23.8.13

Identiti Ku Kantoi

Dikalangan teman-teman di tempat kerja, tak ramai yang tahu aku mengendali blog ni. Tak ramai tahu aku dikira seorang blogger. Walau picisan cuma. Yang tahu pun beberapa kerat sahaja. Itu pun teman-teman yang betul-betul rapat dan kira boleh dipercaya.

Blog ni personal. Aku kurang gemar andai tiap kali aku menulis, akan ada pihak yang bila bertemu, akan ulas perkara yang aku tulis tu. Blog, cerita di blog. Nak ulas, tinggalkan diruangan 'comment'. Nak ulas diluar sana, pastikan anda juga mempunyai blog. Sebabnya, hanya blogger sahaja yang faham jiwa blogger. Cool... (itu pasal agaknya blog aku ni tak pegi jauh).

Nak dijadikan cerita, petang tadi selesai makan, aku memilih untuk santai-santai sahaja di pejabat yang sekangkang kera yang dikongsi bersama 4 orang executive tu. PC yang sebijik tu digodek-godek rakan sekerja. Aku sekadar duduk bersandar bermalas-malas sahaja di sebuah lagi kerusi di dalam pejabat tu.

"Kau tengok. Internet dah boleh guna" kata Budin (bukan nama sebenar)

"Ohh. Kau buat macam mana?" soal aku kembali. Memang seharian sambungan internet terputus. Nak buat kerja pun tergendala. 

"Aku dah bayar bil" jawabnya selamba.

"Ahh. Banyak la bil" mana la datangnya bayar bil kalau internet semua free di UiTM ni.

"Ye la. Aku dah bayar bil. Sebab tu ade connection. Dah dua bulan bill tak bayar" Budin berseloroh lagi.

"Ye la tu Budin" malas melayan.

"Eh, nak tengok. Gambar kau ade tak kat dalam internet ni" ujar Budin. 

"Hah?! Ah dah tak de kerja la tu" balas aku sambil melihat Budin yang mula membuka aplikasi Google di desktop kumputer tu. Terus nama aku ditaipnya di situ.

"Okey Z.U.L.K.I.F.L.I  S.A ade koma kan? A.D.O.N" Budin mengeja nama aku. Siap nama penuh lagi. 

"Hurup A ade satu je, Budin!. Ko pandai-pandai je ubah nama bapak aku kan Budin.." melayan Budin yang entah ape-ape entah tu. Lawak mamat sekor ni.

"Oh.. Okey.." Huruf A dipadam kemudian Budin klik enter. Nah terang-terangan kantoi. Tapi belum kantoi habis lagi.


Budin pun nampak macam blur dengan apa yang terpapar. Dipandangnya aku. "Eh ape ni?" soalnya. Aku yang duduk kebelakang sikit dari Budin dah rasa macam nak meloncat. Tapi cuba kawal situasi. Agar Budin tak la syak ape-ape. Tapi rupanya Budin memiliki sikap ingin tahu yang mendalam. Bila aku jawab "Eh, entah. Mana aku tau", Budin terus klik pada nama yang pertama tu. Zulkifli Sa'don (SM Banjamin) on Twitter.

Waktu tu aku bingkas bangun. Bontot rase panas. Cis Budin. Betul-betul kau nak bagi aku kantoi ni. Link yang diklik Budin sedang loading. Agak perlahan internet waktu tu. Aku ambil peluang tinggalkan Budin sorang-sorang. Tombol pintu aku pusing sambil-sambil mengharap "Disconnect la. Disconnect la. Tolong la disconnect" hati aku meronta. Dan... Pap! Terpapar sudah. Waktu tu aku terus blah. Kantoi.


Sewaktu menutup pintu, sempat aku jeling PC. Menang kantoi. Siap gambar lagi. Waktu aku tinggalkan pejabat tu untuk pergi buat kerja lain, aku dengar Budin memekik dari dalam pejabat tu. "Woooiii... Ini ape ni?" aku harap-harap la Budin blur lagi dan tak paham apa yang sedang dilihatnya.

Petang tu aku tak jumpa Budin. Budin sebok dengan urusan Suaraya UiTM khabarnya. Jumpa-jumpa pun waktu balik tadi. Tapi syukur Budin tak kata apa-apa. Tapi tak tahu lah esok. Jangan Budin bukak mulut bertanya je. Ape la aku nak jawab ni. Hmm.. Jawab tak tahu je la...

42 comments:

  1. Hahahhahaha....
    Kantoi sudah.....
    Cam melodi pulak Budin ni...

    ReplyDelete
  2. haha.. smlm, saya pun terkantoi.. baru nak up entry yg sama..

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. tergelak sorang sorang kat ofis Su ni baca entri ni.. Kantoi!!!
    Pernah terkantoi juga sebenarnya.. Tapi suh diorang diam2kan aje.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam lawak pun ade... Bukan nak lindung identiti, just nak bezakan. Blog. Bloggers. Tu kat dlm sini. Kat luar tu jalani hidup mcm buase senormal mungkin. Cuma kalau boleh, jujur la dgn ape yg ditulis..

      Mmg kantoi su... Haha

      Delete
  4. Replies
    1. Chuu.. Nanti la sy repost sejarah nama sam banjamin tu.. Tunggu ye..

      Delete
  5. bro, ak tak kantoi lg setakat ni
    so far, tak pernah add kawan-kawan di office
    klu boleh nk lah bezakan, dunia kerja dengan personal.
    Kan?
    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala khairul.. Aku kalau nak kantoi pun biar la kot.. Bukan aku kacau hidup diorang pun.. Hahaha.. Kalau respect tu didahulukan n mengatasi segalanya.. Insya allah damai hati..

      Delete
  6. kite pun xsuka org yg kenal kite tau pasal belog.. lgi2 sedara mara.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. senyap2 je tau... shuuuuuu.. hehehe...

      Delete
  7. Replies
    1. ada pro dan cons juga en lelaki... heheh... harap positif la kesannya..

      Delete
  8. kahkahkah.. abes sume kantoi... mcm ein, xsuke lau org tu bace blog kite dpn kite, tetibe rase mcm malu plak... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tengok orang juga.. kalau jenis x boleh percaya.. sy mmg x suka.. mulut org kan...

      Delete
  9. Hahahah... kenapa semua orang kantoi nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ke arah keglamouran agaknya... hehehe.. Len pun harus kantoi jugak agaknya ni..

      Delete
  10. Hahaha. Lawak. Aku pun tak suka jika kawan alam reallity aku tahu aku ini punya sebuah blog. :)

    ~reenapple~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. Dunia masing2.. Dunia diorang kita x kacau.. Kan kan kan kan...

      Delete
  11. Salam.

    Hahahaha, kantoi. Aku yakin budin cuba siasat sedalam yg boleh sam,hahaha

    Aku pun tak suka sgt..sebab blog ak lebih pda rasa nak menulis/menaip.
    Tapi, family n sdra mara, ak make sure diorg tahu kewujudannya.
    Kawan2? boleh bilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sam..ko pengasas FB page gerila penulisan kreatif ya?

      Delete
    2. Tapi kalau budin tahu pun, aku tak kisah.. Budin ok, jenis x suka ambil port sangat... Pendek kata, yang lain2 nak tau pun x kisah la.. Aku berblog ni sebelum aku kenal mereka pun.. So? Apa mereka mau kata? Tak payah kata apa2 la.. Coz aku jenis yg akan cakap.. "pedulik ape..." hhuhu..

      Delete
    3. Menjawab soalan kedua tu... Yup.. Aku la yg created kumpulan pengganas tu.. Hahaha.. Nape? Nak joint? Nak jdi admin?

      Delete
    4. Uihh..admin2 ni jgn sebut..habis lingkup aku ganaskan nanti,hahaha

      Delete
    5. hahhaha... dah tu tanya.. ingat nak offer diri.. hehehe

      Delete
  12. Replies
    1. kalau diorang tanya... sy ye kan aje...

      Delete
  13. Kalau sy pulak2 mula tu segan juga kalau ada orang yg kenal kita baca blog kt. Selagi pengisian entri tak melukakan hati mana2 pihak, okay la tu. tp setakat ni, belum ada rakan2 yg rapat tahu kewujudan blog sy. Kalau ada pun diorang tak komen apa2 pun, senyap jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan tu sy sokong.. Kiranya x perlu la takut kalau x buat apa2 salah.. Cuma, kita selalu berharap agar rakan2 pun x sibuk ambil tahu apa yg kita tulis dlm blog kita...

      Delete
  14. terbongkar dah..takleh watpe..hahaa...nad pun tak semua tau nad ade blog..sush nak post dekat fb peribadi tak tau npe..mayb dah kwin bru leh open

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kesah... Thats y ade 2 account di FB.. Lbh sesuai rasanya... Kalau mcm tu, sy pun nk kna kawen la mcm ni.. Bru bleh open2.. Hehehe

      Delete
  15. Kahkahkah...misteri ye.
    Aku suka part yg blogger tinggalkan komen di blog shj dan masing2 ada blog. Aku pun lbh suka mcm tu. FB aku dh jarang update, tgk perkembangan kwn2 yg dulu sm2 membesar. Instagram pun tgk la yg best2 br upload.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Nak sembang pasal blog nak kritik blog, kau kena la ade blog.. Ini x.. Sebok je dia nak pertikai hobi orgkan.. So what?!! Ewahhh!! Emosi plak..

      Delete
    2. Aku sokong sgt yg ni.. sukati la nk tulis pe. Bila kita tulis esoknya duk perli2 kita kat ofis pastu dia pulak yg terasa. Padahal kita xcerita pun psl dia.. kan,

      Delete
    3. Hihi.. So far x de lagi yg suka bising...Yg penting, kita x kacau dia.. Dia x kacau kita la..

      Delete
  16. ohh name itu . aku nak polo . nak polo . hahah

    ReplyDelete
  17. Kali ni nampaknya budin jadi hero. Kekeke, nasib le dia xtanye lebih2 eh.. terkekek2 aku baca entri budin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa... budun tu okey je... dia tak la hero pun. biase2 je...

      Delete