3.7.13

Erti Hidup Pada Memberi

Erti Hidup Pada Memberi. Dalam maksudnya
Assalamualaikum readers. Lepas balik dari HTAR Klang tadi aku tak tahu nak ke mana. Langsung selepas terlena sekejap di rumah, menghantar pula Cik Puteh untuk dicuci dan terus ke SACC Mall. Pusing-pusing cuci mata menengok-nengok 'keindahan' perut SACC Mall tu. Aku kalau ke SACC tu, memang pasti akan jejak ke cawangan MPH di situ. Menang tak besar outlet tu, cuma, aku rasa senang bila dikelilingai aura ilmu serta bau harum buku-buku yang ada di situ.

Target aku, buku yang menarik dengan kos yang rendah. Itu sahaja. Paling tidak pun keluar dari kedai ni, mesti kena 'rembat' satu buku jugak. Bukan curi. Maksudnya kena beli satu. Pusing punya pusing... Wahh, ada gadis diruangan novel. Aku buat-buat gagah dan egois untuk menghindar dari mendekati ruangan novel tu. Kot la nanti terkantoi yang aku ni 'mat novel' plak. Kah kah kah. 

Berdiri statik aku di ruangan motivasi. Membelek-belek satu persatu buku yang ada. Rata-rata buku yang aku belek, langsung tak memotivasikan aku untuk memilikinya. Sampailah mata terpandang yang satu ni. Tajuknya sahaja pada aku sudah 'catchy'. Ilustrasi muka hadapan yang jugak catchy. Bila dibaca sinopsis di belakang, menarik. Dan RM 15.00 tu, pada aku, memang berbaloi. Berbelanja biar berhemah.

Selak sedikit ke halaman yang tengah-tengah sambil mata mengerling tak peduli pada gadis yang masih tak berganjak dari ruangan novel tu. Dalam tak peduli tu, kalau tak silap tiga buah juga novel di tangannya. Satu dikepitnya dicelah ketiak yang sebelah kiri tu. Dua buah lagi, dibimbit pada tangan kiri tu juga. Sambil tangan kanan mengais-ngais novel pada rak dihadapannya. Rimas! Tak boleh ke buku yang tiga buah tu diletak dulu ke tepi, kalau ya pun sudah berkenan nak membeli. Ya, saya tahu awak suka novel... Relaks la...

Halaman yang tengah-tengah tu aku baca. Memang sempoi. Berserta ilustrasi dan juga penggunaan font 'kecil besar' bagi menyapaikan mesej kepada pembaca. Oh. Baru aku tahu. Rupanya buku ni tak lebih dari himpunan kata-kata hikmah yang menarik. Kata-kata hikmah yang bukan jenis cliché la... Jarang diguna pakai dan yang paling penting sapa baca "mohon terasa!". Kalau tak silap aku, aku ada beli  buku 'La Tahzan' (Jangan Bersedih) yang juga menampilkan koleksi kata-kata bijak di dalamnya. Cuma dari segi penyampaian, jelas berbeza. Pada aku, buku La Tahzan tu, perlu gigih la untuk menghabiskannya. Buku La Tahzan tu  ada kelas tersendiri, dan termasuk tahap buku rujukan agaknya...  


Erti Hidup Pada Memberi "Untaian kata-kata pengubat jiwa. Bait-bait yang ditulis memberi seribu pengertian tentang kehidupan. Elemen nasihat dalam kata-kata indah memberi ingatan berlapis tanda luhur budi dalam berbicara. Sarat dengan ingatan tentang cinta muda-mudi, cinta ibu bapa dan anak-anak, cinta suami dan isteri serta cinta Allah dan Rasul. Semua digarap dalam rangkap kata menggamit kalbu..."

Jadi? Mahu? Apa tunggu lagi...   

8 comments:

  1. Mat novel romantic ape? Hahaha... hmn, La Tahzan. Sy pun ada beli buku tu... nampak best sgt... tp...nak menghabiskannya, masyaALLAH... sy xtau dr sudut pandangan org lain mcm mn, tp bg sy buku tu kurang isi la... x rasa bermotivasi pun...jrg2 sekali je jumpa ayt yg rasa 'bermakna' sikit... penat baca ade la. tak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bercakap tentang La Tahzan... memang setuju la.. buku tu tebal... yang amat... nak baca rase mcm nak pi amik exam plak... kalau x silap, sekarang ni publisher ade kuar yg versi compaq punya.. tapi, tak beli la... pasal approachnya kurang menarik la... itu pandangan sy la.. org lain tak tau la..

      Delete
  2. agak menarik buku tu. bila ada unsur nasihat dalam kata2. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul en boni... en boni nak pinjam ke?

      Delete
  3. Kau bab2 nak ngorat gadis kemain kau sanggup ke ruangan nobel utk usha die.mihmih,kaki nobel er kau ni upenyeww, dasar hati taman s2 betul.kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sarah.. ko jangan jeles tau... bagi la chan kat aku...
      mmg la aku ske bace novel... bace surat kaba pun aku suke.. hehehe

      Delete
  4. Saya beli La Tahzan edisi kecil (3 buku) masa kekasih hati passed away, tp baru habis baca smpi buku no 2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feel sorry for u..

      Buku tu mmg tebal kak sam... Even skang ni bleh jumpa versi kecil pun, isinya tak terhabis utk d baca...

      Delete