21.2.13

Cabaran Si Orang Bujang


Hey People! Aku orang bujang. Berusia 28 tahun 11 bulan. March tahun ni genaplah 29 tahun... Bermakna setahun lagi aku bakal menjenguk angka keramat 30 tahun. Persoalan. Pertama, bila mau kawen? Kedua, apabila memilih membujang, apakah cabaran-cabaran yang bakal dihadapi? Ketiga, apa langkah wajar dilakukan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dirujuk kepada persoalan kedua tadi? Nah kau! 

Baiklah! Mari menjawab persoalan pertama. Bila mau kawen? (10 markah)
  1. Jawapan clise bagi menjawab soalan yang jugak clise ialah "bila sampai jodoh... insyaallah"
  2. Aku single. Tak de awek. Teman pun tak de. Ini kan pulak scandel. Walaupun ade la insiden-insiden diajak keluar oleh bini orang, tunang orang dan awek orang. Kejadahnya! Aku yang suci murni ni diajak menjadi stok geli-geli a.k.a stok meluah perasaan a.k.a teman bicara perempuan-perempuan ni. Maaf la... Aku single, tapi bukan tipical single la... No scandalism! 
  3. Fokus kerjaya dulu. Mode kerjaya tengah sedap-sedap. Orang tengah percaya kite. Kena la 100 percent commitment. (Agak poyo statement ni!)
  4. Fokus kereta dulu. Betul bak kata sahabat lama ana. "Sementara bujang ni, tahun ni kita main kete puas-puas!" (Tang ni aku tak nak kalah. Seriously aku megah. Orang nak kate aku riak-riak la. Aku peduli ape. Jeles semua tu. Gile ke ape. Bujang... Berkerjaya... Dah tu pakai kereta besar... Perkhh... Gerek sehhhh... Macam ade mak datin sponser pulak kan... Kau ade... Kalau nak, kau kena la usaha lebih sikit... Make sure la, jalan kena bersih... No short cut dan perlu la hasil tetes peluh dan air mata kau sendiri...)
  5. Fokus pada mak abah... Adik beradik... Kalau korang nak tau... Family aku ni membela saka... Bukan membela la... Ntah dari mana tah datangnya... Siapa punya membawak aku pun tak tau la... Habis segala macam sial duk hinggap kat keluarga aku... Ni sekarang sedang dalam proses membuang sial la ni... Masa aku training PALAPES dulu, buang sial ni nak kena mandi... Mandi? Hmmm bleh la tanya budak-budak recruit ke atau budak-budak ROTU... Ape tu mandi buang sial... Memang sial la!
  6. Disebabkan fokus-fokus aku pade perkara diatas, aku ketiadaan masa mahupun passion untuk memikirkan perkara kawen ni. Kerja sepanjang minggu... Masa lapang dengan kereta... Dengan kereta bersama adik beradik dan keluarga... Sebulan sekali aku perlu balik kampung aku di Mersing tu. Jauh tu... 4-5 jam perjalanan... Untuk mak dan abah aku... Bab ni, memang aku buat tanpa perlu ade dorongan sesiapa... Tak perlu ade awek atau kekasih untuk nasihatkan aku "awak, awak tak bawak  adik-adik awak jalan-jalan ke?" "awak tak balik kampung ke"... Tak perlu... Tu tanggungjawab serta kesedaran aku sendiri...
  7. Oh ye... Target aku... Sambung belajar... Kerja UiTM ni, aku ade banyak idola... Prof tu.. Dr ni.. Dato tu... Tan Sri sana... Semua motivation untuk aku further lg study ke peringkat atas langit... Hajat nak blaja sampai negeri cina... Menyahut seruan Rasulullah saw "tuntutlah ilmu sampai negeri Cina"... Azam... Berazam... 
  8. Nak beli rumah... Nak beli rumah... Nak beli rumah... Tapi yang ni agak long term dan tak boleh dijadikan alasan... Tapi elok kalau ade rumah plus 'orang rumah'... Insyallah...
  9. Malas pikir la... Hahaha
  10. Masih mencari... Kalau jumpa nanti yang berkenan di hati... tak lama la tu... Tapi idaman nya yang macam mana? Bab ni agak subjektif... Yang penting punyai peribadi yang mulia... Peribadi mulia tu pun subjektif... Aku tak suka menilai org dari sudut luaran sahaja... Pasal aku banyak kali kena 'main' sama 'ustazah-ustazah' yang ala-ala perempuan melayu terakhir la sangat ni... Ingat, bertudung bukan semestinya 'tertutup'... Innocence nonsense!... Somehow pada aku free hair pun bukan la ukuran... Boleh dilentur pun kalau betul approachnye...  
Persoalan Ke-2. Cabaran orang bujang (10 markah):
  1. Mangsa usik-usik. Biase la. Kadang-kadang kena usik. Relaks la...
  2. They are younger. But they feel like they are older than you. Than they dont respect you because of your status... Ni pandangan personal aku. Ade jugak jenis yang terasa diaorang lebih tua bila dah kawen ni. Sampai lupa umur diorang... Aku yang lebih berumur ni nak di ayam-ayamnye... Just kerana diorang dah rase meman*** diorang fikir kepala diorang sangat besar... Staff is staff la... U bullshit me, you wrong!
  3. Mangsa fitnah. Fitnah dunia ni datang dalam pelbagai cara... Buat baik orang pandang lain... Buat jahat lagi la... Senyum salah... Tolong salah... Buat tak tahu pun salah...
  4. Mangsa cemburu dan ancaman... Ade ke patut, ade la si laki ni, duk marah si bini just kerana aku ni borak dengan bininya... Hadui la... Betul punya besar la cabaran... Lepas ni aku bercakap dengan dinding je la....
  5. Tu cabaran dari luar... Cabaran dalam diri pun kuat... Macam "kucing jantan" jugak la... Cobaannnn...
  6. Kewangan kalau tak pandai kontrol... Huiiii... Banyak duit habis... Komitmet tu lain la... Yang lain-lain tu... Macam air je duit keluar... Tak perasan... Tapi tak pe... First, jangan kedekut... Kedua, simpanan perlu ditolak siap-siap... Balance tu aku punya. Gonna reward myself...
  7. Terlalu banyak pilihan sebenarnya dalam mencari... Huiii tak tau nak yang macam mana.. Hahhhaa... relaks... Nak dijadikan cerita, dlm mengorat-ngorat ni aku sampai jadi malas nak mengayat-ayat... Kadang-kadang jadi straight to the point sangat... "awak jom kuar..." pastu awek tu balas "sy tak biasa la, segan ermmm tak bleh janji la...." lepas tu aku tak pujuk.. aku balas "kalau macam tu tak pe la... sy ajak orang lain je..."
  8. Segalanya kena buat sendiri... Aku naik menyampah tengok baju-baju aku yg tak berlipat ni.. Bilik bujang yang tak berteman ni... Eh! Salah tak berkemas... Kalau ade orang rumah, boleh jugak tolong tengok-tengokkan... Heyy... Tu keje orang gaji... Opppss... Ye tak ye jugak kan...  hahhaha
  9. Rutin yang agak boring kot.... Tapi tu semua boleh diatasi dengan plan aktiviti yang bijak... Ape ade halll...
  10. Ok mari nyanyi sama-sama "lonely... i fell lonely... I have nobody... bla bla bla..." hhhhhahahahh..
Persolan ke-3: Apa langkah wajar dilakukan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dirujuk kepada persoalan kedua tadi (Soalan Pilihan... Jawab dua soalan je... Malas pikir... Sekian.... )


18.2.13

Tanbihul Ghafilin


Terperap blog ni macam rumah tinggal...
Aku hilang passion menulis...
Sebabnya...
Melakukan pelbagai perkara dalam satu masa tu bukan lah aku namanya...
Aku ralit...
Ralit melayan sibuk...
Ralit melayan hidup...
Ralit melayan realiti hidup yang bagaikan semakin kuat cobaanya...
Semuanya buat aku lupa...
Jujur, nak tau satu cerita?
Semalam aku terlupa kata laluan blog ni...
Mujur aku tenang...
Rupa-rupanya sudah tertukar dengan kata laluan laman yang lain...
 
"Tanbihul Ghafilin"
Peringatan bagi yang lupa...
Semalam...
Sekadar mula membaca Bab 1...
Sebelum terlena dan terlajak tidur...
Bab 1: Ikhlas...
Sebijik sebijik ayat yang dibaca, tempiasnya ke kepala sendiri...
Rupanya selama ini aku tidak ikhlas dalam beberapa perkara...
Ikhlas ini sudutnya amat luas...
Ikhlas dalam beramal...
Ikhlas dalam tugas...
Ikhlas dalam berdoa...
Ikhlas menerima ujian...
Ikhlas menerima ketiadaan...
Ikhlas dengan kegagalan...
Ikhlas bercermin diri...
Ikhlas dengan kejayaan
Ikhlas dengan kekayaan
Terlalu luas...
Terlalu dalam...
 
Selama ini aku tidak ikhlas...
Aku tidak ikhlas menerima yang sudah tiada...
Mulut ku berkata aku kuat...
Di dalam hati tersemat benci...
Ada kecewa...
Masih ada cemburu...
Dan dendam yang teramat kesumat...
Sehingga aku tidak ikhlas menerima secebis kejayaan yang tuhan pinjamkan kini...
Aku perlu redha...
Mengorak jalan aku sendiri dan melupakan....
Setelah aku berfikir begitu...
Setelah aku harus mula berfikir begitu...
Semoga ketika itu hati aku mulai tenteram....
 
Adakah aku seorang yang ikhlas......?
"Tanbihul Ghafilin..... Asbab seorang sahabat yang meminjamkan... Aku mulai diperingatkan..."