21.5.13

Bakso dan Sejarah Terciptanya Bakso

Gambar hiasan... Cari di Gerai Gambar Wak 'Google'... Turut menawarkan khidmat katering untuk kenduri berkhatan, cukur jambul, bertunang, hari jadi, dan keramaian yg tak lebih dari 10 pax (tibe-tibe)

Pernah makan Bakso? Tak? Pernah dengar? Okey pernah... Kalau nak ikutkan Bakso ni is one of my favourite dish la... (betul ke bahasa orang putih aku ni? aku x konfiden sebenarnya nak pakai perkataan 'dish' tu... macam dishwasher je... ahh.. hentam saja daaa) Ok... kembali kepada cerita Bakso tadi, Bakso ni ciri-ciri nye lebih kurang kalau orang Johor tu, Soto la.. Sama tapi x serupa... Yang sama nya, kedua-duanya bercirikan sup. Macam jugak Soto, Bakso ni boleh terdiri dari Mee Bakso, Mee Hoon Bakso... Nasi Impit Bakso aku tak sure ade x... Mungkin ade kot...  


Kelainannye... Bakso ni, dihidangkan bersama bebola daging, ikan, atau ayam yang istimewa... Hmmm... Senang cakap, rahsia kekuatan Bakso ni terletak pada bebola yang dihidangkan tu, disamping kuah supnya perlulah cukup rasa. Aku pun kalau order Bakso ni, bebola daging tu sure akan dimakan last-last sekali... Spare kesedapan hingga ke Bebola Daging yang terakhir.. Heheh...

Selalu la, kalau aku on the way nak balik ke Mersing tu, aku akan take 5 di RnR Pagoh. Kat situ ade satu restoran yang menghidangkan Bakso yang tak sedap... Hahaha... Yang tak sedap nak dipromotekan... Tapi bagi yang nak try, boleh la... Sure menyesal... Hahaha, sekali lagi... Tak de la, aku main-main je... Kat Pagoh tu, memang ade... Boleh la kalau nak try... So So je la.. Tapi aku suka Bebola Dagingnye... 

Okey... Berbalik kepada tajuk entry ni... Bakso dan Sejarah Terciptanya Bakso... Mari kita tonton flashback ni...

*****

Pada zaman dahulu kala. Terdapat seorang peniaga yang meniaga mee dan mee hoon sup... Nama nya Wak Ngadiman Suparman Susmitaat Madja... Asalnya dari seberang... Datang ke Tanah Melayu dengan berperahu... Maklumlah orang zaman dahulu kala... Mana la ada speed boat.. mahu pun jetski... 


Dengan hanya memikul bahan-bahan yang terdiri daripada sup sebagai bahan utama. Beserta Mee dan Mee Hoon sebagai pilihan, serta bebola daging yang turut dihidangkan bersama hidangan tersebut, Wak Ngadiman Suparman Susmitaat Madya meniaga di sekitar kampung.

Sememangnya hidang sup bersama bebola danging yang dijual oleh Wak Ngadiman Suparman Susmitaat Madja menjadi kegilaan pada zaman itu... Sebut sahaja nama Wak Ngadiman Suparman Susmitaat Madja, pasti namanya sinonim dengan hidangan sup bebola yang maha sedap itu. Sehinggakan beliau mendapat nama jolokan 'Wak Sup' bagi merujuk kepada perniagaan sup yang dijualnya... (Kan senang bagi nama gelaran.. Tak la susah nak baca nama penuh... Wak Ngadiman Suparman Susmitaat Madja)... 


Dan dipendekkan cerita, pada suatu hari di sekitar pertengahan Bulan Sya'ban, dikala bulan penuh di malam hari, Wak Sup dikunjungi oleh seorang lelaki asing yang sememangnya tidak pernah kelihatan dikampung itu...

"Ya Pak.. Mahu makan apa?" soal Wak Sup dengan ramah...

"Ado gapo dio?" Soal kembali lelaki itu...

"Waduh kok asing sekali bahasanya... Layaknya dari tempat yang jauh ya?" Wak Sup menyoal..

"Huh! Ambo ore pasir mah..." jawab lelaki tu...
"Negeri jajahe cik siti wan kembe" sambungnya lagi..

"Ohhh... Ngak berapa mengerti bahasanya deh.. tidak mengapa sih... Makannya apa ya?" dek kerana tidak berapa faham dengan percakapan lelaki asing itu, Wak Sup terus memendekkan cerita.

"Bak, so..." jawab lelaki itu, sambil menuding ke arah bahan-bahan hidangan yang dijual.

"Bakso?... Emm, apa itu?" soal Wak Sup dalam kekeliruan.

"Hok tu.. Hok Mee denge sup... Buh bola lebih sikik.. Bak, so..." tambah lelaki asing itu..

"Oooh mahu mee sup ya? Sebenter sih.. Bisa.. Bisa.." dapatlah Wak Sup menangkap sedikit-sedikit percakapan lelaki asing itu..

"Hahh... Acu derah sikik.. Ambo lapa nih... huk alohhh.. Bak, so.. Bak, so..." ujar lelaki itu pula...

"Owhh kiranya yang ini dipanggil Bakso ya..? Ohhh... Ya ya... Bisa.. Bisa... Iya.. Iya.. Bakso.. Bakso.." beramah tamah Wak Sup melayan pelanggannya...

"Huk aloh... Bak, so.. Kawe lapa nih... Ni kare ado kawe teeee ni kare... Huh.. Nate bewok mu nih..." 

Ketika itu, Wak Sup hanya tersengih sengih semata tanpa memahami butir bicara lelaki asing itu... Walaubagaimana pun, sejarah telah tercipta pada hari itu... Di sekitar pertengahan Bulan Sya'ban, dikala bulan penuh di malam hari... Wak Ngadiman Suparman Susmitaat Madja telah memperkenalkan kepada dunia akan hidangan yang dijualnya itu sebagai...

BAKSO!!! 

*****

"Burrppp... Huh kenye sungguh peruk kawe nih... Tapi dok puah pulop rasonyo... Wak Sup.. Bak, so lagi.. Kawe nok make duo mangkuk male ni... Huk alohhh... Sedak sungguh... Bak, so..." 

"Yaaa sih... Bisa.. Bisa.. Mahu Bakso ya... Bisa bisa dong.."

No comments:

Post a Comment