangan ni. Maaf susahkan kau sampai kau terpaksa buat kerja sorang-sorang sementara aku perlu masa untuk berfikir.

Diibarat Leonel Messi yang merudum prestasinya. Nak score gol pun tak boleh. Bawa bola pun ke laut. Game macam hampeh. Macam tu la lebih kurang. Now Leonel Messi tu sedang bergelut untuk bangkit ke prestasi sebelumnya.

Harap bagi masa, dan Leonel Messi akan cuba bangkit sedaya upaya. Itulah yang sedang diikhtiarkannya sekarang. Alhamdulillah, tanda-tanda pemulihan tu sedang giat progressnya. Dan ianya adalah positif.

Hmmm... Done. Itu shj nak cakap.. Entry ni akan kekal selama 24 jam sebelum dipadam. After 24 jam, semuanya kosong... Dan akan bermula sebuah kisah yang baharu.... Sekian...

14.11.13

Lets Fight!

Just found my new hobby I guess. Come friend, let's fight till the end. Game ni cool giler. Real Steal. Aku skang tengah upgrade robot aku ke tahap ikut telunjuk aku je. Aku tekan 'fight' maka dia akan lawan. Aku tekan 'sleep' dia akan tido.

Skang ni tengah upgrade armor dan inteligence dia. Kasi lengkap sikit. Baru nak lawan robot lain rase gah sikit. Ini tak, asik kalah je masa memula main. Rupanya aku tak upgrade dia punya ability.

Dah upgtade nanti, aku nak ajak mana-mana robot lain untuk sparing. Siap la korang, robot aku akan kitai korang macam roti canai. Emmm, kuah banjir sikit.

Jom. Its a cool game. Pi ke Play Store dan search Real Steal. Dah install nanti try main... Korang akan dibawa kembara sama robot seperti Atom, Fat Boy, Bio War dan lain-lain... Serious! Ohsem gole. Nampak tak? Eja GILE pun jadi GOLE. Ini semua pasal Real Steal!

13.11.13

Se-bermulanya Hari Baharu


"Alangkah indahnya hari ini, dimulakan dengan qiamulail. solat Subuh berjemaah, kemudian hadir dalam majlis ilmu, berzikir atau pun apa jua amal soleh...

Atau setidak-tidaknya dengan memberi salam, senyum, dan menyapa mesra kepada sesiapa sahaja yang paling awal kita temui.

Hari itu akan berjalan lancar kerana...
Bagaimana muqaddimahnya begitulah nanti natijahnya..."

In Sha Allah...

Ya Allah, moga ketenangan ini tidak dibolak-balikkan... 
Mohon perlindungan-Mu...
Aamiin...

12.11.13

Blaming Others


Lirik Lagu : Bangau Oh Bangau

Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit.
Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah.
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Api tak mahu menyala
Api tak mahu menyala.
Api oh api,
Kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam mana aku nak menyala
Kayu api basah
Kayu api basah.
Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku.
Hujan oh hujan,
Kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku.
Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku.
Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku
Memang makanan aku

***

Ceritanya. Pasal bangau kurus je. Lepas tu drag sampai ular. Masing-masing blame others. Ular jugak bagus, mengaku katak tu makanan dia. Bayangkan la kalau ular pun tuding jari pada yang lain. Lagi panjang ceritanya. Mau sampai lubang cacing pun belum tentu habis...

"Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?"

"Macam mana aku tak makan
Tikus sudah lari
Tikus sudah lari"

"Tikus oh tikus
Kenapa engkau lari?"

"Macam mana aku tak lari
Kucing kejar aku
Kucing kejar aku"

Hmmm. Korang sambung la tanya kucing pulak. Tengok la apa kucing jawab. Sampai ke sudah la. Penat la nak tunggu cerita habis...

Kan bagus. Masa mula-mula bila bangau ditanya. "Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus". Than bangau pun jawab.

"Macam mana aku tak kurus, pasal aku skang tegah diet. Saje-saje nak kurus. Nak masuk pertandingan ratu kebaya nyonya, kena la kuruskan badan. Ko hade?!"

