9.7.13

Malam Pertama Ramadhan


Memulakan catatan di malam Ramadhan yang pertama. Syukur, Ramadhan datang lagi. Pernah, tahun yang lalu, aku lepaskan Ramadhan pada tahun itu dengan rasa sesal. Malam raya tahun yang lalu terdetik dalam hati aku. "Ya Allah, dah habis puasa". Sayu hati. Macam nak melepaskan kekasih hati untuk berjauhan. Malam tu aku rasa rugi yang amat sangat. Sebab aku rasa, Ramadhan yang lepas aku sia-siakan. 

Tahun ni syukur jumpa lagi. Alhamdulillah, Tuhan bagi kelapangan dan kekuatan untuk sama-sama berjemaah Tarawaih tadi. Penuh habis sampai ke kaki lima sambutan solat Tarawaih di Surau Al-Mustaqimah Seksyen 7 tadi. Luar biasa ramainya. Al-hamdulillah. Semoga istiqamah bagi mereka-mereka yang diberi kelapangan.

Hmm.. Kesempatan yang ada, ucapan selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua. Sokongan kalian, kekuatan buat aku. Tak kiralah samaada Follower mahu pun sekadar Silent Reader. Tak lupa jugak buat teman-teman di Gerila Penulisan Kreatif yang kian berkembang tu. Teruskan menyokong dan mendorong... 

Okey buddies... Puasa biar bersugguh! Alah, puasa di Malaysia ni tuhan dah mudahkan. Tak perlu berperang. Tak perlu berpelarian. Kita cuma perlu jadi baik, duduk diam-diam dan berpuasa bersungguh-sungguh... Insya Allah.. Makmur amalan puasa kita...   

INGAT...
MENAHAN DIRI DARI MAKAN DAN MINUM
SERTA
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN 
PUASA

SELAMAT BERPUASA!!!

12 comments: