26.8.13

Keret



Aku start suka makan keret. Makan mentah punya. Pagi tadi waktu bersarap, aku makan keret mentah. Yang dalam gambar tu untuk jualan. Aku pau keret sebatang dari chiller kitchen department (karet ni penjodoh bilangannya batang ke, biji?. Batang la kot. Karet mana ada biji).

Masa aku tengah makan keret tu, ada rakan menegur, "eeii ko makan mentah-mentah je keret tu?".

"Haah, mentah-mentah" krup krap krup krap, terasa lemak-lemak manisnya keret tu melalui anak tekak.

"Sedap ke?" soal member tu.

"Sedap je...." jawab aku ringkas.

"Eeii" member tu buat muka mencebik.

"Emm, keret susu kau minum x?" tanya aku. Nak suruh dia buat perbandingan.

"Minum.." jawab nya sambil tersengih.

"Emm, kalau kau tak caye, rase karet mentah ni saling tak tumpah macam air karet susu tu" jelas aku.

"Memang la. Nama pun karet..." bidasnya.

"Tapi ade beza. Yang ni fresh. Tak de susu, tak de gula, tak de ais. Piau keret" aku patahkan balik.

"Hmm. Ye la kan.." member tu dah mula setuju.

"Mana yang lebih baik?" soal aku semula.

"Interm of kesihatan pun baik faedahnya" berfakta sikit.

"Baik untuk mata" hah pandai pun.

"Nah. Nak try? Sedapppp. Caye la" aku suakan karet tu.

"Tak nak la" aku suakan jugak karet yang tinggal separuh tu.

"Bukan beracun pun. Karet kottt" meyakinkan member tu.

"Krup!" Segigit. Kemudian mula mengunyah. Krup krup krup krup... Keret ranggup tu dikecap-kecap.

"Amacam?" soal aku.

"Kau pi amik sebatang lagi..." jawabnya.

"Opps sorry, yang ni last, kita share je la"

Moment pagi tu. Berbreakfast bersama member dengan sebatang keret mentah yang dikongsi bersama. Cool tak? Sweet tak?

*************

Nak yakinkan orang lain akan perkara yang kita suka, yang orang lain tak suka, kalau betul dan kena caranya, tak perlu sampai berdebat-debat. Tak perlu berkesat-kesat bahasa untuk tentukan siapa betul. Siapa bagus.

Tapi, kalau mula pun x bagi salam. Biadap macam tak pernah  diajar adab. Jangan salahkan aku la kalau aku bertindak diluar kawal. Orang hospitality macam aku terdidik dengan manners. Jarang la aku nak 'mula'. 

38 comments:

  1. favorite hingga ke hari ini. tak suka masak. sbb lembut. tak sedap makan. tak rangup macam yg mentah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. en syazary pun nampaknya boleh gang arnab mcm sy... hehhe..

      Delete
  2. krup3.. rangup je kan.. kata org baik untuk mata.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul la tu... baik untuk mata...

      Delete
  3. salam sam
    Baik untk penglihatan mata..bagus ni sam amalkan..ta jarang2 makan lobak merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. pi pasar, beli je dua tiga ketul... heheh.. sambil tgk tv bleh layan keret..

      Delete
  4. Aku suka carrot.. hohohoh. Ni je sayur yang aku boleh telan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. la... tak makan sayur ke? ape la... bile nak besar..

      Delete
  5. carrot mmg baik utk mata, aku de rabun sket2 oke laa cerah sket penglihatan aku ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Standet la sarah.. Pensyarah kena la rabun sikit... Tak rabun x de gaya la...

      Delete
  6. suke keret tp tetap rabun. x cukup keret agknye :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chuu kna mkn selori karet la nmpaknya.. Sekali dengan baja.. :p

      Delete
  7. Assalamualaikum.

    Lana makan mentah gitu tak berapa lalu..tpi kalau gaul buat kerabu or salad sayur, i'm on it!

    ^_^

    Org takda manners ni..kdg2 lana ikut rentak diorg jugak. Sebab ada yg mmg terdidik gitu kan, tpi hati baik,hehe. Kalau dah kurg ajor sgt, mmg lari jauh2 la nmpknya,miehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. Citarasa berbeza-beza kate ko...

      Bab manners tu mmg patut dididik.. Kalau x dididik pn diri sndiri kna ade kemahuan blaja.. Bru org kata x kurang ajar...

      Delete
  8. blend bubur dgn keret utk baby boleh buatkan bubur tu jadi warna oren..

    ReplyDelete
  9. herrrr tak makan tumbuhan . hehehe

    ReplyDelete
  10. pasal share carrot...ok. kiut. ahahaha!

    mesti mata awak terang benderang kan? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kiut.. Miut lagi..

      Terang jugak la.. Mcm bionikk hehe

      Delete
  11. keret mentah? adessss... mcm arnab je nie? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. arnab la... arnab kan comel (statement muntah hijau <--- lelaki akan annoy bace statement ni)

      Delete
  12. hmm, tak pernah makan keret. air keret susu pun tak minum. kekeke

    ReplyDelete
  13. carrot baru betuk ejaannyer..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ek eleh.. Eja betuk pun tak betuk.. Eh. Aku pun eja salah..

      Delete
  14. Berus gigi tak kongsi2 tu? hahaha..

    ReplyDelete
  15. Haih! Sam, ko nak tkr kerang buntal kpd keretkah? Keret mmg best pun, smula jadi ada perasa tersendiri. Ko x rasa mcm arnab ke. Anak aku yg sulong tu xnk mkn keret, she said...looks like rabbit umiii...sabor je la aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweetnya anak ko panggil ko umi...

      Budak2 mmg susah sket makan sayur... Nak train pun susah.. Mcm anak aku ni.. Kemain susah nk makan sayur.. Asik nk mkn beger je... (mode halusinasi... Brangan mcm dah ade anak je) kesian. ...

      Delete
  16. Kita pun sama blh je makan mentah. Tapi kalau minum keret susu, sorry itu wa tak lalu. Hehehe, timun pun makan camtu je, kalau dah potong2 buat sayur yg ala-ala jelatah tu mmg xmakan ler. Buat ulam makan mentah tu okey

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah... ini satu penemuan baru.. unik sungguh seleranya... hahah... sama la.. sebab kerangupannye tu la yg menjadi igauan.. bila dah masak dah x rangup.. x syok...

      Delete
  17. Mula2 ingatkan 'kerek' rupanya carrot.
    Suka juga tp more to tomato.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tomato pun sy suka... mentah2... dah masak tak suka.. hehe

      Delete