6.12.13

Praktikal

Budak praktikal. Budak trainee. Budak pelatih. Tempat kerja korang ade golongan ni? Golongan yg datang ke tempat kerja korang atas sebab OJT atau on job training. Kebanyakkannya dihantar oleh institusi pendidikan, tak kiralah IPTA mahupun IPTS, pusat-pusat kemahiran dan sebagainya.

Innocent. Lurus, tak tahu ape. Blur dan sebagainya. Kebiasaannyalah! Melainkan budak-budak ni dah terbiasa dengan persekitaran bekerja tu lain. Bagi yang sebelum ni tak pernah kerja, sure janggal. Bagi yang datang dengan niat mencari ilmu, syabas! Aku suka berurusan dengan budak-budak yang macam ni.

Walau bagaimanapun ade jugak dikalangan budak-budak ni yang berniat serong. Datang dengan niat selain mencari pengalaman serta ilmu yang berguna. Datang dengan niat nak main-main, sekadar memenuhi jadual semester praktikal tu sahaja. Tak kurang juga ada yang datang dengan niat nak 'gesek-gesek' dengan kakitangan di tempat bekerja tu. MENGGATAL!

Bab menggatal ni, aku tak boleh blah. Sebab bab gatal ni, feelnya bila digaru. Lagi gatal, lagi digaruk lagi best, katanya. Maknanya, kena ada tempat gatal. Kena ada tangan atau device menggaru tu. Maksudnya kena ada dua pihak yang sama-sama melayan la. Betul tak? Kan? Kan? Kan? Kan laaaa... (nampak gatal ayat tu? rasa tak?)

So aku ade cipta satu formula gatal kuasa dua yang mana GATAL tu berkadar rata dengan miang, curang, kurang kasih sayang dan pastilah tak takut dosa dan tak tahu malu dengan tuhan. Okey formulanya macam ni (Budak praktikal gatal + kakitangan 'LAPAR' - MALU - TUHAN - ANAK BINI - MAK AYAH KAT RUMAH = MENJADI-JADI la kuasa dua)

Lagi best. Yang nampak alim (kucing) pun tewas...

"En Majid (bukan nama sebenar) tu boleh tahan jugak kan En Zul?" soal 'sumber'

"En Majid?" soal aku.

"Ye la dia bersms bagai dengan kawan saya Lenny (bukan nama sebenar)" 

"SMS pasal kerja agaknya" tak kan la Majid yang skema dan alim (kucing) tu nak buat macam tu.

"Ye la. Mula-mula pasal kerja. Saya pun ada SMS dia pasal kerja. Lepas tu meleret-leret pasal hal lain" balas sumber tu.

"SMS pasal apa?" soal. Nak tahu jugak.

"Ye la pasal ajak-ajak kuar makan la" 

"La... Ajak kuar makan je kot? Mana awak tahu ni?" balas aku.

"Lenny sendiri tunjuk message-message dia dengan En Majid..."

"Owwhhh"

"Tak sangka lah En Majid pun respond. Kan dia dah kawen" ujar sumber.

"Hmmm. Alahhh dia treat as kawan-kawan je kot" bukan back up Majid, cuma aku malas pikir bukan-bukan. Walaupun hakikatnya tak pelik lah. Bukan tak pelik apa, typical malay guy. 

"Yang kelakar kan, dia siap cakap kat Lenny..." 

"Cakap apa?" soal aku, berminat nak tahu.

"Dia SMS kat Lenny, okey dah, saya nak balik dah, jangan SMS saya lagi. Wife saya ada" jawab sumber. Tercengang aku sekejap. Betul ke cerita sumber ni. Hmm, lantak kau la Majid yang bukan nama sebenar. Tu hal kau. Tak ramai yang tahu selain Aku, Sumber, Lenny yang bukan nama sebenar tu, dan for sure la kau, Majid!"

Majid. Relaks-relaks sudah. Sebagai manusia aku faham kau tak sempurna walau kau macam nak pretend to be perfect. Dengan aku, kau tak payah angkat muka la. MALU!

*******

Gambar zaman praktikal dulu. Syukur, dek kerana kami semua fokus dan de yang GATAL. Semua jadi 'benih hanyut' yang bercambah baik. Campak ke mana pun, in sha allah jadi. Aminnn....


16 comments:

  1. hoho..spesis macam ni memang ada...huhu naik geram juga bila baca..ambil kesempatan! ish ish ish..buat la keje betul betul ni tak, saje je nak menggatal..ada respon mula la menjadi jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm... gatal tak yah keje... gatal tak yah blaja... kan...

      Delete
  2. hehe. teringat lak zaman sy praktikal dlu. ek, tak lah zaman sgt. beberapa bulan lpas. hehe.. smua staf baik2 je. lagipun sy sorg je praktikal time tu, so dpt lah layanan yg istimewa skit. baik dr kakak2, mahupun abg2.. blur ofcoz, fes time masuk alam pkerjaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amik peluang blaja... in sya allah...

      slamat maju jaya...

      Delete
  3. time sy praktikal, report to sorg jurutera lelaki yg kacak. Muda+rambut selalu berikat pjg+cina. Rasanya sekarang dia dah kahwin, dgn perempuan melayu kerja di kilang yg sama.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm... ensem/lawa kenkadang tambah motivasi kerja... tapi niat jgn serong2... hehehe... tapi nani x tergolong mcm tu... sy yakin...

      Delete
  4. Replies
    1. blakang kotak... maka tak kelihatan la dlm gambar.. heheh

      Delete
  5. Apa yg kita lihat kpd mereka adalah seperti apa yg dulu org lihat pada kita semasa jadi budak praktikal dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh... abg jay... abg jay mai sini... betul ke ni abg jay? abg jay yang 'tu' ke? eh... ke sy salah org... eh.. betul kot...
      abg jay, any update? dengarnya makin asyikkkkk... hahhaha

      Delete
  6. Replies
    1. kan.. tapi kalau lebih2 tu, luar biasa tu...

      Delete
  7. tepuk sebelah tangan memang x berbunyi ... macam - macam ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu "QASEH"... amat betul.... tepuk sebelah tangan, tak jadi kan QASEH... sama gatal... sama miang... sama gedik... sama kebulur... kan... tak gitu QASEH.... ishh isshhh isssshh..

      Delete
  8. Seronok baca cerita ni. Manusia macam-macam perangai. The unexpected truth. Tak apalah, kita pegang prinsip, roda dunia berpusing, harini sedap di atas, esok belum tentu masih di atas. Kalau tak kena gaya, kena lenyek dengan taik maikel

    ReplyDelete
  9. teringat praktikal sebelum ni..ingat nak cari pengalmaan tapi dibagi tempat yang ntah ape-ape..

    ReplyDelete