30.10.12

Cast Away (Wilson)


Hallo reader... Pernah tak nonton filem Cast Away lakonan Tom Hank tu? Filem yang mengisahkan Tom Hank sebagai Chuck Noland seorang kakitangan syarikat currier yang telah terdampar di sebuah pulau tak berpenghuni akibat kapal terbang yang dinaikinya terhempas di lautan. Bila dah terdampar sorang-sorang kat pulau tu, Chuck yang berasa terlalu sunyi dan tertekan telah menjadikan sebiji bola tampar berjenama 'Wilson' sebagai teman bicaranya. Kesian... Dan apakah perkara ini turut berlaku kepada kucing yang aku bela ni... 

Aku dah try bagi si gemok ni berkawan dengan kucing-kucing lain. Tapi entah kenapa macam tak nak bermasyarakat pulak. Garang semacam. Nak kongker sensekor rumah ni. Bile tengok si gemok ni mcm bosan dgn keadaan rumah ni, adik aku ade belikan sebijik patung kucing robotik untuknye. Start hari tu, kucing robot kuning ni la jadi 'gang' sepermainannya... 

Habis kena kitai la... Mula-mula robot kuning tu elok berfungsi dengan pergerakan ke depan dan belakang sambil mengiau macam anak kucing. Tapi dek kerana si gemok ni membuli robot tu ke sana ke mari, langsung sekarang ni robot tu hilang functionnya. Tapi tetap Gemok 'membelasah'nya tanpa ada belas ehsan! 
Tapi ade masa dan ketikanya dua ekor ni nampak kamceng je. Selalu la lepak-lepak berdua sambil usha-usha ikan dalam aquarium tu. Geram je menengok ikan dalam tu. Rase nak ngap je!
"Hey kuning. Ape kate malam ni kite pakat-pakat nyelam dalam akuarium ni nak tak?"
"........"
"Hey kuning. Aku cakap ngan ko ni. Ko stuju tak?"
".........."
"Ni la yang buat aku rase nak blasah ko hari-hari kuning!"
"........."
kuning tetap diam
"Amik! Cakar atas bontot!"
"........" kuning tetap diam....


 SEKIAN...


28.10.12

Cik Puteh



Hello readers. Selamat menyambut hari raya aidil adha 1433H. Tahun ni balik raya haji bersama bini no 1, Cik Puteh. Syukur, jodoh pertemuan diakadkan pada tanggal 16 Oktober 2012. Dek kerana sebok dengan urusan kerja, akad hanya dilakukan dalam satu majlis ringkas di sebuah restoran bawah pokok sahaja. Orang kate jodoh tu datang dalam berbagai cara. Dengan Cik Puteh ni pun, atas recomend rakan sekerja. Proses merisik dilakukan dalam bulan Ramadhan yang lepas. Mula-mula dalam fikiran, nak 'try' Cik Kia (Forte). Tapi dek kerana Cik Kia yang begitu demand ketika dirisik, lebih baik ku pilih Cik Puteh ni. Harap Cik Puteh tak kecil hati walaupun Cik Puteh bukanlah pilihan pertama.

Dengan Cik Puteh balik ke Mersing... 

Alhamdulillah. Walaupun agak gugup pada awalnya, Cik Puteh bijak menyakinkan. Dengan ABS yang mantap. Ditambah lagi dengan stability ESC (Electronic Stability Control) yang memang terbaik, selambe aku layan selekoh dengan meter tak kurang 110/kmj. Pendek kata, walaupun pick up Cik Puteh agak bersopan santun, tapi bila dah capai tahap 'acceleration'nya memang buat aku tak peduli kalau-kalau Cik Puteh disnap oleh kamera AES kat tepi highway tu. Harap-harap tak de la ape-ape yang buruk berlaku.

