9.7.13

Milo

"Minum Milo anda jadik sehat dan kuat"

Kadang-kadang bila dah terlalu rutin seleranya pada satu jenis minuman, akhirnya kejemuan juga. Dahulunya aku peminum Nescafe Tarik tegar. Sehari paling tidak, segelas itu kewajipan. Sekiranya tidak pekena barang segelas, kesannya, racaunya, tak ubah seperti ketagihan rokok yang dibubuh ganja di dalamnya.

Hari ini tekak mahu rasa selera baru. Milo. Bukan milo yang dibancuh Wak di Restoran Kota Anggerik tu. Tapi Milo yang di dalam kotak ni. Seringgit lima posen cuma. Tak puas minum sekotak. Beli dua, jadi RM 3. Padahal kalau aku ke restoran tu dan menyuruh Wak membancuh, chargenya baru RM 2.50 kalau tidak silap. Minta dibancuh kaw-kaw pekat pun harganya sama. 

Rugi lima posen di situ. Itu sehari. Kalau aku naik ketagihan mahu Milo kotak ini setiap hari? Sehari 2 kotak. Bermakna hari-hari aku akan kerugian lima posen, untuk dua kotak air Milo ini. Seminggu? 7 hari kali lima posen. Bermakna aku kerugian 3.50. Sebulan? Kali dengan empat... Empat belas ringgit. Ah... Rugi...  

Empat belas ringgit tu, kalau disimpan, berdikit-dikit lama-lama boleh buat modal beli cincin tunang... Modal duit hantaran... Boleh lipat-lipat duit tu letak bersama sireh junjung... Buat kelopak bunga ros... Macam-macam boleh dibuat dengan empat belas ringgit tu... Hmmm... Baik la berjimat... Kau boleh bagi aku percuma empat belas ringgit sebulan???

6 comments:

  1. minum milo letak ais..fuh..sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye zaza... mmg sedap... nk2 time buka puase...

      Delete
  2. awak, pe kata beralih kepada minum air barli suam selalu. milo baik, cuma for long term tu kurang sikit la. sebab milo dia membina batu batuan dalam pundi kencing mcm terbentuknya batu karang tu. utk temph jangka masa yg lama la. atau lagi baik minum air suam.. saya tak pernah minum nescafe, jadi tak tau pe rasanya. teh tarik pun tak. kalqu teh biasanya teh o limau suam je. elok utk legakan tekak terutama bg mereka yg ada kahak atau semput

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh.. baiklah... sy akan beralih kpd barli suan plak... jarang minum barli... tapi tak pe la... try la... hmmm... okey.. okey...

      Delete