19.6.13

Pangkat dan Jawatan


Assalamualaikum reader... Cute tak dua ekor beruk kat atas tu. Gaduh pulak diorang. Pasal pangkat.. Tu baru beruk. Belum kita manusia ni. Susah kalau jumpa orang gila pangkat ni kan. Pegi sana, jaja pangkat. Mintak itu, canang pangkat. Tunjuk tu, sebut pangkat. 

"Hey... You tau tak I ni sapa? I ni pengarah di Institut of bla bla bla... So I nak u bagi I masuk dulu!" Ni contoh la. Biase kan berlaku di mana-mana? Aku selalu je berhadapan dengan situasi macam ni. Amboi kau, jaja pangkat sampai ke mari. Aku yang tak berapa nak berpangkat ni, kau nak ayam-ayamkan. Kau ayam kan aku, aku ayam kau semula. 

Aku rase, orang-orang macam ni la kan. Mesti duk heret pangkat tu sampai ke luar sana. Kat stesen minyak. Kedai mamak. KFC. Mc D. Tandas awam. Ke mana la. As long as boleh jaja pangkat tu. Kalau boleh nak di staple gun manila card atas dahi. Tulis kat manila card tu, pangkat kau. Baru la orang sekeliling akan bagi priority kat kau. Bentang carpet merah. Reserved parking kau. Suap makan minum kau. Kau kangkang je kaki kau... Siap ade tukang massage lagi tapak kaki kau yang busuk paing tu.

Yang soheh-soheh bergelaran dan berpangkat tu aku consider. Memang la jadi tanggungjawab dan sebahagian dari skop kerja aku, untuk jaga diorang semua. Tapi kalau setakat kau menempel-nempel pangkat orang lain. Dan orang yang berpangkat tu kenal kau ala-ala kadar je, tak perlu la canang lebih. Tak perlu nak cakap "You tak kenal ke, I sape?"... Maaf la, memang tak de masa aku nak kenal. Kalau aku kenal pun, aku akan buat tak kenal je. Bukan ape. To be fair la kepada yang lain. Tak kan just kerana pengkat kau yang tak berapa nak gah tu, aku kena abaikan orang lain.

Salah satu masalah dalam masyarakat Melayu kita ni, inilah dia. Orang Melayu ni, mana yang tak sedar diri, akan jadi macam beruk bila dapat pangkat. Bila dia dapat something yang lebih sikit dari orang lain, start dah dia lupa diri. Dia automatik akan 'up' diri dia sendiri. Macam beruk la. Kalau dia dapat bunga ke, atau buah ke, dia akan lari panjat pokok tinggi-tinggi dan duk kat atas pokok tu, untuk show kat beruk-beruk lain ape yang best yang dia dapat hari tu. 

Tu baru cerita pasal pangkat. Mungkin la boleh nak digahkan. Lagi teruk lagi, bila up diri sendiri dengan jawatan yang sedang disandang. Bawa jawatan ke mana-mana. Lupa yang jawatan tu, setahu aku hanya  terpakai dalam organisasi atau tempat kerja. Contoh la. Jawatan Penghulu Kampung Lang Buana. Jawatan Penghulu tu hanya terpakai untuk Kampung Lang Buana sahaja. Jadi, bila Tok Penghulu Kampung Lang Buana masuk ke kampung lain, beliau dah tak de kuasa dah kat kampung lain tu.

Contoh lain. En Mael menjawat jawatan sebagai Pegawai Eksekutif Kanan di opisnya. Mungkin dalam opis En Mael ni, beliau lah antara yang paling besau jawatannya. Bersama gaji beliau yang juga besau. Kereta besau. Perut boroi macam tembikai. Contoh ek, contoh je. Maka, bila En Mael keluar dari opisnya untuk tujuan bukan rasmi, En Mael secara automatiknya dah meninggalkan jawatan tu kat opis. Tinggal, bukan letak jawatan. 'Tinggal' tu analogi je. 

Tak payah bawak balik jawatan tu, En Mail. Pegi KFC, tak payah perkenal diri kat pekerja KFC tu yang En Mael ni sapa-sapa. Kalau kena beratur untuk order sepinggan snek plate, maka En Mael beratur la. Tak payah sound-sound, nak minta kebenaran potong que barisan. Pi stesen minyak, tak payah bagi tau jawatan En Mael sebagai apa kepada Bangla penjaga stesen minyak tu. En Mael minta isi minyak RM 50, tak akan jadik walau RM 50.01 sen pun En Mael. Layanan sama je...

Kesimpulannya apa? Jangan POYO dengan apa yang kita ada. Ramai VVIP malah kaum kerabat raja-raja yang aku dah jumpa. Diorang relaks-relaks je... Tak de menggelupur pun. Yang kau baru sikit nak up diri tu dah kenapa? 

Ingat-ingat la. Ape-ape yang kita ade ni, semua duniawi. Allah bagi pinjam sedikit je nikmat dari khazanahNya. Perumpamaan nikmat yang Allah bagi pinjam tu, kalau nak dibayangkan dengan kebesaranNya, cuba kau tengok tapak kasut kau tu. Ade sebutir habuk tak? Sebesar habuk tu la nikmat yang Allah bagi pinjam kat kau ketika ni. Bandingkan habuk tu dengan alam semesta yang luas ni. Yang tu, kebesaran Allah. Banyangkan, sebutir habuk, dengan alam semesta. Kecik sangat. Dan bila-bila boleh ditarik balik. Siapa lebih hebat? Kau ke, Tuhan?    

2 comments:

  1. terbaik la..mls kot nak layan org camni..ape die pikir pgkt die tu bawak mati?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kita kena profesional la dlm melayan kerehan diorang ni..

      Delete