17.7.13

Abang Gagah Dengan Kucing Kesayangannya

As-salam buddies! Apa khabar kalian? Bagaimana dengan puasa hari ini? Harap-harap segalanya lancar. Esok 18 Julai 2013. Genaplah setahun usianya aku menulis sebuah entry tentang kucing peliharaan aku ni. Entrynya bertajuk El Fira Loy. Eh! Silap. El Gato Berrone.  Dalam entry tu, aku ada menceritakan kisah bagaimana aku bertemu dengan kucing kesayangan aku ni.  Kepada yang tak pernah baca, boleh klik pada link yang aku dah highlightkan tu.

Malas baca??? Tak mengapalah, biar aku ceritakan secara ringkas, bagaimana aku menemui si jantan sekor ni. Okey, mula-mula dulu-dulu, aku namakan si jantan ni Berrone. Boleh bace pada entry lama tu, akan kisah nama Berrone ni. Tapi dek kerana, adik-adik aku duk memanggilnya dengan panggilan Gemok, maka nama Berrone tu seolah tak terpakai pada hewan kesayangan aku ni. Jadi, fakta sebenar, nama betulnya ialah Berrone. Atau El Gato Berrone a.k.a Gemok. 

Kat tempat kerja aku tu, selalu sahaja orang membuang kucing. Dari setua-tua kucing, sampailah sebaby-baby anak kucing. Masa aku terjumpa Gemok, beginilah keadaan rupanya. Boleh tengoklah pada gambar pertama dan kedua ni. Melepek kesejukan dan kelaparan. Ditinggalkan di tepi longkang di tempat kerja aku. Kesian aku tengok. Aku hulur cebisan ayam goreng. Laju Gemok menyambar. Dimakan ayam goreng tu dengan lahapnya. Lepas habis cebisan tu, mengiau lagi, meminta lagi. Secebis lagi aku hulur. Makanlah si Gemok sehingga kekenyangan.

Petang tu, aku nekad seludup Gemok untuk dibawak balik. Tanpa berbincang pun dengan adik aku. Kesian yang amat. Masa tu, aku belum pakai kereta. Semangat aku start motor untuk ke Mesra Pet Shop seksyen 7, untuk beli kelengkapan Gemok. Mula-mula aku beli sangkar, pasir berak dan jugak makanan untuk Gemok. Tak pasti makanan yang sesuai, aku refer pada penjaga kedai tu. Gambar ni la yang aku tunjuk pada penjaga kedai tu untuk tentukan umur Gemok masa tu. Menurutnya Gemok waktu tu, dalam lingkungan 1 bulan ke 2 bulan lebih kurang. Terus makanan untuk baby kucing direcommendkan. Aku menurut sahaja.

Masa nak seludup Gemok untuk dibawak balik tu paling tak boleh aku lupa. Maklumlah masa tu, pengangkutan aku hanyalah sebijik motor kriss. Nak minta tolong kawan-kawan yang berkereta, tak kan la semata-mata kerana seekor kucing koreng ni aku nak susah-susahkan diorang. Ape lagi. Kotak cartun air mineral aku alter semuat-muat Gemok. Tebuk lubang, bagi Gemok bernafas. Lapas tu seal Gemok siap-siap dalam tu. Ape lagi. Rempit la! Nasib baik la Gemok diam bodo je dalam kotak tu tanpa meronta mahupun mengiau-ngiau. Heheheh...  

Masa mula-mula aku mandikan Gemok, mak aih kotornya. Berdaki yang amat. Air suam-suam suku yang aku jirus ke badannya berkeladak dengan warna hitam. Just after one week. Gemok mula cergas. Dah mula ligat bermain. Seronok gile. Makan bukan main kuat. Yang paling best, adik aku yang duk serumah dengan aku pun consider suka jugak dengan si Gemok ni. Hmm... Adik aku la yang mula-mula memanggil si comel ni Gemok. Terus lekat! Habis nama glamournya El Gato Berrone tu.

Masa kecik-kecik, Gemok ni aku bagi dia mainan loceng. Ia  amat sensitif dengan bunyi loceng tu. Senang je kalau aku nak panggil Gemok ni. Bila aku bunyikan loceng tu, ligat Gemok akan datang dengan berlari-lari. Seboleh-boleh nak digampasnya loceng tu dari aku.

Sampailah pada satu malam tu, waktu bulan-bulan puasa macam ni la, seingat aku. Lepas aku habis kerja, aku tak terus balik, sebaliknya pergi lepak-lepak minum dengan kawan-kawan. Tiba-tiba satu sms masuk ke phone aku "Wei, kucing kau hilang..." dari adik aku Seha. Remuknya hati. Bergegas aku balik. Sampai rumah terus campak beg dan terus mencari Gemok. Kata Seha, pintu rumah terbuka sebelum tu. Masa tu la agaknya Gemok keluar.

Aku terus turun dan mencari-cari Gemok, namun gagal. Rasa dah frust gile dah masa tu. Last-last aku terpikir akan loceng mainan Gemok tu. Aku naik ke rumah dan terus ambil loceng tu. Sampai di bawah blok rumah aku, terus loceng tu aku 'kecing-kecing'kan. Merata lah mencari. Turun naik flat number 42 tu, dua tiga kali. Last-last "Miawwwww" bila aku paling ke belakang, Gemok ada di hujung tangga sebelah sana. Macam takut-takut atau trauma. Badan penuh dengan sawang. Ntah ke mana-mana la Gemok ni sesat.

