15.7.13

Bersahur di PJ, tapi bukan PJ Hilton

Intro bagi entry malam ni ialah gambar 3 bungkus nasi lemak ni. Nasi Lemak Panas. Jaminan panasnye nasi lemak ni sehinggalah, kalau rase tak panas, boleh tukar. Order je yang baru. Panas-panas punya. Jangan risau, tuan kedai tak marah. Sempoi!

Haaa... Ni rupe isi di dalamnye. Menyelerakan tak? Kalau rase tak teruja tu, mungkin ade something wrong some where la ni... Hehehe... Bukak je bungkusan nasi lemak ni, terus-terus wap yang terperap bersama aroma nasik lemak, sambal tumis tu tangkap ke hidung. Masa tu automatik la kelenjar saliva akan merembeskan air liur tande isyarat terliuq sudah sampai ke kepala hotak yang berjambul. Hep.. Hep.. Hep.. Bismillah dulu...

"Lesen makan kat sini, 3 bungkus" itu katenye member yang bawak aku. Perkhh!! Ini bungkusan yang ke-2 oleh si pemakan di depan aku ni(member). Makan-makan, relaks... Sembang-sembang dan makan lagi... Masa ni, aku baru sahaja men'settle'kan bungkusan aku yang ke-2. Mampukah mendapat 'lesen' nasi lemak panas malam ni? Kita tengok kesudahannya nanti. Kalau dalam rancangan "Man versus Food" di Astro tu, kalau berjaya lepasi cabaran, gambar akan masuk "Wall of Fame". Tapi kat kedai ni, belum ade lagi. Patut dicadangkan kepada tuan kedai perkara ni. Hahaha

Untuk tempahan katering, boleh la ambik contact number ni (pandai-pandai aku je kan). Lokasi di Petaling Jaya. Selain nama dan alamat ni, sebagai rujukan, port ni nasi lemak ni jugak dikenali as 'Nasi Lemak Panas Jalan 223, PJ'. Boleh la serbu gerai ni. Malam-malam memang happening sampai aku yang first time datang ni naik pening. Pening pasal sampai-sampai, peniaga di situ semua duk serbu. Macam style ulat tiket kat pudu raya tu. Semua duk promote menu masing-masing. Pening, tapi okey la. Kire dah jadi style diorang meniaga macam tu. Tapi dek kerana fokus malam ni nak nasi lemak panas, maka, lain-lain menu tak dilayan. Lain kali boleh cuba lagi.  


Member yang membawak. Aku kalau tak diajak memang tak bergerak la. Maklum la, bukan kaki berjalan. Ade gang, aku on. Tak de gang, duk rumah je la. Huhu.. Tapi budak berdua ni, kalau tak ajak aku kali ni, memang aku punya merajuk akan membawak ke puasa tahun depan la... Hahahaha... Anyway, thanks a lot la. Merasa jugak aku Nasi Lemak Panas Jalan 223 ni. 

######

Kesudahannya. Hanya 2 bungkus. Tak dapat lesen. Memang aku dah tak larat nak sumbat. Kalau aku sumbat jugak, takot terbelahak kat situ jugak. Dah la berbuka tadi makan nasi. Selang berapa jam sahaja, masuk pulak nasi lemak panas ni. Huii la... Baru petang tadi timbang, berat sudah susut 5 kilo. Banyak tu. 5 kilo. Bukan main-main punya. Ahh.. Tak pe. Bulan puasa. Esok kerja berat, nak pakai jugak kalori nasik lemak ni. Bak kate member jugak "selagi boleh makan, makan je la..".. Betul tu!

Hmm. 3.06 am. Penangan nasi lemak panas sudah tangkap ke kepala. Rasa macam di awangan sekarang ni. Wahhh... Terbang... Terbang... Terbang... Tinggi lagi.. Lagi.. Ada sayap... Terbang.. Terbang... ZZzzzzzzzzzzzzzzzz... Krohhh... Krohhhh... Zzzzzzzz... Krohhh... ZzZZzzzzzz

14 comments:

  1. pergh.. nasib baik aku membaca entri ni di kala jam 3.40 pagi. kalau pukul 12 tengah hari, memang terus aku akan tutup terus laptop ni.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ko nak pi terjah kedai ni kan... au dah tau dah planning kau.. hahaha..

      Delete
  2. nampak sedap ler...wah! dah turun 5 kg? bsgus tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm... susah nak dpt record mcm ni sebenarnya... hmm... no pain no gain kate orang...

      Delete
  3. puasa sebulan turun 10 kilo, masuk syawal nnt, raya ketiga dah naik semula 10 kilo tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. hish.. ini satu cabaran untuk disangkal hahaha..

      Delete
  4. memang nampak menyelerakan sangat nasi lemak tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. maknanya, elok la pancaindera tuan.. heheh:)

      Delete
  5. lama dah tak makan nasik lemak.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape lagi.. moh la ke nasi lemak panas pj.. :P

      Delete
  6. Replies
    1. betul la.. memang mcm kna ubat tido la..

      Delete
  7. jalan 223? dah dekat ngan opis tu..
    tapi jauhla dari rumah nak singgah mlm2..

    ReplyDelete