Alhamdulillah, jejak juga Cik Puteh ke Mersing buat pertama kalinya. Syukur yang amat. Tengok wajah mak dan abah yang tersenyum girang menyambut aku tiba. Pulak tu, tiba kali ni dengan Cik Puteh. Setidak-tidaknya, tak sia-sia membanting tulang selama ni (macam kerja ladang pulakkan..?). Berkat sabar. Berkat focus. Berkat yakin yang pintu rezeki tu, kalau tuhan tak buka 'selepuk', tuhan akan bagi satu persatu. Aku je yang pada awalnya selalu merungut-rungut dan tak sabar menunggu pintu rezeki tu tuhan bukakan untuk aku. 

Apa jadi dengan En BoGaY (BGY 6047)? 

Jatuh bangun aku dengan motor kriss tu. Mana mungkin aku letak Bogay tu kat parking motor tu macam tu je. Bogay tetap jadi pengangkutan rasmi aku especially pergi-balik kerja. Dengan BoGaY tu la aku ke hulu hilir mencari kerja tetap satu ketika dulu. Sampai satu ketika aku tersadai di tepi Highway KESAS tu, gara-gara tayar Bogay pancit dalam keadaan aku tak berduit untuk menukar tayarnya. Sape tahu susah senang aku dengan Bogay waktu tu.

BoGaY dah habis bayar. Sekarang tumpu pada Cik Puteh pula lah. Kena kerja kuat. Expenses sure meningkat. Tu belum Cik Puteh meragam mintak itu dan ini atau aku sendiri yang gatal-gatal nak tambah itu dan ini untuk Cik Puteh. Tak pe. BoGaY ade. As hero yang sentiasa menyelamatkan. Jom BoGaY kite cari duit. Agak-agak dah ready nanti, target dalam setahun dua lagi, kite pi cari rumah pulak. Settle rumah, kalau ade, jumpa kat mana-mana yang berkenan di hati dan mak ngan abah pun okey, lets think of 'orang rumah' pulak! 

Tak payah nak menggelupur sangat la! Just follow the flow. Tuhan tu ada perancanganNya yang lebih bijaksana...        
    

22.10.12

Antara Watak Puteri, Ugly Betty & My Love Patzi...


Puteri, Betty dan Song-Yee. Ketiga-tiga nama yang disebutkan merupakan watak-watak yang berjaya memberi impak kepada sesiapa yang mungkin pernah menonton drama lakonan aktres-aktres cun melecun bertiga ni. Puteri lakonan Nora Danish, Betty lakonan America Fererra manakala Song-Yee pula dilakonkan oleh Jang Nara. Habis tu ape masalahnya?

Masalahnya... Masalahnya adalah... 

Lontaran dari watak-watak mereka ini, maka ramailah gadis-gadis yang telah menstereotaipkan diri mereka semata-mata untuk meniru-niru watak-watak mereka ini. Saket mata aku menengoknya! 

21.10.12

Stan Lee "Superhumans"



Sejarah telah menyaksikan telah banyak usaha dilakukan bagi membiayai kajian-kajian berkenaan kuasa evolusi dan mutasi genetik bagi manusia yang lahir dengan keupayaan-keupayaan dan ciri-ciri luar biasa berbanding manusia lain. Ia merupakan satu proses yang berterusan sehingga ke hari ini , dan antara individu yang tidak asing lagi dalam mencari serta mengenengahkan keupayaan manusia-manusia luar biasa ini tidak lain tidak bukan Stan Lee yang tampil dengan rancangan berbentuk dokumentari betajuk Stan Lee "Superhumans". Berikut adalah antara manusia-manusia luar biasa yang berjaya 'diburu' oleh beliau:

