3.11.13

Kisah Arip & Cendol


Gerai Cendol Wak Dollah tampak lengang petang tu. Haji Seman sudah dua minggu lebih tak kelihatan. Kalau diikut kebiasaan, petang-petang begini orang tua pesara govment tu pasti ke mari. Kalau tak hari-hari, selang dua atau tiga hari pasti kelibat lelaki seusia 60an  bersongkok senget itu akan kelihatan. Pekena cendol pulut, atau paling tidak pun, segelas kopi O' bersama sepinggan rojak.

"Hmmm, Haji Seman kau tu jangan ditanya, Sam. Dua minggu dah tak ke mari" Wak Dol membuka cerita. Walhal aku belum pun bertanya.

"Ke mana pergi?" soalku sambil membuka beg dan mengeluarkan perkakas 'menulis'. Laptop!

"Kamu tak tahu? Yang kamu pun hilang 2 minggu ke mana? Balik keje menonong je berjalan depan gerai aku ni. Tak singgah pun" panjang leternya. Tak ya juga. Dua minggu lebih juga aku x ke mari.

"Banyak hal la Wak Dol, datang ni pasal rindu nak pekena cendol pulut Wak la ni. Bak satu Wak" memesan cendol.

"Hmmm. Siap" begitulah rutinya. Order belum sampai, 'siap' datang dahulu. "Siap sedia menjalankan tugas seperti yang diarahkan". Itu lebih tepat barangkali. Ringkasnya, SIAP!

"Haji Seman ke Tampin. Menyambut cucunya yang baru. Anaknya Rashid" ulas Wak Dol. Menjawab soalan yang tergendala tadi.

"Owhh. Kisahnya. Lelaki ke perempuan?" soalku. Pura-pura ambil tahu. Haha. Teruk.

"Baby girl" jawab Wak Dol bernada ceria. Cendol yang aku pesan tadi dihantar ke meja.

"Owhh. Alhamdulillah. Terima Kasih Wak" cendol tu aku biar dahulu. Tangan mengetis-ngetis papan kekunci laptop. Apa yang nak aku tulis ni?

"Hoi Zul! Sorang jek? Hehehe" menyeringai sengih bersama deretan gigi yang putih kuning tu.

"Ya Allah, Arip. Ko buat apa sini?" Arip... Kawan lama sewaktu menuntut di Kuala Lumpur dahulu tiba-tiba muncul.

"Lepak minum le heheheh" Sejak dari dulu, Arip dengan 'hehehehe' tak boleh dipisahkan. Hatta benda tu tak lawak pun.

"Hmm. Sorang je? Meh joint aku" pelawaan serious. Perkakas aku kemas ke tepi. Nanti-nanti la menulis tu.

"Okey jugak! Lama tak jumpa kau kan. Selalu nampak online kat FB jek. Kebetulan plak. Masih menulis lagi? Tak berubah kau kan. Hehehehe" panjang introduksi untuk sebuah pertemuan yang lama tak jumpa tu.

"Biase-biase je. Hobi kot. Kau ape cite? Kerja di PJ lagi?" soal aku.

"PJ ape lak kau ni. Kelana Jaya la" bidasnya.

"Ehhh... Owhh ye. I mean KJ. Kelana Jaya. Hahaha" malu sendiri. Padahal mati-mati aku fikir mamat ni kerja di Petaling Jaya. Alah bukan jauh pun. Sebelah-sebelah je kot.

"Aku kat situ lagi. Okey je kat sana. Malas nak cari lain. Ko ok? UiTM ok? Untung la govment. Keje senang. Nak ape je dapat. Benifit pun banyak. Kan? Hehehehe" soalan yang dijawabnya sendiri. Terus jumped to conclusion. Aku tak kata okey pun. Hahahaha. Kerja. Okey tak okey, dah nama kerja. Rezki halal. Layan kan je la.

"Rezki masing-masing bro. Syukur la dari menganggur or minta-minta kat orang. Tak gitu? Eh, order? Aku blanje" mempelawa yang bukan setakat ajak-ajak ayam.

"Sini ape best?"

"Cendol okey. Cendol pulut nak?"

"Hah, okey jugak"

"Wak Dol, pulut satu!" tempik sedikit. Bukan niat biadap. Dah biasa di situ.

"Siap!" macam biasa. 'Siap' dulu...

"Selalu lepak sini?" soal Arip.

"Membesar kat sini" balas aku.

"Haa? Kau bukan orang Mersing ke?" balasnya.

