23.9.13

Sukar

Apa pun yang terjadi... Ia adalah sebuah takdir yang tertulis... Penat ikhtiar. Akhirnya aku hanya mampu berdoa dan mendoakan yang terbaik... Semoga ada jalan keluar dari kekusutan ini...

P/S: I am down.... Please tepuk bahu ku dan katakan aku mampu hadapi semua ini.... Tuhan... Aku bersyukur terhadap pengajaran ini...

12.9.13

Carbonated Drinks... Katakan Tidak!

Dalam bayak-banyak Coca Cola yang disearch di carian Google, gambar ni terpaling terbestest...
Assalamualaikum Buddies. Wah ramainya yang rindu aku. Aku tau. Walaupun rindu tu tak terucap dan terungkap. Aku tau korang rindu aku. Maaf la. Sibuk gile seyy (apasal bercakap ala-ala Singapore yang dah out Pesta Bola Merdeka... Kui kui kui) 

Baik Coke.. Pepsi.. Mirinda.. Dan seangkatan dengannya. Aku telah membuat keputusan untuk band minuman berkarbonat ni dari mencecah anak dara sunti aku. Eh silap! Dari mencecah anak tekak aku. Sebagai seorang yang aktif bersukan... Carbonated Drinks ternyata merampas badan aku sekelip mata. 

Penangannya begitu dahsyat. Selang beberapa jam selepas meminum Coke tempohari, habis "berat" jadinya. (Mungkin orang-orang sukan faham istilah "berat" tu). Rasa macam hilang kesan workout atau bersenam selama ni. Dushhh!!! Punah.. Musnah... Hancur... Berkecai.. (Cite nak poyo ye...)

Tapi... Jangan la serik nak ajak I makan-makan... Cuma I akan order air mineral la... Baik untuk kesihatan... Kurangkan manis dalam minuman... Tambahkan manis dalam senyuman dan kata-kata... Hahahahah.... 

Apa macam? Inilah yang dinamakann entry pemanas badan setelah 2 minggu lenyap. Maaf la.. Serious aku banyak hal.... Nanti kite cite...