Wujudkah manusia yang mampu menjadi imun daripada mati dari kejutan elektrik? Namun, dikatakan bahawa Rajmohan Nair memiliki kuasa yang unik ini. Hanya satu 1/10 Ampere sudah cukup untuk membunuh seorang manusia biasa, tetapi bagi Nair, beliau masih bertahan biar pun telah direnjat lebih daripada 30 kali ganda jumlah tenaga elektrik yang mampu meragut nyawa manusia dan beliau sama sekali tidak tercedera.
Scot Flansburg dikenali sebagai kalkulator manusia’ kerana beliau berkemampuan menambah, menolak, mendarab, membahagikan malah menghitung kuasa dua dan punca-punca kuasa dua dengan hanya menggunakan ‘kepalanya’. Beliau bukan sahaja mampu melakukan kiraan lebih cepat berbanding sesiapa sahaja  di dunia ini malahan yang lebih menakjubkan kiraan beliau sentiasa tepat . 
Buta sejak dilahirkan, Juan Ruiz tidak ubah seperti burung kelawar di mana beliau menggambarkan dunia ini melalui  sonar, satu teknik pantulan gema lokasi untuk mengesan sesuatu objek seperti mana yang digunapakai oleh haiwan-haiwan seperti kelawar dan juga ikan lumba-lumba.
Pada awalnya Dennis Rogers bukanlah seorang yang sekuat ini. Dengan ketinggian belian 5’ 6” itu menjadikan beliau sering dibuli oleh rakan-rakannya sewaktu di zaman persekolahan. Walaubagaimanapun  latihan demi latihan telah menukar beliau menjadi lelaki terkuat di dunia. Dengan menggunakan sepenuh kekuatan, beliau telah mencapai pencapaian yang mengagumkan melebihi kuasa manusia biasa, termasuk membengkok tukul dan ladam kuda.
Timo Kaukonen dari Finland ialah juara bagi kejohanan World Sauna Champion. Beliau menguji badannya dengan ketahanan terhadap haba. Misalnya, beliau mampu bertahan selama  16 minit pada suhu yang sangat panas pada suhu cukup panas untuk merebus air. Di Finland, kebanyakan isi rumah mempunyai sauna, yang terkenal dengan faedah kesihatan buat mereka. Timo membesar dengan menikmati rutin harian dengan bersauna. Beliau akan kekal di  dalam haba yang sangat panas untuk tempoh-tempoh waktu yang lebih panjang berbanding mana-mana  rakan-rakan mahupun ahli keluarganya. Keadaan tersebut membuatkan beliau dikagumi dengan kuasa menahan diri luar biasanya. 
Ahli sukan gusti professional, John Ferraro, juga dikenali sebagai Gino Martino, dikatakan mempunyai  kepala tidak dapat dimusnahkan. Dia menyedari yang beliau memiliki kekuatan luar biasa pada tengkoraknya ketika mengejar adik lelakinya sekitar rumah. Ketika itu beliau telah tersandung dan jatuh kepala dahulu ke pada sebuah pintu oak.  John juga mendakwa tengkoraknya amat luar biasa dan kukuh dari hentakan, termasuk kesan-kesan dari penukul besar, bola boling malah ‘jackhammers’ yang biasanya akan meninggaklan kesan yang buruk kepada orang lain.
Bagi Zulkifli Sa'don atau nama penanya Sam Banjamin (28) umpatan adalah sesuatu yang lali buatnya. Semenjak dinaikan  pangkat ke jawatan lain, beliau telah diberikan tekanan-tekanan yang datangnya bukan sahaja dari anak-anak buah jagaanya, malah turut diberi tekanan daripada pihak-pihak luar yang padanya pihak-pihak tersebut sekadar ingin menjadi hero dan cuba memanipulasikan sesuatu keadaan. Pada beliau, perubahan perlu dilakukan, namun, bagi jibahuk-jibahuk yang sudah pun terlalu selesa sebagai 'the typical govement servant', arus perubahan yang mahu dibawanya dianggap sesuatu yang amat berlawanan arus. Kawalan terhadap beberapa tuntutan-tuntutan kakitangan yang selama ini boleh diluluskan dengan mudah telah mendapat tentangan daripada beberapa pihak. Beliau dilabel sebagai kuku besi, penutup periuk nasi orang lain dan sebagainya. Selain itu, beliau juga telah dilabel sebagai seorang pemimpin yang tidak memperdulikan pandangan kakitangan bawahannya. Ketika dihubungi oleh pihak Stan Lee Superhuman, ini merupakan komen beliau terhadap isu-isu yang dimainkan oleh sesetengah pihak:

