8.11.13

Biskut Mayat


Petang tadi sepulang dari kerja yang agak lewat, aku memilih untuk makan dahulu. Singgah di restoran. Terdetik hati memesan sesuatu. Yang goreng-goreng sahajalah buat petang-petang begini. Setelah pesanan diambil terus menunggu. Sambil menung. Lama tak lama. Sejurus kemudian, adik pengambil pesan tadi datang menghampiri. Pesanan tidak dibawanya bersama. Katanya 'tiada'. Habis terjual. Tanya ku, mengapa tidak bilang awal-awal. Jawabnya tak ketahuan. 

Mudah jawabnya. Dan mencadang memesan yang lain sahaja. Setelah sekian lewat menunggu begitu? Cadangnya itu buat aku mendidih hati. Mudah dan ambil mudah. Lagi mendidih hati bila tiada perkataan "maaf" dicakapkan. Setidaknya maaf itu, untuk tercongok yang sia-sia itu. Nah. Batal semua. Tak rugi apa-apa dan aku tak menambah masa menunggu. Boleh pulang lekas mengejar fardhu ku. Biar sedikit lapar yang tidak mematikan itu. Cumanya, mahu solat dalam keadaan kebulur begitu, kelak solat ku dipertikai Tuhan. 

Owhh. Rezeki ku petang itu rupanya bukan pada goreng-goreng yang diidamkan. Rupanya sekadar biskut mayat bersama cecahan nescafe panas yang ku bancuh tawar tak bergula. Tidakkah wajar aku bersyukur? Merajuk hati, rasanya mahu 'band' dan tak mahu ke kedai itu lagi. Macam @%^&%@!!!

22 comments:

  1. yup, biskut mayat! gue sekeluarga pun makan biskut ni. kalau pergi kedai nak beli, bak mai sekeping dulu, bagi rasa. kalau sedap, beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm... Ade tupperware besar kat rumah.. Bawak pulang dari kampung ari tu... Masa balik raya haji tu... Tak bole share2.. Aku x suke share..

      Delete
  2. Kedai melayu memang macam ni, bukan satu dua...Bukan bias dengan bangsa sendiri, tapi pengalaman mengajar erti kedewasaan. Nak senyum masa cari rezeki pun susah, itulah bangsa kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Melayu.. Sy dah lama frust... Melayu nak jadi semua.. meniaga nak.. Jadi bos nak.. Jadi kaya cepat nak... Senang nak... Semua nak... Lepas tu jadi perompak dan penipu...! (out of topik)

      Delete
  3. Oooh ini rupanya yang bergelar biskut mayat ? Selama ini saya tercari-cari mana satu yang ghopa biskut mayat tu. Hehehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ensem pun biskutnye.. Keras ketung...

      Delete
  4. Kakaka. Relax relax relax. Dah lama tak makan biskut tu, aku rasa dah lama tak nampak kat kedai. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tipu sangat... kat giant boleh bli berkati-kati maaa...

      Delete
    2. Aku x p GIANT. Jarang keluar rumah.

      Delete
    3. Tunggu la biskut tu turun dri langit mcm cloudy meatball

      Delete
  5. kadang2 layan biskut ni mmg x reti nk stop mengunyah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kna cicah minuman panas meeehhh.. nak kunyah mmg terkulat2 la...

      Delete
    2. ambil masa nak bagi kembang. tapi memang worth it la tunggu lama pun. biskut ni memang mengenyangkan.

      Delete
  6. biskut mayat pun rezeki kan... sabar eh. jgn marah..hihihi

    ReplyDelete
  7. Saya suka biskut hup seng cap pingpong lagi. sbb dia senang lembut kalau cicah teh o atau milo. dulu, masa adik adik kecik2, selalu pecahkan biskut cap pingpong tu dalam pinggan, letak milo panas, bagi mereka makan sebelum mak balik kerja.. biskut kat gambar atasni yg keras tu kan..? tak berapa suka. tapi, nenek saya suka sgt. mesti ada stok atas meja makan rumah dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab apa nenek awak suka? sbb biskut ni old school... ciptaannya dah lama rasa saya.. orang2 lama mesti suka biskut ni... keras sewaktu kering.. tapi bila direndam dengan air panas dia akan jadi lembut kenyal... manyak siyoookkk hehhe..

      Delete
  8. adeh..ingat biskut mayat rupanyer unik sikit..hahhaha..

    ReplyDelete