28.8.13

Kari Pedas Emak


Assalamualaikum Buddies! Malam ni kena tidur awal. Tulis pun agak rushing ni. Mengejar jam yang dah menghapiri jam 12 tu. Tapi bila landing nanti, aku pun tak sure boleh tidur ke tak. Mak belum-belum dah sogok aku dengan kopi o kaw-kaw pekat. Aku pula bila dengar mak tanya "nak air tak?", tak boleh tahan diri dari nak manja-manja dengan mak yang nak buatkan air. Maklumla kalau kat Shah Alam tu, sape la nak buat air untuk aku yang belom berbini ni. Hihhiii... 

Mula-mula mak hulur kopi o. Tak lama lepas tu,"nah" terdengar suara mak. Aku yang asyik melayan Asia Food Channel waktu tu, sekadar mengerling ke arah mak yang sedang membimbit roti gardenia sebuku, dengan kari ayam. Semangkuk. Panas-panas lagi. Mengeluh aku dalam hati "makan lagiiiii". 

"Mak aihhhh. Kenyang lagi ke.." kata aku. Pukul 7 lebih tadi dah makan malam. Berlaukkan kari ayam ni lah. Aku makan dengan banyaknya. Walaupun mula-mula tu, cadangnya tak mahu menambah nasi. Tapi dek kerana masakan mak ni, aku memang tak boleh tahan. Tambah sikit nasi. Lepas tu meratah lauk. 

"Eh, mak pakai kari apa ye? Sedap la kari ni" soal aku sambil memilih-milih potongan daging ayam dalam mangkuk porcelain tu. Aku paling suka part kepak, drumstick dan tigh. Tadi aku dah dapat kepak sebelah. Lepas tu, aku perasan abah ade ambil sebelah. Mean, kepak, aku andaikan dah habis. Andai kata dalam tu tinggal bahagian dada je. Aku ingat, aku slow down la. Berhenti meratah. Tinggalkan bahagian dada tu untuk Kak Idah yang sedang membuta, lepas makan ubat batuknya tu. Bhahahah. Selfish gila!.

"Eh, ade lagi kepak". Exited bila dalam mangkuk tu ade lagi kepak. Aku jeling kat pinggan mak. Mak pun tengah makan kepak. Abah pula, kepak yang tadi dah habis. Tapi aku yakin benar, tadi abah ade ambil kepak seketul. Aku dah ambil satu tadi. Maknanya ade tiga ketul kepak. Campur yang dalam mangkuk ni, ada empat ke semuanya.

"Berapa ekor ayam nye ni, mak?" soal aku. Paling tidak dua ekor ni. Pasal ada empat ketul kepak yang telah dijumpai dalam kari tu. Dua ekor banyak tu. Sebab yang balik kali ni, aku ngan Kak Idah je.

Mak mengais-ngais kari tu. Pekat aku tengok kari yang mak masak ni. Pekat. Pedas. Padat. Padu. Power. Penangan air tangan mak. Ape lagi "P" yang sesuai untuk gambarkan kesedapan kari ni. Tiba-tiba...

"Eh..." aku kelihatan kepak yang kelima, muncul dibalik ubi kentang dan kuah kari yang pekat memikat tu.

"Memang kepak semuanya... Ade la mak campur sikit dengan ayam lebih dalam esbok (peti ais) tu" jelas mak aku.

"Ohh. Semua kepak..." balas aku lagi. Iye-iye aku ingat mak borong ayam banyak-banyak dan masak semuanya. Hahaha...  

Malam ni untuk supper, hidangan roti gardenia bersama cecapan kuah kari kepak ayam pedas emak. Layan sambil tengok Asia Food Channel yang memang 24 jam bercerita pasal makan tu. Hmm. Makan je la kejenya. 

****

Esok pagi-pagi, lebih kurang jam 4 pagi, perlu bertolak ke Johor Baru. Menghantar mak untuk jalani pemeriksaan mata di Hospital Sultan Ismail. Pemeriksaan kali ke dua. Yang lalu, aku tak dapat turut serta, cuma kakak-kakak sahaja yang pergi. Kali ni turn aku pula. Sebenarnya tiade la turn atau pun giliran pun. Sepakat sahaja kami adik beradik untuk mak dan abah. 

Okey la boboy dan gegirl semua. Sam Banjamin minta diri dulu.... Anyway. 