"Apa bila kita duduk dalam keadaan yang terlalu selesa, selesa itu menjadikan kite kurang produktif. Kita menjadi malas, kurang berdisiplin dan kesan daripada masalah ini akan mendatangkan kerugian kepada organisasi. Saya telah lama melihat isu-isu tuntutan (pembayaran) kepada kakitangan secara tidak terkawal ini sebagai sesuatu yang tidak sihat. Sesuatu harus dilakukan. Bagaimana anda harus membayar kepada seseorang kakitangan tanpa kakitangan melakukan kerja? Keadaan ini perlu diubah. Saya tidak menghalang pembayaran. Tetapi ianya haruslah bijaksana. Semua orang perlu buat kerja. Dan mujur, jawatan ini bukanlah sesuatu yang kekal untuk saya. Kerana kalau ianya kekal. Saya juga lama kelamaan akan menjadi terlalu selesa... Saya takut, saya tidak buat kerja" Zulkifli Sa'don

gambar-gambar orang super diambil dari google images


13.10.12

Tak Ubah Seperti Anjing!

Seandainya anda bersifat seperti ini... Anda tak ubah seperti anjing...




     

10 Ciri Wanita Idaman

Haaa... Nampak x cover ni? Nampak tak permainannya dia di situ? Nak highlight pasal Dr Ezani ke? Atau majalah Anis ni? Ke sape-sape yang bernama Anis di luar sana...? Nampak tak? Nampak tak? Abstak sungguh pemikiran aku ni kan?

Niat asal, nak korek-korek cerita dari jiran sebelah tu... Singapura. Nak jugak tahu ape agaknye isu yang akan dimainkan oleh media sebelah sana setelah kekalahan pasukan LionsXII di tangan pasukan ATM sewaktu semifinal Piala Malaysia 2012 tempoh hari. Namun, ternyata, isu kekalahan tu dikupas dengan penuh hemah oleh wartawan dari sebelah sana. Walaupun berbunyi-bunyi juga tentang masa tambahan yang berlanjutan lebih dari masa yang ditetapkan tu. Kesimpulannya mereka ni akur. Adat berlawan, mesti la ade kalah menang. Walaupun hakikatnya ATM memang deserve to win sehhhh (sentimen sungguh ayat tu).


Dalam mencari-cari cerita pasal bola, terpandang aku artikal ni pada akhbar online tu.  Bila aku baca, ternyata ianya amat molek kalau dikongsikan sebagai panduan mahupun sekadar bacaan tambahan. Oh ye, artikal ni pada aku, tiada langsung bersentimen sexist. Bukan pun bersifat meng'condemn' mana-mana khususnya kaum wanita. Segala yang dituliskan adalah fakta-fakta positif yang boleh dipraktiskan. Jadi, bila terbaca artikal yang aku lampirkan ni, jangan la ade yang emosi pulak. Okey... Selamat membaca di hulung minggu...


Setiap jejaka punya cita rasa tersendiri sama ada semasa mencari temanita, isteri atau wanita. Berikut disenaraikan 10 ciri yang diburu kaum lelaki tanpa mengikut urutan khusus.


1. Keyakinan
Lelaki suka pada wanita yang yakin pada penampilan diri, percaya pada kemampuan sendiri dan tidak kerap menuntut pengesahan pasangan. Memang lelaki berasa seronok jika wanita bersandar kepadanya untuk sokongan di saat dirinya berasa tidak selamat. Namun, jika asyik melekat, ia begitu merimaskan! 
2. Humor
Wanita yang suka ketawa dan bersenda adalah yang dapat membantu lelaki meredakan tekanan. Malah, lelaki mahukan wanita yang boleh mentertawakan diri sendiri. Jika wanita terlalu serius dan kerap berpandangan negatif pada setiap yang berlaku dalam  kehidupan, ia mudah membosankan lelaki. Suntiklah keceriaan dalam hidup Cik Abang dan ia bakal menambat hati si dia.

3. Penampilan
Ia tidak dapat disangkal dan merupakan ciri penting di awal perkenalan. Lelaki menyukai wanita yang bijak mengurus dan  mendandani diri serta sentiasa menjaga kebersihan. Seseorang wanita itu mungkin agak kurang cantik, namun, jika perkara di atas diambil perhatian, lelaki boleh tetap berasa wujudnya tarikan ciri-ciri kewanitaan.

4. Berdikari
Wanita yang berdikari mudah menarik perhatian kebanyakan lelaki kerana ia petanda wanita itu memiliki kehidupan tersendiri. Kaum lelaki senang jika wanita itu memiliki kumpulan teman sendiri daripada sekadar bergantung kepada dirinya seorang. Hakikatnya, lelaki juga mahukan ruang peribadi. 

5. Memahami
Lelaki mahukan wanita yang memahami dan bukan asyik merungut. Cubalah menerima lelaki itu seadanya dan buatlah perubahan kecil jika perlu, sukai apa yang dia suka dan juga sebaliknya. Mereka mencari wanita yang boleh menghargai dan menjadi penyokong, bukan wanita yang terusterusan meleteri setiap perbuatannya. 

6. Jujur & setia
Tiada sesiapa yang mahukan pasangan yang tidak jujur. Lelaki juga mahukan jaminan serupa. Mereka mahukan seorang wanita yang dapat dijadikan tempat beliau bersandar harapan serta sentiasa berada di sisinya. Lihat sahaja jumlah perpisahan dan perceraian akibat tiadanya kesetiaan di antara pasangan. Maka itu, bukanlah satu kejutan ciri-ciri ini amat penting dan menjadi buruan kaum lelaki. 

7. Matang
Berbual umpama si anak kecil kadangkala membuat wanita tampak comel. Namun, kebanyakan lelaki mahukan wanita yang matang dengan inti perbualan yang masuk di akal. Perbualan normal itu tidak termasuk topik yang melibatkan pakaian dan juga soal solekan. Wanita harus mengetengahkan topik yang menarik tanpa bertindak keterlaluan.

8. Mudah mesra
Dalam soal menjalin hubungan serius, ramai lelaki mahu mencari gadis bak jiran di sebelah rumah atau cakap mudahnya, seseorang yang boleh diperkenalkan kepada keluarganya. Mereka mahukan wanita yang mudah mesra, seronok ketika bersama, tidak peduli jika solekannya mula comot, santai dan mudah berasa gembira.

9. Penyayang
Wanita yang menunjukkan keprihatinan diburu kaum lelaki. Contohnya, memasak untuknya, menyeterika pakaiannya, bertanya sama ada beliau sudah makan atau ciuman apabila dirinya suram. Apabila wanita memberikan perhatian seumpama ini disulami perkara-perkara kecil lain, di samping memberikan lelaki ruang peribadi, wanita sebegini pasti mampu menambat hatinya. 

10. Menyokong
Jika hubungan jangka panjang merupakan sesuatu yang difi kirkannya, lelaki bakal mencari wanita yang dapat memberikan dirinya sokongan. Lelaki dalam usia 20-an tahun yang sedang bergelut dengan kerjaya, memerlukan wanita sebagai pendengar tanpa memperkecil-kecilkan dirinya. yang dicari lelaki


Baran


Aku realized yang aku menghidap penyakit baran super kronik di tahap kronik. Aku x bangga pun...  Dan aku jugak sedar yang selama bertahun menghidap penyakit ni, aku mampu menyeimbangkan penyakit ni dengan ubat sabar dan diam. Saban hari aku risau la, kalau-kalau watak hitam ni menguasai hati aku. Aku risau aku hilang pertimbangan dan merosakkan serta mencederakan apa yang ada  disekeliling aku... 
Aku risau aku bertukar manjadi makhluk hijau. 
Aku risau...  Tanpa aku sedar, 
aku tumbuk muka kau sampai lumat!  

