18.11.13

Tak Mau Main Sama Kamu

Sudah ku bilang jangan
Kau buat juga
Sudah ku tegah usah
Kau tegah juga
Kan sudah roboh
Suka?!
Siapa yang mahu jawab ini
Bila ditanya ibu?
Kamu?!
Tidak
Kamu lari sembunyi di balik pintu
Aku juga
Kena sesah
Kamu lari sembunyi
Sampai hilang esakku
Baru kau keluar
Nyuruh aku bermain lagi
Sudah!
Aku tak mahu main sama kamu
Kamu bisa pergi
Usah masuk teritori ku lagi
Aku akan jadi lebih teritorial
Jadi lebih individual
Aku mahu bina kubu ku semula
Dan bermain perang-perang sendirian
Main sama kayu sebagai senapang ku
Main sama batu sebagai peluruku
Main sama botol sebagai berpanduku
Dan ku susun reja-reja papan itu sebagai musuh ku
Baling tumbang itulah yg mati
Baling kamu kelak kau yang sakit
Aku tak mahu main sama kamu
Kamu pergi bermain sama yang lain
Permainan kita tiada sama
Aku hanya mau main sama
Kayu
Batu
Botol dan
Reja kayu

2 comments: