21.6.13

Ujian Darah... Kes Dirujuk Ke Pakar


Entry ni adalah kesinambungan kepada tulisan yang lepas:
&

Assalamuualaikum reader. Malam ni berteman kan segalas kopi O', aku rasa tak mahu tidur untuk bersama kalian. Aku tulis ni bukan untuk meraih simpati atau apa-apa. Cuma meluahkan apa yang aku rasa. Dek kerana aku tak ada tempat lain untuk meluahkannya. 

Orang kata, bila ditimpa satu-satu musibah, ia adalah khifarah kepada dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Cash tuhan bayar dalam dunia lagi. Aku orang banyak dosa. Aku anggap ini semua khifarah tuhan. Biar aku berfikir begini untuk memujuk hati agar kekal positif. 

Hasil ujian darah di Pusat Kesihatan UiTM tadi aku terima jam 2.30 pm. Masuk bilik doktor ade rasa macam pasrah jugak. Nasib la. Dengar je apa yang doktor nak cakap. Dek kerana penyerahan ikhtiar telah dilakukan. Ikut hati, mahu sahaja aku buat tak peduli ada bengkak ni. Tapi dari sehari ke sehari bengkak ni tak mahu kebah dan hilang. Aku pula yang naik 'bengkak'. Makin jelas kelihatan. Muka aku macam senget sebelah bila aku mengadap cermin. Makin la mencacatkan pemandangan yang sedia buruk ni.

Bila ditekan terasa sakit. Terutama awal pagi, seawal bangkit dari tidur. Ada rasa macam salah bantal. Selain tu, bila nak menyuap makanan. Hilang nikmat aku nak makan. Bila buka mulut, rasa macam terhalang pergerakan rahang. Rasa sakit pun ada. Cukup-cukup lah bertahan mengharap bengkak ni kebah sendiri. Ubat yang sebeban diberi doktor yang mula-mula merawat aku tempohari dah lama habis. Memang tak boleh jadi kalau  macam ni...

"En Zul, lepas blood test tadi terus balik ye?" soal doktor yang merawat. Sempat aku jeling pada muka pintu biliknya tadi. Nama doktor tu Dr Siti. Pegawai Perubatan...

"Ye Doktor, nurse tu cakap boleh datang balik lepas sejam. Tak pun pukul 2 petang" aku pilih datang jam 2 petang. Dek kerana melambak tugas yang aku tinggalkan di tempat kerja. 

"Okey En Zul, blood test tadi tak de masalah" maksudnya darah aku clean la kot.

"Tapi kes awak ni kami terpaksa rujuk ke pakar..." sambung Dr Siti. Sampai perlu ke pakar ke? Hati aku berbisik.

"Kenapa doktor? Serious ke?" soal aku. Tentu la serious sehinggakan perlu dirujuk kepada pakar.

"Ya serious. Ada bengkak pd bahagian (aku tak ingat apa bunyinya). So pakar akan tentukan rawatan yang sesuai" jelasnya panjang.

"Bahaya ke. Ada symtom apa-apa ke?" aku rasa soalan yang lebih kurang sama dengan soalan yang mula-mula tadi. Mungkin aku macam tak berapa percaya yang masalah ni nak dipanjangkan sampai ke pakar.

"Mungkin bahaya, boleh jadi ada ketumbuhan atau masalah lain. So pakar akan tentukan dan buat rawatan selanjutnya. Mungkin dia akan ambil sample untuk ujikaji" hmmm. Sample? Aku tercengang sekejap. Tapi tak bertanya pasal sample apa.

"Since awak staff, lepas ni awak boleh ke Bahagian Pejawatan untuk dapatkan GL. Bawa surat ni dan GL untuk appointment dengan pakar nanti. Kalau boleh segera" Guarantee Letter atau Surat Jaminan sebagai kaitangan awam. Lepas ni perlu ke Pejawatan pulak. Lecehnya...

"Owhh. Baik doktor" akur mendengar.

"Hmm" 

"Ada apa-apa ubat ke?" soal aku. Doktor cuma menggeleng. Maksudnya aku tak perlu ke bahagian farmasi untuk menunggu giliran mengambil ubat. 

"Thanks doktor" surat rujukan pakar yang siap bersampul aku tu ambil dan terus keluar. 

Panjang rupanya cerita penyakit ni. Aku fikir, lepas makan ubat kelmarin boleh kebah, rupanya tak diizin tuhan. Macam mana ni. Kerja banyak. Minggu depan sahaja seminggu aku ke Kelantan. Boleh ke minta excuse dari tugas? Nak tinggal tugas yang ada sekarang ni pun risau terbeban pada rakan-rakan yang lain. Jumaat perlu pulang ke Nitar atas urusan keluarga. Sabtu balik Shah Alam. Ahad gerak ke Kelantan. Sampai 27 haribulan. Belum tutup kisah bertugas di Kelantan, elok aku parkir kereta selepas balik dari Pusat Kesihatan, dapat pula SMS dari big boss. Ade titah baru 28 haribulan tu. Hmm... Cabaran betul...

Sesak otak memikirkan sakit ni. "Sakit" lain pun datang menduga. Sakit hati. Kecewa. Sedih. Kenapalah semuanya perlu datang dalam pakej yang cukup lengkap begini. Tiadakah sedikit ruang penghargaan yang boleh diberikan. Kenapa kamu perlu menambah sakit yang ada? Luka perit di dalam hati bersama sakit bengkak di bawah rahang kiri ni memang cukup lengkap untuk aku kelihatan mati terduduk. Sikit kamu tak paham. Menambahnya lagi lah ada... Mungkin kamu lebih suka melihat aku ini "MATI"...

Ya Allah... Semua ini kifarah dari Mu... Aku orang banyak dosa... Seandainya dosa-dosa ku tak mampu gugur melalui kifarah ini... Berilah ruang dan peluang untuk aku bertaubat....



10 comments:

  1. sabar bro... semua yang berlaku adalah ketentuanNYA.. apa2 bro update dengan aku ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku okey je Boni.. Cume tension sket.. Pakej masalah bulan ni... Lengkap la.. Tapi x pe la.. Ujian..

      Delete
  2. kesihatan tu kena letak tempat pertama sebab kalau sakit banyak masalah lain akan datang & masalah yang ada takkan selesai. Jadi pergi la buat check up macam doktor sarankan dulu. Insya Allah yang lain2 minta Allah tolong bagi jalan.. semoga cepat sembuh & dapat keluar dari semua masalah yang ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks suria.. Tapi aku fikir, aku prlu memilih kerja dahulu.. Insyaallah, lepas selesai urusan tanggung jawab, terus aku ke hospital.. Insyaallah, aku kuat... Aku bole..

      Delete
  3. watever situation think positive..insyallah sumenye slmt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cool.. But kadang2 tu runtun jga hati.. Ujian... Org lain lg teruk nasibnya...

      Delete
  4. banyakkan bersabar.. Mak Dara doakan agar adik segera sembuh hendaknya Insyaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks MD.. Murni hati MD mendoakan sy.. Allah je yg mampu membalas kemurnian hati MD..

      Delete
  5. kesian kau, byk serius je penyakit kau ni, takpelahh bykkan lah berdoaaa. pasti ade hikmah kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sarah.. Wish dari kau bnyk bg aku strength.. Nnti aku sehat aku promote blog n kau skali..

      Delete