18.2.13

Tanbihul Ghafilin


Terperap blog ni macam rumah tinggal...
Aku hilang passion menulis...
Sebabnya...
Melakukan pelbagai perkara dalam satu masa tu bukan lah aku namanya...
Aku ralit...
Ralit melayan sibuk...
Ralit melayan hidup...
Ralit melayan realiti hidup yang bagaikan semakin kuat cobaanya...
Semuanya buat aku lupa...
Jujur, nak tau satu cerita?
Semalam aku terlupa kata laluan blog ni...
Mujur aku tenang...
Rupa-rupanya sudah tertukar dengan kata laluan laman yang lain...
 
"Tanbihul Ghafilin"
Peringatan bagi yang lupa...
Semalam...
Sekadar mula membaca Bab 1...
Sebelum terlena dan terlajak tidur...
Bab 1: Ikhlas...
Sebijik sebijik ayat yang dibaca, tempiasnya ke kepala sendiri...
Rupanya selama ini aku tidak ikhlas dalam beberapa perkara...
Ikhlas ini sudutnya amat luas...
Ikhlas dalam beramal...
Ikhlas dalam tugas...
Ikhlas dalam berdoa...
Ikhlas menerima ujian...
Ikhlas menerima ketiadaan...
Ikhlas dengan kegagalan...
Ikhlas bercermin diri...
Ikhlas dengan kejayaan
Ikhlas dengan kekayaan
Terlalu luas...
Terlalu dalam...
 
Selama ini aku tidak ikhlas...
Aku tidak ikhlas menerima yang sudah tiada...
Mulut ku berkata aku kuat...
Di dalam hati tersemat benci...
Ada kecewa...
Masih ada cemburu...
Dan dendam yang teramat kesumat...
Sehingga aku tidak ikhlas menerima secebis kejayaan yang tuhan pinjamkan kini...
Aku perlu redha...
Mengorak jalan aku sendiri dan melupakan....
Setelah aku berfikir begitu...
Setelah aku harus mula berfikir begitu...
Semoga ketika itu hati aku mulai tenteram....
 
Adakah aku seorang yang ikhlas......?
"Tanbihul Ghafilin..... Asbab seorang sahabat yang meminjamkan... Aku mulai diperingatkan..."

No comments:

Post a Comment