12.10.12

Dasar Barua!


Barua... Rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4 muka surat 132... Barua itu bermaksud orang perantara yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat... Ada barua di kalangan kita? Pernah digunakan sebagai barua kepada siapa-siapa? Atau terpaksa menjadi barua untuk kepentingan diri? Sanggupkah? Gadai maruah... Gadai pegangan... Gadai segala-gala...?  

Pada aku, bila sudah menjadi barua, hinanya lebih buruk dari seekor lembu yang dicucuk hidungnya. Mahu lari, sakit. Ditarik sakit. Duduk diam pun sakit dengan hidung yang sudah dicucuk tali. Tertambatlah sang lembu di mana-mana. Hidup berpasrah pada kemahuan tuannya. Sampai hukum... Bersedialah untuk disembelih pada lehernya... 

Bagi barua-barua pula, hidung tidaklah terikat, cuma ada sesuatu yag lebih teguh daripada tali yang mengikat barua-barua ini pada tuannya. Barua diikat dengan wang. Budi juga punyai peranan dalam menambat barua-barua ini. Begitu juga dengan kesenangan, pengaruh, dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya. Bagi barua, tuan sudah memberi, maka ketaatanlah sebagai balasan. Bagi tuan kepada barua, apa sahaja boleh diberi, asal tercapai hajat di hati...

Apa lagi yang harus aku katakan tentang barua-barua ini? Menempel-nempel... Angguk pada perkara yang tidak difahami... Ketawa pada perkara yang bukan jenaka... Bersiaga melakukan apa sahaja biar disuruh 'makan tahik'!... Pada mereka, tuan adalah entiti yang paling mulia... Bawah sedikit darjatnya dari tuhan yang boleh disembah... Agaknya, kalau manusia itu percaya yang tuhan itu tiada, maka Tuanlah yang akan di dewa-dewakan!

Barua hilang maruah. Tiada maruah. Dan tidak perlukan maruah... Mahu bertindak dan berfikir mengikut rasional sendiri pun sudah tentu tidak termampu. Nak dibuat macam mana... Tuan adalah segala-galanya... Bagi barua, apa yang tuan katakan buruk, biar baik, tetap jadi buruk... Kawan jadi lawan, mesti ikut kata Tuan. Siapa berani lawan kata Tuan yang dah dianggap Tuhan pemberi nikmat? Kasihan... Hilang pendirian...

Hey barua! Pada aku, kalian tak ubah bagai debu-debu berterbangan. Tidak mendatangkan apa-apa! Bodoh, miskin lagi meminta-minta juga tidak layak berada di muka bumi tuhan ini sebagai manusia. Bukankah elok jika Si Barua diciptakan sebagai lembu sedang hinanya pun kurang lebih seperti lembu juga...  

Hey tuan! Aku tidak akan mampu kau 'beli'... Yang buruk tetap buruk pada mata aku. Tak perlu berbudi. Jika berbudi pun, menjadi barua bukanlah cara aku membayar budi. Pengaruh kau tidak akan mempengaruhi aku. Aku adalah manusia yang mewarisi sesuatu yang diperturunkan oleh nenek moyang aku... Ia dipanggil 'JATI DIRI'. Bukan seperti mereka-mereka itu.... DASAR BARUA!!!  

11.10.12

"Gardis Itew"

Wei Minah... Pinjam gambar ko sekejap... Pasal ko kan suke jadi icon "mahu comel"...

