3.1.13

Pengakuan


Tahun baru 2013 masih lagi segar suasananya... Baiklah pengakuan simple... Aku mengaku, aku x menyambut atau meraikan ketibaan 2013 ni di mana-mana... Even aku x tertunggu-tunggu pun detik 12 malam pada malam 31 December 2012 yang lalu.... Tahu-tahu dilangit sudah meletus-letus bunyinya mercun serta bunga api... "Ohhh... Sudah 2013" bisik hati aku sambil memasang niat, menguatkan azam... 

Pertama, sebelum terus fokus menggapai azam 2013, ada beberapa perkara yang perlu aku perjelaskan... Agar kalian pembaca, sama ada yang betul kenal aku, mahupun yang singgah lalu ke mari. Peduli atau tidak, aku mahu kalian peduli yang ini... Pengakuan... Semoga hati aku lebih tenteram selepas ini...

Pertama... Aku ini hanya seorang Penolong Pensyarah biasa... Percaya atau tidak... Mahu percaya atau tidak... Aku harus menerima hakikat yang pada hari ini, kamu harus memberi tahu kamu yang aku ini hanya berjawatan Penolong Pensyarah... Untuk lebih jelas... Kelulusan aku hanyalah setakat Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan yang aku perolehi dari UiTM. Aku tiada niat berbohong. Apa yang aku bohongkan, seandainya kamu melabelkan aku sebagai pembohong selama ini? Jelasnya aku cuma tercampak sekali ke sana... Dan tiba-tiba temui kamu di situ... Jelasnya aku tidak berpeluang memberi tahu perkara benar ini... 

Jika kamu bertanya mengapa... Sebelum aku membuat pengakuan ini... Cuba kamu letakkan diri kamu pada posisi serta situasi di mana aku berada ketika itu... Pertama, tiada yang bertanya aku siapa... Kedua, mahu tidak mahu aku tidak mahu kelihatan bodoh dikhalayak kamu semua... Ketiga, aku pantas menyesuaikan diri dikhalayak kamu semua... Biar gugup sebenarnya... Tapi aku tiada berniat berbohong... Situasinya mungkin sama seperti seekor anak rusa yang secara tiba-tiba termasuk ke dalam segerombolan anak kijang... Bukankah tidak sebegitu jelas perbezaannya....?

********

Kedua... Aku ini nama sahaja seorang Penolong Pensyarah... Rutin pekerjaan aku adalah sebagai Penyelia di Dewan Banquet di tempat aku bekerja... Huh! Untuk lebih ditambah jenakanya... Jawatan penyelia itu pun bukanlah dengan rasminya... Segalanya gembar gembur sahaja... Tiada berhitam putih... Sedang di dalam hati aku, aku tidak 'hadap' dengan pelantikan itu, biarpun secara rasmi atau tidak...) Rutin aku di sana... Ingin tahu? Sedikit melatih adik-adik yang sedang melakukan latihan industri... Itu pun jika dihantar oleh mana-mana institusi... 

Mungkin atas sebab itulah jawatan aku ini dinamai sebagai Penolong Pensyarah... Jika tiada pelatih yang menjalani latihan, automatiknya, rutin aku adalah.......... Pelayan Restoran.... Pengangkat pinggan dan mangkuk... Rutin ku juga... Tahan maki... Tahan caci... Dan perlu berkata ya pada perkara yang bukan selalunya aku suka... Perlu ketawa pada perkara yang bukan lucu... Dan perlu akur segala 'itu' dan 'ini'... Macam hamba abdi atau lebih sopan......... Orang Gajian... Itu belum aku bicara tentang sahabat ku, seorang Penolong Pensyarah... Tapi rutinnya... Seorang steward atau Pencuci Pinggan! 

Mana perginya title atau pangkat atau lebih mudah difahami apakah fungsinya aku ini sebagai Penolong Pensyarah????? Siapa yang akan memperjuangkan persoalan ini...???? Siapa yang harus memperbetulkan situasi ini??? Sampai bila??? 

Ahhh... Itu belum disentuh bab Kasta-kasta macam kasta Hindu dikalangan kami Penolong-penolong Pensyarah ni... Malas cerita.... Bersambung!!!

4 comments:

  1. Banyak orang kata ' apa ada pada pangkat dan nama ' tapi sebenarnya memang ada....
    Tapi yang lebih penting biarlah kita menjadi diri sendiri, io tak Sam Banjamin ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi diri sendiri tu satu hal... but melakukan sesuatu yg bertentangan dgn naluri atau kemahuan diri tu pun satu hal... tak best.. tak best...

      Delete
  2. Replies
    1. nak sambung bleh.. tp kna fikir kesan dan akibat... hmmm.. insyaallah... sambung...

      Delete