29.6.13

Analogi Bangku Kosong


Bangku kosong. Tak berorang. Sekejap tadi ada sorang, namun pergi. Sesuka hati sahaja pergi. Tak sempat diambil pesan. Sekejap kemudian, datang lagi yang sorang tadi. Tak duduk di bangku itu, namun pindah ke bangku lain. Sesuka hati pindah. Buat muka angkuh, biarpun tak berkata apa-apa. Bila ditanya pesan apa? Diam. Ditanya lagi, jawabnya "tunggu". Nah. Sini bukan tempat berdiam, menunggu atau main-main. Mahu datang suka-suka. Mahu pindah suka-suka. Dan mahu bilang "tunggu" suka-suka. Kalau mahu datang sekadar datang dan pergi. Kalau mahu datang sekadar pindah sesuka hati. Kalau mahu datang untuk diam bila disoal, dan menjawab tunggu. Lebih baik tak usah datang lagi. Biar sahaja bangku itu kosong tak berorang. 

27.6.13

Bunga Reput

"I just love the colour. Even the flower is dying but it still have the magical sense and unique..." cikreenatan

Assalamualaikum readers. One of habit or hobby baru aku ialah tak lain tak bukan, membelek-belek aplikasi Instagram dalam phone aku. Terus terang aku katakan memang aku rase cool la dengan hobi baru ni, selain menulis di sini. Kire macam, kedua-duanya saling berhubung kait. Snap pic. Upload di Instagram. Kalau mungkin tercetus ilham dari gambar tu, terus ceritanya aku panjangkan ke Blogspot ni. 

 "I just love the colour. Even the flower is dying but it still have the magical sense 
and unique..."

Itu kata tuan punya badan yang snap gambar ni. Salah sorang rakan di Instagram yang aku follow. Memang ada sentuhan emas dihujung jarinya. Gambar-gambar yang lain yang dirakam oleh tuan punya badan pun semacam ada cerita yang nak disampaikan. Aku bukanlah pengkritik gambar pun. Knowledge aku pasal photoshoot haram zero. Tapi bila aku rasakan gambar tu cun, di Instagram, aku akan 'Like' gambar tu.

Berbalik kepada phrase yang diattachkan bersama gambar tu... "I just love the colour. Even the flower is dying but it still have the magical sense and unique...". Langsung mengingatkan aku pada sesuatu. Bunga la. Yup. Siapa yang boleh argue tentang kecantikan dan keunikan bunga. Walaupun sebusuk bunga taik ayam sekali pun. Bunga tetap indah dipandang. Tetap memberi ketenangan dengan kecantikannya. Maha suci Allah yang maha indah dan menciptakan yang indah-indah.

"....Even the flower is dying but it still have the magical sense and unique..." Bukan sekadar dengan warna, 'semangat' yang ada pada bunga tu akan terus membuat kan bunga tu nampak indah biarpun sudah mulai mereput. Especially kalau bunga tu dalam jambangan, dan ianya adalah pemberian  dari someone. Percaya tak? Nak buang pun sayang kan?. Padahal bunga tu dah reput mengering. Itulah yang aku maksudkan dengan 'semangat' yang ada pada bunga tu.

Bila kali terakhir kalian mendapat bunga? Bila kali terakhir kalian memberi bunga? Sebagai penerima, apakah perasaan kalian ketika itu? Dan dapatkah digambarkan perasaan kalian seandainya, kalianlah yang memberi bunga itu? Apa reaksi kalian? Senyum? Merah pipi? Malu-malu... Tau, mungkin, bagi yang tidak suka, dicampakkan sahaja bunga itu ke mana-mana... Bagaimana? 

Yang memberi, besar tandanya..
Yang menerima, besar penghargaannya...
Sesegar mana bunga diberi...
Secantik mana gubahan diterima...
Berganti detik, si bunga reput jua...
Soalnya... 
Siapa yang lebih dihargai...
Pemberi kah?
Atau 
Penerima kah?

*****

Credit to CIkreenatan
(sahabat blogger jugak sahabat instagram aku)


26.6.13

Buah Tangan


Ape nak dibeli untuk bebudak di tempat kerja tu.
Hah! Tak elok la beli asam. 
Nanti otak bebal.
Lagi pun barang makan ni, last-last jadik t***k (tahik)
Baik beli something yang boleh simpan
Keychain
Cliché tak?
Nampak tak permainan dia di situ...
Nampak 'kede' tak?
Bukan 'kede'...
Janji penuh ingatan...

24.6.13

Idop


Bestnya hidup kalau hari hari dapat macam ni.. Bangun pagi-pagi, termenung tengok matahari terbit.. Termenung tengok orang berkejar-kejar menyelesaikan urusan kehidupan... Hmmm (keluhan berat)... Tak boleh... Aku sendiri sahaja, bangkit dari tidur sudah ada urusan yang menanti... Tersedia cabaran... Menanti ujian.. Bermula perjuangan.. Lari? Seketika, mungkin... Aku bukan jenis yang melarikan diri... Berjuang sampai berhabis... Penat aku rehatkan.. Sukar hidup sebagai aku...

23.6.13

Masih Jerebu



Masih tebal kabut Jerebu..
Kian berat nafas yang dihela...
Mentari tak terik memancar...
Biar bahangnya selalu menggit kulit..
Bercahaya pudar terlindung dibalik wasap yang berbau hangus...
Segalanya tidak indah...
Tidak selesa...


Apa khabar kau?
Sedang apa kau?
Di mana kau?
Hilang di balik kabut yang tiba-tiba menyesakkan ini...
Aku...

Berjalan seorang dalam kehilangan...
Meninggalkan kesan paranoia serta cemburu di dalam hati..
Kau di mana?
Dengan siapa kau ketika ini?
Sungguh, tanpa khabar kau...
Aku resah...


Aku tak nampak kau dalam kabut jerebu ini...
Munculkanlah diri kau...
Biar sekadar bayang yang melintas lalu...
Atau sekadar teriak suara yang menyapa dari mana-mana...
Meski sekadar menepuk bahu ku dan hilang...
Kau di mana?
Pimpin aku bersama...
Jangan biar aku hilang di dalam kabut ini...
Aku tak nampak yang di hadapan ku...
Belakang yang ku tinggalkan, tidak lain hanya kabut jerebu...
Aku perlu kau...
Di kala Jerebu ini...
Sampailah hari kembali cerah...
Sampai bila-bila :-(

21.6.13

Ujian Darah... Kes Dirujuk Ke Pakar


Entry ni adalah kesinambungan kepada tulisan yang lepas:
&

Assalamuualaikum reader. Malam ni berteman kan segalas kopi O', aku rasa tak mahu tidur untuk bersama kalian. Aku tulis ni bukan untuk meraih simpati atau apa-apa. Cuma meluahkan apa yang aku rasa. Dek kerana aku tak ada tempat lain untuk meluahkannya. 

Orang kata, bila ditimpa satu-satu musibah, ia adalah khifarah kepada dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Cash tuhan bayar dalam dunia lagi. Aku orang banyak dosa. Aku anggap ini semua khifarah tuhan. Biar aku berfikir begini untuk memujuk hati agar kekal positif. 

Hasil ujian darah di Pusat Kesihatan UiTM tadi aku terima jam 2.30 pm. Masuk bilik doktor ade rasa macam pasrah jugak. Nasib la. Dengar je apa yang doktor nak cakap. Dek kerana penyerahan ikhtiar telah dilakukan. Ikut hati, mahu sahaja aku buat tak peduli ada bengkak ni. Tapi dari sehari ke sehari bengkak ni tak mahu kebah dan hilang. Aku pula yang naik 'bengkak'. Makin jelas kelihatan. Muka aku macam senget sebelah bila aku mengadap cermin. Makin la mencacatkan pemandangan yang sedia buruk ni.

Bila ditekan terasa sakit. Terutama awal pagi, seawal bangkit dari tidur. Ada rasa macam salah bantal. Selain tu, bila nak menyuap makanan. Hilang nikmat aku nak makan. Bila buka mulut, rasa macam terhalang pergerakan rahang. Rasa sakit pun ada. Cukup-cukup lah bertahan mengharap bengkak ni kebah sendiri. Ubat yang sebeban diberi doktor yang mula-mula merawat aku tempohari dah lama habis. Memang tak boleh jadi kalau  macam ni...