Nak p/s jugak la macam Zulfikar Hazri, Tapi P/S aku lain macam sikit:

P/S: 

i) Esok aku antar mak pi check kesihatan. Lepas tu, kebetulan dalam masa yang sama ada undangan ke majlis nikah sepupu di JB jugak. Jadi kot la ade yang tag atau aku sendiri upload gambar kenduri nikah sedara aku tu, jangan pulak ade pihak salah ertikan cuti aku ni. Ye la. Dalam borang cuti aku tulis reason, MENGHANTAR IBU UNTUK PEMERIKSAAN KESIHATAN DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL, dan tak tulis pula MENGHADIRI KENDURI NIKAH SEPUPU dalam borang tu. Senang cerita consider aku dah apply cuti je la.  

ii) Aku dapat syak siapa dalang disebalik kehadiran "cik anon" tempohari. Anon, aku sayang kau. Kita tak pernah bermusuh. Kalau kau nak benci aku pun, aku faham, kau kan punya hak untuk benci atau suka-suka sesiapa sahaja dalam hidup kau. Indahnya perkenalan.....

Okey... Assalamualaikum...

30 comments:

  1. Haih! Sampai gak cikAnon ke karya ko ni Sam.
    Air tgn mak mmg x terlawan la. Aku pun terbayang-bayang sambal tumis my mom meskipun anak2 aku sukakan sup ayam dan ayam goreng aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau aku kawen nanti, dia akan jadi air tangan bapak selain air tangan mak.. Pasal bapaknya pun pandai jugak masak nih... Hehehe...

      Delete
  2. Kau asyik cakap pasal cik anon je, teringin pulak hati ni nak berkenalan dengan dia. Ekekeke..

    ReplyDelete
  3. baguslah, layan mak baik-baik tau. Er, saya pun penah dapat kisah cik anon gak dulu. Lepas tu terus tukar setting komen. Malas nak pikir2 pening palak. Sebab yg cik anon saya tu, saya dapat syak juga siapa..hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nak lah sampai kna ubah2 setting... biarla dia nak mai pun... sy alu-alukan aje....

      Delete
  4. err aku pon pk mak kau msk 'beberapa' ekor ayam :3

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni kat pasar ada jual bahagian ayam.. kalau tak beli seekor pun rak pe.. Beli je kepak ke, dada ke..peha ke.. Nak berapa banyak pun depa kasi.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kadang tu tengok bertimbun2 tongkeng ayam... kalau dalam tibun tu ade 1000 ketol, bermakna 1000 ekor ayam telah dikorbankan... is ish ishh...

      Delete
  6. Soalan: "Adakah kau berjaya mengejar jam itu?"

    ReplyDelete
  7. best betul semua kepak. ciken wing mmg plg best :|

    ReplyDelete
  8. Assalam...
    Sedap tengok buah rambutan kat side bar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi... nak ke??? tu rambutan melaka....

      Delete
  9. Memula baca rasa mcm misteri sgt kepak yg keberapa ni. Tak pasal2 tanya mak sekor ayam ada berapa kepak kejap tadi. Hahahha, sabor jelah mak jemah.
    Mak amacam, sihat? Moga baik2 je. Pasal cik anon, yg ni aku tak tau. Jap nak bongkar cerita yg aku dah ketinggalan ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak sehat2 je.. mak ade kat kampung tu... mak memang masak sedap... air tangan mak la katakan... hehhe

      Delete
  10. cik anon, kalau komen blog kakain..ngeri nak baca.. mcm lucah jer...
    pas tu kakain tukar setting..aman damai...

    kepak ayam sedapkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. maki kan aje kak ain.. hahah.... tu makan dia...

      yup.. kepak ayam membuat sy rase mcm nak terbang...

      Delete
  11. Replies
    1. minggu lepas agak sibuk la. insyaallah... sikit masa lagi..

      Delete
  12. Aku paling tak suka kepak. Tak tahu nape,. Kalau pergi KFC, aku akan suruh adik kat kaunter tu tukar. Muahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau KFC... aku pun x suka kepak.. sbb mcm x berbaloi pulak.. kecik... suka tigh n drumstik...

      Delete
  13. waaa mak awak sama mcam mak saya, dia suka masak kari banyak banyak then pedas dan pekat cmni utk makan dengan roti, kadang kadang dh tggal kuah pon kami adik beradik berebut2 makan dengan roti putih. memang sedap haha. then sy pon suka tigh and drumstik jugak. eh apesal smua nak sama ni? adekah ini cinta kari? kakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezan dengan statement nakal... Itu mmg mengundang sinsing lengan tu... Huhu..

      Delete