Lega hati aku bila jumpa semula. Dalam kepala otak aku sebelum jumpa Gemok, terfikir yang entah-entah Gemok ni dah disembelih Myanmar. Dah jadi nasi goreng kucing agaknya. Nasib baik sangat-sangat. Lepas dari hari tu. Gemok sendiri trauma untuk keluar dari rumah. Cuma sejak dua menjak ni la. Bila dah mula gatal nak berbini. Asyik la menjenguk ke luar tingkap. Tengok kot-kot ada awek-awek betina (kucing la) yang lalu lalang. Ape lagi, usha la....

Gambar ni di ambil lepas beberapa bulan. Makin gemok. Bulu makin kembang. Tak sangka jugak. Mula-mula aku ingat, Gemok ni baka kucing kampung je. Rupa-rupanya jenis yang kembang ekornya. Bertuah gile!


Sudah pandai pose ala-ala iklan dalam TV tu

Ade jugak la sekali dua gemok ni terlepas keluar dari rumah. Turun ke bawah dan belasah seekor kucing jantan yang selalu duk ejek-ejek dia dari bawah rumah agaknya. Ade sekali tu, sempat adik aku tangkap dia ketika sedang 'berpantun' nak mula bergaduh. Memang Gemok tengah stress masa tu. Waktu adik aku rampas dia. Badan dia macam kejang. Bulu kembang. Bila dilepaskan kat dalam rumah. Tak dapat belasah kucing kat bawah tu, aku yang diserangnya. 

Dalam juga luka pada peha aku digigitnya. Adik aku pun kena bantai dekat kaki. Memang betul-betul marah. Tuan dia pun dia tak kenal. Lebam peha aku kena gigit. Nasib baik la waktu tu aku pakai kait pelikat. Kalau tak, mahu tersiat jugak daging peha aku. Gila!

Gemok ni bersikap territorial. Jangan harap la sebarang-sebarang kucing nak masuk rumah aku ni. Memang nak kena belasah. Agaknya dia jeles, kalau-kalau tuan dia sayang kucing lain. Hehehe

Part of our family. Kami balik kampung, Gemok pun ikut balik. Tapi nak tunggu dia hilang mabuk, punyalah lama. Maklumlah, tak biasa naik kereta. Dah tu jalan jauh plak tu. Mau tak mabok.

Satu perkara yang menarik tentang Gemok ni, even aku tengok dia dengan sikap territorialnya, Gemok kalau dengan kucing-kucing lain yang ada kena mengena dengan family aku, Gemok respect! Tengok gambar ni. Yang hitam putih tu kucing Mak Abah aku. Elok pulak tak de nak gaduh-gaduh. Sampai kampung, mula-mula aku takut jugak. Takut dibelasahnya kucing-kucing mak abah aku. Rupanya tak, elok je dibuat kawan. Siap main kejar-kejar lagi.

Now di rumah aku di seksyen 7 ni pun, dah tambah sekor lagi kucing. Kemik namanya. Kucing kakak aku. Minta dijagakan. Boleh jugak dikawan-kawankan dengan Gemok ni. Pun mula-mula aku cuak. Cuak kucing tu kena belasah. Tapi, waktu mula-mula kucing tu sampai, Gemok relaks je. Tak de marah-marah. Agaknya dia kenal bau famili aku kot. Bagus la Gemok nih!

Gambar terbaru. Malu-malu

Tutup muka...

Malu-malu kucing namanya... Huhuhu..

******
Okey. Kesimpulannya... 
1) Sayangi haiwan. Mereka juga makhluk Allah. Amanah kepada kita manusia untuk menjaga dan melindungi mereka. 
2) Diriwayatkan, Rasulullah pun ada Mueeza, kucing 
kesayangan baginda. 
3) Aku suka kucing, sejak ghazali lagi (azali lah!). Puas mak abah aku tegah masa kecik-kecik dulu. 
Aku tetap suka peluk kucing.
4) Biaselah, aku kan lelaki penyayang & manja. 

12 comments:

  1. pergh..comelnya bro.. mak aih. cantik bulu dia.. corak dia cantik

    ReplyDelete
  2. comelnyer...kawin ngan kucing nad leh jadi lawa anknyer..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... Gemok ni mmg tengah gatal...

      Delete
  3. Replies
    1. hai MD...

      Comel kan... Memang paling comel... hahaha

      Delete
  4. tlg sambung no. 5) aku harap bakal isteri aku juga seorg yg sayangkan kucing

    heheehe.. jgn mare

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahahah.... itu semestinya... hahahaha

      Delete
  5. Berbeza rupa anak kucing ini dahulu dan sekarang. Tuannya telah menjaga dengan baik sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usahasama aku ngn adik2 jugak.. Tak terjaga jugak sebenarnya... Hehehe

      Delete
  6. Gigih baca entri ni tau, gemok nye pasal...
    Hahahahahaha.....
    Walaupun panjang berjela... =D
    Baiknya dia...
    Kalau kucing AJ yang jantan tu, anak kucing kat umah ni pun habis diligan nye....
    Berlari2 kucing tu kene belasah ngan dia tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. So far mmg baik la.. But dah lama dia x ikut balik kampung.. Ni balik ni pun x bwk.. Tengok la nnti cuti raya plak.. Kalau dia ligan.. Mmg nk kna kuarantin la..

      Delete