Mase aku tulis tajuk kat atas tu, aku teringat satu entry yg ditulis oleh Zufikar Hazri tak lama dulu. Tajuknya "Kisah Natrah 'Nate' yang mahu comel"... Kes yang berlaku kat aku dalam beberapa minggu yang lepas ni, saling x tumpah, sebijik macam ape yang dikisahkan oleh Zulfikar dalam entrynye tu. 

Nak dijadikkan cerita, beberapa minggu yang lepas, aku telah secara eksidennya telah berchatting dengan sorang awek ni. Umurnya sedang-sedang muda. Rupanya sedang sedang sedap je mata memandang. Aku kenal dia masa aku kerja di sebuah syarikat swasta ni. Ade jugak aku jeling-jeling awek ni masa aku kerja kat situ. Tapi dek kerana sibuk dengan urusan tugas-tugas hakiki, x sempat la aku coba-coba mengorat awek ni secara officialnya.

Oh ye... Nama awek ni... Kamisah... (Bukan nama sebenar...)

Masa aku online FB aku, kelihatan Kamisah juga sedang online. Aku nampak kaler hijau menyala kat status chatnya. Kaler hijau tu macam menggamit-gamit hati aku untuk klik pada nama Kamisah tu dan terus taip "Hai... Ape khabar?"... Aku pun tunggu si Kamisah ni membalas teguran chat aku tu... Tunggu punya tunggu.. Punya tunggu.. Punya tunggu.. Kamisah tak respond-respond... Hmmm... Tak layan le tu... 

Dek sebab bosan menunggu, gatal pulak tangan aku mengalih cursor mouse tu ke arah nama Kamisah. Automatik  kuar garisan link ke profile Kamisah. Terus aku right klik dan... Open link in new tab... Terus aku menstalk profile Kamisah dengan hati yang girang... Mana la tau... Kot ade gambar-gambar yang syok ditatap... Naluri nakal orang bujang terus dirasuk setan... 

Ahhh.. Bosan tengok gambar.. Tak de benda best pun.. Terus aku klik pada profile Kamisah... Tengok-tengok latar belakang beliau.. Ohhh... Orang Selangor je.. Anak buah Khalid Gagap le rupenye.. Background study boleh tahan... Pengalaman keje bersepah.. Hmmm.. Menarik jugak untuk diexplore lagi dan lagi... Yang penting... Status... "Single!"

Terus aku ke wall Kamisah. Duk stalk-stalk. Alah macam yang korang jugak selalu buat tu. Duk intai-intai wall orang lain. Bace ape status yang diupdate hari ni. Korang biase buat kan? Demi mencari cerita-cerita sensasi yang boleh disebokkan tu... Kan? Betol tak? Hahahaha

Masa aku mula-mula baca status Kamisah, aku rase Kamisah ni biase-biase je. Just a so so je la... Lepas tu, terus aku baca lagi dan lagi status-status beliau... Dan aku mula merasakan something yang macam tak kena, yang mula merobah persepsi aku pada Kamisah ni... Melalui terma-terma yang digunakan mula menunjukkan yang Kamisah ni mungkin menghadapi kecelaruan identiti... Ewahhh, macam psychiatrist pulak aku ni kan...

"Jew"... "Napew"... "Timex"... "Taw"... "Itew"... "Apew"... "Tapey"... "Lax".. Aduh.... Begini rupanya kamu Kamisah. Terus aku matikan niat untuk langkah seterusnya... Dan tatkala aku nak pangkah untuk close tab profile Kamisah, tibe-tibe... Ceplup! Chat window kecik kat tepi tu tetiba naik. Kamisah balas teguran aku... 

