3.8.13

Kad Raya Dari Blogger Jauh


As-salam buddies. Sambil-sambil melayan malam yang tak berilham ni, aku just nak berkongsi kegembiraan. Speechless. Memecahkan rekod berbelas tahun hari raya aku tanpa kehadiran kad raya. Seingat aku, zaman-zaman kanak-kanak dulu yang beriya-iya berutus kad raya ni. Bila usia makin lama makin tua, tradisi tu makin hilang. Tanda soal ditinggalkan di situ.

Persoalan pertama... Ke mana pergi kawan-kawan lama, yang dulu rajin berutus kad raya? Ada... Kalau di Facebook tu, selalu jugak berhubung. Persoalan kedua. Di kalangan rakan-rakan lama tu, berapa ramai yang aku sendiri ada simpan alamat rumah mereka? Termenung-menung sekejap. Jujur tak ada. (Hehehe... Teruknya aku ni!).. Sebab, selama ni, berhubung pun di Facebook Messenger. Tak pun melalui phone. Internet merubah segalanya kan...? (Cover line cemerlang) 

Kesimpulannya, dah patut la pelahan-lahan aku inbox diorang, untuk minta alamat rumah diorang semua tu. Termasuk la kalian semua rakan-rakan di Blogspot ni. Berguna tu. Menjelang tahun-tahun mendatang, Insya Allah berguna juga alamat-alamat tu sebab perlu jugak edar 'kad' selain kad raya kan... Tak gitu?

5 hari lagi nak raya. Sempat ke tak balas kad raya ni. Jauh tu, Seremban. Macam mana pun thanks a lot duhai sahabat. Kau buat "hati kuntum" aku tiba-tiba ceria menjelang raya ni. Insya Allah, balas tetap balas. Cuma harap postman yang bertugas tak apply cuti awal la tahun ni. Kang tersadai kad raya berukuran billboard yang aku nak balas ni kat tepi tol seremban tu. Tunggu ya kat depan pintu rumah. Insya Allah aku balas. Janji!   

14 comments:

  1. Replies
    1. hahah... aina tu lagi la.. berkoyan-koyan agaknye kan...?

      Delete
  2. tiap thn hantar kad raya kat org.. tapi org hanya balas di handphone je..sobs..
    tapi tak kisahlah sbb daripada kad raya terbiar, bagi kat org pun best juga.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh alamat meh... nnti sy post kad raya...

      Delete
    2. ok, dah respon kat FB.. TQ.. ;)

      Delete
    3. hmm... tq2... nanti tunggu kad sampai ye... tq

      Delete
  3. sama lah, saya pun baru je dapat kad raya after sekian lama :-)

    ReplyDelete
  4. amboi.. lain macam je bro?? hehehe. ada bau2 nasi minyak dah ni.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn... mudah-mudahan..... tu doa tu....

      Delete
  5. hehhee..sekurang-kurangnyer ade gak orang ingat sam kan..hehehe...

    ReplyDelete
  6. kad selain kad raya.. hahaha, comel la tu sebab bakal ada kad lain =)
    dah lama xdapat, tetiba rasa teruja kan bila dapat. sama lah kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kad lain tu mcm bisness kad ke.. Mcm tu la...

      Kita selalu senasib kan?

      Delete