20.8.13

Scars


Maghrib orang suruh pi surau aku masih terkedek-kedek berjoging di Tarik Seksyen 7 tu... Bila sedar hari mulai gelap fikir-fikir nak lintas terus ikut short cut, lalu keluar dari trek joging bertar tu... Rentas dicelah-celah anak-anak pokok kering yang baru nak belajar hidup tu... Tak perasan selangkah lagi kaki bakal termasuk lubang sekaki dalamnya.. Zasss.. Slow motion tumbang... Terus menerpa anak pokok kering di hadapan..

Muka ada rasa perit dan semacam gatal-gatal pedih terutama di bahagian hidung dan bibir yang sebelah atas. Tangan meraba ke muka dalam rembang maghrib tu. Macam lekit-lekit berbau darah. Bila tengok tapak tangan.... Nahh merah darah memenuhi... Makin perit pulak..

Bergegas lari ke kereta. Capai sebotol ayer mineral sejuk berpeluh. Cuci tangan berdarah dan lari terus ke tandas awam di situ. Mujur tiada panjaga tandas yang biasanya akan paw RM tiga posen sekali masuk. Berdiri dpn cermin dan tengok muka. Mak aih, tak ubah bagai pontianak atau zombi drama Walkin Dead tu. Darah merah rupanya dah menutupi muka sebelah kanan mulut dan bawah dagu.

Buka paip lalu darah segera dicuci. Merah singki mengalirkan air dan darah. Cuci cuci dan cuci lagi.. Sampai baru nampak hilang darah tu. Aduh perit. Lebih 'aduh' lagi parut yang bersilang-silang pada muka tu. Jelas kelihatan.

Yang sebelah atas bibir dah hujung hidung nampak dalam koyaknya. Macam boleh diselak koyak tu. Cuba sengihkan bibir. Bersama itu koyak atas bibir tu pun ikut senyum. Ade darah sedikit ikut keluar. Luka lain nampak seperti sudah mula dilapik platlet. Lega. Tinggal cuba cuci yang bahagian hidung dan mulut sahaja. Cuci dan cuci. Mujur darah mulai berhenti mengalir.

Okeyyyy. Confirm sudah berhenti.. Terus pulang... Aircond dihala ke muka agar reda perit ketika memandu pulang. Sesampai ke rumah terus mengadap cermin. Seriously macam kemalangan teruk. Padahal jatuh sedikit sahaja.

Esok kerja. Banyak kerja. Staff tak cukup. Ada yang cuti tahun.. Ada yang MC. Macam mana tu? Decision.. Need decision.. And decide. Dan lepas tu decided.. Capai handphone.. Cari someone...

"Seha.. Kau boleh belikan aku face mask tak?..." dan tunggu jawapan.

SMS masuk "Okey. Aku pun kena pakai face mask ni. Coz batuk teruk. Nanti aku singgah farmasi". Nasib baik. Esoknya pergi kerja dengan face mask dipakai. Orang tanya kenapa. Aku jawab "Virus...".. Nasib baik la procedure kalau demam dalam industri makanan ni, dibolehkan pakai face mask. Coverline cemerlang namanya...

Cash.. Tuhan bayar cash. Dosa kecil tu. Dosa besar... Mana ada cash di dunia.. Tunggu balasan dalam neraka. Ya Allah, lindungi dari berbuat dosa besar...

Hari ni. Luka tu tinggalkan scar. Parut. Yang kecil-kecil dan calar mulai hilang sendiri.. Kantoi la aku menipu sepanjang Jumaat yang lepas. Mujurla rakan-rakan sporting dan tak ambil kisah sangat. Hmmm.... Pengajaran... Maghrib, kalau tak de urusan, elok-elok la ke surau... Mintak ampun banyak-banyak sama tuhan. Sesama manusia, kena jumpa face to face. Cakap belakang. Umpat. Serba serbilah.... Jangan naya orang... Baik jatuh sendiri dari menjatuhkan atau dijatuhkan...

Scars... Parut... Dengar parut je ingat aku nak tulis entry feeling-feeling la.. Tak jugak... Rentikan laaa...

60 comments:

  1. saya rasa, ada ubat hilang scar ni. doktor pernah bagi lepas minor operation dulu.. kat farmasi pun ada jual. Dermatix Ultra. Tapi tak pernah pakai, jadi tak tahulah keberkesannya..

    Bila kejadian ni..?
    jumaat lepas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khamis mlm jumaat... Nasib baik la jumaat tu last keje before berweekend...

      Tq for ubat tu. Yg atas bibir ni nampak parut sket...

      Tapi tak pe la.. Baru nampak ganas...

      Delete
  2. haha..slow mation dia jatuh..mcm ne agaknya.. truk jgk garisan tu.. nsb ade mask leh cover..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg rasanya jatuh tu slow je.. Tapi sbb muka kena ranting kayu ngn duri2 tu yg buat calar balar tu... Padan muka sendiri..

      Delete
  3. Salam.

    Dari cerita, teruk sangat nampaknya. Mujur tak kena mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak teruk.. Agaknya kalau pi sepital nyampah health attandence nak rawat... Mujur jugak la... Kalau tak.. Hari ni sepital lagi la gamaknya..

      Delete
  4. alahai.. mcm teruk je bro calar kat muke tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak teruk dlm kategori ringan.. Hmmm.. Cam ne tu???

