26.7.13

Diari Lelaki: Tolong Jangan


Setelah sekian lama, apa perlu muncul semula wataknya. Persoalan. Mengapa aku tegar memilih untuk membuka ruang? Atau, dia sememangnya berada di situ dan tidak ke mana-mana. Sudah... Aku mahu melupakan. Meneruskan hidup. Yang aku ada ini. Yang aku bina dalam sakit-sakit jiwa aku melupakan. 

Setelah sekian lama, apa perlu pertemuan sia-sia yang keras-keras aku hindari dahulunya. Persoalan. Petunjuk apakah ini? Atau,  dia sememangnya berada di situ dan tidak ke mana-mana. Sudah... Aku tak mahu fikir. Sudah lama aku tidak fikir, berfikir, terfikir apatah lagi memikirkan. 

Sudah ku buang jauh-jauh. Tidak aku larat. Tidak mahu harap, mengharap biar berharap. Tolong jangan datang. Tolong jangan dekat. Jika datang kamu hanya untuk takdir kecewa aku lagi. Jika dekat mu melukakan kembali. Tolong jangan... Sebab aku... Serik... Kesal... Silap... dan... Luka... Aku tak mahu ulangi semua itu lagi... 

20 comments:

  1. pndang ke hadapan..sabar mnghadapi dugaan

    ReplyDelete
  2. berdoa bro... minta diberikan petunjuk.. kerana hanya DIA sahaja yang mampu memberi jawapan kepada kita. InshaaAllah..

    ReplyDelete
  3. tabah hadapi dugaan.
    anggap ia liku liku perjalanan hidup.

    ReplyDelete
  4. lupakan yang lama..mulakan hidup baru ok..InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sy sedang melupakan... walaupun susah...

      Delete
  5. Replies
    1. sila-sila.. tapi jgn siang2 hari.. bulan pose ni...

      Delete
  6. kalau rasa dia lah orgnya, masuk meminang terus SAM... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu fikir mmg mcm dia.. tapi, rasanya mungkin tidak... sbb tu minta sgt, kalau dia dtg kali ni, utk hal2 yg sama mcm dulu yg pernah dia buat.. baik dia pergi sahaja... sy trauma...

      Delete
  7. insya Allah ada yang lbh baik.. :)

    ReplyDelete
  8. Kadang2 rasa kecewa yang dtg pada kita bagus juga. Ia seperti satu "kejutan" dan "ingatan" supaya kita lebih tabah, berhati-hati, dan bersyukur kerana takdirnya bukan dia untuk kita..
    sy dtg membalas kunjungan..selamat meraikan syawal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ambil kata2 itu sebagai pesanan buat saya.. terima kasih atas kunjungan... salam syawal juga...

      Delete