"Membesar..." sambil membuat isyarat pembuka dan penutup kata.

"Okeh. Hehehehe... Susah orang sastera ni. Hehehe" ujarnya. Aku sekadar senyum sambil mengjengket kening.

Arif kelihatan menggelabah secara tiba-tiba apabila telefon bimbit di poketnya tiba-tiba berdering.

"Alamak... Shhhh..." isyarat senyap dituju ke arah aku.

"Hello. Ye. Sori sibuk sikit..." curi-curi dengar perbualan telefon Arip. Isyarat senyapnya ditunjuknya lagi. Aku tak ambil port pun.

"I dekat Semenyih ni. Tengah meeting ngan client. Habis meeting I call balik ye. Sorry. Sibuk sangat ni. Okey bye" panggilan diputuskan. Semenyih? Mamat ni ada masalah pemetaan ke ape?

"Semenyih? Kau bohong orang ye Arip?" soal aku. Tak berniat ambik tahu pun cuma tertarik dengan 'Semenyih' tu. Nak kata salah sebut, tak kan la. S.H.A.H A.L.A.M dengan S.E.M.E.N.Y.E.H.. Bapak la jauhnye. Baik deinstance mahupun ejaan. Lagikan pulak sebutan.

"Hehehehe... Bohong sunat bro. Pandai-pandai la nak hidup" balasnya.

"Owhh... Ade ke bohong sunat? Kalau macam tu, bohong wajib, makhruh n harus pun ade la kot? Hahaha... Kau bohong siapa? Orang rumah kau?..." aku serkap jarang. Arip dah empat tahun kawen dan dikurniai sepasang cahaya mata kalau tak silap aku.

"Iye la. Orang rumah aku" jawabnya.

"Hahaha. Kes takut bini ke ape ni?" ni lah masalah orang dah kawen. Suami tipu isteri. Tak pun, isteri tipu suami. Justifikasinya "BOHONG SUNAT". Patut ke wujud istilah bohong sunat tu? 

"Bukan takut bini, bro. Ala. Kau belum kawen mana tau" sindir Arip. 

"Owh. Aku tak campur. Cuma yang aku tahu, ustaz cakap. Bohong tu berdosa. Bukan ke jujur tu lebih mulia. Hati tenang dari dosa berbohong. Tak perlu pening tercari-cari helah. Kalau aku, aku lebih prefer bercakap benar. Dari menanggung dosa kemunafikan. Orang munafik tu, duduknya di dasar neraka! Tu janji Allah. Aku tak tahu. Quran kata begitu" balas ku. Mengingatkan diri sendiri juga.

"Kau ni memang jenis tak de belok-belok sikit ye?" nadanya macam selamba. Tak ambil kisah nampaknya dengan pesan aku tadi. Belok-belok? Aku lurus. Bukan berlagak baik. Tak diajar berbohong. Dan aku pilih jujur dari berbohong. Sebab tu la agaknya aku selalu kena 'prank' dengan kawan-kawan.

"Hehehe" Arip menyeringai lagi. Ketawa nakal. Dan tiba-tiba telefonnya berdering lagi.

"Ape lagi?? Hishhhh awak niii..." ade rungut panjang di situ. Aku dengar-dengarkan sahaja. Lantak kau la Arip.

"Yang awak nak spot chek saya ni kenapa? Saya kat Semenyih la!" muka ketat. Nada kian celaru. Nak aje aku mencelah dan cakap "Arip tipu!! Dia kat Shah Alam". Tapi nak buat apa campur urusan rumah tangga orang kan. Ambil pendekatan atas pagar sudah. Lagi pun, aku tak tahu hujung pangkalnya kisah.

"Arip bingkas bangun dari bangku. Bergerak jauh sedikit dari aku. Isyarat 'need some space' ditunjukkan. Bukan ditunjukkan, tapi lebih kepada isyarat bahasa tubuhnya yang mahu sedikit ruang tu. Aku biarkan sahaja. Wak Dol mencuit pinggang. Tak perasan orang tua tu tiba-tiba lalu di belakang. Mencebik wajah ke arah Arif.

"Ape kena tu?" bisik Wak Dol.

"Ah, biarlah Wak. Hal rumah tangga orang" Wak Dol angguk-angguk tak peduli.

"Settle?" soal aku, bila Arip kembali duduk dibangkunya. Wajahnya sedikit ketat. Hilang seringai gigi putih kekuningannya.

"Susah!" melepas keluh. 

"Ape yang susah?" sibuk je aku ni kan.

"Aku cakap, bukan nak percaya!" getus Arip.

"Dah tu, kau kat mana? Semenyih ke, Shah Alam? Tak salah la, kalau orang rumah kau tu tak percaya?" balas aku. Sarkastik!

"Dah tu kalau aku cakap aku kat Shah Alam pun, bukan dia percaya. Serupa jugak kalau aku tipu dia" rungutnya. Oh, aku paham sikit situasinya.

"Tu bukan syarat kau perlu bohong dia Rip. Jujur je la. Cakap je la kau kat Shah Alam. Kau pernah bohong dia sebelum ni Rip?" soal aku. Arip pandang muka aku. Diam. Aku syak sesuatu, ni mesti kes hilang kepercayaan ni.

"Ke kau 'masak' kalau orang rumah kau tahu kau kat Shah Alam ni?" nada aku sarkastik.

"uhukk.. uhukkk.." Arip terbatuk. Dibuat-buat. Aku tahu tu. Sah la tu, Arip. Ni bukan pertama kali aku berdepan situasi macam ni. 'Sakit' la lelaki macam korang ni! Aku merumus secara tak peduli di dalam hati. Sinis. Just another typical stupid malay guy! 

"Aku tak campur Rip. Tapi tak baik berbohong" nasihat aku. Arip yang mula-mula tadi ramah tamah, kini bertukar diam. Cendol pulut dihirupnya perlahan. 

"Kau tak paham..." sungutnya. Cendol dihirupnya lagi. 

"Ye la  kot. Aku tak paham. Tapi jujur tu datang dari diri kau Rip. Jujur je. Dia nak percaya atau tak, tu hati dia. At least kau terlepas dosa berbohong. Kalau dia tau kau kat Shah Alam. And kau kantoi berbohong. Lagi teruk jadinya. Betul tak?" sedikit meleter. Bukan campur urusan rumah tangga orang. Tapi bercakap atas dasar norma kehidupan. Jujur tu pahit. Tapi baik jujur.

"Ah! Lantak la..." pendekatan 'lantak la' diambil. Memang pertemuan secara kebetulan petang tu, dah spoil dah. 

"Aku tak campur ye, Rip. Aku bujang. Tak tu apa-apa" is it berbohong tu menjadi rencah dalam dunia perkahwinan? Masya Allah. Ini tidak betul rasanya. 

Arip selesai menghabiskan cendolnya. Tak banyak yang dibualkan selepas plot berbohong tu. Sekadar perkara-perkara biasa sahaja. Selesai minum, Arip meminta permisi. Macam biasalah, berbahasa tubuh seolah menyeluk poket. Aku kata "tak payah, aku belanja". Salam dihulur. Arip tak pandang muka aku masa bersalam tu. Tak tahu pasal apa. Sentap kot. Tak pun malu sendiri. Aku tak hirau. Itu bukan perkara pokoknya. 

"Sape tu?" Wak Dol menyoal.

"Semacam je aku tengok..." sambungnya lagi.

"Member lama Wak. Masa belajar di KL dulu" balas aku. Aku lihat Arip memandu laju meninggalkan perkarangan gerai cendol Wak Dol. Ke mana arah, aku tak ambil tahu. Semacam ada masalah besar je. Harap tak apa-apa. Doa yang baik-baik untuk kesejahteraan Arip dan orang rumahnya. Begitu juga dua anaknya yang tentu tak tahu apa-apa tu. 

Lelaki tanggung jawabnya besar. Menjadi Suami. Bapa. Dan dalam pada masa yang sama tanggungjawab sebagai anak kepada ibu dan bapa. Ketiga-tiga tanggungjawab ini, tidak boleh tidak, perlulah seimbang. Mahu jadi suami yang tidak bertanggungjawabkah? Dengan mengabaikan isteri dan anak-anak. Di situ ada dua perkara yang akan disoal kelak. Pertama, isteri. Kedua, anak-anak. Itu belum ditanya tanggungjawab kepada ibubapa. Apa yang dikejarkan Arip, aku tak tahu. Jadilah lelaki bermaruah...

"Shah Alam dengan Semenyih, jauh perginya tu..." sinis Wak Dol. Boleh tahan orang tua ni memasang telinga.

"Masalah orang Wak. Derita dia, sape tau" balas aku. Tak mahu simply jump to conclusion. Biar aku sudah 'terbau' sesuatu... 