"En Zul, lepas blood test tadi terus balik ye?" soal doktor yang merawat. Sempat aku jeling pada muka pintu biliknya tadi. Nama doktor tu Dr Siti. Pegawai Perubatan...

"Ye Doktor, nurse tu cakap boleh datang balik lepas sejam. Tak pun pukul 2 petang" aku pilih datang jam 2 petang. Dek kerana melambak tugas yang aku tinggalkan di tempat kerja. 

"Okey En Zul, blood test tadi tak de masalah" maksudnya darah aku clean la kot.

"Tapi kes awak ni kami terpaksa rujuk ke pakar..." sambung Dr Siti. Sampai perlu ke pakar ke? Hati aku berbisik.

"Kenapa doktor? Serious ke?" soal aku. Tentu la serious sehinggakan perlu dirujuk kepada pakar.

"Ya serious. Ada bengkak pd bahagian (aku tak ingat apa bunyinya). So pakar akan tentukan rawatan yang sesuai" jelasnya panjang.

"Bahaya ke. Ada symtom apa-apa ke?" aku rasa soalan yang lebih kurang sama dengan soalan yang mula-mula tadi. Mungkin aku macam tak berapa percaya yang masalah ni nak dipanjangkan sampai ke pakar.

"Mungkin bahaya, boleh jadi ada ketumbuhan atau masalah lain. So pakar akan tentukan dan buat rawatan selanjutnya. Mungkin dia akan ambil sample untuk ujikaji" hmmm. Sample? Aku tercengang sekejap. Tapi tak bertanya pasal sample apa.

"Since awak staff, lepas ni awak boleh ke Bahagian Pejawatan untuk dapatkan GL. Bawa surat ni dan GL untuk appointment dengan pakar nanti. Kalau boleh segera" Guarantee Letter atau Surat Jaminan sebagai kaitangan awam. Lepas ni perlu ke Pejawatan pulak. Lecehnya...

"Owhh. Baik doktor" akur mendengar.

"Hmm" 

"Ada apa-apa ubat ke?" soal aku. Doktor cuma menggeleng. Maksudnya aku tak perlu ke bahagian farmasi untuk menunggu giliran mengambil ubat. 

"Thanks doktor" surat rujukan pakar yang siap bersampul aku tu ambil dan terus keluar. 

Panjang rupanya cerita penyakit ni. Aku fikir, lepas makan ubat kelmarin boleh kebah, rupanya tak diizin tuhan. Macam mana ni. Kerja banyak. Minggu depan sahaja seminggu aku ke Kelantan. Boleh ke minta excuse dari tugas? Nak tinggal tugas yang ada sekarang ni pun risau terbeban pada rakan-rakan yang lain. Jumaat perlu pulang ke Nitar atas urusan keluarga. Sabtu balik Shah Alam. Ahad gerak ke Kelantan. Sampai 27 haribulan. Belum tutup kisah bertugas di Kelantan, elok aku parkir kereta selepas balik dari Pusat Kesihatan, dapat pula SMS dari big boss. Ade titah baru 28 haribulan tu. Hmm... Cabaran betul...

Sesak otak memikirkan sakit ni. "Sakit" lain pun datang menduga. Sakit hati. Kecewa. Sedih. Kenapalah semuanya perlu datang dalam pakej yang cukup lengkap begini. Tiadakah sedikit ruang penghargaan yang boleh diberikan. Kenapa kamu perlu menambah sakit yang ada? Luka perit di dalam hati bersama sakit bengkak di bawah rahang kiri ni memang cukup lengkap untuk aku kelihatan mati terduduk. Sikit kamu tak paham. Menambahnya lagi lah ada... Mungkin kamu lebih suka melihat aku ini "MATI"...

Ya Allah... Semua ini kifarah dari Mu... Aku orang banyak dosa... Seandainya dosa-dosa ku tak mampu gugur melalui kifarah ini... Berilah ruang dan peluang untuk aku bertaubat....



20.6.13

Jalani Ujian Darah



"Bengkak kat situ doctor tu cakap toncil?!" nada tegas doktor yang membuat pemeriksaan kesihatan tadi.

