29.5.13

8:30pm-10:15pm



Aku berkeras mahu tunggu. Aku kata aku tunggu, maka aku tunggu. Biarlah kali ini mahu jadi apa. Aku putuskan untuk tunggu. Biar aku tercongok di situ macam patung Sami Budha. Biar aku nampak macam orang bodoh menunggu. Bila penat berdiri, berlabuh punggung ke tembok batu. Bila penat duduk, ku bawa kaki berjalan ke hulu dan ke hilir. Malas berjalan dek nampak resah, aku kembali duduk. Acapkali jam di tangan dijeling. Masih awal. Masih jauh. Barangkali sesak di hujung sana.

Yang ditunggu tak kunjung tiba... Hati resah. Khabar yang ditanya, langsung tak diendah. Tak sudi dijawab. Seperti bercakap dengan tembok batu ini. Tak mengapa. Alang-alang jadi begini, lebih baik aku tunggu. Bodohnya... Oh tidak, bukan bodoh. Cuma keras hati. Pun seperti tembok batu ini.

Apabila kamu tiba... Resah tiada. Khabar yang ditanya, terjawab. Biarpun bukan dijawab sendiri oleh yang ditanya. Jawapannya, jika tak sudi memberi. Aku iktiarkan sendiri mencarinya. Betul kamu tiba. Tidak sia-sia aku tunggu. Jangan marah jika aku tiba-tiba memunculkan diri. Tak seperti yang kamu minta. Aku ini memang degil. Biar pun ditegah. Seperti yang aku katakan, jika aku cakap aku tunggu, maka aku tunggu. Aku sekadar mahu buktikan. Yang aku berpegang pada apa yang aku katakan. Bukan seperti kamu. Cakap berbelit tak ubah macam keling. 

Aku kata aku tunggu, aku tunggu.

Disebabkan penungguan aku ini bukan kamu minta. Tiada aku kisah jika ketika kamu sampai kamu berkeras mahu pergi. Pergilah. Aku tidak salahkan kamu. Tapi setidak-tidaknya, bila aku tunggu, bermakna aku mahu tunggu dan mahu kamu tahu yang aku tunggu. Sekadar secebis dari penantian gila yang aku mahu buktikan. Berharganya masa yang aku bazirkan untuk menunggu kamu itu. Namun aku puas. Kamu selamat tiba. Dapat melihat wajah sebal kamu. Wajah orang yang cuba lari. Wajah yang dipalingkan dari kenyataan. Tak berani kamu tentang mata aku. Tak berani kamu pandang wajah aku. Wajah penat. Wajah putus asa dan terkilan. Wajah tertipu yang ditipu oleh orang yang menipu dirinya sendiri. 

No comments:

Post a Comment