Haa. Setle. Tak payah nak cakap rumput salah la. Rumput cakap kerbau malas la.. Nasik mentah la.. Ape-ape je la... Kesimpulannya. Zul, stop blaming others!

8.11.13

Biskut Mayat


Petang tadi sepulang dari kerja yang agak lewat, aku memilih untuk makan dahulu. Singgah di restoran. Terdetik hati memesan sesuatu. Yang goreng-goreng sahajalah buat petang-petang begini. Setelah pesanan diambil terus menunggu. Sambil menung. Lama tak lama. Sejurus kemudian, adik pengambil pesan tadi datang menghampiri. Pesanan tidak dibawanya bersama. Katanya 'tiada'. Habis terjual. Tanya ku, mengapa tidak bilang awal-awal. Jawabnya tak ketahuan. 

Mudah jawabnya. Dan mencadang memesan yang lain sahaja. Setelah sekian lewat menunggu begitu? Cadangnya itu buat aku mendidih hati. Mudah dan ambil mudah. Lagi mendidih hati bila tiada perkataan "maaf" dicakapkan. Setidaknya maaf itu, untuk tercongok yang sia-sia itu. Nah. Batal semua. Tak rugi apa-apa dan aku tak menambah masa menunggu. Boleh pulang lekas mengejar fardhu ku. Biar sedikit lapar yang tidak mematikan itu. Cumanya, mahu solat dalam keadaan kebulur begitu, kelak solat ku dipertikai Tuhan. 

Owhh. Rezeki ku petang itu rupanya bukan pada goreng-goreng yang diidamkan. Rupanya sekadar biskut mayat bersama cecahan nescafe panas yang ku bancuh tawar tak bergula. Tidakkah wajar aku bersyukur? Merajuk hati, rasanya mahu 'band' dan tak mahu ke kedai itu lagi. Macam @%^&%@!!!

7.11.13

Black and White













Diam tak perlu kata apa-apa
Tak perlu tulis apa-apa
Gambar semata-mata
Bukan dalam mood menulis sebenarnya
Rehat dulu ya
Lain kali cuba
Itu pun kalau datang idea
Kalau tak datang juga
Macam ni la jadinya
Gambar sahaja
Kire entry juga
Kau ada?

La macam tu ja?
Habis, nak aku panggilkan Bomba?
Apsal dengan Bomba?
Pasal tak tahu nak tulis apa
Janji blakangnya bunya 'A'
Hahahaha
Tergamak kau ya?
Dah kenapa pula?
Tulis Bomba...
Tak boleh ka?
Tulis la selain Bomba.
Contohnya?
Kelapa ka
Melaka ka
Hazama ka
Kan blakangnya 'A' juga..
Kau minat Hazama ya?
Haah, suka aku lagu Penglipur Lara...
Eh! Sama la...
Kau pun suka juga?
Tentu la... Selalu dengar di radio Era...

Nampak tak tulisan ni dah naik berjela?
Kau tak reti nak berhenti ka?
Dah tu depa duk baca juga...
Itu ikut suka depa la...
Aku tulis ja..
Dah la tu, naya kat depa..
Dah la..
Merapu pula...
Kau la!
Eh?! Aku pula...
Siapa yang mula?
Bukan kau ka?
Diam la!!!
Ishh... Gila!
Siapa??
Hahahah
Dah la..
Dah la..
Dah la..
Aku tak larat la..
Hahahahahahaha

Nampak tu. Maikel dah marah da...

6.11.13

Termenung


Selama ini aku tak sendirian... 
Tak akan sendirian...
Tak akan pernah sendirian...
Di mana silapnya?..
Hingga selama ini aku terfikir yang aku sendirian...
Tidak...
Aku ada Kau...
Dan Kau tak akan biar aku sendirian...

Buka mata hati
Seperti kata saudara ku
'Bunga yang gugur tak kan tersia layu, menghumus menjadi baja...
Susu yang masam, tak kan tersia basi, membeku menjadi keju...'
Memandanglah dari mata hati...
Ubahlah persepsi pada nasib sendiri...
Seperti juga kata sahabat
'Patah sayap bertongkatlah bahu...
Hilang bahu, dagu kau sandarkan...
Merangkaklah ke akhirnya...
Sampai ketemu apa yang kau cari...
Sampai kau ketemu apa kau mahu'...
Andai tak betah, diamlah di situ...
Pertolongan Allah sentiasa bersama kamu...

