19.5.13

Cinta Dalam-dalam


Segalanya rasa yang mampu aku gambarkan...

indah dalam kesakitan...
sakit dalam kerinduan...
rindu dalam keresahan...
resah dalam kehangatan...
hangat dalam kecurigaan...
curiga dalam kemesraan...
mesra dalam kedinginan
dingin dalam kemanjaan
manja dalam kehampaan
hampa dalam keasyikan
asyik dalam kepiluan
pilu dalam kemanisan
manis dalam kepahitan
pahit dalam kesyahduan
syahdu dalam kekosongan
kosong dalam kejernihan
jernih dalam kekeruhan
keruh dalam kesucian
suci dalam kegelapan
gelap dalam kesirnaan
sirna dalam kedustaan
dusta dalam kebenaran
benar dalam kepayahan
payah dalam kebahagiaan
bahagia dalam kedukaan
duka dalam keriangan
riang dalam kesunyian
sunyi dalam kedamaian
damai dalam kekalutan
kalut dalam ketenangan
tenang dalam ketakutan
takut dalam keberanian
berani dalam keraguan
ragu dalam kepercayaan
percaya dalam kebimbangan
bimbang dalam kewarasan
waras dalam kebingungan
bingung dalam keterujaan
teruja dalam kejemuan
jemu dalam keghairahan
ghairah dalam kekesalan
kesal dalam kemaafan
maaf dalam keserikan
serik dalam ketagihan
tagih dalam kekeliruan
keliru dalam keyakinan
yakin dalam kepuraan
pura dalam kebenaran
benar dalam kekhilafan
khilaf dalam keredhaan
redha dalam kemurungan
murung dalam ketabahan
tabah dalam kegoyahan
goyah dalam kekentalan
kental dalam kerapuhan
rapuh dalam keutuhan
utuh dalam kehancuran
hancur dalam kekuatan
kuat dalam kelayuan
layu dalam kebugaran
bugar dalam keluluhan
luluh dalam kebangkitan 
bangkit dalam kejatuhan
jatuh dalam keagungan
agung dalam kehambaan
hamba dalam kecintaan
cinta dalam dalam.... 

Sekian.... aku cinta kau dalam dalam...

2 comments: