12.11.13

Blaming Others


Lirik Lagu : Bangau Oh Bangau

Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit.
Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah.
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Api tak mahu menyala
Api tak mahu menyala.
Api oh api,
Kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam mana aku nak menyala
Kayu api basah
Kayu api basah.
Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku.
Hujan oh hujan,
Kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku.
Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku.
Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku
Memang makanan aku

***

Ceritanya. Pasal bangau kurus je. Lepas tu drag sampai ular. Masing-masing blame others. Ular jugak bagus, mengaku katak tu makanan dia. Bayangkan la kalau ular pun tuding jari pada yang lain. Lagi panjang ceritanya. Mau sampai lubang cacing pun belum tentu habis...

"Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?"

"Macam mana aku tak makan
Tikus sudah lari
Tikus sudah lari"

"Tikus oh tikus
Kenapa engkau lari?"

"Macam mana aku tak lari
Kucing kejar aku
Kucing kejar aku"

Hmmm. Korang sambung la tanya kucing pulak. Tengok la apa kucing jawab. Sampai ke sudah la. Penat la nak tunggu cerita habis...

Kan bagus. Masa mula-mula bila bangau ditanya. "Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus". Than bangau pun jawab.

"Macam mana aku tak kurus, pasal aku skang tegah diet. Saje-saje nak kurus. Nak masuk pertandingan ratu kebaya nyonya, kena la kuruskan badan. Ko hade?!"

Haa. Setle. Tak payah nak cakap rumput salah la. Rumput cakap kerbau malas la.. Nasik mentah la.. Ape-ape je la... Kesimpulannya. Zul, stop blaming others!

8 comments:

  1. Abis, kalau tak blaming others nak blame sapa plak ?
    Kikikikik...

    ReplyDelete
  2. Dalam kehidupan kita pun macam tu.. ramai yang tak nak ngaku salah sendiri.. Kadang kala kesalahan itu lagi nyata dan jelas dia masih mempertahankannya.. Itulah manusia.. Tapi tak semua, ada yang ngaku kesalahan diri dan berazam akan memperbaikinya.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun.. Mana mahu mengaku kentut kalau pun kentut tu berbau haruman lemon...

      Delete
  3. saya jenis yang akan blame the others first. then slowly, slowly the blame will be back to me too. then another slowly, slowly, the blame will be directed to the others and me!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh.. Ini adalah pelajaran baru utk saya... Berusahalahhh!!!

      Delete