"Zul, you are what you think you are!"

2 Muharram 1435H...
Salam Maal Hijrah.....

4.11.13

Sarkastik


"Kau ni makin pelik aku tengok, Zul... Cuba cakap bagi lepas... Tak payah SARKASTIK sangat..."
"Dah tu, kau tak paham ke ape aku cakap?"
"Paham tu paham. Tapi sakit la nak pikir"
"Tak payah pikir. Simpan pikir tu. Nanti aku belikan kamus"
"Tengok tu. Buat lagi"
"Ape?"
"Cara cakap kau tu"
"Boleh tolong aku kemas barang tak?"
"Hah... Kan senang..."

3.11.13

Kisah Arip & Cendol


Gerai Cendol Wak Dollah tampak lengang petang tu. Haji Seman sudah dua minggu lebih tak kelihatan. Kalau diikut kebiasaan, petang-petang begini orang tua pesara govment tu pasti ke mari. Kalau tak hari-hari, selang dua atau tiga hari pasti kelibat lelaki seusia 60an  bersongkok senget itu akan kelihatan. Pekena cendol pulut, atau paling tidak pun, segelas kopi O' bersama sepinggan rojak.

"Hmmm, Haji Seman kau tu jangan ditanya, Sam. Dua minggu dah tak ke mari" Wak Dol membuka cerita. Walhal aku belum pun bertanya.

"Ke mana pergi?" soalku sambil membuka beg dan mengeluarkan perkakas 'menulis'. Laptop!

"Kamu tak tahu? Yang kamu pun hilang 2 minggu ke mana? Balik keje menonong je berjalan depan gerai aku ni. Tak singgah pun" panjang leternya. Tak ya juga. Dua minggu lebih juga aku x ke mari.

"Banyak hal la Wak Dol, datang ni pasal rindu nak pekena cendol pulut Wak la ni. Bak satu Wak" memesan cendol.

"Hmmm. Siap" begitulah rutinya. Order belum sampai, 'siap' datang dahulu. "Siap sedia menjalankan tugas seperti yang diarahkan". Itu lebih tepat barangkali. Ringkasnya, SIAP!

"Haji Seman ke Tampin. Menyambut cucunya yang baru. Anaknya Rashid" ulas Wak Dol. Menjawab soalan yang tergendala tadi.

"Owhh. Kisahnya. Lelaki ke perempuan?" soalku. Pura-pura ambil tahu. Haha. Teruk.

"Baby girl" jawab Wak Dol bernada ceria. Cendol yang aku pesan tadi dihantar ke meja.

"Owhh. Alhamdulillah. Terima Kasih Wak" cendol tu aku biar dahulu. Tangan mengetis-ngetis papan kekunci laptop. Apa yang nak aku tulis ni?

"Hoi Zul! Sorang jek? Hehehe" menyeringai sengih bersama deretan gigi yang putih kuning tu.

"Ya Allah, Arip. Ko buat apa sini?" Arip... Kawan lama sewaktu menuntut di Kuala Lumpur dahulu tiba-tiba muncul.

"Lepak minum le heheheh" Sejak dari dulu, Arip dengan 'hehehehe' tak boleh dipisahkan. Hatta benda tu tak lawak pun.

"Hmm. Sorang je? Meh joint aku" pelawaan serious. Perkakas aku kemas ke tepi. Nanti-nanti la menulis tu.

"Okey jugak! Lama tak jumpa kau kan. Selalu nampak online kat FB jek. Kebetulan plak. Masih menulis lagi? Tak berubah kau kan. Hehehehe" panjang introduksi untuk sebuah pertemuan yang lama tak jumpa tu.

"Biase-biase je. Hobi kot. Kau ape cite? Kerja di PJ lagi?" soal aku.

"PJ ape lak kau ni. Kelana Jaya la" bidasnya.

"Ehhh... Owhh ye. I mean KJ. Kelana Jaya. Hahaha" malu sendiri. Padahal mati-mati aku fikir mamat ni kerja di Petaling Jaya. Alah bukan jauh pun. Sebelah-sebelah je kot.