"Ye la. Kot ye pun..." aku paham maksud Wak Dol tu. Aku paham makna 'kot ye pun' tu.

"Ntah la Wak. Dia pilih berbohong" tambah aku.

"Ade la sebab agaknya tu" balas Wak Dol.

"Kamu pun berbohong jugak Sam" sambung Wak Dol lagi. Bahu aku ditunjalnya perlahan.

"Haa?" tak faham.

"Kamu kata rindu. Rindu nak makan cendol pulut aku. Tengok. Dah aku buatkan sepesel untuk kamu. Sesudu pun kamu tak jamah. Tengok. Sampai bergenang air batu tu duk cair. Sudah la Sam. Aku pun bukan tak tahu. Kamu bukan suka sangat benda-benda manis ni. Hari ni, bila kamu order cendol pulut aku ni, aku pelik yang amat. Tebiat ke, kamu ni Sam? Hahaha" 

"Erkk..." speechless.

"Sam. Ada kalanya kita bukan niat berbohong. Kita lebih nak jaga hati orang. Walaupun sebenarnya, hati kita sendiri perit bila mengenang yang kita terpaksa berbohong. Itu kamu kena faham Sam..." cakap orang lama. Buat aku terfikir. Jaga hati? Itu syarat berbohong ke?

"Macam cendol ni la. Kamu saje nak jaga hati aku kan?" memprovok pulak orang tua ni.

"Tak jugak Wak. Saya biar ais tu cair, pasal saya nak tawarkan rasa cendol tu. Dari saya pulangkan semula kat Wak, dan cakap cendol ni manis, dan saya tak berkenan, lebih baik saya sabar dan tunggu ais ni cair. Wak pun tak perlu buat kerja dua kali. Cendol ni pun saya boleh makan ikut cita rasa saya. Manis-manis buah je" balas aku. Logik.

"Tak timbul isu berbohong kan, Wak? Sebab, memang saya nak makan cendol pulut hari ni. Sebelum ni pun, saya bukan tak pernah order cendol ni pun kan? Cuma jarang-jarang. Kadang-kadang. Hari ni memang saya nak makan cendol" Wak Dol senyum-senyum sahaja. Sambil mengemas mangkuk yang ditinggal Arip tadi.

"Jadi saya tak perlu tipu Wak dengan menelan cendol ni masa dia tengah manis tadi. Saya sabar tunggu air batunya cair... Sekarang saya nak makan cendol ni puas-puas..." tambah aku lagi...

"Sam, kamu tak percaya aku ye?" soal Wak Dol.

"Ape nye Wak?"

"Masa aku buat cendol tu, aku dah siap-siap tawarkan rasanya. Gula pun aku bubuh sikit je. Ikut selera kamu... Mungkin sebelum ni aku pernah terbagi cendol yang manis sangat untuk kamu agaknya. Sebab tu la kamu pikir yang cendol tu manis yang amat..."

Aku pandang cendol tu. Aku pandang Wak. Warna cendol tu pucat setelah dikacau rata. Soheh tawar. Lepas ni, aku perlu percaya Wak Dol. Cendol yang dibuatnya untuk aku, sekadar manis-manis buah sahaja rasanya. PERCAYA! Kalau termanis sikit pun, aku tunggu je air batu mencair. Tak pun minta terus Wak buatkan yang baharu. Jujur je. Tak susah pun...

Ler... Kisah kat gerai cendol pun nak jadi cerita...  

24 comments:

  1. ada satu kedai cendol kat busstop dpn masjid kat area shah alam. saya pernah g sekali. sedap juga cendol dia. cuma, sekali je pergi dan terus taktau jalan...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu cendol pak akob seksyen 16... femes tu... mai shah alam roger2... boleh tunjuk tempat...

      Delete
    2. ok, kebetulan mcm nak g shah alam rini. insyaAllah, nanti sy roger.

      Delete
    3. Hmm.. Waa.. Gang kopitiam serbu shah alam nampaknya! Teruja2...

      Delete
    4. eh x. dahlama sy keluar dari kopitiam. ada urusan kerja. harini kerja.

      Delete
    5. Owhh... SY pun dah kuar dari kopitiam... Ape2 roger je...

