25.8.13

Wayang Gambar & Kisah Restu


As-salam Buddies. Hujung minggu yang ceria harapannya. Seperti yang dirancangkan, tercapai juga hajat menonton wayang hujung minggu ni. Filem Elysium. Lakonan hero best, Mat Damon yang aku nampak fizikalnya, macam dah mula telan steriod tu. Mula-mula ingat nak gerak sendiri. Tapi, bila difikir-fikir why not ajak adik-adik yang tinggal serumah, kan lebih meriah.

Sepanjang Sabtu aktiviti penoh. Servis kereta. Kereta Preve yang aku kecoh-kecoh tu. Sampai kena sound dengan Cik Anon tu. Marah betul Cik Anon tu bila aku tulis berkenaan Kereta Preve kesayangan aku tu. Siap maki-maki lagi tanda protes dan tak puas hatinya. 

Tak tau pulak aku, blog aku ni, yang aku create ni nak kena minta restu Cik Anon terlebih dulu akan perihal apa yang aku nak tulis. Alahai Anonymous. Kesian. Tapi Jangan Serik ya. Datang la lagi. Cuma kalau boleh, beranikan la diri tu sikit. Guna je nama penuh. Kan boleh kenal. Nak laung prinsip dan pendirian, kalau rasa benar, buat apa takut-takut. Tak gitu kawan-kawan? 

Hmm. Lupakan la kisah Sabtu. Sebut-sebut pasal restu anon ni, teringat aku kisah restu yang disembangkan dengan adik aku Ain, masa memandu Kereta Preve ke Space U8 tadi. (Sebut lagi Preve. Umpan Anon tu. Dia datang lagi tak. Kot dia terbau perkataan Preve tu dia datang. Macam tikus terbau keju. Eh bukan keju, tikus terbau sampah). 

"Kau pernah dengar tak, orang tu dah kawen 2 tahun, tapi mak bapak dia boleh tak tau?" Ain tiba-tiba bercerita. 

"Hah?. Pelik jugak. Kawin lari ke ape?" soal aku semula, sambil-sambil fokus memandu kereta Pre... (okey cukup-cukup la nak sebut Preve)

"Bukan kawin lari. Kawin kat Selangor ni je?" jawabnya. Biasa kalau kawin lari, sure sampai ke Siam sana. Kalau setakat Selangor ni, macam tak cliché je.

"Kawan aku" tambah Ain lagi.

"Kawan kau? Budak mana?" Soal aku menarik minat Ain bercerita lagi, walhal aku sendiri dah tertarik untuk mendengar cerita seterusnya.

"Budak @$%% ... Member aku tu lelaki la" jelas Ain.

"Owhh lelaki. No wonder la. Tapi macam mana pula sampai mak bapak dia tak tau dia dah kawin?" masih tak faham walhal ceritanya simple sebenarnya.

"Alah. Ni kes mak bapak tak restu la. Mak bapak nak jodohkan dengan orang lain. Dia tak nak kot" Ain menjelaskan lagi.

"Wah! Drama sungguh, dah macam cerita kat TV pulak" aku menambah perasa.

"Tu la. Macam drama kan?. Ingat-ingatkan kat TV je ade cerita-cerita macam ni. Ni betul-betul punya" ujar Ain. Aku angguk angguk sahaja kemudian bertanya lagi "Habis diorang dah ada anak? Dah dua tahun kawen, takkan tak de anak?".

"Tak de. Sekarang ni wife dia ni, sanggup pulak dia kawen satu lagi. Dengan pilihan mak bapak member aku tu" aku pandang Ain. Macam tercengang sikit. Bukan pasal terkejut dengan kisah tu. Terkejot pasal ini kisah, sebijik dalam wayang gambar. 

"Ini memang betul-betul drama!" tambah aku. Sambil kaki terus menekan minyak kereta Preve yang Cik Anon tak merestuinya tu...

Hidup penuh dengan drama. Tapi tak perlu la nak jadi Drama King or Queen yang awardnya tak lain tak bukan, MENYAMPAH DEK ORANG! 

14 comments:

  1. Salam.

    Eh,bukan ke filem n drama, memang diadaptasi dari drama2 real mcm cerita adik ko sam? hihihi :D

    ReplyDelete
  2. hmm.. dalam TV tu di highight kan lagi kan... kasi jadi real ngn skrip dan jalan cerita yg bebagai tu.. betul2 Lana..

    ReplyDelete
  3. Pergh! Ni bukan setakat drama tapi sinetron...Gila lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya dehh.. Kok gitu deh.. Kok kok kok.. Sinatron dehh..

      Delete
  4. Kesinambungannya....??
    Hmmmm.. mmg dah mcm sinetron like Ku Syida ckp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. Cerekarama pun bole.. Slot akasia pun ye.. Kalau zaman 90an dulu spectra... Hehe

      Delete
  5. entry yg mana ye, preve nih? jap nak cari..err, ada publish tak komen cik anon tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ientry lama. Tak pe memet.. Tu urusan sy ngn dia.. Sy kalau org biadap.. Sy lagi biadap

      Delete
  6. fuh....drama hot ginih...sanggup pulak lelaki tu kawin satu lagi...adoii...apa apa pun yang kita nk buat biarlah mendapat restu dari kedua ibu bapa kita.. ;)

    ReplyDelete
  7. Alaaa, drama tu tergantung ler sam oii. Nanti cite la lagi. Kekekeke,
    Drama tv ke filem ke, realiti ke.. kita semua lah pelakon dia. Cik anon? Dia tu pelakon tambahan eh? Ke stunman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik anon tu sekadar org gila yg singgah lalu dan membebel kat sini... aku dah halau dia mcm halau semut... jentik ngan jari mcm tu je... huhuhu

      Delete