"Aku kat situ lagi. Okey je kat sana. Malas nak cari lain. Ko ok? UiTM ok? Untung la govment. Keje senang. Nak ape je dapat. Benifit pun banyak. Kan? Hehehehe" soalan yang dijawabnya sendiri. Terus jumped to conclusion. Aku tak kata okey pun. Hahahaha. Kerja. Okey tak okey, dah nama kerja. Rezki halal. Layan kan je la.

"Rezki masing-masing bro. Syukur la dari menganggur or minta-minta kat orang. Tak gitu? Eh, order? Aku blanje" mempelawa yang bukan setakat ajak-ajak ayam.

"Sini ape best?"

"Cendol okey. Cendol pulut nak?"

"Hah, okey jugak"

"Wak Dol, pulut satu!" tempik sedikit. Bukan niat biadap. Dah biasa di situ.

"Siap!" macam biasa. 'Siap' dulu...

"Selalu lepak sini?" soal Arip.

"Membesar kat sini" balas aku.

"Haa? Kau bukan orang Mersing ke?" balasnya.

"Membesar..." sambil membuat isyarat pembuka dan penutup kata.

"Okeh. Hehehehe... Susah orang sastera ni. Hehehe" ujarnya. Aku sekadar senyum sambil mengjengket kening.

Arif kelihatan menggelabah secara tiba-tiba apabila telefon bimbit di poketnya tiba-tiba berdering.

"Alamak... Shhhh..." isyarat senyap dituju ke arah aku.

"Hello. Ye. Sori sibuk sikit..." curi-curi dengar perbualan telefon Arip. Isyarat senyapnya ditunjuknya lagi. Aku tak ambil port pun.

"I dekat Semenyih ni. Tengah meeting ngan client. Habis meeting I call balik ye. Sorry. Sibuk sangat ni. Okey bye" panggilan diputuskan. Semenyih? Mamat ni ada masalah pemetaan ke ape?

"Semenyih? Kau bohong orang ye Arip?" soal aku. Tak berniat ambik tahu pun cuma tertarik dengan 'Semenyih' tu. Nak kata salah sebut, tak kan la. S.H.A.H A.L.A.M dengan S.E.M.E.N.Y.E.H.. Bapak la jauhnye. Baik deinstance mahupun ejaan. Lagikan pulak sebutan.

"Hehehehe... Bohong sunat bro. Pandai-pandai la nak hidup" balasnya.

"Owhh... Ade ke bohong sunat? Kalau macam tu, bohong wajib, makhruh n harus pun ade la kot? Hahaha... Kau bohong siapa? Orang rumah kau?..." aku serkap jarang. Arip dah empat tahun kawen dan dikurniai sepasang cahaya mata kalau tak silap aku.

"Iye la. Orang rumah aku" jawabnya.

"Hahaha. Kes takut bini ke ape ni?" ni lah masalah orang dah kawen. Suami tipu isteri. Tak pun, isteri tipu suami. Justifikasinya "BOHONG SUNAT". Patut ke wujud istilah bohong sunat tu? 

"Bukan takut bini, bro. Ala. Kau belum kawen mana tau" sindir Arip. 

"Owh. Aku tak campur. Cuma yang aku tahu, ustaz cakap. Bohong tu berdosa. Bukan ke jujur tu lebih mulia. Hati tenang dari dosa berbohong. Tak perlu pening tercari-cari helah. Kalau aku, aku lebih prefer bercakap benar. Dari menanggung dosa kemunafikan. Orang munafik tu, duduknya di dasar neraka! Tu janji Allah. Aku tak tahu. Quran kata begitu" balas ku. Mengingatkan diri sendiri juga.

"Kau ni memang jenis tak de belok-belok sikit ye?" nadanya macam selamba. Tak ambil kisah nampaknya dengan pesan aku tadi. Belok-belok? Aku lurus. Bukan berlagak baik. Tak diajar berbohong. Dan aku pilih jujur dari berbohong. Sebab tu la agaknya aku selalu kena 'prank' dengan kawan-kawan.

"Hehehe" Arip menyeringai lagi. Ketawa nakal. Dan tiba-tiba telefonnya berdering lagi.

"Ape lagi?? Hishhhh awak niii..." ade rungut panjang di situ. Aku dengar-dengarkan sahaja. Lantak kau la Arip.

"Yang awak nak spot chek saya ni kenapa? Saya kat Semenyih la!" muka ketat. Nada kian celaru. Nak aje aku mencelah dan cakap "Arip tipu!! Dia kat Shah Alam". Tapi nak buat apa campur urusan rumah tangga orang kan. Ambil pendekatan atas pagar sudah. Lagi pun, aku tak tahu hujung pangkalnya kisah.

"Arip bingkas bangun dari bangku. Bergerak jauh sedikit dari aku. Isyarat 'need some space' ditunjukkan. Bukan ditunjukkan, tapi lebih kepada isyarat bahasa tubuhnya yang mahu sedikit ruang tu. Aku biarkan sahaja. Wak Dol mencuit pinggang. Tak perasan orang tua tu tiba-tiba lalu di belakang. Mencebik wajah ke arah Arif.

"Ape kena tu?" bisik Wak Dol.

"Ah, biarlah Wak. Hal rumah tangga orang" Wak Dol angguk-angguk tak peduli.

"Settle?" soal aku, bila Arip kembali duduk dibangkunya. Wajahnya sedikit ketat. Hilang seringai gigi putih kekuningannya.

"Susah!" melepas keluh. 

"Ape yang susah?" sibuk je aku ni kan.

"Aku cakap, bukan nak percaya!" getus Arip.

"Dah tu, kau kat mana? Semenyih ke, Shah Alam? Tak salah la, kalau orang rumah kau tu tak percaya?" balas aku. Sarkastik!

"Dah tu kalau aku cakap aku kat Shah Alam pun, bukan dia percaya. Serupa jugak kalau aku tipu dia" rungutnya. Oh, aku paham sikit situasinya.

"Tu bukan syarat kau perlu bohong dia Rip. Jujur je la. Cakap je la kau kat Shah Alam. Kau pernah bohong dia sebelum ni Rip?" soal aku. Arip pandang muka aku. Diam. Aku syak sesuatu, ni mesti kes hilang kepercayaan ni.

"Ke kau 'masak' kalau orang rumah kau tahu kau kat Shah Alam ni?" nada aku sarkastik.

"uhukk.. uhukkk.." Arip terbatuk. Dibuat-buat. Aku tahu tu. Sah la tu, Arip. Ni bukan pertama kali aku berdepan situasi macam ni. 'Sakit' la lelaki macam korang ni! Aku merumus secara tak peduli di dalam hati. Sinis. Just another typical stupid malay guy! 

"Aku tak campur Rip. Tapi tak baik berbohong" nasihat aku. Arip yang mula-mula tadi ramah tamah, kini bertukar diam. Cendol pulut dihirupnya perlahan. 

"Kau tak paham..." sungutnya. Cendol dihirupnya lagi. 

"Ye la  kot. Aku tak paham. Tapi jujur tu datang dari diri kau Rip. Jujur je. Dia nak percaya atau tak, tu hati dia. At least kau terlepas dosa berbohong. Kalau dia tau kau kat Shah Alam. And kau kantoi berbohong. Lagi teruk jadinya. Betul tak?" sedikit meleter. Bukan campur urusan rumah tangga orang. Tapi bercakap atas dasar norma kehidupan. Jujur tu pahit. Tapi baik jujur.

"Ah! Lantak la..." pendekatan 'lantak la' diambil. Memang pertemuan secara kebetulan petang tu, dah spoil dah. 

"Aku tak campur ye, Rip. Aku bujang. Tak tu apa-apa" is it berbohong tu menjadi rencah dalam dunia perkahwinan? Masya Allah. Ini tidak betul rasanya. 

Arip selesai menghabiskan cendolnya. Tak banyak yang dibualkan selepas plot berbohong tu. Sekadar perkara-perkara biasa sahaja. Selesai minum, Arip meminta permisi. Macam biasalah, berbahasa tubuh seolah menyeluk poket. Aku kata "tak payah, aku belanja". Salam dihulur. Arip tak pandang muka aku masa bersalam tu. Tak tahu pasal apa. Sentap kot. Tak pun malu sendiri. Aku tak hirau. Itu bukan perkara pokoknya. 

"Sape tu?" Wak Dol menyoal.

"Semacam je aku tengok..." sambungnya lagi.

"Member lama Wak. Masa belajar di KL dulu" balas aku. Aku lihat Arip memandu laju meninggalkan perkarangan gerai cendol Wak Dol. Ke mana arah, aku tak ambil tahu. Semacam ada masalah besar je. Harap tak apa-apa. Doa yang baik-baik untuk kesejahteraan Arip dan orang rumahnya. Begitu juga dua anaknya yang tentu tak tahu apa-apa tu. 

Lelaki tanggung jawabnya besar. Menjadi Suami. Bapa. Dan dalam pada masa yang sama tanggungjawab sebagai anak kepada ibu dan bapa. Ketiga-tiga tanggungjawab ini, tidak boleh tidak, perlulah seimbang. Mahu jadi suami yang tidak bertanggungjawabkah? Dengan mengabaikan isteri dan anak-anak. Di situ ada dua perkara yang akan disoal kelak. Pertama, isteri. Kedua, anak-anak. Itu belum ditanya tanggungjawab kepada ibubapa. Apa yang dikejarkan Arip, aku tak tahu. Jadilah lelaki bermaruah...

"Shah Alam dengan Semenyih, jauh perginya tu..." sinis Wak Dol. Boleh tahan orang tua ni memasang telinga.

"Masalah orang Wak. Derita dia, sape tau" balas aku. Tak mahu simply jump to conclusion. Biar aku sudah 'terbau' sesuatu... 

"Ye la. Kot ye pun..." aku paham maksud Wak Dol tu. Aku paham makna 'kot ye pun' tu.

"Ntah la Wak. Dia pilih berbohong" tambah aku.

"Ade la sebab agaknya tu" balas Wak Dol.

"Kamu pun berbohong jugak Sam" sambung Wak Dol lagi. Bahu aku ditunjalnya perlahan.

"Haa?" tak faham.

"Kamu kata rindu. Rindu nak makan cendol pulut aku. Tengok. Dah aku buatkan sepesel untuk kamu. Sesudu pun kamu tak jamah. Tengok. Sampai bergenang air batu tu duk cair. Sudah la Sam. Aku pun bukan tak tahu. Kamu bukan suka sangat benda-benda manis ni. Hari ni, bila kamu order cendol pulut aku ni, aku pelik yang amat. Tebiat ke, kamu ni Sam? Hahaha" 

"Erkk..." speechless.

"Sam. Ada kalanya kita bukan niat berbohong. Kita lebih nak jaga hati orang. Walaupun sebenarnya, hati kita sendiri perit bila mengenang yang kita terpaksa berbohong. Itu kamu kena faham Sam..." cakap orang lama. Buat aku terfikir. Jaga hati? Itu syarat berbohong ke?

"Macam cendol ni la. Kamu saje nak jaga hati aku kan?" memprovok pulak orang tua ni.

"Tak jugak Wak. Saya biar ais tu cair, pasal saya nak tawarkan rasa cendol tu. Dari saya pulangkan semula kat Wak, dan cakap cendol ni manis, dan saya tak berkenan, lebih baik saya sabar dan tunggu ais ni cair. Wak pun tak perlu buat kerja dua kali. Cendol ni pun saya boleh makan ikut cita rasa saya. Manis-manis buah je" balas aku. Logik.

"Tak timbul isu berbohong kan, Wak? Sebab, memang saya nak makan cendol pulut hari ni. Sebelum ni pun, saya bukan tak pernah order cendol ni pun kan? Cuma jarang-jarang. Kadang-kadang. Hari ni memang saya nak makan cendol" Wak Dol senyum-senyum sahaja. Sambil mengemas mangkuk yang ditinggal Arip tadi.

"Jadi saya tak perlu tipu Wak dengan menelan cendol ni masa dia tengah manis tadi. Saya sabar tunggu air batunya cair... Sekarang saya nak makan cendol ni puas-puas..." tambah aku lagi...