      Delete
  2. Hahaha. Padan muka dia! Kena balik dengan Wak Cendol. Tapi... ada betul jugak kata awak. Lebih baik jujur dari menipu. Tapi... Kata Wak pun betul jugak. Sometime orang menipu sebab nak jaga hati. Ada baiknye jugak. Well, tipu tu takdelah teruk sangat sebenarnya. Tapi kena tengok situasi la. Dalam-dalam nak jada hati pun, camne2 pun, make sure at last kena jujur jugak la... sebab dosa tipu tu bukan macam debu. Selagi tak ampun, tetap jadi hutang settle kat akhirat gak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... kna apply dlm hidup.. Bukan pakat tulis je.. Insya allah... Selagi kita celik mata pada persekitaran, banyak perkara kita boleh ambil sbg iktibar dan pengajaran... Pengalaman hidup tu something yg mendewasakan... Manusia ni tak sempurna, cuma mahu atau tak mahu shj kita berubah... Sehari tu, 7 kali 2 benda ni datang menjenguk... Apa dia? 1. pintu hati kita allah ketuk utk beri hidayah... 2. Malaikat maut dtg menjenguk... Dua2 tu kita perlu bersedia... Bila allah ketuk pintu hidayah, adakah kita akan buat tak peduli... Dan adakah kita sedia bila malaikat pencabut nyawa tu datang...? Mahu duduk dlm kekufuran dan kemaksiatan lagi kah? Mahukah andai dicabut nyawa dlm keadaan yg aib dengan maksiat... Na'uzubillah... Moga allah memberi petunjuk kpd kita semua...

      Delete
  3. Macam kurang korum aje cendol tu. kacang merah mana? tak nampak pun?

    ReplyDelete
  4. Ada di bawah.. Pasal tu x nampak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tunjukkan. jadi penarik orang lain nak makan.

      Delete
    2. tak yah sedih, aku saje je nak cucuk kau. haha haha haha

      Delete
    3. Tak la sampai nak sedih kot.. Haha

      Delete
  5. Wah..penulisan yang bagus dan kreatif.

    Entahla, sayapun ada berhadapan situasi macam ni juga. Tapi adalah lebih baik tidak masuk campur. Kalau menasihat biar buat sekali sahaja dan jangan ulang-ulang kecuali kalau kawan itu benar2 rapat dengan kita. Lain orang lain penerimaannya, cuma kesian dengan si isteri itu. Harap-harapnya dia tidak melakukan kesalahan besar dimasa akan datang. Doakan yang terbaik dan jadikan pengalamannya sebagai ikhtibar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq memmet... Allah yg kurniakan ilham tu... Mengimpikan nak jadi traveloger.. Sedang belajar dan mahu pertajamkan lagi teknik dan gaya penulisan..

      Kisah tu buat iktibar shj. Arip (bknlah nama sebenar) sy kenal masa blaja kat KL dulu. Rapat jugak la since satu batch dan berjiran bilik asrama. Kenal lama. Lama x jumpa.. Salam perkenalan kembali pula macam tu yg sy terima... Kita advise apa yg patut.. Yg genarel sj pun...

      Doa yg baik2 untuk kesejahteraan beliau...

      Delete
  6. Nice story.. Erin baca sampai habis.. Hehe.. Kadang kala menipu untuk jaga hati.. Tak pa.. Tapi menipu itu memang tak bagus.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... Tak tau la.. Mungkin cara sy berfikir x sama agaknya... Menipu utk jaga hati tu tak perlu la agaknye.. Cuma guna perkataan 'menjaga hati' tak perlu letak perkataan menipu kat dpn tu... Tak sedap didengar.. Mcm menegakkan benang yg basah... Kan..

      Delete
  7. salam.. cakkk...
    singgah sini sebab nak jemput tuan tanah join Giveaway teman yg 1st ni.. sempena anniversary blog tengkubutang yang pertama.. HADIAH AWESOME SGT2!!
    VITAMIN SHAKLEE X 2, HANDBEG, JUBAH, TASBIH, TOPUP DAN MCM2 LAGI..
    jom join! mana tau ada rezeki? he2

    http://tengkubutang.blogspot.com/2013/11/giveaway-1-year-blog-tengkubutang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh.. Salam jugak.. Tak pernah joint giveaway ni.. Ni pun pertama kali dlm hayat berbloging ni dpt undangan kehormat mcm ni.. Semangat2... Insya allah sy sertai kalau x de aral...

      Delete
  8. Macam-macam kisah hidup orang ni. Ada yang sedih, gembira dll. Mana yang baik kita ikut, mana yang tak elok, kita jadikan iktibar untuk diri kita. Cendol kalau manis sangat terasa kurang nikmat. Jemu nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan tuan... Moga tuan dirahmati Allah...

      Delete