2.5.13

Bahana Fitnah


Assalam semua. Hari aku nak kongsikan kata-kata bijaksana dari seorang tokoh. Memang aku tertarik dengan ulasan yang beliau berikan. Isunya berhubung dengan "FITNAH"... Fikir-fikirkanlah... 
Pesan untuk diri sendiri... 
&
Selamat membaca dan mohon terasa...

"Ia disebut acap kali di dalam al-Quran. Salah satunya melalui surah al-Buruj, ayat 10 di mana Allah SWT berfirman yang maksudnya, Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahanam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih.


Fitnah membawa banyak makna. Namun - jika kita permudahkan - paling hampir dengan kehidupan kita ialah menyampaikan sesuatu perkara yang tidak benar. Agak saya ia bersekali dengan niat untuk mendapat keuntungan diri daripada fitnah tersebut. Kerap terjadi kerana kita mengejar perkara yang satu tetapi terbatas. Misalnya, jawatan yang dikejar sedikit tetapi yang memohonnya ramai.



Begitupun, ada fitnah terlangsung semata-mata kerana rasa sakit hati, cemburu atau irihati. Contoh yang paling mudah, kita tidak mahu orang lain naik pangkat sedangkan kita sendiri tidak memohon. Ia langsung tiada kaitan langsug dengan kita walaupun apa keputusan kenaikan peangkat tersebut. Ia kelihatan aneh tetapi kerap berlaku. Kelihatan, busuk hati itu datangnya sekali dengan fitnah. Barangkali ia padanan yang serasi.


Fitnah dilakukan kdang-kala kerana mahu kelihatan lebih daripada orang lain. Kita mahu disayangi bos. Ia sering terjadi dalam situasi di mana orang lain lebih bijaksana bekerja berbanding kita. Maka fitnahlah senjata untuk menjatuhkan orang tersebut.


Maka jelas fitnah itu tidak mengira sesiapa. Ia penyakit hati kronik kerana sukar diubati. Malah ada yang tidak rasa bersalah melakukannya. Ia terasa sebagai satu kemenangan bila fitnah yang dilakukan berjaya memberi keuntungan kepada diri sendiri atau kumpulan serta mampu menjatuhkan orang lain.
Siapa yang tidak pernah kena fitnah?



Lebih tinggi jawatan dan kuasa maka lebih terdedah kepada fitnah. Ruang untuk terkena sumpahan fitnah juga menjadi lebih mudah jika termasuk dalam golongan terkenal. Allah ya Allah.... fitnah tidak mengira sesiapa. Kesannya yang berbeza. Namun akhirnya mereka yang kena fitnah sepatutnya semakin hampir kepadaNya.
Itulah musibah kehidupan yang perlu ditangani dengan teliti.



Menariknya, medium menyalurkan fitnah ini sungguh terbuka. Kalau dulu ia berlaku melalui bisik-bisik yang berkembang secara perlahan-lahan. Manusia masih segan-silu untuk melakukan secara terbuka. Istilah "surat layang" muncul. Kini sangat berbeza. FB digunakan secara meluas.


Tukang sebarnya pun ramai. Ia berangkai. Aneh... ramai tidak menyedari betapa mereka menyebarkan fitnah. Mereka lakukan tanpa berfikir walaupun di antaranya punyai kelulusan setinggi langit. Malah ada ilmuan agama yang turut serta walaupun tahu halal dan haram. Malah ada jawatan khas untuk memastikan fitnah ini dilaksanakan secara penuh strategi.


Saya? Menerima dan menangani fitnah ibarat satu permainan yang tidak pernah berakhir. Namun laluannya tidak pernah berubah. Bangunlah pada 1/3 malam tersisa, perbanyakkan pengaduan kepadaNya, berpuasa sunat dan sentiasa berzikir - In sya Allah - ia tidak akan menggusarkan jiwa. Bersabar dan solat.



Setitis air mata yang mengalir di pipi, membantu mematikan api fitnah yang dinyalakan. Biarlah kena fitnah tetapi jangan jadi tukang fitnah. Kami mohon keampunanMu ya Allah.Prof Kamil Ibrahim

No comments:

Post a Comment