19.11.13

Segmen Tanya Allah


Assalam Buddies. Hari Selasa yang pendek barangkali. Masanya sama. Jamnya tetap 24 jam. Cuma ia akan bakal menjadi pendek dengan kesibukan. Positif. Its positif. Aku gemar challenge yang macam ni. Kesibukan!

Bila sibuk, tengok jam pun sebab mengharap agar putaran jam tu lengah-lengah. Biarlah lambat sedikit masa tu berjalan. Sebab terkocoh kacah menyiapkan kerja mengikut sasaran masa yang nak dicapai. Ah! Kalau acapkali duk menengok jam pun, kerja tak jalan juga.

Bila sibuk, banyak perkara perlu diputuskan segera. Otak mau cargas dalam membuat keputusan. Orang tunggu kita buka mulut. Orang tunggu kita angguk. Orang tunggu kita geleng. Sebab tu perlu cepat. Kritikal (Padahal tak de ape sangat pon... Hahaha). Walau pun its a simple desicion!

Bercakap tentang membuat keputusan. Mari sandarkan kepada dia Ya Rab. Mohon restu tuhan agar setiap kata putus tu dirahmatinya. Istikharah!.

Silap persepsi aku selama ni. Istkharah tu hanya ketika kita mau memilih sahaja. Ramai yang berfikir demikian. Tak dinafikan, bila buntu membuat pilihan dalam hidup, solat sunat istikharah adalah salah satu jalan ikhtiarnya. Tapi, adakah solat sunat dua rakaat tu hanya dilakukan ketika buntu membuat pilihan semata-mata.

Ilmu ni, sekadar perkongsian. Aku dapat pun sewaktu kebetulan (bukan kebetulan, Allah yang aturkan. Tak ada kebetulan dalam hidup selain atas kehendak Allah) mengikuti kuliah Subuh sempena sambutan Awal Muharrram baru-baru ni.

Istikharah adalah amalan solat sunat yang rutin yang dikerjai oleh baginda Rasulullah saw. Solat sunat yang dilakukan baginda pada setiap malam selain solat Tahajjud, solat Taubat dan lain-lain amalan sunnat.
Mengapa perlu dilakukan sebagai amalan rutin? Maklum kita mengetahui fadhilat solat sunat ini dalam meleraikan persoalan memilih, ia sememangnya wajar diamalkan sebagai amalan yang rutin agar kita mendapat petunjuk dalam apa sahaja tindakan kita lakukan.

Mahu makan apa hari ini? Tak tahu jalan dan risau tersesat. Mahu pilih jalan persimpangan kanan atau kiri? Mahu buat apa hari ini. Segala-galanya. Kita berdoa disepertiga malam, minta setiap tindakan kita itu terpelihara berlandaskan ilham yang Allah berikan. Allah kan ada membantu. Yakinlah!

Andai keputusan itu baik dan menggembirakan. Anggap ia satu rahmat yang Allah berikan kepada kita hambaNya. Bersyukurlah semahu-mahunya. Dan diserahkan semula perasaan kesukaan itu kembali kepadaNya dan terus-terus bersyukur atas nikmat kesukaan itu.

Tapi, andai keputusan itu mengecewakan kita, bersukur juga. Fikir tujuan Allah itu adalah untuk mendidik hati kita. Akur seakurnya, yang kita hanya merancang. Yang menentukan, Allah!. Anggap yang dia ada perancangan yang lebih baik buat kita.

Ingat dan pesan kepada diri sendiri. Allah menguji kita dalam keadaan kita suka dan duka. Masa bila kita selalu ingat dia? Masa suka kah? Atau masa duka kah?. Kita kena ingat dia bila-bila ketika as Allah ingat kita setiap masa.

Kebelakangan ni aku banyak redah kalau nak ke mana-mana. Aku redah je. Yakin Allah akan guide aku melalui signboard-signboars yang ada di tepi-tepi jalan tu. Dalam hati aku berbisik "tak pe, Allah ada membantu"

Dulu takut-takut nak bergerak jauh-jauh. Takut sesat dan sebagainya. Sekarang ni aku redah je. Kalau sesat pun, aku yakin Allah nak tunjuk jalan yang betul sebenarnya. Alhamdulillah, sampai jugak aku ke tempat yang aku nak pergi tu.

Istkharah. Jangan hanya tunggu mimpi di malam hari. Allah sendiri yang akan menggerakkan hati. Yakinlah, Allah ada membantu sebab pertolongan Allah sentiasa dekat.

2 comments: