20.11.13

Berpesan Rabu

Disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

"Roh seseorang mukmin itu tergantung gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutanngnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu "umar Radiallahuanhu SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Di antara risikonya lagi, suatu perisitiwa pernah terjadi di mana Rasulullah SAW enggan menyembahyangkan jenazah apabila Baginda mengetahui orang yang meninggal itu masih mempunyai tanggungan hutang.

Tindakan Baginda itu jelas menunukkan tentang ketidaksukaan Baginda terhadap orang-orang yang berhutang. Tindakan sedemikian memberi pengajaran kepada orang lain tentang akibat berhutang.

Jika si pehutang benar-benar tidak berkeupayaan untuk membayar hutangnya dalam jangka atau tempoh yang dijanjikan atau dientukan, berterus-teranglah kepada pemiutang dan berundinglah bagaimana cara
yang patut dan munasabah untuk membayar hutangnya.

Dari itu kikislah sifat dan tabiat suka berhutang kecuali dalam perkara-perkara yang benar-benar perlu dan mendesak. Bebaskanlah diri daripada hutang-hutang agar hidup dalam keadaan riang gembira dan
selesa di dunia dan di akhirat kelak.

20 comments:

  1. tak tenang kehidupan org yg berhutang dan berniat tidak mahu melangsaikannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju yg amat... Bak mai balik duit aku...

      Delete
  2. Baca kau punya buat aku teringat hutang PTPTN aku. Huwaa... *kumpul duit*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hutang ptptn aku tinggal 3500.00 je.. Tiga ribu lima ratos je.. Tu la reen kite ni time nak berhutang bkn main 'sweet talker' lagi... Dah dpt malas bayar.. Bahahah.. (mode: jotos kepala sendiri)

      Delete
    2. sam. aku nak jotos kan kepala kau sama boleh tak?

      Delete
    3. Emmm.. X bole.. Melainkan ko nak jadi penjamin kpd penghutang-penghutang sekelian... Sekian...

      Delete
    4. emm... aku jotos perlahan aje. tak kuat mana pun. (cuit bahu.) boleh la sam.

      Delete
    5. Bayar la weiii... Bru bleh jotos..

      Delete
  3. sekarang tengah gigih nak setelkan sume hutang termasuk ptptn. kaya sebenar adalah bila duit kita dapat bulat-bulat tanpa perlu fikir pasal hutang. huhuhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la ade azam utk bayar hutang... Tak elok dibiar lama-lama.. Masa nk mintak dlu, kemain kita kan.. Sampai bersurat bagai... Mohon guna 'cable' pun ada.. La ni bila dah keja, kna la bayar balik... Kan kan kan...

      Delete
  4. sekarang ni kawan sya ada berhutang 100 ringgit dengan sya. Jadi patut la kan sya ingatkn dia. tapi masalahnya sya malu nk minta hutang tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inche hlovate.. 100 tu sikit je.. Member sy kna lagi banyak.. Ribu ribu ribu.... Kamu kna la mintak...

      Macam sekarang ni... Sy tengah mintak la ni... Tak kan tak paham kotttt....

      Pakai duit 'bie' dlu pun x pe.. Bie kan gaji besaq...

      Delete
  5. Err.. hutang kete insyaAllah lagi 2 tahun 3 bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keta awk pakai brapa nama? Mcm member sy keta pakai 2 nama, tapi time nak bayaq sorang je kna bayaq. Yg sorang tu tabur janji je. Mcm mampu jek.. Macam kaye jek.. Mcm bilionaire jek... Bila dah buat mcm tu, tanggungjawab la.. Ni tak, terkontang kanting member sy tu nk bayar duit keta tu.. Keta mahal tu, keta imported.. Keta malaysia tak main la... Dahsyat... Pastu, nk byr hutang pinjam duit org.. Pinjam ribu-ribu plak tu.. Pastu soalnya, mampu bayar ke???

      Delete
    2. kete sy kete msia je mampu. bulan2 rm750. xsabar nk habis byr.. guna nama sy je..

      Delete
    3. Hmmm... Msti awk buat 7 tahun kan.. X pe nani.. Asalkan awk istiqamah dlm menjelaskan hutang2 awk... In sya allah...

      Delete
  6. PTPTN dan MARA berlegar2 di pikiran aku lepas baca entri kau. Uhuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. :-) berpesan pesan... Sy pun botak2 kepala memikirkan.. Haha

      Delete
  7. Awak, kalau saya ada hutang tolong tuntut eh. Bonus keluar bulan depan, dapat la sy bayar hutang. Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cam tu la... nnti sy check buku 555 sy..

      Delete