      Delete
  5. Malang tidak berbau.. dasyat juga yer lukanya..Semjoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  6. err..ngerinya. Agak teruk juga, tapi boleh sembuh, dont worry. Semoga cepat sembuh. Nak bagi petua, dah ramai yang bagi nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun dah okey dah metmet.. Sikit2 je lagi..

      Delete
  7. tu la org tua2 selalu pesan...time maghrib jangan keluar umah or pejabat or mana2 bangunan lah...ni siap bole berjoging lagi tu...dh kena tu beringat2 lah yer lain kali...(pesanan ikhlas)
    =) peace no war (=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklahhhh... Aduiiii kena bebel... Thanks... Appreciate it... Hehehe

      Delete
  8. nasib baik slow motion jatuh tu..lagi nasib baik kaki tak patah..peritnya kena ranting tu..jadi pengajaran utk kita kan..take care sahabat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy berasa sangat terharu dgn pesanan kamu sahabat...

      Delete
  9. nampak macam agak parah juga tu bro. dah sapu antibiotik da bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok dah.. Aku dah sapu minyak gamat.. Mujarab...

      Delete
  10. adoi...pedihnyaa....semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  11. tenyeh dgn klorox ...hilang la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh... sampai hati kamu... saje x nak bg aku ensem lebih2 sikit.

      Delete
  12. Replies
    1. emm.. getting better friend... tq for your doa..

      Delete
  13. tu lah, jogging time gorib lagi, hee cpt sembuh kawan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sembuh... tapi parutnya masih tertinggal...

      Delete
    2. selalu kalau psal parut org selalu suggest bio oil. tp den xde penglaman lg la dgn bio oil tuh haha

      Delete
    3. Ok2.. Nantii sy pi carik bio oil tu...

      Delete
  14. kalau aku dah jatuh tu mesti panik tatau nak buat apa *senyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jatuh lalu panik... senang je.. duduk situ diam-diam ala-ala org berpiknik.. hehe...

      Delete
  15. Tips cheapo incase nak ilangkan parut kat muka secara murah dan tradisional. Bancuh bedak sejuk ngan perahan air limau sket. Sebelum tido apply kat muka. Konpom jelita. kih8

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. bangun2 tukar muka jadik nora danish.. tapi suara parau.. tak rela la.. haha..

      Delete
  16. xpe, baru lah nampak "lelaki" kalau ada parut2 cenggitu..Hihi..
    Jangan hilangkan parut2 tu nanti :p

    ReplyDelete
  17. baru la nmpak gans ade parut.. hihi

    ReplyDelete
  18. macam teruk je bro..adeh macam mana la leh terkena kaann..hohoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jatuh lee.. Haiya... Ini olang sy sulah ciakap maaaa.. :p

      Delete
  19. simpati , tapi rasa macam klakor baca entry ni,.nasib gigi tak patah itu lagi paraahh..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. Berat mato memandang... Berat lagi bahu memikul..

      Delete
  20. Bila tengok gambar, aku dah bajet kena cakar.
    Bila baca ayat waktu Magrib, haa sah la ni, Mak Esah kacau kau.

    Hahaha..

    Ok la tu, setiap kesakitan tu nak basuh dosa-dosa kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huihh... mulut ko.. aku naik seriau pulak... glup glup..

      Delete
    2. Tak tau la.. Mungkin masa baca komen nu kan... Ade yg bertenggek gaknye... Hihihiiiiii

      Delete
  21. klu pi office dgn parut luka macam tuh, dah konpem ramai yang akan tanya macam-macam
    last week, kena sunburn lepas join viper challenge pun macam2 soalan dorang tnya, tak larat nk ulang jawapan yg sama,hahaha

    get well soon bro
    sapu minyak gamat, cepat sikit sembuh luka tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. sun burned... legam la ko ye kerol... simpati aku....

      aku mmg sapu minyak gamat pun... memmang mujaran... syukur...

      Delete
  22. Pengajarwn utk kita jugak yg membaca. Pape pun, jaga diri. Tentang scars tu, bertabah jelah eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. tabahla.. muka dah nampak mcm penjenayah pulak...

      Delete
  23. Aku tak tahu aku dah komen ke belum yang ini. tapi aku nak leave komen ni. Parut tu buat aku rasa sakit. :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. kot nak update entry kat ruangan komen ni pun boleh....

      Delete
  24. hoi! tulaaa! jalan pandang awek! kakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hheheh... ala.. mcm mengata diri sendiri je .. :P heheh

      Delete
  25. teruk juga sampai berdarah bagai
    btw, untuk hilangkan parut, cuba try pakai bio-oil
    InsyaAllah parut boleh hilang
    just it takes time lah

    p/s: blogwalking here, terus follow ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bio oil? hmm.. minyak gamat ye makannye.. hehehe.. tq la advice tu...

      tq jugak sudi memfollow...

      Delete
  26. takpe. parut tu nak menambahkan kehenseman tuh. :)

    ReplyDelete
  27. muka lak tu. xpela..buat peringatan..salam kenal..

    ReplyDelete
  28. Tuhan bayar cash.
    ada ketika pernah rasa macam tu juga.
    hurmm. kembali muhasabah.
    terima kasih atas entry.
    salam kunjung balas. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cite lama.. parut sudah kian menghilang dah...

      Delete