"Sam, kamu tak percaya aku ye?" soal Wak Dol.

"Ape nye Wak?"

"Masa aku buat cendol tu, aku dah siap-siap tawarkan rasanya. Gula pun aku bubuh sikit je. Ikut selera kamu... Mungkin sebelum ni aku pernah terbagi cendol yang manis sangat untuk kamu agaknya. Sebab tu la kamu pikir yang cendol tu manis yang amat..."

Aku pandang cendol tu. Aku pandang Wak. Warna cendol tu pucat setelah dikacau rata. Soheh tawar. Lepas ni, aku perlu percaya Wak Dol. Cendol yang dibuatnya untuk aku, sekadar manis-manis buah sahaja rasanya. PERCAYA! Kalau termanis sikit pun, aku tunggu je air batu mencair. Tak pun minta terus Wak buatkan yang baharu. Jujur je. Tak susah pun...

Ler... Kisah kat gerai cendol pun nak jadi cerita...  

2.11.13

Setiap Yang Hidup


Assalam Buddies. Bertafakur seketika. Al Fatihah buat anak saudara yang telah ke rahmatullah semalam. Mohd Arif Bin Abdul Rahman. Bertemu tuhan seawal usia 20 tahun. Terngiang-ngiang difikiran ucapan ayah arwah sebelum jenazah dibawah ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam tadi.

"Qullu nafsin za iqatul maut.. setiap yang bernyawa itu pasti akan mati..." memulakan kata-kata dan kata-kata itu tersekat dihalqum. Bersama kedu menahan sebak yang memerah luluh isi hatinya. Hanya Allah yang tahu peritnya kehilangan yang dirasai si ayah.

"Lengkaplah sudah takdir buat anak saya di dunia ini" mengalir air mata si ayah. Rapuhlah sudah gagahnya lelaki itu. Ego laki-laki yang barangkali cuba dipertahankan, hancur di situ. Barangkali juga tak mahu menangis. Tetapi, aku yakin tangis itu kerana 'kasih'. Air mata yang tertumpah terus dari hati sanubari. Ditabahkan juga semangatnya untuk menghabiskan kata-katanya.

"Sebagai bapa, saya menerimanya sebagai suratan takdir..." menangis lagi... Terhambur segenap kesedihan. Ya Allah, tabahkan hati saudara ku.

"Dan saya ingin memohon ampun dan maaf, andai anak saya ada buat kesalahan kepada sesiapa. Dan andai dia berhutang, sila berjumpa saya, kita akan selesaikannya" Allahu akhbar. Berderai langsung air mata si ayah. Aku tak mahu mendekat. Biar aku lihat dari jarak yang jauh sedikit. Andai aku melangkah ke ruangan kesedihan itu... Aku sendiri tak punya kekuatan untuk menahan air mata.

***

Ditempat kerja semalam, lewat jam 5.30 petang mak hubungi aku dari kampung. Mengkhabarkan arwah telah ke rahmatullah. Innalillah. Melewati jangka masa setahun setelah kemalangan jalan raya, akhirnya arwah pergi juga. Sekejap sedar, sekejap koma, itulah derita arwah sepanjang setahun berlalu. Akhirnya Allah permudahkan juga arwah pergi. 

Jenazah ada di rumah bapa saudaranya (sepupu aku) di Seksyen 24, Shah Alam. Besar harapan mak dan abah agar ada wakil dari keluarga kami yang hadir melawat jenazah. 

***

Jam 9:00 pagi jenazah dijangka dikebumikan. Hati berat nak ke sana. Tapi aku rasakan tak patut andai tak ziarah. Memang tak patut. Cuma kesihatan aku seolah tak mengizinkan. Badan terasa dedar dua tiga minggu ni. Keadaan yang seolah melonglaikan langkahan kaki dan menyempitkan dada. Boleh ke aku masuk ke suasana kesedihan yang macam tu dalam keadaan diri aku yang macam ni.