"Tak pe, awak buat blood test dulu di makmal..." arahnya. Aku menurut pasrah...

0613... Angka giliran aku terpapar. Serah angka giliran dan duduk menghulur tangan pasrah. Lengan disapu bendalir sejuk. Terus jarum tajam dicucuk.. Terasa perit yang sedikit. Tak pandang pun picagari yang menyedut darah tu. Aku macam fobia untuk tengok darah..

"Ok En. Zul, sejam lagi boleh jumpa doctor utk ambil keputusan ujian darah.."

"Ok.. " pasrah. Mata sekerling ke arah darah yang memenuhi tabung uji kecil..
Sejam lagi... Pasrah... Doakan aku...

19.6.13

Pangkat dan Jawatan


Assalamualaikum reader... Cute tak dua ekor beruk kat atas tu. Gaduh pulak diorang. Pasal pangkat.. Tu baru beruk. Belum kita manusia ni. Susah kalau jumpa orang gila pangkat ni kan. Pegi sana, jaja pangkat. Mintak itu, canang pangkat. Tunjuk tu, sebut pangkat. 

"Hey... You tau tak I ni sapa? I ni pengarah di Institut of bla bla bla... So I nak u bagi I masuk dulu!" Ni contoh la. Biase kan berlaku di mana-mana? Aku selalu je berhadapan dengan situasi macam ni. Amboi kau, jaja pangkat sampai ke mari. Aku yang tak berapa nak berpangkat ni, kau nak ayam-ayamkan. Kau ayam kan aku, aku ayam kau semula. 

Aku rase, orang-orang macam ni la kan. Mesti duk heret pangkat tu sampai ke luar sana. Kat stesen minyak. Kedai mamak. KFC. Mc D. Tandas awam. Ke mana la. As long as boleh jaja pangkat tu. Kalau boleh nak di staple gun manila card atas dahi. Tulis kat manila card tu, pangkat kau. Baru la orang sekeliling akan bagi priority kat kau. Bentang carpet merah. Reserved parking kau. Suap makan minum kau. Kau kangkang je kaki kau... Siap ade tukang massage lagi tapak kaki kau yang busuk paing tu.

Yang soheh-soheh bergelaran dan berpangkat tu aku consider. Memang la jadi tanggungjawab dan sebahagian dari skop kerja aku, untuk jaga diorang semua. Tapi kalau setakat kau menempel-nempel pangkat orang lain. Dan orang yang berpangkat tu kenal kau ala-ala kadar je, tak perlu la canang lebih. Tak perlu nak cakap "You tak kenal ke, I sape?"... Maaf la, memang tak de masa aku nak kenal. Kalau aku kenal pun, aku akan buat tak kenal je. Bukan ape. To be fair la kepada yang lain. Tak kan just kerana pengkat kau yang tak berapa nak gah tu, aku kena abaikan orang lain.

Salah satu masalah dalam masyarakat Melayu kita ni, inilah dia. Orang Melayu ni, mana yang tak sedar diri, akan jadi macam beruk bila dapat pangkat. Bila dia dapat something yang lebih sikit dari orang lain, start dah dia lupa diri. Dia automatik akan 'up' diri dia sendiri. Macam beruk la. Kalau dia dapat bunga ke, atau buah ke, dia akan lari panjat pokok tinggi-tinggi dan duk kat atas pokok tu, untuk show kat beruk-beruk lain ape yang best yang dia dapat hari tu. 

Tu baru cerita pasal pangkat. Mungkin la boleh nak digahkan. Lagi teruk lagi, bila up diri sendiri dengan jawatan yang sedang disandang. Bawa jawatan ke mana-mana. Lupa yang jawatan tu, setahu aku hanya  terpakai dalam organisasi atau tempat kerja. Contoh la. Jawatan Penghulu Kampung Lang Buana. Jawatan Penghulu tu hanya terpakai untuk Kampung Lang Buana sahaja. Jadi, bila Tok Penghulu Kampung Lang Buana masuk ke kampung lain, beliau dah tak de kuasa dah kat kampung lain tu.

