23.7.13

Catatan Malam

Assalamualaikum buddies.. Dah separuh jalan kita berpuasa bukan? Separuh bulan kian berlalu... Ada rasa apa-apa perubahan pada diri? Jasmani juga rohani... Walau macam mana pun, masih berbaki lagi Ramadhan yang ada... Masih sempat diperelok mana yang bole... Azam!

Malam terakhir bercuti di kampung tercinta. Tercapai hajat. Betul kata sahabat "kau balik je, kalau niat kau utk mak bapak kau, tak kira la, kau nak demam ke, tak sehat ke, janji kau balik. Insya Allah tuhan permudahkan jalan".


...Balik Membawak Virus...

Betul masa aku bertolak dari Shah Alam kelmarin, deman teruk 3 hari ni bagai ditangguh dulu untuk bagi aku selesa drive solo Shah Alam - Mersing. Elok aku sampai jam 6 petang Jumaat tu. Lepas waktu berbuka, terus-terus terkolap. Dengan bersin yang tak putus-putus, berselang 'batuk kering' berkokol tak berkahak tu.
Mak siap stanby sekotak kertas tissue dengan plastic bag kosong. Mak cakap "Tu tissue-tissue yang dah pakai tu buang kat plastik tu"... Sekotak habis. Bayangkan lah...


...Nasi Baryani Abah & Pantang Jumpa Mangga...

Gagah kan jugak diri untuk drive mak dan abah ke bazar Ramadhan di Bandar Mersing. Membeli la apa yang patut untuk berbuka sekadar kami bertiga. Teringat abah ade bagi hint yang dia nak makan nasi baryani special yang ada dijual di situ. Abah kate "Tak berani nak beli, entah berape ringgit agaknya...".

Sebenarnya bukan mahal pun. Bukan tak mampu pun. Cuma abah dah terbiasa kalau berbuka, mesti nak mak yang masak. Biar pun sesimple-simple nasik putih berlauk ikan goreng berkunyit. Maka jarang sangat membeli bungkus-bungkus selain mee goreng dan jugak kuih-kuih...

Dapat jugak merasa nasi baryani special tu... Abah pesan ayam, mak pulak tak nak kalah dengan baryani kambingnya.. Aku? Petang tu aku bagai tak 'bertekak' untuk makan apa. Dalam pada tu, satay ayam jadi pilihan. Sempat jugak melabur RM 10 untuk 3 kilo mangga. Kan.. Aku dah cakap, jangan tunjuk kat aku buah mangga... Aku memang tak boleh tahan...

Dalam perjalanan balik tu, singgah ke farmasi. Minta ubat selesema sama ubat batuk. Kakak farmasi tu cakap "Jaga ye, mengantuk".."Okey kak, boleh je" bukan nak ke mana-mana pun selain di rumah dalam keadaan demam begini.

Berbukalah kami bertiga beranak, buat malam yang kedua tu. Satey tak berapa nak jadi kata mak. Abah pun setuju dengan komen Chep Mariam, Masterchef Felda Nitar tu. Aku buat donno je. Lepas tu mak bagi lagi statement "Raya tahun ni macam mana?. Nak buat satay tak?".

Perkhh aku dah agak dah. Sebab tu la aku buat donno bila mak dan abah comment pasal satey tu. "Malas la mak... Nanti la orang order je. Tak larat la nak menyocok..." agak-agak mak bapak korang frust tak, kalau korang jawab mcm tu. "Berapa nak order. 1000 cucuk cukup?" abah menyumbang idea. 1000 cucuk... Hmmm... Apa macam...?


...Nikmatnya Menjamu Mangga...

Sambil duduk-duduk tu, abah tiba-tiba cakap "mangga tu berapa ringgit?" tersurat sebijik-sebijik perkataan tu dari mulutnya. Okey yang ni aku faham. Sebijik-sebijik jugak mangga aku keluarkan mangga tu dari bakul atas meja makan.

Cukup la starting 2 biji untuk buah mangga yang besar-besar ni. "3 kilo sepuluh ringgit" jawab aku dah terus bangkit ke dapur. Kupas-kupas mangga tu. Cuci-cuci dan sliced ala-ala budak-budak dapur pastry buat tiap-tiap kali majlis orang-orang besar di Hotel UiTM tu.

Layan jugak manisnya mangga ni. Besar dan tebal isinya. 2 biji makan 3 orang pun, macam berlebih-lebih jugak. Maklumlah. Regu makannya hanya mak dan abah. Manalah diorang nak makan sangat. Sekadar merasa-rasa tu cukuplah. Lebihnya, aku la yang perlu menghabiskan. Lepas tu dalam jam 11 malam, mak kupas lagi sebijik. Sehiris besar mak bagi kat aku. Telan je... Sekejap lagi kita tengok kesan dia...


...Ohhh Padahnya Terlebih Mangga...

Pukul 1 pagi mata tak mahu tidur. Berselang dengan batuk dan crot-cret hidung. Pukul 2 pagi pun macam tu. Makin menjadi-jadi. Makin kuat dan kerap batuk aku. Kering tak berkahak.

Masuk pukul 3 pagi, mak keluar dari bilik menjengah aku yang berbaring depan tv di ruang tamu. Port baring biasa aku tiap-tiap kali balik kampung.

Mak ngan abah pun tak boleh tido rupenye since aku memekak dengan batuk pagi-pagi buta ni. "Cuba tidur tinggi sikit" abah bersuara dari dalam bilik.

Aku berkalih duduk di sofa. Dah 3-4 kali sebenarnya aku bangun duduk-bangun duduk tu. "Ni banyak sangat makan mangga tadi agaknya..." mak pula cakap.

"Hmm" aku tak boleh cakap apa dah selain hmm dan batuk sahaja. Gila! Naik lelah nafas aku. "Mak sapu minyak kat blakang la" mak terus ambil minyak angin dan sapu di belakang badan aku. Tang dada pun disapu juga. Aku hanya batuk dan batuk lagi.


...Overdose! Macam Mat Gian...

Ubat dah di makan. Seingat aku mengikut dos yang dinyatakan. Ubat batuk tu 4 kali sehari. Lepas dari berbuka tadi seingat aku aku dah togak 3 kali. Ubat selesema pulak kena makan 1 sehari. Tapi macam tak jalan je. Katanya mengantuk. Tapi macam gitu jugak. Mungkin tak cukup power agaknya.

Ahh! Peduli la, aku telan sebijik lagi ubat selesema. Disusuli meneguk ubat batuk. Kali ni dia punya high ada sikit terasa berdengungnya... Mata mcm pejam tak pejam.. Suara keliling macam tangkap tak tangkap ke telinga...

Ohh ini pasal la some people boleh jadik addict pada ubat-ubat ni.. Lepas tu baru aku padam diam. Tidur. Sedar-sedar mak kejut aku untuk bangun bersahur jam 5:00 pagi. Lepas sahur tu, dek pengaruh dadah, aku terlajak membuta sampai jam 2 petang.


...Dapat 'Bonus' Cuti Sehari Bersama 'Pakej Cendol Pak Akob'...

"Bro, esok kau cuti lagi. Jadual baru je keluar ni" ada icon smiling kat hujung sms tu. Aku pun turut smiling mendapat SMS tu. Bertuah betul rasanya badan ni. Bagaikan mengantuk bukan saja disorongkan bantal, ni siap disuap ubat batuk lagi. Macam tu la perumpamaan yang sesuai.

Bermakna aku boleh diam lebih lama di kampung ni. Nak balik dalam keadaan demam ni pun memang 'bercinta' la. Cancel balik pagi Isnin. Fikir-fikir semula. Ni la hikmah bila aku balik kampung bulan-bulan puasa ni.

So far, ubat yang aku telan overdose semalam mula menunjukkan kesan, petang tu batuk berkokol-kokol sudah mula berkahak. Kahak pekat! Hijau! Dan tentunya sarat dengan penyakit yang ditolak keluar bersamanya.

Mudah mudahan. Selesema pun sama. Beringus pekat. Tak ubah macam Cendol Pak Akob, Seksyen 16, Shah Alam tu. Yarkhhh! Memang penat la. Dengan batuknya. Tambah lagi tak cukup nafas dengan selesemanya. Tapi, kata orang, bila dah sampai tahap keluar 'cendol' tu, maknanya nak baik la tu...

...Hari Last; Layan Movie Terlarang & Mengotori Cik Puteh!...

Hari last. Luangkan masa melayan movie. Bat man versi Christoper Nolan. Batman Begins... The Dark Knight... Dan bila masuk yang movie ke 3 tu, memang spoiled mood aku betul... Macam mana la aku boleh silap download.. Rupenye, cartoon Batman pulak. Aku ingat siri ke 3. Hampeh! Padan muka salah download!

Dek kerana bosan. Baik berpeluh sikit. Mandikan 'Bini' aku, Cik Puteh (amboi, Sam Banjamim, mandikan bini di bulan Ramadhan. siang-siang hari pulak tu. tak takut kena kifarah ke?)... Suke aku la. Bini aku. Kan Cik Puteh kan. Mari kita romen-romen ngan sabun basuh ni.

Agak-agak la statement bulan-bulan puasa ni. Bab basuh kereta pun hampir jadi trajedi. Shampoo aku tertinggal kat Shah Alam. Nak beli baru ternyatalah tak efficient utk save cost. Nak paw shampoo kereta abah, aku rasa abah punya pun dah habis...

Selamba, Sabun Daiya. Kalau jenis liquid tu tak pe. Ni yang jenis powder.. Nampak berkesan menanggalkan kesan degil pada tubuh sexy Cik Putih ni. Jap lagi... Selang beberapa minit lepas bilas....

Tu diaaaaa!!! Dia punya belak-belak sudah naik... Alamak apa aku dah buat ni. Bijak sangat pi basuh kereta dengan sabun basuh baju... Hahaaha.. Gelabah aku menyiram air banyak-banyak untuk kasi belak tu hilang. Nasib baik la bila bilas dengan air tu dia boleh hilang.. Memang serik la aku nak buat perangai Mr Bean lagi...

Elok siap membilas dan mengelap Cik Puteh, abah memetik "Pi bazar jom..". "Iye-iye Chip!" terus masuk mandi, bersiap dan terus ke bazar Ramadhan bersama Cik Puteh yang wangi dengan "Cucian Sabun Daiya"!...


...Ke Bazar Jom! Apa Menu Menarik?...

Abah nak makan mee goreng. Tu je la yang abah suka sangat. Mee goreng, mee goreng... Stall nasi bariyani kelmarin tak pandang dah bila dia fikir nak makan mee goreng dia...

Mak pulak just tapaw nasi goreng kampung. Sambil-sambil membeli beberapa jenis kuih, bubur manis and so on.

Aku plak tapau karipap gergasi dan jugak kebab. Again, tak bernasi untuk berbuka. Untuk meringankan kerja di dapur, tapau sekali lauk untuk bersahur. Asam pedas ikan pari dan ade la lauk-lauk tepi-tepi yang lain.

On the way nak ke kereta, singgah sekejap membeli buah-buahan untuk dijadikan buah tangan untuk adik beradik dan teman-teman di Shah Alam. Tak sedap pulak. Hilang dua tiga hari, muncul-muncul tangan kosong.

...Esok (Hari Ni) Nak Balik Dahhh...

Last berbuka sempena bercuti di kampung. Esok lepas sahur, lepas subuh, nak gerak balik Shah Alam dah. Anggaran, gerak jam 6:30 lebih kurang, 4 or 5 jam perjalanan, sampai Shah Alam ade la dalam pukul 11 lebih macam tu la... Pukul 1 pm, punch in kerja. Hmmm... Alhamdulillah... Misi solo balik kampung bulan puasa berjaya walaupun serba serbi tak kena... Syukur dapat berbuka puasa dengan Mak & Abah tercinta... Doakan aku selamat sampai esok... Insya Allah...

7 comments:

  1. Alhamdulillah.. ade hikmah bila niat kita baik utk berbuka puasa dgn mak ayah.. Moga selamat sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm.. berkat... perjalanan pergi balik pun, syukur, semua baik2...

      Delete
  2. kemain kau nidam bagai,ngalahkan pregnnt woman. bkolap tu hape eyh?aku tak pena dengar plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkolap tu sama mcm "i miss u" la sarah... :P

      Delete
  3. So kerang buntal? ko dah sihat ke belum? untung kau dapat penyakit bulan puasa ni, penyakit kan penghapus dosa kecil.
    semoga kau terus diberikan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belom ok... Batuk masih berterusan... Selsema tinggal sipi sipi.. Layan kan je... Mudah2an... Ada dosa diampunkan..

      Delete
  4. tu la penangan makan mangga lebih..hahaha

    ReplyDelete