Bila tengok adik dan kakak bersiap pagi tu, rasa tak adil andai aku sendiri yang lelaki ini tak turut serta. 'Ya Allah, berilah aku kekuatan'. Tegarkan jugalah semangat untuk mandi dan bersiap. Bersiap dengan wudu' dan bertolak ke Seksyen 24.

Kami berkumpul di rumah Abang Najib (sepupu). Jenazah sudah dibawa ke Masjid Al Ehsan Seksyen 24 untuk dimandikan dan proses seterusnya. "Masjid Al Ehsan Seksyen 24?" bisik hati aku. (Ya Allah, hanya engkau yang tahu setiap urusan Mu).

Ketika tiba di Masjid Al-Ehsan Seksyen 24, arwah sedang dikafankan. Sementara menanti jenazah disiapkan, sempat bertahlil bersama puluhan hadirin yang turut hadir. Ramai dan luar biasa. Pasti dikalangan kami di situ, turut serta malaikat yang sama mendoakan arwah.

Selesai bertahlil, sedikit renungan disampaikan oleh Imam. Antara yang masih lekat diingatan, "orang yang paling bijak adalah orang yang paling ingat akan mati dan membuat persiapan untuk mati" ringkas kata-kata tu. Tapi mendalam maksudnya. "INGAT MATI". Tapi, bila diingat-ingat atau difikir-fikir akan mati, hati lantas jadi takut. Itu tandanya apa? Bila sebut tentang mati, pasti ramai yang akan berkata 'hish, jangan disebut tentang mati!". Menegah. Walhal mengaingati mati itu bukanlah antara amal yang paling dituntut. 

Soalnya..... Bersediakah kita untuk mati? Bersediakah aku untuk mati? Jangan jawab. Tanya hati. Aku rasa jawapan kita tentu sama... Kalau begitu, apa persediaan kita? Apa persiapan aku? Cukupkah bekalan untuk ke alam yang sebelah sana itu? Cukupkah bekalan untuk aku bawa ke alam yang sebelah sana itu? Jangan jawab. Tanya hati. Aku rasa jawapan kita sama... (Berpesan untuk diri sendiri)

Selesai urusan di masjid. Jenazah di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam. Allah permudahkan urusan. Cuaca redup sepanjang majlis pengkebumian. Kebetulan, ada jenazah lain yang turut dikebumikan pagi tu. Bergabung dua kumpulan jemaah yang menghantar jenazah. Menjadikannya segerombolan yang ramai. Menjadikan seolah bertambah-tambah jemaah yang hadir. Allah memuliakan si mati. Bersangka baik terhadapNya.

Ditegur seorang pak tua. Berusia lingkungan 70an aku kira, "dari mana?" soalnya sambil menghulur salam. Wajah jernih memutih. Mencerminkan wajah tua yang banyak 'amalan malamnya'.

"Dari seksyen 24" jawabku ringkas. Salamnya bersambut kejab. 

"Ada kematian jugak ke? Dari mana?" soal aku pula.

"Hmmm" mengangguk.

"Dari seksyen 6. Jiran saya" jelasnya. 

"Tua dah. Dah 3 tahun sakit. Baru ni dapat pergi" tambahnya lagi. Redha bunyinya.

"Hmm. Yang ni baru 20 tahun pak cik. Muda lagi" balas aku. 

"Innalillah. Muda lagi. Tapi bahagian masing-masingkan. Cuma yang pasti, yang muda lah banyak yang akan tinggal. Yang tua-tua akan banyak pergi" aku kira kenyataan tu lebih kepada menginsafi dirinya sendiri. Allahu Akhbar. Tiada kekuatan untuk ungkap kata-kata seperti Pak Tua tu. Aku hanya mampu mengangguk mengerti.

Pak Tua tu mohon permisi. Mahu duduk di bonggol batu, gara-gara tak tahan berdiri lama. Berpayung bersama seorang anak kecil. Aku kira cucunya. Aku memilih berdiri sahaja sepanjang majlis. Tiadalah rasa penat. Cuma dedar. Dan longlai pada kaki dan hati. Fokus aku kembali kepada pengkebumian.

Setelah semua selesai. Maka bergerak pulang. Menghitung langkah yang tujuh dari pusara. Doakan yang baik-baik sahaja buat arwah. Al-Fatihah...