21.8.13

Terasa Seperti Mahu Berubah Angin


As-salam Buddies. Bolehkah aku merungut? Mengadu-ngadukan hal yang aku rasa tidak seronok. Kalut la. Aku tidak suka. Dengan penat. Dengan rutin yang sama sehari-hari. Jumpa muka yang sama. Bercakap benda yang sama. Keluh pada perkara yang pusing-pusing tiada penyelesaiannya. Gitu juga!

Hanya cuti hujung-hujung minggu sahaja buat aku lupa seketika. Kalaulah jam sehari tu boleh ditambah atau dipendekkan. Nescaya aku mahu 'drag' masa untuk hari Sabtu dan Ahad tu selama yang boleh, kemudian memendekkan masa bagi lima yang lain itu. Penat melayan yang rutin. Yang angkuh. Yang cerewet. Aku ini dilayan seperti orang gajian semahunya. 

Oh. Nak jadi orang gaji tak perlu berbangsa Indonesia, Myanmar mahupun Filipina. Menjadi Melayu pun sudah cukup syarat untuk menjadi orang gaji kepada orang Melayu juga. Orang Melayu yang luarannya gamat dengan nasib Melayu. Walhal, perjuangannya bukan semua aku nampak ikhlasnya. Perjuangan yang lebih kepada perjuangan mengampu orang kaya. Perjuangan yang lebih kepada mahu makan sedap-sedap dan bayar murah-murah. Semuanya lalu lalang dengan wajah yang pura-pura sibuk! 

Sehari dua ini giat melayar internet. Jobstreet. JobsMalaysia. SPP. Iklan Jawatan Kosong. Jawatan Kosong Terkini. Malah tak segan silu hubungi rakan-rakan lama bertanyakan kekosongan. Malah lebih baik kalau kekosongan tu ada di ceruk Mersing sana. Hmmm... Ini yang orang kata balik kampung tanam jagung. Ah! Jagung pun jagunglah, kalau jagung tu bawa hasil. Jagung pun jagung lah!

Aku sedang Demotivated barang kali dalam istilah human resourcenya. 

Mencari angin baru. Sekarang ni cuba-cuba juga mencari jalan. Mengimpikan sesuatu yang lari dari kebiasaan. Paksa diri untuk senyum. Paksa diri untuk rajin. Paksa diri untuk tahan 8-5. Habis kerja, habis. Mudah-mudahan ada jalan keluar. Atau paling tidak keadaan bertambah baik. 

Vacation yang lama tidak mungkin. Tengok wayang. Outdoor activity. Dalam perancangan. Paling tidak hujung-hujung minggu. Itu pun kalau jadi. Itu pun kalau ada 'kaki'. Baru memohon-mohon dan rayu-rayu menjadi ahli. Tidak mengharap sangat. Selain itu, banyakkan bersukan sekembali dari kerja. Joging sampai menyembam-nyembam. Tidak pun bertapa di gymasium, menarik beban dan melepas tekanan. Dalam pada begitu, baju-baju lama dan seluar saiz lama dah boleh pakai semula. Sudah nampak kemajuan. 

Pushing The Limit!

Ahhhh!!! Tawakkaltu a'lallah... Jalan itu ada. Cuma belum kelihatan. Tak perlu la merungut sangat. Fikir yang baik-baik sahaja. Takot nanti orang bilang aku syok sendiri pula. Orang tidak mahu fikir. Aku sorang-sorang pun boleh fikir.

Esok hari baru. Hari lain. Harap sedari bangun dari tidur, segalanya kosong 
dan telah pergi...  

    

14 comments:

  1. bro, banyakkan berdoa.. pasti akan dibukakan jalannya.. sikit demi sikit.. jangan berhenti berharap..

    ReplyDelete
  2. Kerja bawah boss melayu ni mmg kena byk bsabar...jika ada peluang kt luar sna pergi je jgn teragak2 & jgn lg toleh kbelakang... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tidak tujukan pd semua bos Melayu friend... Cuma x dinafikan kebanyakannya begitu.. Lagi teruk yg bukan bos malah berpangkat lebih rendah dari kita pun lagaknya lebih-lebih dari bos yg betul2 bos.. And i am sick of all these!!!!

      Delete
    2. don't get me wrong dear friend...mmg x semua boss melayu mcm tu ada yg superb baik i pernah jumpa sorg...mmg dia ni 1 in a million la...apa yg i ckp tu berdasarkn my experience, 8 years keje under boss melayu i dilayan seperti hamba abdi...now after 3 years keje dgn boss mat salleh i have explore a lot in career...dan bole dikatakan berjayalah menjadi seorang Interior Designer...

      Delete
    3. Betul Isz. Sy betul2 mencari kepuasan dlm kerjya. Bukan kejar pangkat, paling tidak kerja yg dhargai. My bos okey.. Kerja d sini pun ats pertolongan beliau. Yg dirungutkn yg lain2 tu.. Even sy x bekerja dbawah mereka pun, gaya nak lebih2.. Angkuh x ingat punya. For me enough la kau bos dlm jabatan kau. Dgn aku x payah la rasa kau tu bos aku..

      Delete
  3. banyakkan berdoa. memang bekerja bawah melayu banyak cabarannya. bukan semua tapi kebanyakannya begitu. ada juga yang kaki ampu. alahai. sebab tu saya takut nak cari kerja. lahai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai.. takut cari kerja.. mahu jadi apa??

      Delete
  4. sabar jela..bgi hembus2 sikit dekat die..hehe

    ReplyDelete
  5. Rezki wei. Sikit sebanyak dpt jg pengalaman utk ms depan. Aku bekerja sendiri. Pulun. Struggle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la cha... Betul tu.. Aku kna betulkan niat sebenarnya...

      Delete
  6. Saya pun lebih kurang mengalami dilema yg sama je dgn awak ni. Mencari2 jugak. Skg ni ingt nk fokus pd satu benda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. ade rezki, kita cabutla.. tapi keluar dengan cara baik la.

      Delete