11.7.13

Jr Muscle & Fitness Gym


Assalamualaikum buddies. Bagaimana puasa hari ini? Tentu masing-masing dengan pengalaman yang pelbagai di hari pertama berpuasa bukan? Aku? Biasa-biasa sahaja. Hari pertama banyak dihabiskan di rumah. Tidur dengan sengaja. Tertidur. Dan tidur, lagi dan lagi. Maklumlah bos baik hati memberi cuti hari ni. Bertuah badan. 

Berbuka pun simple-simple sahaja. Roti canai segera (2 keping jugak), cicah gulai kari daging. Air 100 plus. Dan ditutup dengan hirisan buah mangga yang dibeli tempoh hari, bersama kopi O'. Simple. Tak sentuh nasi langsung hari ni. Hmm.. Boleh langsing la ini macam. Bukan apa, berbuka ala bujang. Sorang-sorang di rumah. Adik-adik aku (aku kan tinggal menyewa, ber-empat dengan adik-adik aku) , masing-masing dah sound awal-awal. Tak dapat balik berbuka. Berbuka di ofis diorang masing-masing. Nak buat macam mana, sorang pun sorang la...

***

Berbalik kepada tajuk. Jr Muscle & Fitness Gym. Siapa kata bulan puasa tak boleh bersukan? Bulan puasa ni la rasanya masa yang sesuai untuk lebih aktif bersukan, selain fokus pada amal ibadah. Kurang makan, badan pun rasa lebih ringan untuk bersenam. Bayangkan kalau hari-hari biasa. Dengan nasi lemaknya di waktu pagi. Tengahari pulak dengan nasi bersama pelbagai lauk pauk. Nak bersenam di waktu petang? Memang 'bertabah' la. Tentu susah.

Pada aku, workout, atau indoor sport atau ke gym adalah pilihan yang baik untuk bersukan pada bulan puasa ni. Bukan apa, diluar sana tu, sukan apa lah yang boleh sangat dilakukan time-time puasa ni. Main bola? Jangan diikutkan FAM, kerah player main Playoff Piala Malaysia bulan-bulan puasa ni. Kesian. Siapa la yang nak pi turut player-player tu ke stadium. Kosong la stadium. 

Jr Muscle & Fitness Gym. Lokasinya ada dua. Satu di Seksyen 23 Shah Alam dan tempat pertapaan aku sejak 2 bulan ni, terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Premisnya berhampiran gedung pakaian Jakel tu. Atau nak lebih senang, setentang dengan Restoran Papa Rich. Hmmm... Sambil berworkout, boleh usha-usha couple duk berdating kat Papa Rich bawah tu. Hahaha...  

So far, sejak mendaftar sebagai ahli di sini, aku agak berpuas hati dengan keselesaan bersukan di sini. Aku puji Bro yang jaga gym ni. Friendly dan tidak 'kede' untuk share knowledge yang ada, disamping spoting je bila diminta jadi 'spotter' bila member dah tak larat nak angkat 'weight' yang berat-berat tu. 

Satu lagi yang buat aku rase tempat ni berbaloi, di sini hanya untuk ahli sahaja. Tiada walk-in. Maksudnya. Nak masuk, kena mendaftar sebagai ahli. Bukan macam tempat lain yang ada provide service 'per-entry'. Contohnya, sekali masuk RM 5. Maka-nya, ramai la yang nak masuk. Bila sudah ramai dalam satu-satu masa, nak guna peralatan pun kena que. Macam tu, bukan letih workout, tapi letih menunggu.

Dalam bulan puasa ni, aku pilih workout sebelah malam. Kalau tak kerja, selepas solat terawih. Kalau kerja, (bulan puasa ni kerja belah malam, maklum la, layan tetamu Hotel UiTM tu mentekedarah) dalam pukul 10 lebih la. Gym ni dimaklumkan tutup jam 1.00 pagi sepanjang bulan puasa ni. Hmmm... Gasak la... Tapi, tak de la santak sampai pukul 1.00 pagi tu kot. Dapat sejam pun sudah bagos!

Kenapa aku katakan bersenam di bulan puasa ni okey? Sebab, ia sebenarnya selamat. Kajian dah dibuktikan oleh mereka yang pakar dalam bidang ni. Aku ade terbaca satu artikel tentang bersenam di bulan puasa ni, antara kebaikannya ialah, kita boleh meningkatkan fungsi tubuh dalam menyingkirkan toksin dalam badan yang boleh menyebabkan banyak penyakit. Selain tu, bersenam sewaktu berpuasa ni, elok untuk pembakaran lemak, sekali gus Insya Allah dapatlah mengatasi masalah berat badan. Haaa.. Siapa nak selim cepat, bulan puase ni la masanya. 

Hmmm... Solat terawih, solat sunat, baca quran, tu semua memang ibadah yang amat dituntut sepanjang bulan Ramadhan ni. Hmm... Tapi, tak salah kiranya kita luangkan masa sekejap untuk sedikit exercise yang mungkin boleh membantu kita kekal sihat sepanjang bulan Ramadhan ni kan? Bukan sihat untuk bulan puasa ni je, tapi anggapla long term punya target. Niat satu je... Tubuh kita, amanah kita. Wajar kita jagai. Insya Allah... Jom kekal sehat!!  

4 comments:

  1. itu lah.. aku rasa toksin dalam badan aku ni dah terlalu banyak.. sampai badan asyik rasa lesu je ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kna jaga kesehatan en boni... Muda2 ni.. Bujang2 ni.. Hehehe..

      Delete
  2. setuju sgt. bulan puasa ni salah satu cara nk ringankan berat badan. tak payah susah2 nk telan pil pil semua tu. kerja, bersenam sikit, then makan apa yg patut utk keperluan tenaga dah cukup utk melalui hari2 dalam bulan puasa ni. kerja saya rasanya dah cukup kot utk bg badan ni ringan plus sambil buang lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. setuju... sekarang ni sam try nak jog sebelah petang pula... kire2 sejam before waktu iftar... kate instructor gym tu, masa perut tgh kosong bagus sebenarnya bersenam.. yg ringan2 pun okey.. coz.. masa tu kita akan bakar lemak dlm badan.. hmmm.. slamat bersenam!!!

      Delete