30.10.13

Malaikat Penjaga Mimpi

Gambar sekadar ilustrasi. Credit to Google Images
"Hey, kamu. Bangkit segera" suara tangkap tidak tangkap singgah ke corong telinga. Sedar dalam tidak sedar, mendengar panggilan yang datang entah dari mana suaranya.

"Hey, lekas bangun!" suaranya semakin keras kedengaran. Pelan-pelan membuka mata. Aduh pedih. Alah dek kemilau cahaya. Bagai disuluh-suluh silaunya, memeritkan anak mata.

"Siapa?" bersoal keliru.

"Sini. Aku di sini" suara tidak sekeras tadi. semakin jelas kedengaran. Tetapi asing!

"Siapa?" buntu. Siapa malam-malam begini, tampil dengan suara asing begitu diruang waktu-waktu tidur begini.

"Sini" suara datang dari cahaya silau itu. Susuknya terlindung dek silau yang memancar.

"Siapa?" bersoal keliru lagi.

"Aku. Bukankah kamu menyeru aku tadi. Memanggil ku datang ke mari. Membawa khabar yang kamu tanyakan tadi" jawabnya. Aku masih bingung. Menyeru? Memanggil? Siapa yang ku seru? Siapa? Aku tidak mengerti.

"Jangan bermain-main. Kau siapa?!" tegas ku. 

"Aku Malaikat Penjaga Mimpi mu" lucu. Bagi ku itu melucukan.

"Owwhh iya. Ini sekadar mimpi. Lantas kau ke mari." sinis pernyataan ku.

"Bukankah kamu berdoa kepada dia Ya Rab, bermohon agar pertanyaan kamu dijawabkan. Kini aku datang membawa khabar jawapan buat kamu..." jelasnya. Langsung menarik perhatian ku. Lekas mata dicelikkan ke arah cahaya. Biar ditahan sakit silau ini. Pedih memerah bebola mata ku. Namun tegah ku tahankan.

"Kau Malaikat Penjaga Mimpi ku...?"

"Seperti yang ku katakan tadi" Jawabnya. Cahaya menyusut. Satu susuk indah muncul dipandangan. Putih warnanya. Lut cahaya sifatnya. Berupa seperti manusia. Bersayap dua yang juga lut cahaya. Bersemi-semi cahaya melingkari susuk putih itu. Bagai berpercikkan bunga api yang menghias pada pakaian putih bersih itu. Juga lut cahaya. 

Susuk lut cahaya itu mendekat. Berkesot aku menjauh. Bergemuruh dada. 

"Usah risau. Aku juga hamba seperti kamu. Yang hidup sebagai hamba. Menghambakan diri buat Dia pencipta ku, Azzawajal" jelasnya mahu meyakinkan.

"Kita bertuhan yang sama?" soalku

"Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Nabi Muhammad itu peruruhNya..." syahadah diucapkan.

"Tidak percayakah kamu pada hal-hal yang ghaib yang menjadi kerukunan ugama mu?" soalnya.

"Kamu diutus bertemu ku?" memohon kepastian.

"Doa mu penuh kasih didengarnya Ilahi. Lantas diarahnya aku ketemu kamu. Seperti saudara-saudara mu yang lain. Yang meminta dengan penuh rasa pengharapan itu" sayapnya mengibas-ngibas lembut. Mara lagi menghampiri. Sehingga dalam jarak sekaki dua. Terbit bau harum yang bagaikan haruman kasturi yang mendamaikan itu. 

"Mahukah kamu andai ku khabarkan sebuah kisah buat kamu...?" soalnya seakan menawarkan.

"Jika ia baik buat ku. Khabarkanlah"

"Sesungguhnya ia permintaan kamu. Memohon andai dikhabarkan kisah ini. Bukankah itu doa-doa kamu ke hadratNya?" 

"Hmmm..." mengangguk setuju. Lantas tubuh didekati. Merapat sehingga tiada ruang bergerak untuk ku.

"Mari aku bisikkan..." mula bercerita. Sedari awal kisah. Sehingga ke penghujung. Satu persatu dikupas jelas. Tiadalah berselindung mahupun berkias. Nada yang lembut mendamaikan hati. Senada dan sekata. Sekadar kata yang mudah difahamkan. Aku mendengar ralit, bersama sesekali angguk tanda mengerti.  

"Betulkah kisahnya sebegitu?" terpacul soalan. Lantas bibirku ditekup jemari lut cahayanya. Ditegah meneruskan kata-kata itu. 

"Shhhhhhhh. Segalanya rahasia. Hanya kamu, aku dan Rabbul A'lamin sahaja yang mengetahuinya" diamanahkannya sedemikian. Aku akur, lalu mengangguk taat.

"Usah menungkan. Berfikir keterlaluan mencabut yakin mu pada Ya Rab. Lalui esok hari dalam damainya hati. Zikrullah. Mudah-mudah esok kita ketemu lagi. Sadar nanti, harus kamu fahami, ini semua sekadar mimpi..." lenyap langsung cahaya. Gelap malam menggantikan benderang. Harum kasturi ghaib bersama. 

Samar-samar dihujung telinga kedengaran. Sayup-sayup suara memuji keagunganNya Illahi. Semakin kuat... Semakin kuat... Semakin jelas... 5.40 am... Azam Fardhu Subuh kedengaran. Dan aku terjaga dari mimpi...

"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit"

24 comments:

  1. Gambar tu macam Gabriel dalam Constantine.

    Sejahtera atas kamu dan selamat pagi Sam. Zahir mu sudah menyantap sarapan?

    ReplyDelete
  2. Gambar sekadar ilustrasi.. Kalau tersama dgn gabriel n constantine tu makanya mcm ada unsur kristianity.. Itu sy x mahu tu... Kalau kurang molek, nanti dituksrkan dgn gambar yang baharu...

    Syukur, allah bg sy mkn kuew tiau grg pagi ni kak tata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah pun pasal gambar tu, cuma ingin berbicara sahaja. suka tengok cerita tu.

      Allah beri rezeki sam makan kue tiau goreng. Alhamdulillah.

      Delete
    2. sy tak pernah tengok filem tu... teringin jugak...

      hmm... kuew tiau grg... yg sedap..

      Delete
    3. char kue tiaw pun sedap jugak kan?

      kau tahu masak kue tiaw?

      Delete
  3. teringin sekali bermimpi macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita yg diolah... Tapi mimpi tetap mimpi...

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni apehal remove? tersasul ke ape ke?

      Delete
    2. tersalah komen lorh. Aku nak komen kat blog len, ter tulis kat sini lak. Err err err

      Delete
  5. Aku suka ini. Tapi aku jarang ingat mimpi aku. Hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm... ko kna ingat mimpi ko tuh.. tapi baguih kalau kepala kita bleh cucuk USB kan? bleh simpan mimpi tu.. hehe

      Delete
    2. Tak ingat. Kalau aku ingat, akan ada orang cakap aku gila. Hmm hmm :(

      Delete
    3. ko nak kate aku gila la ni? perkhh... jujur gile..

      Delete
    4. sam. dulu pun kau pernah kata aku psycho kan?

      Delete
    5. Gelak pd hal2 yg prlu gelak shj.. :)..

      Delete