16.7.13

Cerita Kawen-kawen


Assalamualaikum buddies. Hari ni tak mahu coret panjang-panjang. Sekadar mengajak semua yang membaca berfikir sejenak. Tentang kenyataan di atas sana. Ternyata perkahwinan itu bukan satu perkara yang mudah-mudah. Sampai kini aku sendiri tertanya-tanya, Aku? Berkahwin? Seakan masih jauh dari perkara itu, dikala usia kian menghampiri istilah "3 series" ni. Sedang di sekeliling, rakan-rakan seangkatan, sejawatan, malah yang lebih muda pun sudah berderet anak-anaknya. 

Petang tadi diusik seorang rakan wanita ketika aku ralit memandang seorang baby comel lagi montel bermain-main di ruang legar tempat aku bekerja. Katanya "Hah. Tu pandang-pandang budak tu, tak teringin ke nak beranak bini...?" soalan spontan dalam nada bergurau aku kira. Aku hanya senyum dan menjawab, "Teringin jugak..." pun dalam nada spontan. "Hmmm... Tu la. Memilih sangat. Nak yang vouge-vouge. Nak yang dah ada kerja. Pilih yang dah ada kereta sendiri. Tu nampak tu, student punya lah ramai. Tackel la sorang. Kang bile dah habis blaja, pinang je. Senang, macam I ni, umur kite sama, tapi I dah nak masuk 2 anak taw" panjang leternya sambil dituding-tuding selamba jarinya ke arah pelatih-pelatih wanita yang lalu lalang di sekitar kawasan itu. Pun aku anggap bergurau. Kalau dia serious pun, aku tak ambil pusing. Cuma, berkata aku di dalam hati...

"Aku memilih? Benarkah aku ini memilih? Aku pun tak tahu sama ada aku ini memilih atau tidak. Bila masa aku letakkan standart pada bakal suri hidup aku. Pada aku, tak timbul soal kesempurnaan dalam kamus hidup aku, sedang aku sendiri selalu sahaja tergelincir dari landasan hidup. Mujur tidak terbabas dan terjunam teruk. "Berkawan" bukan tidak pernah. Pernah bertemu dengan gadis semulia ustazah. Sopan santun, lembut budi bicara. Pernah juga bertemu dengan gadis yang tidak lagi 'gadis'. Elok diluarnya, "di dalamnya", habis rosak bak kata tuan punya diri. Aku terima sahaja. Soalnya, diakhir cerita, semua perhubungan itu tak jadi atas asbab yang ditakdirkan tuhan. Nak diapakan?

Aku selalu berpesan pada diri dengan kata-kata cliche yang amat keramat ini... 
Ajal... Maut... Jodoh... Pertemuan...
Di tangan Allah... 

20 comments:

  1. rileks bro..hehe. inshaaAllah pasti akan jumpa tu. Setiap perancanganNYA adalah yang terbaik buat hambaNYA. setiap yang diaturkanNYA adalah bersebab. ada sebab DIA aturkan orang ni kahwin lambat , dan ada sebab DIA aturkan prang tu kahwin cepat. percayalah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Aku okeh je boni... cari2 jumpa.. Jumpa2 tak boleh 'pegi', let go la.. Terus hidup jugak.. Mcm tu jugak.. Heheh

      Delete
  2. suka kata2 kat atas tu.. yakin dengan jodoh ajal maut pertemuan ditangan Tuhan..inshaAllah pasti ada yang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik.. Insha Allah... Mcm Dkna jugak.. Hehe

      Delete
  3. Ajal... Maut... Jodoh... Pertemuan...
    Di tangan Allah...

    itu betul.. rezeki juga di tangan Allah swt..

    pasti Allah swt telah mengaturkan yg terbaik buat hambaNya.. InshaaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn miss sue... Tq ye miss sue...

      Delete
  4. sabar bro. akan tiba masanya nnti. muda lagi tu.. bykkan buat solat hajat dan solat sunat istikharah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah.. Aku okeh la... Ye la.. Nanti aku buat la solat hajat... Mmg korang semua ni concern betul pasal aku...

      Delete
  5. Assalammualikum...bro,

    betul tu kita hanya merancang tetapi percaturan Allah adalah yg terbaik utk hamba2Nya, insaallah berusaha, berdoa dan tawakal ... adalah tu nanti .. mungkin sebaik rabiatul adawiyah...amin . Doa tu... doakan yg baik2 aje utk kekawan k...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu akbar.. Saudara selim.. Mulis sungguh hati saudara... Yg baik juga utk saudara ya...

      Delete
  6. usaha pun perlu ada..
    tapi betullah, jodoh kita, telah Dia tuliskan..

    ReplyDelete
  7. Rezeki, ajal, maut, jodoh dan pertemuan memang menjadi rahsia Allah tapi kita wajib juga berusaha untuk menghampiri pertemuan itu. Berumahtangga itu sunah nabi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang brusaha jugak ni lynn... Insya allah...

      Delete
  8. isthikarah.... mcm ustaz pulak komen saya, huhuhu

    tp betul, kena isthikarah, saya buat mcm tu, nnt Allah tunjuk jalannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah... Tuhan tu maha memberi petunjuk... Terima kasih saudara...

      Delete
  9. Saya tulis entry ini untuk kamu sebenarnya Sam, tetapi saya juga ingin berkongsi dengan orang lain, maka saya publishnya di blog saya...

    http://memetlenggeng.blogspot.com/2013/07/fantasi-dan-realiti-perkahwinan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dah baca tulisan tu... terima kasih ye... belum pernah rg tuju tulisannya untuk sy... terima kasih banyak2.. sy amat menghargainya...

      Delete
    2. Ya Sam, memang saya tulis untuk kamu. Kakak saya dulu berkahwin pada umur 34 tahun. Semua orang sudah bising-bising kerana dia anak dara tua. Tapi Tuhan temukan jodohnya di internet. Sekarang dia bahagia bersama-sama tiga anak dan suaminya. Lambat atau cepat bukan ukuran kebahagiaan.

      Delete
    3. betul tu memet... thanks sangat2 untuk tulisan tu... speechless... nanti senang2 sy repost tulisan tu... thanks ye...

      Delete