"Hye wak... Kitew baik jew... Awak lax?"
"Sihat2..."
"Cowy. makan timex. X pasan ade msg msk..."
"Hehehe.. Tak pe... Tak pe... Saje tegur"
"Kjew mana skunk?"
"Sy keje kat UiTM. Amacam keje ok?"
"Okies jew. Awak lax?"
"Ok je"

Macam tu la lebih kurang. Tak payah la aku nak cerita semua yang aku borak dengan die ni. Tak de yang menarik pun. Cume, ye la... Terma-terma Bajet Cute or Bajet Comel yang Kamisah gunakan tu yang sedikit menarik perhatian aku. Menarik perhatian tu, bukan bermakna aku tertarik. Cuma perasaan aku lebih terjerumus ke lembah perasaan "Annoying Gile!!!"...

9.10.12

Ngape Ek?


"Eh Fadil, aku dengar kau baru beli kapal selam?"
"Hak ah. Baru je beli"
"Wahhh... Mana? Apsal tak bawak mai? Bak la kunci kapal selam tu. Boleh aku cube, test, try..."
"Motip? Ko ni quality control ke?"
"Ler... Ape salahnye bagi member2 test... Eh, warna ape?"
"Putih"
"Ler apsal beli kapal selam warna putih? Kenapa tak tanya aku dulu... Kau pakai kapal selam warna putih nanti kalau kena kotor sikit, mudah nampak... Apsal x amik warna hitam... 
Baru smart... Putih tak boleh bla la... Mau seminggu sekali kena cuci... Fuh.. 
Kalau aku la, memang tak larat..."
"@@$#$#@"
"Weh... Brape harga?"
"Kenapa tanya?"
"Bulan-bulan bayar berapa?"
"Kenapa?"
"Berapa?"
"Ade la dalam 20K"
"Mak aihhh... Mahal gile... Kau beli kat mana?"
"Kedai menjual kapal selam la..."
"Ye la kat mana?"
"Kat Subang"
"Lerr apsal beli kat Subang... Aku ade kedai murah.. Harga 19.90K je..."
"Oooo ye ke? kat mana?"
"Kat kedai member aku kat Nilai..."
"Oooo... Nilai tu kat mana?"
"Kat Negeri 9"
"Oooooo... Mana dekat? Subang ngan Shah Alam atau Nilai ngan Shah Alam"
"Subang ngan Shah alam la.."
"Oooo.. Ingat kau tak tau tu... Masa ngan jarak pun kos kan?"
"Hak ah..."
"Kau ade 20K?"
"Tak de... Tak mampu..."
"19.90K? Mampu?"
"Tak mampu..."
"Kau minat kaler ape?"
"Hitam"
"Ade aku kesahhhh?!"
"Gluppppp... Heheheh"
"Kalau aku amik warna hitam, basuh setahun sekali. Kemudian beli di Nilai kat kedai kawan kau tu dan bayar 19.90K, pakai duit sapa?"
"Hehehe... Duit kau la..."
"So, tak salah la kalau aku kata yang kau ni seorang yang SUCK!"
"Glupppp..."

Moral nye... Bercakap memang senang... Kadang-kadang kite tak sedar bile kite bercakap tu, kite dah menceroboh masuk had sempadan privacy orang lain. Kadang-kadang kite tak sedar yang orang lain tak "hadap" nak dengar pandangan kite... Soal taste, bukan ke ikut kepuasan masing-masing...  HORMAT! Kepuasan untuk diri sendiri... Tapi dalam memberi pendapat, tak perlu nak syok sendiri sampai nak suruh orang lain bertindak ikut taste kite. Tu bangang namanya! Serious bangang tahap dewa! Macam lu nak cari bini la... Patut ke gua yang bagi specification bini yg macam mana yg patot utk lu... Tak pon, kalau lu dah berbini, patut ke gua komen itu ini pasal bini lu.. "Wehh, bumper bini lu kureng laaaa"... Hah, macam tu... Sure lu rase nak tumbok muke gua kan... So x payah la nak 'berpendapat' sangat sampai aku rase pendapat lu tu macam nak mengkondem pulak! 

Cakap memang pandai... Pasal cakap tu FREE!