Contoh lain. En Mael menjawat jawatan sebagai Pegawai Eksekutif Kanan di opisnya. Mungkin dalam opis En Mael ni, beliau lah antara yang paling besau jawatannya. Bersama gaji beliau yang juga besau. Kereta besau. Perut boroi macam tembikai. Contoh ek, contoh je. Maka, bila En Mael keluar dari opisnya untuk tujuan bukan rasmi, En Mael secara automatiknya dah meninggalkan jawatan tu kat opis. Tinggal, bukan letak jawatan. 'Tinggal' tu analogi je. 

Tak payah bawak balik jawatan tu, En Mail. Pegi KFC, tak payah perkenal diri kat pekerja KFC tu yang En Mael ni sapa-sapa. Kalau kena beratur untuk order sepinggan snek plate, maka En Mael beratur la. Tak payah sound-sound, nak minta kebenaran potong que barisan. Pi stesen minyak, tak payah bagi tau jawatan En Mael sebagai apa kepada Bangla penjaga stesen minyak tu. En Mael minta isi minyak RM 50, tak akan jadik walau RM 50.01 sen pun En Mael. Layanan sama je...

Kesimpulannya apa? Jangan POYO dengan apa yang kita ada. Ramai VVIP malah kaum kerabat raja-raja yang aku dah jumpa. Diorang relaks-relaks je... Tak de menggelupur pun. Yang kau baru sikit nak up diri tu dah kenapa? 

Ingat-ingat la. Ape-ape yang kita ade ni, semua duniawi. Allah bagi pinjam sedikit je nikmat dari khazanahNya. Perumpamaan nikmat yang Allah bagi pinjam tu, kalau nak dibayangkan dengan kebesaranNya, cuba kau tengok tapak kasut kau tu. Ade sebutir habuk tak? Sebesar habuk tu la nikmat yang Allah bagi pinjam kat kau ketika ni. Bandingkan habuk tu dengan alam semesta yang luas ni. Yang tu, kebesaran Allah. Banyangkan, sebutir habuk, dengan alam semesta. Kecik sangat. Dan bila-bila boleh ditarik balik. Siapa lebih hebat? Kau ke, Tuhan?    

18.6.13

Masalah Hilang Gambar Sudah Selesai


Assalammualaikum. Syukur masalah selesai. Aku terubah setting rupanya... Sekarang gambar-gambar boleh ditatap semula... +Keri Ikhwan , tak perlu upload satu2... Td aku masuk forum and terjumpa satu link ni... Aku klik, dan terus jumpa jawapannya... Ko pun boleh try untuk settlekan masalah ko yang 'sejibik' macam masalah aku ni... Ape-ape hal boleh PM aku kat FB... Okey.. Chaw Chin Chaw... Assalammualaikum..

Mode: Suspen... Gelabah.. dan Berpeluh Dahi Sekejap 

Aku Hilang Gambar2 Dalam Blog Aku, Siapa Boleh Tolong?


Assalammualaikum. Tengok apa dah jadi. Luluh hati aku. Habis lesap gambar2 dalam blog aku ni. Ape dah jadi ek? Mohon la sangat2 sesiapa yang ada sebarang pengalaman, atau maklumat berhubung masalah ni, harap la bagi feedback... Kalau tak de yang dapat bantu, maknanya, usaha aku selama 3 tahun dengan TheTimeLines ni memang sia-sia... Tolong la.. Sesiapa yang berhati mulia di luar sana tu... 

17.6.13

Sempurnakah Aku?



Sebanyak mana silap yang aku lakukan
Sebesar mana dosa yang ku telanjuri
Sekerap mana khilaf yang aku ulangi
Yang bodoh tetap aku
Yang salah tetap aku
Setitik air mata mu
Dari segala silap
Dari segala dosa
Dari segala khilaf 
Yang aku lakukan
Aku mohon ampun
Biar yang buruk ternampak di mata mu
Aku tak mahu menjadi manusia  berpura-pura
Bersarung di sebalik kesempurnaan
Berlindung di sebalik kebaikan
Hari ini aku silap 
Dan hari ini kamu luka lagi
Ini sisi gelap ku 
Yang aku sendiri tidak mahu
Maaf... 
Aku tak sempurna..


15.6.13

Mencari Gang Instagram

Hallo readers. Apa khabar? Salam hujung minggu. Adakah hujung minggu kalian buntu sama seperti aku..? Mari lari dari kebuntuan itu dengan memenuhi masa dengan sesuatu. 

Instagram.... 

Siapa ada account Instagram? Jom kawan-kawan. Mari berkongsi hobi yang sama. Disamping berbloging, kepada kalian yang juga minat mengambil gambar, tak salah rasanya kalau kita support each other. Kongsi sama-sama. Macam aku, dan beberapa blogger yg lain tu.

Aku letak link ke account aku... Kalau nak sertai aku, jom la. Mari kita tembak gambar banyak-banyak dan kongsikan moment yang kita rakamkan tu bersama-sama. Mana gambar cool, kita liking-liking. Man gambar tak cool, tak de button dislike yang pasti. Apa tahap sentuhan kita tu blakang cerita. Aku pun lebih jauh tarapnya dari amatur. But setidak-tidaknya, bleh jugak belajar dari kawan-kawan yang sentuhannya tahap otai! Jom-jom... Serious ni... Mencari gang Instagram... 

JOM. 
AKU TUNGGU KORANG...





















10.6.13

Bersangka Baik Terhadap Allah


Alhamdulillah dan subhanallah. Langit cerah pagi ni. Aku memang suka snap gambar dari tingkap kaca office ni. Aku jugak suka termenung dekat sini. Pemandangan luas. Nun jauh di hujung tangkapan mata, boleh nampak Banjaran Titiwangsa. Kalau nasib baik, cuaca cerah, boleh nampak puncak Genting.

Menarik nafas dalam. Alam maya ni maha luas. Segalanya dilimpahi nikmat dah rahmat allah... Tarik lagi nafas dalam-dalam... Tidakkah aku perlu bersyukur. Fikirkanlah yang indah-indah. Alam maya ni cukup luas. Kagumi kebesaran yang maha agung...

7.6.13

Analitical

Aku rasa aku mulai faham dengan situasi yang berlaku. Ya, Allah kau pinjamkan fikiran yang ligat berfikir ini kepada ku... Beruntung aku, cepat menangkap perkara yang berlaku dipersekitaran aku... Analitical thinker... Walaupun bukanlah terlalu persis, setidak-tidaknya aku bisa bersedia dan tenang... Boleh jadi laluan hidup yang banyak liku ini, mengajar aku untuk saling memformasikan semula liku-liku yang lepas...

Aku mulai faham...

6.6.13

Liku



"Masalah... Kerumitan... Semua tu adalah perkara yang mengajar kita tanpa kita sedar... Hidup ni kalau x ada masalah, rasanya manusia ni akan hidup mcm pokok... Tak bergerak, hanya mampu tumbuh, meninggi, berbunga, berbuah... Dan sekadar mengulang rutin yang sama sepanjang hari,
masa dan tahun.. Bila sampai masa, layu, tumbang, 
lalu rapuh ditelan masa...

Hiduplah... Jangan lari dari masalah.. Cabar dia mcm mana dia cabar kita.. Jangan biar dia pengaruhi emosi dan fikiran kita...
(Berpesan untuk diri sendiri juga)"

Bertabahlah hati walau dalam gudah... 
Dalam kehidupan ini tidak kesemuanya indah... 
Tenanglah, ayuh ikhtiar agar sukar mu dipermudah... 
Sambil jangan putus doa untuk kau tadah... 
Sabarlah hati... 
Aku juga risau dengan murung mu yang tak sudah-sudah...

3.6.13

Phrase of The Day: Its all about tired


"We can be tired, weary and emotionally distraught, but after spending time alone with God, we find that He injects into our bodies energy, power and strength." Charles Stanley 

Aku cuma penat. Penat bercakap dan bertanya. Bagi aku ruanglah. Aku bukan marah atau apa-apa. Cuma penat. Penat bercakap dan bertanya pada perkara yang tidak mendatangkan apa-apa. Aku harap kau faham, seperti mana fikiran aku didesak untuk memahami kau... 

Panas

Panas... Terlalu panas di luar sana... Yang di dalam ni lagilah panas... Hati panas... Tekak kering... Boleh jatuh sakit kalau terus-terus macam gini... Ya Allah, aku terlalu lemah dengan kepanasan ini.. Ajar aku istighfar ketika hati ku rungut-rungut dengan panas luar dan dalam ini.. Astaghfirullah....

Penolakan...


Syarat-syarat peminangan yang diterima, tujuh sulap kata semuanya:

Pertama:
Air mata dara yang tidak berdarah, 
7 tempayan banyaknya...

Kedua:
 Pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua. Merah darahnya. 
7 tempayan banyaknya...

Ketiga:
Merangkak bebas di dataran. Darah juga kehendaknya. 
Sifatnya, 7 dulang banyaknya...

Keempat:
Terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya.
Sifatnya, 7 dulang banyaknya...

Kelima:
 Darah putih rakyat, 
untuk menambat darah kuning dari tapak ke takhta.

Keenam:
Darah merah rakyat, 
untuk menambat darah kuning dari tapak ke takhta. 

Ketujuh:
Darah seguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti. 
Sebatil...

"Pengorbanan demi cinta adalah indah, dan pengorbanan demi negara, sungguh mulia. Tapi apalah ertinya, berkorban dengan tangan berlumur darah manusia yang tidak berdosa... Apa Tuanku sanggup melakukannya? Mungkin masih kurang jelas bagi Tuanku, kalau permintaan saya sebetulnya, satu penolakan..." Gusti Putri.

Menolak dengan kias. Nampak macam tidak menolak, tetapi sebenarnya, ia tetap satu penolakan. Seperti ada permintaan yang besar yang perlu ditunaikan. Namun sebenarnya, ia adalah permintaan yang mustahil diturutkan. Perlukah berkorban pada perkara yang sia-sia? Berbaloikah pengorbanan itu? Seperlunya, akurlah dengan penolakan, dan teruskan penghidupan.

1.6.13

Se'Beban'


"Sakit ape?" doktor tanya
"Batuk and ada bengkak kat bawah tekak" aku jawab
"Ohh toncil" confident menjawab
"????" aku ragu
"Buka mulut... Cakap aaaaa" terus masukkan kayu mcm batang ice cream yg besar tu.
"Hmmm. Memang ade bengkak ye. Sebelah kiri, Emmm sebelah kanan okey" tambah doktor tu lagi.
"Ok sy nak check dada (degup jantung). Selak baju sikit ye.." arah doktor tu.
"Hmmm, okey..." pasrah. 
"Okey, pusing blakang" doktor menyuruh.
"Hmmm... Uhuk.. Uhukk" batuk kecil kat tekak.
"Ok. Good. Check suhu badan" Termometer dikeluarkan.
"Nganga letak bawah lidah" terus jolok termometer  tu ke dlm mulut.
"hmmmm..." tengah kemam
"Check blood pressure" scrappp!! bende alah yg lilit kat tangan tu dipasang. Teett... Bunyi button on (agaknye) ditekan. Tunggu ke beberapa ketika sambil alat yg lilit kat tangan tu mengelembung. Tak lama lepas tu benda tu kempes.
"Ok, blood pressure okey..." doktor cakap
"Fuhh.." lega darah tak de prob...
"Okey, nanti sy akan bagi awak antibiotik, awak tak de selsema kan?" 
"Tak de-tak de" 
"Ok, so antibiotik.. ubat batuk, ubat isap, bla.. bla.. bla..." tak reti aku sebut ape lagi nama ubat-ubat tu.
"Ok doc, tq"

Keluar bilik check tu. Tonsil? Doktor check memang cakap tonsil... Cume aku pikir tonsil bukan ke bengkak kat dalam tekak tu. Aku tadi tak abis cerita lagi, doktor tu terus potong cakap tonsil. Masalahnya Ni ha.. Bengkak kat bawah dagu pun consider tonsil ke? Aku x puas hati.. Hmm.. Makan je la ubat yg diberi... Tak kan la aku lagi pandai dari doktor tu plak kan..? Bengkak ni try sapu balm... Tengok esok, mujarab tak...? Kalau x, cari klinik lain pulak... Serious, kalau nak mati pun, biar la tau ape puncenya.. 

Bengkak ni buat aku bengkek...
Okey la tidur dulu.. Tidur dgn lena...
Slamat malam...