7.10.13

Redha


Hai buddies! Ada sesiapa yang bermasalah dengan Isnin? Kata orang "its always gonna be Monday blues?"... Pada aku tiada pun istilah 'Monday Blues' ni dalam pola pemikiran aku. Isnin ka. Selasa ka. Mahupun hari-hari seterusnya, masa tetap berjalan. Tempuh tetap perlu tempuh. Tak kirala hari tu sucks ke. Boring ke dan lain2 perasaan negative!

Cuma, aku selalu berdoa di dalam mahupun selepas solat yang lima tu agar diri aku terpelihara dari segala macam perkars yang tidak molek. Sihat tubuh badan. Waras akal fikiran. Dipermudahkan segala urusan. Dibukakan pintu rezeki dan segala macam perkara kebajikan.

Doa buat orang tua...
Ni satu hal yang perlu. Dan kadang-kadang tu, lepas sahaja solat dan berdoa, aku terus capai phone dan hubungi orang tua. Mak la yang biasa akan pick up phone. Mak akan tanya "dah solat?"... "Dah" jawab aku. Ringkas. Tentu sejuk hati mak mendengar jawapan aku. "Adik-adik semua dah solat? Tegur-tegurlah mana yang patut. Kau je la yang boleh tengok-tengokkan adik. Mak abah doakan je yang terbaik buat anak-anak" panjang pesannya mak. "Iye, mak jangan risau..." di hujung nada, ade sikit sebak la jugak. Besar tanggungjawab sebagai anak lelaki ni.... Aku harus kuat...

Mau pulang ke Johor...
Sepanjang pengalaman hidup merantau di tanah orang ni. Walaupun masih dalam negara sendiri, aku sebenarnya masih belum 100% boleh 'adapt' suasana kehiduapan di negeri Selangor yang permai ni. Jujur, hati makin lama makin merindui Johor biarpun selang sebulan atau dua kali dalan sebulan tu, aku akan pulang ke sana. Hati aku makin meronta mau pulang ke negeri tanah tumpah darah ku. Johor Darul Takzim.

Meminta pada Allah yang Maha Esa...
Bukankah kita punyai tuhan untuk kita panjatkan segala hajat. Apa tidak yakinkah kita pada sujud setiap yang lima waktu itu? Aku. Aku sendiri la. Udah mula belajar meminta hanya dari Allah. Bukan dari makhluknya. Kerana aku yakin benar. Akui dengan lisan. Mengaku dengan hati. Betapa Allah lah yang membenarkan mahupun menidakkan setiap hal yang berlaku dalam hidup aku. Mengapa. Bila. Siapa. Bagaimana. Di mana. Semua ketentuan yang sudah dicatat sebelum aku lahir lagi...

Aku tak mahu meminta pada makhluk. Aku hanya meminta pada Allah. Buang segala duka... Allah kan ada! Kamu? Tidak yakinkah pada Qada' dan Qadar tuhan? Jangan minta pada saya. Jangan minta pada sesiapa. Minta pada Allah yang maha kuasa, dalam penyerahan hati yang penuh REDHA...

SEKIAN...

22 comments:

  1. Apapun yang kita lakukan, biarlah hati rasa gembira dan tidak akan menyesal di kemudian hari. Hidup ini singkat, tetapi matlamatnya adalah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bersedia dan bersabar sajalah dengan segala kemungkinan yang akan mendatang. Saya mendoakan yang terbaik untukmu.

    ReplyDelete
  2. Yang manis dalam sesebuah perkenalan tu kan metmet... Bila kita saling mendoakan antara satu sama lain. Beri semangat dan kongsikan kekuatan yg positif sesama kita... Tanpa memandang apa sentimen pun... Thanks metmet doakan sy... Semoga memet juga bernaung dibawah lindungan allah swt...

    ReplyDelete
  3. samala.. sy pun tak zahirkan dgn kata-kata selepas apasahaja yg berlaku dlm hidup sy.. Semuanya sy minta dari DIA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.... kalau kita mengharap pada makhluk... bole rosak aqidah... tu yang silap2 jadi gila tu...

      Delete
    2. tapi kena tengok juga apa yang kita harap dari makhluk itu. kita meminta dari Dia, tapi ada masanya Dia akan beri jawapan melalui manusia juga. cuma kadang kala kita tak nampak bentuk jawapan kita.

      Delete
    3. Mcm mana pun, jangan mengharap pada makhluk... Makhluk hanya asbab... Yang mengizinkan segala sesuatu tu, semua kuasa allah.... Korang ingat x kisah nabi ibrahim as... Mcm mana api yang marak menjulang tu pun x mampu binasakan baginda.... Yup, sifat api tu membakar... Panas dan boleh membinasakan... Tapi Allah tak perkenan perihal api tu terhadap nabinya... Tak jadi pun... Tak terbakar pun... Hmmm.. Tu contoh la anak-anak ye....

      Delete
  4. Ya... meminta saja pada DIA. Itu je yang aku sedang buat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikhtiar... Doa... Dan tawakal.... Redha... Kita orang islam... Bukan mcm Ah Beng.. Rajoo.. Siva.. dan lain lain tu... Mereka mungkin x diajar konsep redha dengan ketentuan... Tu yg bila gagal atau kecewa tu telan racun.. Terjun bangunan.. Gantung diri... Mengganas.. Cederakan org lain hatta diri sendiri... Macam mana tu...? Ya allah.. Minta dijauhkan sikap mcm ni... jangan lupa rukun iman yang ke-6 tu....

      Delete
  5. sam, kau pun dalam mood sedih ke? hehehe.. we join the same club la.

    bila kita sentiasa ditimpa ujian yang berat, kita akan mula ingat Dia. bila sekali kita set dan yakin pada Dia, kita akan sentiasa ingat Dia. itu kita kena jaga perhubungan kita dengan Dia. bila perhubungan kita baik, apa sahaja kita mohon, insyaAllah Dia akan makbulkan. kan Dia suka pada hambaNya yang sentiasa meminta? cuma masa sahaja yang tentukan sama ada cepat atau lambatnya makbulnya doa itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ni manusia biasa juga tata.. Mana lari dari rasa mcm tu... Sedih.. Ragu.. Kecewa... Mahupun suka... Cuma, segalanya kna kembali kpd Dia.. Baik suka mahupun duka... Kita ni kadang time susah je ingat Dia.. Bila senang, semua kita pakai langgar je... Hmmm.. Na'uzubillah.. (berpesan buat diri sendiri juga...)

      Delete
    2. biasa kan manusia ni. susah aje ingat Dia. dalam kita bercakap niat nak ingatkan diri sendiri, nanti lupa juga. sabar la.

      Delete
    3. Aku okey je.. X de la yg memberatkan sangat.... Cuma dedar je la...

      Delete
    4. Ooo macam senak atau sebak eh?

      Delete
    5. oo ok. new word on my vocabulary.

      Delete
    6. Dah bole la praktis secara manualnya ye.. Hehehe

      Delete
    7. ayat contoh: Sam, aku sedih sangat ni. Aku rasa dedar la."

      Betul ke tu?

      Delete