6.7.13

Memoir Si Buah Pauh




"Umpama kita berdua sedang dalam perjalanan yg bukanlah tandus pun.. Tiba-tiba lalu pada sebuah pohon pauh (mempelam ke.. kuini ke).. Kita nampak ada sebijik buah pauh yg masak dan gugur.. Baunya.. Warnanya.. Serba molek.. Apa lagi, berebut lah.. Padahal pauh yg direbut tu entah siapa punya.." teringat perbualan aku bersama seorang budak lelaki yang aku gelarkan 'ustaz' baru-baru ni. Saje aku berkias. Bagi dia pening-pening sikit.

Blur... Bila 'ustaz' tu nampak blur, sudahnya aku tutup perbualan tu dengan sebaris ayat "Apalah yang ada pada sebijik pauh.. Yang bukanlah dijamin atau menjamin apa-apa.." sayangnya budak lelaki yang aku gelarkan ustaz tu tak dapat menangkap apa yang aku maksudkan. 

**** 

Ah! Lupakanlah tentang perbualan aku dengan ustaz tu. "Ente kenal ini buah apa? Sekali ana rejam kepala ente sama ini buah, baru ente tahu!". Ciplak sikit dialog Tuan Sarjana dalam Filem Ahmad Albab. Tapi dalam filem tu, Tuan Sarjana tu tak de la pakai buah. Dia nak rejam pakai batu. Banyak besar punya batu.

Tu buah mangga. Belah Klate panggil pauh. Jap! Orang kelantan sebut mangga jugak ke? Ke pauh? Yang pasti orang Kelantan tak panggil buah ni 'pelam'. Betul tak orang Kelantan? Pasal bunyinya amatlah sumbang didengarkan ke telinga. 

Kebetulan petang tadi ade selori mangga dijual di perkarangan rumah flat yang aku duduk ni. ''Pot Pet Pot Pet'' bunyinya hon lori tu, menarik perhatian. Dan ''Pot Pet Pot Pet'' juga laungan perkataan "Mangga! Mangga! Mangga! Murah! Murah! Murah! 3 kilo, sepuluh ringgit!... 3 kilo, sepuluh ringgit!". Sungguhlah menjengkelkan. Memekakkan telinga.

Aku jengah ke jendela. Ada sebuah lori entah lori berapa tan agaknya sedang diparkir di bawah sana. Melambak buah-buahan. Bukan sahaja mangga. Yang lain pun ada. Rambutan, manggis, dan longan. Tapi fokus laungan suara tadi, hanya mangga. Mungkin rambutan, manggis dan longan tu cuma samping-sampingan sahaja.

Menyerbu beberapa orang ke situ. Tergamit juga hati aku. Lagi lagi la mangga. Tak boleh tahan. Aku, kalau diberi pilihan, antara durian dan mangga, kalau makan ramai-ramai, aku pilih durian. Tapi kalau sorang-sorang macam ni, aku prefer mangga. Sebab, nak kupas kulit mangga mudah berbanding durian. Kalau makan durian, aku cuma nak hulur jari aku sahaja bagi mencungkil isi durian yang dah dikopak orang lain tu... Kekekeke... 

Strategi melengah kan masa berhasil. Bila aku sampai ke lori tu, orang ramai-ramai yang menyerbu tadi dah beransur-ansur pergi. Masing-masing beransur dengan seplastik penuh berisi buah-buahan. Oh ada pilihan harga lain rupanya. Ada 3 kilo sepuluh ringgit. Ade jugak 2 kilo sepuluh ringgit. Berbeza mengikut saiz. Yg kecil-kecil sedikit, yang 3 kilo sepuluh tu. Yang besar-besar tu, 2 kilo sepuluh''. Dua-dua aku borong, sorang 10 ringgit. Cukup la kan..

Bercakap pasal pauh ni lah kan. Pada aku, tiada jaminan dalam menentukan adakah molek atau tidak isi yang duduk di dalam tu. Kulit molek halus menguning mahu pun menghijau. Baunya amboi memikat. Persembahan luaran yang sudah tentu menggoda hati pencinta mangga. 

Bila dikupas kulitnya, aduh terbangkit selera. Mulalah kelenjar salivar merembes air liur tanda isyarat mata yang tergoda diterima oleh kepala otak. Cuba dihiris dan lihat ke dalam isinya. Terdapat kumbang yang bersarang atau tidak. Tapi, kebanyakan pauh yang dijual sekarang, isinya molek-molek tidak cacat berulat. Berkesan racun serangga yang digunakan.

Nah cuba rasa. Muka berubah senyum. Atau berubah mencuka. Hmm. Macam mana gah persembahan luaran si pauh, bila isinya menyentuh lidah sang perasa, terjawablah segalanya. Manis kah.. Tawarkah... Masam kah.. Sesungguhnya kehalusan kulit bersama warnanya yang kuning itu bukan lagi penentu. Kemolekkan isi tak berlubang dikorek sang kumbang itu bukan lagi penentu. Yang menentukan adalah asbab sang lidah yang merasa. Kalau kulit cantik, isi gebu, tapi rasa masam. Hampeh juga!

*****

"Manusia tak bisa menipu Tuhan dengan penampilan luar yang serba hebat, sebab TUHAN melihat jauh ke dalam hati..."
Berpesan buat diri sendiri...
Allah... 
Sucikanlah hati ini...
   

4 comments:

  1. sebab tu wujud peribahasa, dont judge a book by its cover :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm dont judge a manggo by its skin too... :)

      Delete
  2. yup! buah pauh ni sedap..tapi yg selalu saya beli ialah pauh lemak..sure tak masam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pauh lemak? mcm mana rupanya tu.... sepertinya mahu dicoba2.. heheh...

      Delete